"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 22, 2010

Ambil Balik Tanah YBK. Tukar Pada Sawah Padi

Zainal Sakom kata dia dah bentang laporan kewangan YBK kepada Exco Kerajaan Negeri serta dah dimasukkan dalam web site YBK sendiri. Laporan Kewangan YBK tersebut boleh dibaca di sini.

Laporan kewangan YBK itu juga dibentang oleh Zainal Sakom pada Kerajaan Negeri. Namun, Kerajaan Negeri menolak kerana laporan tersebut :

a. Tak sebut langsung pasal tanah Serendah

b. Tak sebut pasal kesemua duit yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.

c. Tak sebut semua aset yang diberikan kepada YBK.

Sebab tu Kerajaan Negeri nakkan audit dilakukan ke atas YBK supaya kesemua pemberian Kerajaan Negeri masuk dalam laporan kewangan.

Saya diberitahu nilai tanah di Serendah itu mencecah RM300 juta. Namun dalam laporan 2008, harta YBK tak sebut perkara tu. Seperti yang dikatakan oleh salah seorang pembaca pro UMNO :
  • Dalam akaun balance sheet 2008, kan ada disebut harta tetap bernilai RM12.3 juta. Kau tahu tak, tanah yang diberi kerajaan BN dulu tu kat hutan dan berbukit-bukit. Value nya tak sampai sampai pun RM3 atau 4 juta. Yang disebut RM300 juta, kalau jadi UiTM bina kampus berharga yang berharga RM300 juta.
Oleh kerana YBK sendiri mengakui tanah tersebut bernilai RM300 juta, maka seharusnya nilai Rm300 juta itu masuk ke Laporan Kewangan YBK.

Dan tidak betul tanah tersebut bernilai RM3-4 juta sewaktu mula-mula diberi kepada YBK. Tanah tersebut diberikan waktu Mike Tyson jadi MB dan mungkin pada waktu itu ia bernilai RM3-4 juta.

Namun pada 2008, setelah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) siap dan pembangunan sekitar Serendah juga semakin maju, tanah tersebut sekarang ini bernilai paling kurang RM100 juta. Oleh kerana ada cadangan menjadikannya UiTM maka dengan otomatik ia naik jadi RM300 juta.

Kenapa Laporan YBK 2008 hanya menyatakan YBK mempunyai harta tetap bernilai RM12.3 juta sahaja? Siapa yang YBK hendak tipu di sini?

Kita tunggu apabila
Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan senarai penuh peruntukan serta harta yang telah diberikan kepada YBK selama ini. Kemudian kita ramai-ramai boleh buat perbandingan dengan laporan kewangan YBK di web site mereka.

Baru nanti Zainal Sakom tak tidur malam.

TUKAR SAHAJA TANAH SERENDAH YBK KEPADA SAWAH PADI

Tanah tersebut adalah tanah status pertanian. Maka, kalau Zainal Sakom nak gunakan harta tersebut macam harta bapak dia punya, maka jangan sekali2 Kerajaan Negeri izinkan projek UiTM itu berjalan.

Saya cadangkan Kerajaan Negeri ambil balik tanah tersebut dan tukar kawasan 190 Hektar itu menjadi sawah padi. Harga makanan sedunia sekarang ini semakin mahal dan harga beras sudah semakin tinggi.

Selangor akan mampu menjadi Jelapang Padi Malaysia yang baru sekiranya kawasan YBK itu ditukar menjadi sawah padi. Ia juga akan mampu memberi pekerjaan serta peluang ekonomi kepada ramai siswa-wi yang menggangur sekarang ini.

Makanya, daripada tanah tersebut menjadi alat mengkayakan kroni, lebih baik ditukar kepada sawah padi supaya Selangor dapat memberi beras dan makanan yang murah kepada rakyat Malaysia.

PERLU DIINGAT : Selangor sekarang ini sudah KETIADAAN TANAH kerana UMNO telah habis memberikan kesemua tanah Selangor kepada kroni-kroni.

HANCUR BN. HANCUR UMNO. HANCUR NAJIB

Sekian

Tulang Besi

p/s - di bawah adalah satu komen dari salah seorang pembaca saya yang saya yakin mempunyai maklumat yang khusus dan bernas dalam isu ini. Selamat membaca.

Anonymous said...
Apa ni ZAINAL SAKOM??? takkan laporan audit pun takut nk serahkan??? kalau telus, benar, jujur, amanah pegang duit bantu kemiskinan rakyat buat apa nak takut serahkan laporan audit kepada kerajaan selangor. serahkan jela.MB KHALID nk jalankan tanggungjawab pn nak halang. kalau ZAINAL SAKOM taknak serah ini menimbulkan curiga pihak kerajaan selangor kepada YBK.duit ratusan juta bukan perkara main2, itu duit untuk bantuan basmi kemiskinan rakyat selangor. MEMANG DASAR UMNO SONGLAP DUIT JUTA2 RAKYAT!!!! KEPADA ZAINAL SAKOM KALAU ANDA BERANI SERAHKAN LAPORAN AUDIT KEPADA KERAJAAN SELANGOR!!!! BIAR RAKYAT TAHU KEMANA ARAH DUIT ITU PERGI!!!!

KEPADA MUHHAMAD==Berapa banyak UITM kau nak MALAYSIA ADA DI SELANGOR???Memanglah tak salah tapi bagi aku kalau terlalu byk sangat UNIVERSITi dekat MALAYSIA TERCINTA ni xguna jugak kalau PELUANG PEKERJAAN TERHAD.MELAYU UITM CUKUPLAH SEKADAR KEISTIMEWAAN YG DAH ADA SEKARANG.TAK PERLU NK DITAMBAH LAGI.

KALAU TERLALU BYK UITM ADA DI MALAYSIA MAKA QUALITY PELAJAR YG LAHIR DARI UITM AKAN MEROSOT.

sebab uitm merupakan universiti awan yang paling senang nak lulus kalau dibandingkan dengan semua ipt awan dan swasta yg lain.kerana?????

lecture susah nak bagi failed kepada pelajar UITM so nk xnk kena bagi lulus jugak,sebab nanti akan dipersoalkan oleh pihak atasan dibilik mesyuarat.nak xnk kena jugak bagi question yg senang, dan yg mudah untuk pass.jawab ala kadar pn dapat markah.jawab dalam bahasa melayu pn dapat markah.mana xsenang luluss.....

isteri aku salah seorang lecture UITM dan selalu mengeluh kenapa la senang sangat soalan final,terlalu dimanjakan sangat budak2 uitm ni.tak mcm dia belajar dulu nk lulus bukan main susah lagi.bila mengajar dekat uitm nah... soalan punya la senang, mcm2 hal....

DAN TOLONG JGN NK DIBANGGAKAN SGT KALAU ABG KAU TU DARI UITM.
January 22, 2010 5:04 AM

3 comments:

SATU JARI said...

aku sokong pendapat anon 5:04 AM.memang kalau terlalu banyak sangat UITM dibuka di MALAYSIA akan merosot quality pelajar yg lahir dari UITM.kerana semcm mudah pulak nak masuk UITM.sepatutnya diberikan quota setiap negeri berhak membuka 1sahaja cawangan UITM.itu pun sudah terlalu istimewa aku rasa hak yg diberikan untuk pelajar MELAYU yg ingin memasuki UITM.
apa yg cuba aku maksudkan disini biarlah UITM kekal ada dalam kuantiti sedia ada sekarang.lagi pn bukan byk sangat peluang pekerjaan yang ada sekarang untuk menampung graduan2 universiti.

TENTANG QUALITY aku rasa UITM xla sehebat mana sgt, kerana UITM terlalu byk sgt dekat malaysia ni.so disni keistimewaan memang dah ada bagi pelajar melayu untuk menyambung pengajian mereka.biarlah quality itu dikekalkan untuk menjamin quality pelajar dari UITM.

bagi aku memang timbul jugak isu org ckp UITM senang lulus berbanding dgn IPTA dan IPTS yg lain.mungkin kerana keistimewaan untuk anak-anak melayu itu dijaga.so biarkanlah, perkara elok niat membantu anak-anak melayu.keistimewaan lagi jwb final nak letak bahasa melayu skit pn xpa.memang UITM dah terlalu byk dimanjakan.memang kalau U lain dengar akan merasa irihati dgn system mudah lulus UITM ni.apa2 pn itulah gunanya pendidikan untuk mematangkan pemikiran rakyat menjadi kreatif untuk berfikir bukan MCM ZAINAL SAKOM menyembunyi laporan audit.

aku mintak ZAINAL SAKOM berikanlah kerjasama anda kepada kerajaan negeri selongor kerana untuk kepentingan rakyat jugak 1 hari nnt.laporan audit YBK itu adalah untuk memantapkan lagi pengurusan dan saluran bantuan untuk rakyat,bukan MB selangor nk mintak tanpa sebab tp bersebab la dia mintak wahai anak SAKOM!!!

Kamal Sanusi said...

Skrg ni pendidikan pun dijadikan bahan jualan. Contohnya:-

Nama pusat bukan main gah, Kolej itu ini tapi kenapa taian talifon dan fak kongsi line yg sama?

Nama gah tapi bila kita melawat, hanyalah bangunan rumah kedai saja.

Pegawai, kakitangan bertugas semua baru lepasan kolej yang sama, apa pengalaman mengajar yg ada?

Dlm kes YBK ni, kenapa perlu dirisaukan utk membentang laporan audit? Setakat laporan kewangan, itu adalah hasil kerja internal utk syok sendiri.

Aku rasa ada yang tak kena dgn YBK. Mcm nak sembunyikan sesuatu. Pastinya aku rasa ada kes songlap duit.

Kalau tiada, bentangkan laporan yg diaudit oleh firma bertauliah. Then we talk.

Kalau dan umNO tu totap kaki sapu duit haram

Kah kah kah!!!...

..ibNus0bri_aNNUriyy.. said...

salam, bukan kes uitm banyak sangat.
saya cukup tak setuju alasan nii.
bagi saya, lebih baik ada pelajar dari ada penganggur.

kerajaan negeri pon pikiaq la sebab apa depa tak mau buat universiti kat situ, bukan universiti teknologi mara ja, malah semua universiti.

sebab apa kerajaan tak mau buat universiti kat situ?? semua dah diterangkan dalam artikel nii..

mintak maap, ni hanya pendapat saya yang hina.. salam dari utara ;))