"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 02, 2009

Tulang Besi Dapat Dokumen2 Lagi

Syukur ada insan yang telah menge-mail beberapa dokumen yang cukup berharga di dalam mempertahankan kebenaran dan keadilan. Cumanya saya sedang berfikir lagi samada mahu mendedahkan dokumen2 ini atau tidak. Pada waktu yang sama, Tulang Besi juga telah mendapat 2 audio file berbentuk WAV yang juga boleh menggegarkan Fraksi UMNO dalam PAS.

Untuk para pembaca sekelian, sekiranya anda ada apa2 maklumat dalam bentuk dokumen atau recording atau apa sahaja, boleh berbuat demikian dengan menghantar email kepada malaysiawaves@rocketmail.com.

Jangan takut untuk mendedahkan kebenaran kerana rakyat Malaysia ada 100% hak untuk mengetahui apa sahaja penyelewengan yang berlaku. Kalau kita takut dan segan, maka kemungkaran akan berleluasa dan akhir sekali Allah SWT akan menurunkan bala dan kemurkaan-Nya ke atas kita.

Biar kita susah sedikit sekarang, jangan kita susah bilamana turun bala dari Allah SWT.

Tugas blog dan Malaysiawaves adalah amar maaruf dan nahi mungkar. Misalnya, apabila saya menaikkan isu mengapa pemimpin2 Pemuda dalam PAS Selangor boleh bertukar kereta kepada kereta mewah tidak sampai setahun memegang jawatan dalam Pemuda, saya bertujuan untuk mencegah budaya bermewah-mewah dalam PAS.

Saidina Umar Al Khattab hanya jadi papa apabila beliau jadi Khalifah dan Amirul Mukminin. Sebelum Saidina Umar jadi Khalifah, mana ada kita dengar Saidina Umar nak pinjam duit dsbnya. Cerita-cerita "penderitaan" Saidina Umar ini hanya didengari selepas beliau jadi Khalifah Islam.

Namun, di bawah pemerintahan Saidina Umar, 4/5 empayar Rom Timur dan keseluruhan Empayar Farsi jatuh tersungkur di bawah telapak kaki Islam. Selepas peperangan Yarmuk, Maharaja Heraklius telah mengurung diri beliau dalam bilik dan tidak kelihatan lagi sehingga lah beliau mati.

Kalau kita tidak bendung budaya ini sekarang, apa yang orang biasa di luar akan kata sedangkan pemimpin-pemimpin PAS harus menunjukkan akhlak dan tindak tanduk yang bertaraf mulia supaya orang2 diluar akan rapat dan jinak dengan Islam.

Juga, saya rasa pelik kenapa Pemuda2 Selangor boleh tukar kereta mewah sedangkan pada Hari Raya Haji baru-baru ini, tiada bonus yang diberikan kepada Guru2 PASTI di Selangor? Bukankah wang yang lebih itu sepatutnya digunakan untuk jemaah dan untuk Islam.

Apabila kita lihat pemimpin-pemimpin pemuda gila pakai kereta mewah, ia juga menunjukkan pemuda2 PAS tidak pandai mentadbir kewangan. Ini kerana wang yang lebih harus digunakan untuk membayar rumah dahulu kerana kereta adalah eset yang "depreciate". Kita ada kereta mewah2 pun, tak boleh jadi pusaka. Tapi rumah boleh.

Dan BANYYAAKKKK lagi aktivis-aktivis PAS dalam Selangor ni yang sempit dari segi kewangan. Apa salah bantu mereka sedikit?

Patutlah diorang ni ke hulu ke hilir jaja pasal "wala'". Saidina Umar tu tak payah mintak wala' orang bagi free-free je.

Berkenaan dengan dokumen2 yang saya dapat, jelas ianya membuktikan bahawa budaya bermewah-mewah dalam PAS ni harus dibendung sekarang sebelum membarah. Kalau kita tidak bendung sekarang, kita akan jadi UMNO dalam beberapa tahun yang lagi.

Tulang Besi

ps anggaplah ungkapan dalam blog ini satu muhasabah

35 comments:

Anak Lenggong said...

LAGI KES NIK AJIS MENGKAYAKAN ANAK

Rumah Nik Aziz di Pulau Melaka, Kota Baru terletak di kawasan sekolah agama Maahad Darul Anuar (MADA) yang dimiliki agensi kerajaan negeri, Yayasan Islam Kelantan (Yayasan). Mulai 2009, YIK telah "serah" sekolah tersebut pada pentadbiran mudir nya yang terakhir, anak sulong Nik Aziz Nik Omar.

Ianya bermula dengan perlantikan Nik Omar sebagai Mudir Sekolah Menengah Ugama Darul Anuar (SMUDA). Tujuan perlantikan adalah untuk mencemerlangkan SMUDA dengan kemasukan Nik Omar yang mendapat tunjuk ajar dan bimbingan Nik Aziz. Pada mulanya SMUDA semakin pesat membangun.


Sekolah dinaiktaraf kepada MADA, kelas aliran tahfiz & sains diadakan, peningkatan peratusan pelajar cemerlang PMRU, PMR & SPM dan lain-lain lagi kejayaan yang membanggakan. Namun disebalik segala kejayaan, terselindung pelbagai masalah dan kontroversi. Ramai guru & staf yang merana apabila Nik Omar memanjangkan waktu persekolahan dari 6 jam (7.30-1.30) kepada 10 jam (7.30-5.00).

Kewangan sekolah semakin parah apabila Nik Omar mengimport beberapa orang Ustaz dari tanah Arab ke MADA yang menelan belanja yang besar yang tidak mampu ditanggung pihak sekolah.

Keadaan makin parah apabila Nik Omar mewujudkan sekolah rendah Darul Anuar yang segala perbelanjaan pengurusannya diambil terus dari dana MADA. Sekolah rendah ini gagal mendapat sambutan kerana yuran yang terlalu tinggi & infrastruktur yang tidak lengkap.

Tidak dikira lagi program2 "Mewah" yang dianjurkan melebihi keperluan menyebabkan pihak sekolah berhutang ribuan ringgit.

Masalah yang semakin kronik menyebabkan pihak Yayasan terpaksa campurtangan. Yayasan bertanggung jawab terhadap sukatan pendidikan dan kebajikan guru2 sekolah. Yayasan Nikmatillah (YN) bertanggungjawab menguruskan dana MADA yang sumbernya dari kutipan derma & wakaf orang ramai.


Dalam satu pertemuan tiga penjuru antara Yayasan, YN dan Nik Omar, Pengetua MADA itu diminta mengundurkan diri bagi memberi ruang kepada orang lain untuk memulihkan keadaan. Yayasan menawarkan Nik Omar berpindah ke sekolah lain tetapi akan dikekalkan jawatan pengetua.

Nik Omar rasa tercabar lalu bertindak mengingkari arahan perpindahan yang dikeluarkan oleh Yayasan. Dia enggan mengosongkan bilik pengetua MADA kepada Pengetua baru, Ustaz Baharuddin.

Nik Omar masih mengeluarkan cek dari akaun MADA menggunakan cop & tandatangannya sebagai pengetua. Ini menyebabkan Penolong Kanan baru, Ustaz Nik Hamdi dengan arahan Yayasan bertindak menyekat penggunaan wang sekolah atas nama Nik Omar. Barulah Nik Omar dengan marah meletak jawatan sebagai guru dan jawatan dalam Yayasan dan YN. Dapatlah Yayasan dan YN cuba menyelesaikan masalah2 berkaitan MADA secara muafakat dengan pentadbiran baru MADA tanpa perlu mengganggu Nik Aziz.

Namun dalam diam, Nik Omar telah meyakinkan ayahnya untuk mengeluarkan MADA dari Yayasan. Nik Omar menggunakan tandatangan Nik Aziz sebagai Penaung MADA merangkap Menteri Besar Kelantan untuk menekan Yayasan keluar dari MADA. Yayasan dan YN cuba berunding dengan Nik Aziz tetapi dia lebih percaya pada anaknya sendiri. Terpaksa Yayasan akur pada kehendak Nik Aziz.

Nik Omar tahu YN tidak akan mengikut telunjuknya. Lalu dia bertindak menendang keluar YN dari MADA dan menubuhkan Yayasan Al-Omari untuk mengambilalih pengurusan kewangan MADA.

Iklan untuk mendapatkan pelajar dan guru baru mula disebarkan. Bermula sesi persekolahan tahun depan (2009), MADA bukan lagi sebuah Sekolah Ugama (Arab) yang di kenali suatu ketika dahulu tetapi secara tidak langsung menjadi sekolah swasta hak milik "keluarga" Nik Aziz.

Pada Oktober 16hb 2008, ibu bapa guru dan penjaga dimaklumkan mengenai penutupan MADA dan guru-guru dan murid dipindahkan ke sekolah-sekolah lain kelolaan Yayasan oleg Ustaz Baharuddin Omar.

Tulang Besi said...

kao ada dokumen ke?

Apasal tak buat laporan SPRM?

joostspring said...

tulang babi...

sebelum pas kena liwat dgn DAP, berapa kali pas bentang pasal hudud di parlimen????

Tulang Besi said...

lagi banyak kali UMNO kena liwat dengan tokeh judi dan arak

Edyes said...

syabas brader tulang besi...

memang ko tulang besi urat dawai lah !

matkambing said...

wahai pencacai umno, ramalan masyarakat cina bahawa najib hanya menjadi pm malaysia selama setahun sahaja akan menjadi kenyataan. cayelah!

john said...

tulang besi..ambo suko pendedahan keburukan dalam pas..cumo ambo nok peringat je..kalu buleh dokumen gapo2..cek dulu kesahihan dio..ni peluang umno nok masuk jarum ni..lagi kan bangla boleh buat ic dan pasport macam original, inikan pula dokumen2 perjanjian..tu lah peringatan ambo yang dhoif ni.

Tulang Besi said...

inshaalah saya akan check dulu

Tulang Besi said...

tq eydes

Anak Lenggong said...

Matkambing memang patut laa dengan gelaran ko tu memang betul2 kambing pun ..ishh org pas yang kononya kuat pegangan agama pun leh percaya pada ramalan ni eks....

Tulang Besi said...

anak lenggong

bila nak buat laporan SPRM

Liza said...

Puhhh!!!
anak Lengong (Bengong), kus semangat aku baca ko punyo rencana. ko memang buleh jadi wartawan Utusan/Berita.. lepas tu ko claim banyak sikit dengan tok wakil ko... gurenti kayo ko tujuh keturunan. dok pun ko gi ke blog Goblog Gomok ke, Kerapu pari tu ke, Gemuk Gedempol tu ke... ko tulis rencana ko tu kat situ, gorenti puak2 ko bergoyang2 perut gelak. tak caya ko buatlah!

Anonymous said...

TULANG BESI...PAS kena tunjuk juga bahawa PAS bukan miskin sangat...BERGAYA sedikit tak salah...UMNO dapat penyokong sebab PARTI dia KAYA...semua orang suka sokong UMNO sebab HABUAN besar...RUMAH BESAR...KERETA BESAR...PANGKAT BESAR...Kita lihat pemuda2 UMNO umur dalam 28-35 sudah dapat PANGKAT BESAR...bergelar DATUK...JAWATAN TINGGI dalam usia muda...Orang tengok PAS parti MISKIN...KOLOT...KETINGGALAN ZAMAN...Itu lah menjadi tarikan kepada UMNO....

anak rimau said...

anak rimau
Tulang Besi....bak po tak cari maklumat diAir Kelantan gatek! rama dah tahu AKSB tahu beli pong pitih juta-juta dah habih air tak dok juga. Sa lagi projek tegah jale la ni NRW tak tahu gapo nya buat beli metar air juta-juta jugak....acu korek teh ko ada mhene oge dale..

FaridShah said...

"PAS kena tunjuk juga bahawa PAS bukan miskin sangat...BERGAYA sedikit tak salah..."

Betul kita perlu keluar dr kemiskinan. Tp tak perlu bermewah2. Bersederhanalah..Qonaah..
kalau dah pakai waja, okay la tue tak perlu pakai Merc. kalau upgrade ke Perdana ok lg la.. Salurkan wang lebihan kpd yg lebih memerlukan..yg lebih utama.

Tulang Besi, dedahkan keburukan dan kemungkaran demi kebenaran. Pastikan maklumat yg benar, berfakta dan berasas.
Terima kasih..

Tulang Besi said...

anak rimau said...

anak rimau
Tulang Besi....bak po tak cari maklumat diAir Kelantan gatek! rama dah tahu AKSB tahu beli pong pitih juta-juta dah habih air tak dok juga. Sa lagi projek tegah jale la ni NRW tak tahu gapo nya buat beli metar air juta-juta jugak....acu korek teh ko ada mhene oge dale..
.
Air Kelantan dah kena siasat dgn BPR lama dah.

Takda langsung apa2 bukti berlaku korupsi

anak rimau said...

Tulang besi....tu maso GM lamo ni GM baru dah...tp tak tahu wak kijo ikut telujuk oge jah...puak hak jago projek la ni.....ehhh..koho kayo ado tuka keto ado beli rumah baru...gi luar negaro ehhh banyok lagi lah....ado dikalangan kakitange aksb tu ado waris kijo di BPR kota baru...pehe2 je laa..

Anonymous said...

ye setuju dgn TB. Kat Dun Semantan ni YB PAS menang je, minggu depan test drive Honda CRV baru. Sebulan lepas test drive dah ke hulu ke hilir dengan CRV baru. Tapi YB DAP di Triang dah berpenggal menang dok pakai mercedes buruk enjin diesel....so, kalau YB DAP yg berketurunan cina ni pun tak bermewah-mewah apahalnya YB PAS yg baru menang boleh tukar CRV baru?. Patutnya YB PAS mesti menunjukkan kesederhanaan. Aku cakap terus-teranglah...PRU13 ni, PR akan tersungkur kalau perangai YB2 PR ni khususnya dr PAS dan PKR dok menunjuk-nunjuk kemewahan, tak lama la korang...apa bezanya YB UMNO dgn YB PAS dan PKR kalau mcm tu. Berlumba-lumba mencari projek berdasarkan 'kabel' siapa lebeh kuat.

Tulang Besi said...

anak rimau said...

Tulang besi....tu maso GM lamo ni GM baru dah...tp tak tahu wak kijo ikut telujuk oge jah...puak hak jago projek la ni.....ehhh..koho kayo ado tuka keto ado beli rumah baru...gi luar negaro ehhh banyok lagi lah....ado dikalangan kakitange aksb tu ado waris kijo di BPR kota baru...pehe2 je laa..
.

Bagi la dokumen. Kena berani macam staff MPKB.

Pegi je semua dokumen pasal Taqi diorang keluarkan.

Tunggu nak dedah tak dedah je

joostspring said...

tulang babi...

sekali jah pas pernah bentangkan usul hudud ni di parlimen...tu pun segala perbentangan pas tu cam hampas..byk copy paste je dr artikel2 yg sedia ada...mudah kata gak proposal pas tu cam gampang...isi xdak,kulit jah comel...lpas tu duk memekik melolong kata bn tolak hudud..padahal org2 pas sndri yg tak buat kerja dlm menyediakan pelaksanaan hudud tu...mmg jenis munafiq puak2 pas ni..

Tulang Besi said...

Nak bentang buat apa, bukan UMNO nak sokong pun.

Anonymous said...

joostspring,
mu ni dok australia lagi bagus..
leh kawan ngan kangarooo..kekeke


i'm no king

chot said...


jubospring...

orang nak citer politik ko nak citer politik gaks...

masa pas bentang kat parlimen..
ko ada kat sana ke?
bukan ko sibok main longkang ke..
citer letup2...bangang melantun2

mentang2 cuti sekolah...itu yang dok rancak sembang...

tanak berubah?

ko ni geng kuda longkang ke?

bangang tak sudah...

Anonymous said...

anak rimau..
demo dah gi lapor kat Polis atau SPRM ka? Ka demo sama denge anak l(b)enggong, lebih tahu dari puak2 UMNO di Kelate tuh !

Kalo betul, lamo doh puak2 tu gi report..ko takdok bukti ?!

Liza said...

jootspring baru lepas sunat! Malaysia dah sampai ke angkasa guna duit rakyat , ko masih dok kat gua lagi... Alahai...

(Ko gelar2 orang "babi" tu, ko tu apa? emak babi? bapak babi? anak babi? atau makan babi?

Anonymous said...

PAS bukan jemaah ISLAM,PAS hanya sebuah parti politik,Sebab tu lah kebanyakan individu2 dalam PAS berjuang atas maksud dunia sama saja mcm BN..Jadi kalau pemimpin dalam PAS menang pun takde jauh beza sangat dgn pemimpin UMNO yg ada sekarang.Contohnya kita dapat lihat pemimpin2 PAS di Selangor.Kesimpulannya,aku memang dari dulu tak pernah sokong PAS,cuma aku sokong PAKATAN RAKYAT.Bagi aku PAS hanya guna agama demi kepentingan politik peribadi pemimpin2 dan individu2 tertentu.Kalau betul lah pemimpin dikalangan PAS ni berjuang demi agama..Kenapa org2 yg terang2 mengkhianati perjuangan mereka tak disingkir kan?atau pemimpin2 berkenaan letak saja jawatan?sebab mereka kata berjuang demi agama.Sekarang mereka ini telah manjadi asbab fitnah kepada islam itu sendiri.JAdi kalau benar2 ikhlas berjuang utk agama...LETAK JER JAWATAN..org utara cakap TAKDAK HARI..sorry lah depa nak letak jawatan..sebab benda tu yg depa ligan pun...cuma duk wayang guna agama jaa...supaya org sokong...antara yg jelas menunjukan sifat gila kuasa ni adalah: Hassan Ali,Nasha,Mustapa Ali dan GENG2 perpaduang..CETT..wayang semua..

lurus said...

wah dedahkan lg bebanyak pasal pemimpin2 PAS yg gila dunia. utk anon 12.43. kalu ikut ko punya cara samalah PAS dan Umno yg beza cuma PAS pakai kopiah dan umno pakai songkok tp sama2 gila harta.
aku sokong ko TB. patutnya duit terlebih tu bg la kt org yg susah mcm saidina umar. kt selangor tu kan ramai yg tengah susah kesan dr penjajahan khir toyo. kenapa diaorang x ikut? ni mesti iman x cukup kuat. orang malaysia nk tengok perbezaan antara pas dan umno dr segi mentadbir harta sendiri ataupun harta negeri bukan nak tengok kereta sape yg besar. memang celaka lah pemimpin PAS yg bermewah2 dan melupakan mereka yg tengah susah. TB ko dedahkan je kalu boleh siap nama biar diaorang tu malu sendiri. aku memang benci kalu ahli2 pas yg sama mcm org umno babi....

Anonymous said...

ingat umno adalah lidah dan tangan yahudi kt malaysia. mari kita doa kan laknat pada pemimpin2 mereka dan pada mufti2 yg menjadi syaitan bisu. allahuakbarx3

Anonymous said...

warith;

Kek mano silapnyo PAS ni..

Dapat perintah Terengganu seponggal ajo.. kek Kelantan dah dokek 20 tahun, orang Kelantan pun dah naik muak, walaupun negeri Serambi Mokah; orang Asli kat Gua Musang ramai pulak nak jadi Kristian dari jadi orang Islam.. heran jugak den ni..

Kek Perak, Nizar PAS terlobih-lobih cino dari DAP sendiri..Nak haramkan arak kek Shah Alam pun korang tak boleh sehaluan..Hassan cakap lain;Khalid cakap lain

Nak cakap soal hudud kat Malaysia ni ... kau salahkan UMNO yang tak sokong..bondo kocik pun PAS tak dapat buek.. Kek Kelantan bilo kau majoriti ada tak kau bontangkan hudud kat dewan undangan Kelantan.. cakaplah berbuih-buih..

Kalau den cakap orang PAS ni munafik, kau marah kek den pulak..doakan den poi mampuih pulak tu..janganlah gitu Tulang Bosi..kok kito ni satu suku.. he he

Tulang Besi said...


Dapat perintah Terengganu seponggal ajo.. kek Kelantan dah dokek 20 tahun, orang Kelantan pun dah naik muak, walaupun negeri Serambi Mokah; orang Asli kat Gua Musang ramai pulak nak jadi Kristian dari jadi orang Islam.. heran jugak den ni..

Kek Perak, Nizar PAS terlobih-lobih cino dari DAP sendiri..Nak haramkan arak kek Shah Alam pun korang tak boleh sehaluan..Hassan cakap lain;Khalid cakap lain
.

warith,

Kau ni pembohong. Lobih bosar kau pembohong banding ngan Mahathir maghin.

Kau memang jonih pombohong. Kojo kau ngakan oghang jo.

Dah poi kao borambuih. Sumo tak nak donga kau mombebel

Anonymous said...

(Ko gelar2 orang "babi" tu, ko tu apa? emak babi? bapak babi? anak babi? atau makan babi?

HELLO KAWAN:
SOALAN NI KO PATUT TUJU PADA TULANG BESI...

chot said...


anom 12:06

ko suh mak ko jawab le...

Anonymous said...

warith;

apo la ekau ni paneh baran sangat, cool la beb!

ekau tuduh den ni pemongak .. sampai hati kau walaupun kau tak ponah kona ngan den ni.

bilo den cakap kat gua musang, ramai orang asli yang jadi kristian dari jadi orang Islam, walaupun Kelantan diwar-warkan dengan begitu hebat negeri serambi Mekah, kau tuduh den pembohong..ini buktinya..kau lihat video ni sampai habis..,lopeh tu kau pikirlah sejonak.. den ni pembohong ko? ..

tengok yo jangan tak tengok..http://www.youtube.com/watch?v=vhIXBRdjzoA

Anonymous said...

dah pulak...si anon 5.29 buat hal pulak...

kalu hang tak pernah ikuti mcm mana TB maki hamun dlm blog dia,,,lebih baik hang diam-diam.

aku ingat hang yang patut tanya kat moyang hang ka...kalu depa dah tak de dia dunia ni , hang tanya pulak pd atuk hang,,,kalu atuk hang pun dah takde hang tanya pd bapakk hang...kalu tak de juga...

HANG TANYA PADA TULANG BESI
dia mesti tau jawapan.
jangan marah anon 5.29.
tak baik tau

Anonymous said...

POLITIK jelas sekali memecah belahkan sesama islam.Politik demokrasi yg kita guna pakai sekarang adalah ciptaan YAHUDI,bukan POLITIK cara NABI saw.POLITIK NABI saw ialah dgn DAKWAH untuk menyatukan umat.

PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULU:
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab,"Penyakit-penyakit itu ialah (1)terlalu banyak seronok, (2)terlalu mewah, (3)menghimpun harta sebanyak mungkin, (4)tipi menipu dalam merebut harta benda dunia, (5)saling memarahi, (6)hasut-menghasut sehingga menjadi zalim menzalim".
H.R Hakim