"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, February 05, 2010

Percubaan Nasruddin Tantawi Mempertahan Kezaliman Dilibas

NOTA EDITOR: Acap kali bila sudah tersepit dan terdedah pekung, puak-puak "TARBIYYAH" ini akan menggunakan alasan2 seperti "wala","thiqah"ukhuwah" dan sebagainya. Ini semua adalah konsep2 yang diajar melalui buku2 Ikhwan Muslimin. Yang menghairankan saya palajar2 kita di Mesir TIDAK DITARBIYYAH oleh Ikhwan Muslimin. JEmaah Ikhwan Muslimin di rantau Asia Tenggara adalah Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia. Konsep2 ini telah di"hijack" oleh beberapa kerat pimpinan Terengganu bagi membawa ahli-ahli PAS untuk memberi ketaatan membuta tuli kepada mereka. Ertinya kalimah2 ini di "hijack" untuk menyebarkan kesyirikan dalam PAS.

Kalau Nasruddin Tantawi seorang yang iltizam dengan Islam yang syumul, seharusnya beliau menulis artikel yang mempertahankan orang yang dizalimi i.e. Khalid Samad. Namun, Nasruddin Tantawi mahu menambah kezaliman itu dengan mengambil tindakan kepada Abdullah Karim.

Nasihat saya kepada Akhi Nasruddin Tantawi adalah "TUBU ILLAH TAUBATAN NASUHA". Hentikan kezaliman kau, kelak kamu akan disambar api neraka.

Tulang Besi
  • Rabu, Februari 03, 2010
    Gerakan Islam, Parti Politik, Apa Tu?

    Berbanyak maaf saya pohon kepada sahabat dan rakan karib saya, Ust Nasruddin Hassan kerana kiriman ini sekali lagi akan menyentuh mengenai ‘fikrah’nya.

    Saya bukan ingin menyanggahinya secara membuta-buta tuli apatah lagi membabi-buta, tetapi saya sekadar ingin menghadamkan kefahaman saya sendiri berhubung dengan apa yang ditulisnya di dalam blognya.

    Rujuk tulisannya berjudul ‘Jangan rosakkan jamaah’ – di sini.

    Ada beberapa para di dalam tulisannya yang saya sukar hadami. Antaranya para bil 2 dan 6 :
    -------------------------------------
    2. Justeru itu , Jamaah ini [ PAS ] mesti dibaca dan dihayati sebagai sebuah Gerakan Islam bukan sebuah parti politik semata - mata . Meskipun ia menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi yang tidak bercanggahan dengan syariat , namun ia hanya sebahagian dari tugas besar dan utama sebagai sebuah Gerakan Islam.

    6. Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik bukan lagi sebagai sebuah Gerakan Islam , sebenarnya merupakan satu episod untuk memudahkan usaha segelintir pihak yang kini sedang bekerja keras mahu mengikis penghayatan terhadap prinsip wala' , thiqah , ukhuwwah , dengar dan taat kepada arahan jamaah di dalam PAS .
    -----------------------------------

    Mengapa PAS perlu jadi dua dalam satu iaitu gerakan Islam dan parti politik? Kalau PAS jadi parti politik semata-mata, PAS bukan gerakan Islam. Kalau PAS adalah gerakan Islam, PAS tidak boleh menumpukan kerja-kerja parti politik semata-mata?

    Kerja gerakan Islam ialah kerja tarbiah, perkaderan, amal tarbawi, elemen-elemen spiritual sementara kerja-kerja pilihanraya pula adalah kerja parti politik. PAS perlu jadi parti politik dan gerakan Islam sebab PAS melakukan kedua-duanya sekali. Macam mana?

    Perlukah perjuangan PAS dijuzuk-juzukkan? Ini perjuangan PAS sebagai gerakan Islam dan ini pula perjuangan PAS sebagai parti politik. Di masjid PAS jadi gerakan Islam, di kotak undi PAS jadi parti politik.

    Adakah gerakan Islam tidak boleh buat kerja politik dan parti politik tidak boleh buat kerja gerakan Islam? Sebab itu PAS perlu jadi kedua-duanya sekali, gerakan Islam dan parti politik untuk membolehkannya membuat kedua-dua kerja.

    Tugas utama gerakan Islam ialah menyertai gerakan politik demokrasi. Tugas utama PAS sebagai parti politik pula apa dia?

    Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik itu bagaimana pula? Adakah parti politik perlu menjadi gerakan Islam untuk melaksanakan kerja-kerja tarbiah? Dan, adakah pula gerakan Islam perlu melakukan kerja-kerja politik untuk menjadi parti politik?

    Maafkan saya sebab saya keliru dengan fikrah tersebut.

    Saya tidak pasti, ‘dualisme’ ini, PAS sebagai gerakan Islam dan parti politik adalah cedokan daripada fikrah mana, dalam keadaan saya tidaklah ‘bangang’ sangat dengan buku-buku tokoh Ikhwan walau pun tidak semuanya saya telaah.

    Saya fikir kita perlu hentikan kekeliruan ini. Mungkin ada disebutkan dalam buku-buku tokoh Ikhwan bahawa gerakan Islam bukan gerakan politik, tetapi itu untuk realiti Ikhwan di Mesir ketika Ikhwan belum menyertai pilihanraya.

    Fikrah sebegitu adalah relevan untuk tempat, masa dan realiti itu. Realiti PAS kini bukan realiti Ikhwan pada tahun 1970 an.

    PAS bukan bergerak di Mesir tetapi di Malaysia dan PAS tidak pernah berhadapan dengan realiti yang dihadapi Ikhwan di Mesir. Tidak pernah PAS tidak masuk pilihanraya. Malaysia bukan Mesir.

    Hanya kebelakangan ini sahaja Ikhwan Mesir menyertai pilihanraya. Sebelumnya tidak. Sistem perkaderan Ikhwan, tarbiahnya, keahliannya adalah jauh berbeza dengan PAS. Apa yang Ikhwan buat adalah betul untuk realiti yang dihadapinya.

    Tetapi, PAS bukan Ikhwan.

    Kini PAS adalah parti terbuka, berbilang bangsa bahkan akan menjadi parti berbilang agama sekiranya wujud Dewan Penyokong PAS. Ketika itu bentuk PAS sebagai gerakan Islam pula bagaimana?

    Saya katakan, mari kita mempermudahkan urusan. Kita kata sahaja begini, PAS adalah parti Islam. Full stop. Saya ulang, PAS ADALAH PARTI ISLAM.

    Usah dikelirukan dengan sekejap gerakan Islam, sekejap parti politik. Ini kerja gerakan Islam, ini kerja parti politik. PAS adalah gerakan Islam dan parti politik, perlu kedua-dua sekali.

    Tak boleh jadi parti politik saja, kena jadi gerakan Islam sama. Tak boleh jadi gerakan Islam saja, kena jadi parti politik sama sebab nak masuk pilihanraya. Aduh…letihlah begitu.

    PAS ADALAH PARTI ISLAM. FULL STOP.

    Kita boleh buat semua kerja sebab PAS adalah parti Islam. Nama pun Parti Islam Semalaysia.

    Kerja politik, dakwah, tarbiah, panjat pokok, gantung poster, kacau bubur, ceramah, usrah, qiamullail, qunut nazilah, debat, wacana, forum, diskusi, dialog… apa-apa lagilah, asalkan untuk mendaulatkan Islam boleh dibuat kerana PAS adalah parti Islam. Bukankah semua kerja itu adalah kerja Islam?

    Saya teringat cerita seorang guru Tauhid yang mengajar saudara baru mengenai sifat Allah. Katanya, “Allah itu ada, lawannya tiada. Wajib ada, mustahil tiada. Dalil adanya Allah, adanya alam ini.”

    Saudara baru itu keliru dan berkata, “Cakap betul-betullah, ada atau tiada. Sekejap ada, sekejap tiada, Sekejap pula, ada mau lawan sama tiada. Wajib, dalil, mustahil … itu apa? Cakap betul, ada atau tiada?”

    Permudahkanlah, jangan menyusahkan. Bukankah itu ajaran agama kita?

12 comments:

APRS said...

Ini pun satu lagi puak UG.

Anonymous said...

sudahlah tu.. lagi baik kita dedahkan kelemahan musuh kita dlm BN

Anonymous said...

Begitu lah cara berfikir bersifat munafik.

PAS ialah islam = untuk menjenamakan PAS sebagai islam supaya menarik orang2 islam

PAS ialah politik = untuk memungkinkan PAS bekerjasama dgn UMNO melalui tatacara politik

Kena ada dua sudut ini yg berlainan di dalam PAS baru boleh memungkinkan puak UG ini bergerak bebas.

Anak Lenggong said...

Kalau yang ni camner pulak ???..Tok Nik dah undur kebelakang la pulak..pastu menyalahkan orang pulak..pada hal Najib buka pintu dulu kepada Hadi..masa hadi bercakap benda yang sama ..Tok Ajis punya la mengamuk so sekarang apake jadahnya pulak...dah nampak penyokong dah tak percaya pada dia ke...terpaksa guna talian hayat..!!!

Nik Aziz mahu Pas, UMNO berbincang

Jika sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu lantang menentang sebarang usaha mengadakan rundingan dengan UMNO, tetapi hari ini nada beliau berbeza sama sekali.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemikiran Islam Semasa - Pemakaian Kalimah Allah di sini, Nik Abdul Aziz mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau rasa amat gembira jika soal perbincangan yang menjadi isu bermusim itu menjadi kenyataan.

"Ia kerana selama ini banyak masa, wang dan tumpuan dihabiskan kerana pertengkaran yang tidak membawa apa-apa faedah," katanya.

Menurut beliau, jika majlis perbincangan antara pemimpin berlainan agama boleh dilangsungkan dengan baik, maka tidak ada masalah untuk Pas dan UMNO - yang sama- sama Islam - duduk berbincang.

"Saya bersyukur kepada Allah kita berjaya mengadakan seminar mengenai penggunaan kalimah Allah hari ini.

"Saya datang hanya untuk menutup majlis, tapi saya sangat gembira kalau boleh majlis macam ini dibuat antara Pas dengan UMNO.

"Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan UMNO, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas. Apa hasil? Banyak masa habis, UMNO guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh Pas, apa hasilnya?" katanya.

Ujar Nik Abdul Aziz, Pas adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam UMNO sendiri dan adalah tidak wajar perseteruan yang ada terus menerus berlaku.

"Tolong fikirlah, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas dan Pas ini dibuat oleh alim ulama UMNO.

"Pada 1946, semua orang Melayu bersama UMNO tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama keluar daripada UMNO dan buat parti baru namanya Pas, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia.

"Jadi apa pentingnya UMNO bertengkar dengan Pas, sedangkan Pas bawa Islam. Selepas kita mati, Melayu tidak ada guna, Cina tak ada guna, Arab tak ada guna.., yang guna Islam dan bertakwa kepada Allah," katanya.

Jelas beliau, jika isu pembangunan yang menjadi punca UMNO memusuhi Pas, ia tidak sepatutnya berlaku kerana beliau mendakwa Pas juga membawa pembangunan kepada negeri yang diperintah.

Nik Abdul Aziz berkata, sehubungan itu beliau meminta tokoh-tokoh UMNO agar menimbangkan permintaannya itu.

Musafir Kelana said...

PAS adalah PARTI POLITIK YANG DIBERI NAMA PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS).
MATLAMAT PENUBUHAN:
1) MENYERTAI PILIHANRAYA (UTK MENDAPATKAN KUASA)
2) GERAKAN DAKWAH DAN TARBIYAH

CITA-CITA TERTINGGI PARTI: MENUBUHKAN KERAJAAN ISLAM DENGAN MELAKSANAKAN SELURUH SYARIAT ISLAM

PERSOALANNYA ialah PAS kini mengutamakan dakwah ke atau mengutamakan politik (mendapatkan kuasa)?

Adakah perlaksanaan syariat akan dapat dibuat kepada mereka yang masih JAHIL dengan ilmu dan kefahaman/ pendidikan Islam?

Utamakan dakwah dan tarbiyah dahulu...hasil drpd tarbiyah dan dakwah...dengan sendiri masyarakat islam dan bukan Islam akan faham apa itu Islam dan syariat.

Masyarakat akan menyokong dan mendokong parti PAS jika dakwah dan tarbiyah dilakukan kpd setiap ahli dan pemimpin PAS dan kemudian kepada seluruh manusia di bumi malaysia khasnya dan dunia amnya. Akhlak dan adab seorang muslim sejati terzahir pada peribadi setiap pemimpin dan ahli PAS.

catatanhamba.blogspot.com

Daftar syarikat said...

Kenyataan yang tak layak dikeluarkan atas kapasiti ketua pemuda.

mkrala said...

mentaliti tak tau matematik,,,,,tu la lama sgt dok ikat kepala,,,yang pandai cuma cari buuuu,,,it dan duuu...it. tgk muka pun tahu

Anonymous said...

Pas mengutamakan politik untuk berkuasa, untuk melaksanakan hukum Islam. Lu pikir la mamat ooi...kalau tak ada kuasa macam lu orang la dok pekik melolong kutuk UMNO dan BN sapa yang sakit? lu orang la, UMNO dan BN tak de rasa apapun.

Lu orang kena hentak ngan polis dan sebagainya membantah. Lu kena ingat nak perintah Malaysia guna politik bukannya senapang?, bodo.

Awang Dogol said...

Kah...kah...kah..

Tembah...tembak lagi...
Kalau semua kojol dalam PAS lagi senang hati aku.

Tembak...tembak...

Bang...bang....BanGANG...BanGANG
he..he..he

Anonymous said...

Anak Lenggong said...

"Kalau yang ni camner pulak ???..Tok Nik dah undur kebelakang la pulak..pastu menyalahkan orang pulak..pada hal Najib buka pintu dulu kepada Hadi..masa hadi bercakap benda yang sama....."

-------------------------------------

Kau cerita apa anak lenggong panjangnya artikel ko tentang Nik Aziz..?

Ko jangan dengar cerita dari Utusan yang selalu kena saman kerana putarbelitkan fakta... akibatnya ko akan sebelit 2 hari macam saiful pondan demi menyimpan air mani dalam dubur.

Macamlah orang tak tahu niat sebenar ko tentang Nik Aziz....

Awang Dogol said...

BANGANG...BANGANG...BANGANG...BANGANG...BANGANG...
AKU DAH JADI BANGAAAAAANG!!!...
AKU BANGANG!...
AKU BANGANG!...
AKU BANGANG!...
AKU BANGANG!...
AKU BANGANG!...

AKU BANGANG!...AKU BANGANG!...AKU ANAK HARAM LAH BANGANG!

Anonymous said...

Aduka Taruna telah menyatakan didalam blog beliau bahawa beliau telah di juburi semasa dalam tahan lokap(LIWAT).Beliau juga telah menyatakan bahawa beliau tidak dapat membuang air besar(BERAK) selama 4 hari selepas kejadian itu.Beliau juga telah menyatakan seramai 4 org lelaki ganas telah mejuburi jubur beliau.Kesian...kesian...Lain kali jgn main2 dgn agama kalau dah memang jahil...