"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 26, 2010

Aduka Taruna: Menterjemah Keadilan, Menjunjung Undang-Undang

Ahad 8:00 malam -

Dalam berita TV (aku tak tau TV berapa sebab dah lama aku tak tengok berita pengampu), kecoh isu Blogger Aduka Taruna (salah seorang penulis jemputan dalam website Perisik Rakyat) menghina Almarhum Sultan Johor. aku pun tak tau apa yang dilapor dalam berita malam tu & semua ni aku tau dari beberapa panggilan telifon dari kenalan & pembaca webite aku.

Apa yang pasti, bermula lebih kurang jam 8:20 malam hari sabtu, HP aku tak berenti-renti memekak & hampir semua pemanggil dok tanya khabar AT. ralat beb... lepas tu PinkTurtle pulak call & ajak kumpul geng-geng blogger yang dapat dihubungi untuk bincang masalah AT.

Dalam masa tak sampai setengah jam, kami dah berkumpul & keputusan yang dicapai ialah AT kena serah diri pada polis untuk mudahkan siasatan.
  • "Yang salah tetap salah & yang benar tetap benar"
Itu yang dicapai sejajar dengan apa yang kita perjuangkan selama ini. tak kira dari pihak mana. memang 1 keputusan yang sukar dalam keadaan macam ni. tapi itulah yang kita perjuangkan & itulah yang wajib kita praktikkan.

Lebih kurang jam 10:00 malam, PinkTurtle hubungi AT & bagi sikit penerangan & minta AT bertolak segera ke Kelantan (dari Negeri Sembilan) lepas AT bersetuju untuk serah diri & beri kerjasama pada pihak polis. sebab kenapa kami minta AT datang ke Kelantan dan serah diri di Kelantan ialah kerana isteri AT adalah anak jati Kelantan & lebih baik isteri AT berada dengan keluarga dia sepanjang AT berada dalam tahanan.

Jam 11:00 malam, pergi ke bank untuk bankin sikit duit pada AT yang kami kumpul kejap tadi untuk isi minyak & belanja sepanjang perjalanan. sebaik duit dimasukan, aku terus maklumkan pada AT dan pesan pada AT, tak payah balik rumah, gerak terus ke Kelantan.

Jam 11:30, AT bertolak dari Negeri Sembilan dengan isteri dia dengan sehelai sepinggang.

Sejam sekali kami berhubung untuk pastikan AT selamat dalam perjalanan & alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Isnin 9:00 pagi -

AT sampai ke Kelantan dengan selamatnya dan jam 10:30 pagi dah berada dirumah aku & setengah jam kemudian disusuli oleh geng-geng blogger yang berkumpul semalam. lepas berbincang lebih kurang & buat beberapa panggilan talifon, makan tengahari, lebih kurang jam 2:00 petang kami ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa.

Sampai di IPPD, jumpa dengan pegawai bertugas, jelaskan pada dia hal-hal berkaitan dan tujuan datang ke IPPD. pegawai bertugas berhubung dengan beberapa pegawai atasan maklumkan kehadiran "Subjek" untuk menyerah diri.

Pegawai bertugas hubungi KP Johor, Bukit Aman dan lain-lain untuk makluman dan arahan tindakan lanjut mengikut prosedur menyerah diri. arahan seterusnya dari Bukit Aman ialah procede terima.

Jam 4:30 petang AT secara rasminya ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bagi membantu siasatan keatas lebih 40 laporan polis terhadapnya yang didakwa menghina Allmarhum Sultan Johor. Pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mengendali kes AT di Kota Bharu ialah Tuan Ramdzan.

Lepas "subjek" diterima, prosiding siasatan dimulakan. beberapa barangan AT dirampas (sebenarnya bukan beberapa pun... HP je yang kena rampas sebab AT datang sehelai sepinggang dari Negeri Sembilan). geng-geng blogger yang lain balik dulu manakala aku dan sorang lagi sahabat blogger stay di IPPD teman isteri AT yang diminta untuk menunggu sebentar sementara siasatan awal dijalankan.

Bersambung - "Rumah Mentua Aduka digeledah tanpa waran".

*aku nak gi mahkamah. pagi ni AT akan dibawa kemahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

11 comments:

Anonymous said...

Poji, hang bila plak nak serah diri. Hang kumpulkan segala fitnah dan penghinaan yg hang buat dlm blog ni lepas tu serah diri. Elok mulakan sekarang. Sat lagi ramai nak repot polis pasai hang..good luck and enjoy your days!

pisangmalaysia said...

Media perdana tidak mengatakan At serah diri sebaliknya :ditangkap"..he he..harian dan meloya aku dibuatnya...woit..jgn kutuk..woit jgn ngata...ikut jer..org nak cucuk idung pun...ikut jer la...dulu, kini dan selamanya...

asam_pedas said...

Wakaka.....

Si mulut bacul dah di BERKAS.
Orang2 Johor sedang menunggu kedatangan si mulut bacul ni.

jpj said...

sudahlaa.. berani buat berani tanggung baru gentleman...

Anonymous said...

Satu pesanan pada umat melayu dan umat islam. Di akhir zaman ini telah mencul satu pemerintahan Dajjal di Malaysia, iaitu sistem tiada tuhan. Di Malaysia banyak manusia-manusia bahaya pengikut Dajjal, tapi tiada tindakan keatas mereka-mereka itu, contohnya penjenayah dan perompak harta rakyat berkeliaran di sana-sini tapi tiada tindakan dari kerajaan negara ini sebab penguasa dan pemimpin dalam negara ini adalah di pimpin oleh Dajjal-dajjal yang bertopengkan manusia.

Mari kita melakukan perubahan, sebab di khuatiri, Dajjal telah turun di Malaysia. Dalam satu pesanan yang diberikan ulama terkenal Pakistan, kebanyakkan Dajjal-dajjal ini telah banyak turun di negara-negara islam termasuk Malaysia.

Marilah kita hapuskan Dajjal-dajjal itu dengan segera berani melakukan perubahan pemerintah negara ini, sebab keadaan terlalu kritikal sekarang sebab orang-orang yang melakukan kesalahan-kesalahan besar di biarkan tanpa di ambil tindakan tapi perkara remeh temeh seperti kes ini mereka menangkap orang. Manusia tak perlu takut pada manusia seperti polis sebab mereka sendirinya adalah anak-anak dajjal yang akan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka apabila mereka telah tiada kuasa lagi.Insyallah amanah yang di berikan pada mereka tidak mereka lakukan sebaiknya,sebaliknya menganiaya orang yang tak berdosa.

Kalau perlu mesti tangkap semua pemimpin-pemimpin umno kerana merekalah penderhaka yang sebenarnya seperti yang di berlaku di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Selangor.

Yang pertama kena menyerah diri adalah Mahadet Apanama kerana masa pemerintahannya dialah Raja, dialah Hakim, dialah Polis dan semua dia. Selebihnya pencacai umno macam Anuar Musa yang cuba gulingkan sultan kelatan, Tak hormat Agong di terengganu, membantah sultan di Perlis dan melarikan anak sultan di Selagor. Semua penderhakaan adalah dilakukan oleh orang-orang besar Umno, tapi tiada tindakan di ambil keatas mereka sebab semuanya adalah Dajjal-dajjal berwajah manusia di negara ini.

Anonymous said...

AT sebenarnay nk lari ke Siam melalui Golok,..

tpi nasib baik dpt diberkas di Kltn,..

klu x jadi RPK2,.

DASAR PENGECUT,..KHAK PTHUUUIII

Unknown said...

AKU BOLEH SABAR DGN ORG BODOH TAPI AKU TAK BANGGA LANGSUNG DGN KEBODOHANNYA..!

TAK ADA SESIAPA NAK PANDANG TINGGI TERHADAP ORG YG PANDANG RENDAH PADA DIRINYA SENDIRI YG BODOH DAN BANGANG..!

Wali Bedal said...

rupe2nye kota bharu jadi pusat gerakan blogger2 erdogan...hehehe

fadli said...

oh aduka teruna ...

padan muka kau.

Anonymous said...

Salam,
Aku nak bercakap pasal agama, aku tak macam ustaz2 yg ada, tapi sebagai Islam, sepatutnyalah bila kita dpt berita ada org meninggal, baca "Innalillah......." dan sedekahkan Al Fatihah untuk Arwah/Almarhum. Bukannya kutuk... Kita kena ingat yg perjalanan duniawi bagi mereka tu dah tamat, tapi kita yg masih ada ni, patutnya bersyukur sbb Allah ta'ala masih bagi kita masa untuk melakukan seberapa byk amalan untuk kita bawak ke sana nanti, perlu diingatkan juga, sapa yg ada disblh bahu kanan/kiri kita, setiap apa perbuatan semasa hidup ni ditulis, tak kira baik @ buruk, walaupun sebesar zarah sekalipun.

Tuan AT, skrg ni U tgk, ada good & bad feedback (tapi byk BAD lah), kesan dari statement yg dah tuan berikan & bersedia lah tuan dgn apa jua yg mendatang. Good Luck!!!

Tuan, Allah ta'ala kurniakan otak kepada semua makhlukNya, tapi kelebihan yg diberikan pada manusia, adalah AKAL. Syg tuan tak gunakan AKAL yang diberikan sblm mengeluarkan statement tuan tu... Good Luck sekali lagi...

Anonymous said...

double-standard...
aku mg x stuju dgn ape yg aduka taruna tulis, tapi namewee yang sibuk kutuk malaysia, hina negara, hina islam dalam video die x kene reman dgn polis pon....
ape ke he nyer?