"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 18, 2010

Abdullah Karim Akan Dipanggil Untuk Memberi Penjelasan

NOTA EDITOR: Laporan Malaysiakini di bawah ini adalah lanjutan dari artikel pendedahan Tulang Besi ("SU Politik Presiden Terlibat Dalam Konspirasi Jatuhkan MB Selangor?" dan "Apabila “Lawyer Cabuk” Mentafsir Perlembagaan PAS").

Suka saya mencadangkan supaya Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar digantung jawatan beliau sebagai SU Politik kepada Presiden PAS terlebih dahulu sehingga penyiasatan ke atas beliau selesai.

Ini kerana Dr Samshuri menghadiri setiap mesyuarat Dewan Harian serta AJK Kerja PAS Pusat dalam kapasiti beliau sebagai SU Politik kepada Presiden PAS. Ini bermakna semua rahsia parti beliau ketahui.

Saya juga menyeru PAS Pusat untuk menyiasat ahli2 usrah Dr Shamsuri yang mana naqib beliau adalah Dr Kamarulzaman (atau Dr Kayu). Siasat juga ahli-ahli usrah beliau antaranya Mohd Adram (Ketua Pemuda PAS Serdang), Dr Khazani, Hj Suhaimi Embong dan siasat juga Dr Supyan Hussin, SU JK Disiplin PAS Pusat. Juga perlu disiasat adalah Wan Abdul Rahman Wan AB Latif, Pengarah PPP kerana beliau juga ada hubungan dengan "Usrah Dr Kayu".

Konspirasi jijik ini mesti dihukum keseluruhannya dan sesiapa yang terlibat dan mengetahui tetapi tidak mahu mengambil tindakan juga wajib dihukum. Jikalau tidak, PAS akan dilihat sebagai parti yang munafik dan suka engkar janji.

Sekian.
Exco Pemuda PAS pula dipanggil beri penjelasan
Jimadie Shah Othman
Mac 18, 10
10:53am


Selepas mendapatkan penjelasan daripada seorang penulis blog, pejabat agung PAS akan memanggil seorang lagi exco Pemudanya bagi melengkapkan siasatannya berhubung aduan salah laku terhadap pemimpinnya.

Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, exco itu, Abdullah Karim - yang mendakwa terdapat 'konspirasi' tiga pemimpin PAS bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat - dipanggil bagi menyampaikan hujah dan bukti-buktinya.

“Untuk dilihat berlaku adil, kita akan panggil Abdullah memberikan penjelasan tentang aduannya,” katanya ketika ditanya sama ada siasatan terhadap aduan Abdullah dibuka kembali.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini bulan lalu, Mustafa memberitahu aduan Abdullah telah rasmi ditolak kerana tidak cukup merit, ekoran terdapat beberapa fakta yang tidak tepat.

Selain Abdullah, pejabat agung PAS juga sebelum ini telah memanggil penulis blog Abdul Rahman Talib - atau dikenali sebagai Tulang Besi - bagi membantu siasatan mereka. Abdul Rahman bagaimanapun dipanggil untuk kes yang berbeza.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Mustafa menjelaskan, walaupun pihaknya telah mengumpulkan maklumat berhubung aduan itu, beliau perlu mendengar sendiri penjelasan daripada peguam muda itu.

Bagaimanapun, tambah Mustafa, masa bagi pertemuan tersebut belum ditetapkan dan bergantung kepada kelapangan Abdullah yang kini menetap sementara di United Kingdom.

Mustafa juga enggan mendedahkan nama pemimpin tersebut. Bagaimanapun, beliau mengesahkan ia seramai tiga orang.

“Untuk berlaku adil, nama mereka tidak perlu didedahkan buat masa ini,” katanya.

Malaysiakini difahamkan ketiga-tiga pemimpin tersebut amat rapat dengan pemimpin kanan PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa.

Difahamkan juga seorang daripada mereka memegang jawatan penting dalam PAS Selangor manakala seorang lagi pernah menjadi calon PAS pada tahun 1999.

Mustafa juga menjelaskan, menurut perlembagaan PAS, aduan daripada individu - bukan dibuat oleh mana-mana badan dalam parti, seperti bahagian, negeri atau dewan - tidak perlu dibawa kepada jawatankuasa tatatertib parti itu.

7 comments:

seluang said...

BUANG MASA SAJA LAYAN KAU ORANG NI...
KERJA BUDAK2 BODOH

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

ada sorang pensyarah di Bukit Mahkota Dr. Fuad Saleh nama dia penyokong kuat Ust. Nasa dok melobi AJK dan ahli PAS Cawangan Bukit Mahkota supaya menyokong Ust. Nasa sepenuhnya

mat D said...

dah lama dah PAS ni jadik parti yang munafik..cuma org PAS jer yang tak nak ngaku..2004,aku disumpah seranah oleh sekor muslimat PAs bertudung labuh kerana berkempen buat calon MCA..hari nie muslimat PAS yang sekor tu bekerja plak dengan adun DAP..tuhan bayaq cash..akhirat nanati aku dah agak kemana si muslimat ni akan di bawa....

Anonymous said...

bagus lah muslimat tu dah sedar, untuk memerintah kena libatkan kaum cina.

ko lagi suka PAS jadi parti ekstrem, senang umno cari makan.

Tulang Besi said...

Dr Fuad Salleh yang UTM ke?

Anonymous said...

alahai...kalau korang nak tahu pasal Tulang besi....gi baca kat http://tulangbesi.wordpress.com, dan korang nampak siapa kawan2 tulang besi