"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, April 02, 2010

Apa Nak Jadi Dengan Timbalan Presiden PAS Kita Ni?

NOTA EDITOR: Wartawan Harakah telah menegur Timbalan Presiden PAS kerana tidak turut serta dalam perbahasan menentang UMNO sewaktu isu APCO dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Timbalan Presiden lebih rela berborak dengan Husni Hanadzlah dari mengambil bahagian dalam menelanjangkan kemunafikan UMNO kerana mengambil syarikat Yahudi/Zionis sebagai penasihat dan rakan kongsi maklumat.

Sepanjang rekod beliau di Parlimen, kita jarang dengar Timbalan Presiden PAS menaikkan isu-isu yang membuat UMNO tidak selesa. Jauh sekali menyerang UMNO di pentas Parlimen sepanjang 2008-2010. Amat jarang sekali kita dengar Nasa dengan lantang mempersoalkan kebobrokan dan kemunafikan UMNO dan Barisan Nasional. Hatta dalam isu tuduhan liwat Anwar, Nasa diam membisu sehingga ke hari ini.

Nasa lebih suka menunjukkan ke”jantan”an beliau kepada sesama MP Pakatan Rakyat berbanding dengan UMNO/BN. Masih kita tidak lupa bagaimana Nasa dengan bengis memberi amaran kepada wakil DAP Perak, Ngeh Hoo Kam, supaya jangan sekali-sekali mempersoalkan peruntukan untuk masjid kerana ia boleh membawa kepada terurainya Pakatan Rakyat.

Memang semenjak menang 2008, Tulang Besi mendapat laporan dari beberapa sumber yang berotoriti, bahawa Timbalan Presiden PAS lebih suka bergaul dengan MP2 UMNO dan BN berbanding dengan MP2 Pakatan Rakyat (sekiranya beliau di Parlimenlah). Dan sejak 2008 lagi Tulang Besi telah melahirkan rasa bimbang Tulang Besi terhadap sikap dan perangai Ustaz Nasa yang lebih selesa bergaul dgn wakil-wakil rakyat UMNO.

Nah, sekarang terbukti maklumat yang Tulang Besi dedahkan sebelum ini. Ustaz Nasa lebih suka berborak dengan Husni Hanadzlah berbanding berbahas dan mendedahkan kejahatan serta kemunafikan UMNO.

Tulang Besi sendiri banyak mempersoalkan kenapa isu-isu besar seperti di bawah tidak pernah diambil pusing oleh Ustaz Nasa:
a. 10 Lesen Special Draw Baru yang diluluskan Najib dalam bulan pertama Najib menjadi Menteri Kewangan.
b. Tuduhan fitnah liwat ke atas Anwar Ibrahim.
c. Cadangan lesen judi sukan yang diberikan oleh Berjaya Group kepada Najib Tun Razak.
d. APCO dan kaitan UMNO dengan rejim Zionis.
e. Zahid Hamidi berjumpa Presiden Israel.
f. Royalti Minyak Kelantan dan banyak lagi
Kita harus puji Cikgu Pa, SU Agung PAS Pusat,kerana beliau dengan berani dan tegas telah terlibat dalam usaha memperjuangkan royalti minyak Kelantan dan secara terbuka berdiri dan bersama barisan PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional serta memperjuangkan kebenaran.

AGENDA KERAJAANG PERPADUANG MASIH SEGAR BUGAR

Seharusnya ini menjadi pengajaran kepada perwakilan PAS yang telah mengundi Ustaz Nasa sebagai Timbalan Presiden tahun lepas.

”KAMU TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG SALAH”

Ustaz Nasa telah dipilih atas nama mempertahankan kepimpinan ulama dan menentang proksi Anwar dari menguasai PAS. Ternyata alasan-alasan menyokong Nasa itu meleset sama sekali. Tiada proksi Anwar dalam PAS serta kepimpinan Ulama tetap wujud walaupun Husam menjadi Timbalan Presiden.

Ini adalah manifestasi agenda “KERAJAANG PERPADUANG” yang ditaja oleh Nasaruddin dan geng beliau. Ia menyebabkan Timbalan Presiden PAS tidak jauh tarafnya dengan ahli “Back-Bencher” UMNO di Parlimen.

Hasil dari pemilihan Ustaz Nasa adalah seorang Timbalan Presiden yang pasif dan lebih suka bercampur dengan MP2 UMNO di Parlimen dari menjalankan tugas sebagai wakil rakyat PAS di Parlimen.

Itulah Timbalan Presiden yang telah dipilih oleh Perwakilan2 PAS atas nama mempertahankan kepimpinan ulama serta menentang Proksi Anwar. Dapatlah mereka Timbalan Presiden yang tak jauh beza dengan BBC di Parlimen.

Sikap Nasa yang tidak mahu mengambil bahagian di dalam menyerang dan menghancurkan UMNO sudah maklum kepada kita semua, kecuali perwakilan-perwakilan PAS yang telah mengundi beliau.

Tak hairanlah secara terbuka, Syed al Habshi, Ketua UMNO Bahagian Cheras telah menawarkan Timbalan Presiden PAS menjadi ahli di dalam Bahagian yang beliau ketuai itu.

Bukan PAS tidak pernah ada kepimpinan tertinggi yang masuk UMNO. Bekas Presiden PAS sendiri, Arwah Dato Asri melompat masuk UMNO dan mati dalam UMNO. Kalau setakat Timbalan Presiden semata-mata, takda hal.

Ada orang beritahu saya, Timbalan Presiden PAS ini, badannya masih dalam PAS namun hatinya sudah pun bersama UMNO. Tak tau betul ke tidak cakap kawan saya ini, tapi itu adalah pengamatan beliau yang agak kenal rapat.

Tulang Besi

p/s - Sekurang-kurangnya arwah Ustaz Bakar Hamzah dan Ustaz Hasan Adli, tidak pernah menyertai UMNO. Sehingga mereka mati, mereka secara terbuka mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli dan pendokong PAS. Dan mereka tidak takut untuk menyerang dan menelanjangkan UMNO walaupun pada masa itu keahlian PAS mereka telah mati. Itu namanya orang yang berprinsip.

Teringat kesah Ustaz Bakar Hamzah yang dipanggil ke “Debat Olok-Olok” sewaktu cadangan debat PAS-UMNO hangat sekitar 80’an. Selesai debat tersebut, Ustaz Bakar Hamzah terus ke Pejabat PAS bertemu kepimpinan PAS dan menceritakan apa yang berlaku dalam debat olok-olok UMNO itu. UMNO menjemput beliau kerana UMNO ingatkan Ustaz Bakar Hamzah telah kerat rotan dengan PAS. Rupanya, Bakar Hamzah masih setia sebagai ahli dan pendokong PAS, terus melaporkan dengan detail apa yang berlaku.

Apa saya nak kata, kalau Bakar Hamzah masih hidup, lagi teruk Ustaz Nasa kena maki dengan dia berbanding cara Zainul Faqar menegur Timbalan Presiden.

23 comments:

Anonymous said...

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).

Insaflah wahai seorang fasik yang membawa sesuatu berita. Aku sangat2 bersimpati pada kau...

matkambing said...

menegur perbuatan sumbang pemimpin adalah digalakan. pemimpin bukan maksum!

Anonymous said...

"menegur perbuatan sumbang pemimpin adalah digalakan. pemimpin bukan maksum!"

betul tu..so bila nak tegur nicky ajis yg da banyak kali melakukan perbuatan sumbang..

anti-firaun

Anonymous said...

sape nicky ni? ketua kumpulan pop yang popular tahun 90'an tu ke? dia tu seorang sessionis yang berjaya, pebuatan sumbang adaler sikit-sikit.

matgitarrok

joehan said...

hahaha..apela PR ni..sumber korang xde org lain selain nuar berahi,malaysia today,malaysia kini..sme org2 munafik...ckp xserupa bikin..tu pon korng nk percy ker..tu dlm surah al hujurat kt ats tu..gunela otak korang ye wahai puak2 pr yg menentang perpaduan ummah cm si TB(tulang babi) ni..gunela otak korang utk berfikir..jgn percy bulat2 ape nuar berahi tu ckp..oo..lupe..otak korang letak kt lutut..hehehe..mn budak2 PR ni..xkn dh xde..

Anonymous said...

Bodoh punyer TB, Nasa memberi amaran kepada wakil DAP Perak, Ngeh Hoo Kam, supaya jangan sekali-sekali mempersoalkan peruntukan untuk masjid, ko pegi marah plak..

Ko ni kafir ke hape?

Nampak sgt ko ni otak DAP.. Org nak mempertahankan hak dan kesucian agama Islam tak kesahla saper2 pun bukannye Ustd Nasa pun,ko melenting plak.

Elok ko masuk DAP la..drpd ko memcahbelahkan PAS kat cni

Anonymous said...

Nak buat kerajaan perpaduan dengan UMNO Baru???...Buat dengan UMNO asal pun tak jalan apa lagi UMNO Baru...jangan buat lawak...

Anonymous said...

Kalau betul apa nak ditulis.. ini sesuatu yang agak malang untuk PAS. Namun untuk bercakap bersama-sama tidak menjadi sesuatu masalah cuma masa yag tidak betul. Kita perlu mendengar apa jawapan Ust Nasa dalam soal ini. Mungkin beliau ada alasan yang tersendiri. Namun bagi sesiapa yang mengkhianati perjuangan. Tunggulah balasan Allah nanti.

Anonymous said...

Apa yg dilihat dlm melaksanakan tanggung jawabnya, cara pendekatan Ustaz Nasa adalah dgn cara yg lembut, berhemah, konstruktif dan tidak agresif. Inilah cara digunakan beliau utk menyampaikan amanah pengundi, rakyat dan parti beliau. Cara yg beliau gunakan ini adalah cara yg sesuai dan elok yg mengikut lunas-lunas islam. Mungkin cara dan pendekatan begini lebih berkesan dari pendekatan secara tidak berhemah, kurang ajar, agresif yg diamalkan oleh sebilangan besar pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli pebangkang PR. Cara mana lebih elok utk menyelesaikan masaalah rakyat; dgn mengadakan perbincangan dan perbahasan secara berhemah dan konstruktif atau dgn cara ala samseng yg dilakukan oleh Nizar Jamaludin, Ngeh, Karpal Singh, Gobind Singh, Mahfuz Omar, dll..
Bercakap atau berbincang dgn menteri kerajaan secara informal dan bersahaja tidak semestinya Ustaz Nasa telah berkompromi, telah berpaling tadah atau menyokong UMNO! Tidak semestinya perbualan tersebut utk berbincang dan meneruskan agenda kerajaang perpaduang. Mungkin inilah cara yg terbaik utk menyuara dan menyelesaikan masaalah rakyat. Dgn mengamalkan pendekatan sebegini, secara tidak lansung ia boleh menaikkan imej parti yg diwakilinya dan rakyat khususnya pengundi akan melihat cara begini adalah salah satu usaha yg terbaik utk menyelesaikan apa-apa masaalah atau isu berkaitan mereka atau negara.
Apa yg penting ialah tunjukkan kematangan dlm pemikiran, berbaik sangka dan tidak sekali-kali bersyak wasangka jahat yg terbit dari hati yg tidak bersih.
Amat malu sekali ini berlaku pada ahli-ahli parti dimana islam itu asas perjuangan mereka. Tapi mereka telah terpesong begitu jauh sekali dari kehendak ajaran islam sebenar.

Anonymous said...

eh, nasha tu mat lembut ker? pendokong blog geli kut!


matgitarrok

Anonymous said...

Assalamualaiku...jom baca hadith ni..

Hadith
Menjauhi Daripada Bisikan Syaitan

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”

Riwayat Bukhari Dan Muslim

terima kasih kerana membaca..harap maklum..

Anonymous said...

TB bukan org DAP dan otak dia bukan otak DAP..

TB adalah org PKR dan otak dia ikut Nuar Juburi..TB ni mcm Khalid Samad la, otak PKR tp masuk PAS..


anti-firaun/napoleon

Anonymous said...

anti-firaun : ko bila lagi nak tegur najib suruh dia jadi suami yg berpegang dgn ajaran islam. cakap dgn najib rambut wanita adalah satu aurat bukan dok nak tayang ke hulu ke hilir..dah mcm bini tarzan pun ada aku tngok....dasar meLAYU BACUL...otak lembab.

anti-dajjal

Anonymous said...

biasalah tahap meLAYU bengap..bila nak tegur pemimpin yg dh terang2 x betul siap kluarkan hadis...tapi bila nak kongkek x pulak ingat tuhan sbb tu baka yg kluar makin lembab dan bangang....

Anonymous said...

alo anon 10.16am. kalu dikira dari statement ko kiranya nasah ni buat benda yg betul la ye...sampai sanggup tinggalkan kengkawan kat dalam dewan dan x pernah bangkitkan isu kesialan umno yang terang2 sokong judi ...bagus2 ko memang tahap meLAYU bengap dan lembab...

Anonymous said...

anti-dajjal,

sblm nak suruh org lain tegur org lain, kau tgk & cermin diri tu dulu, kau tu semayang pun selalu tinggal, ntah puase ke ntah, perangai mcm babi DAP, pastu bodoh dan bangang, pastu nak ajar org..

dulu org suh kau gi sekolah kau ponteng nyorok bwh jambatan, hasilnye tercipta kepala otak baghal cam ko ni..

nasib baik kat Malaysia ni tak ramai org bodoh cam ko..

anti-firaun..

p/s: kalu bini najib pakai tudung ke tak, apsal kau yg susah hati? kau suruh si jijah yg pakai tudung tu mengaku secara jujur2nya, pernahkan anwar meliwat dia..ade brann?

joehan said...

PR ADALAH HIPOKRIT TERBESAR SKALI KT MALAYSIA NI HASIL DIDIKAN ANWAR AL JUBURI WAL LIWATI..KT DUNIA PLAK YAHUDI HIPOKRIT PLNG BSR..HARAP PAS SINGKIRKN NIK AZIZ,HUSAM MUSA N THE GANG YG SYG SGT DGN NUAR AL JUBURI N DAP.KEKALKN PERJUANGAN ISLAM YG TULEN.XPYH NK BERSEKONGKOL DGN NUAR YG MUNAFIK N DAP YG TERANG2 TOLAK ISLAM.XKEMANANYA PERJUANGAN ISLAM TU KALO DH BERCMPUR DGN ORG MUNAFIK CM NUAR.

matkambing said...

apesai cerita apco tak keluar dalam suratkhabar utusan dan berita harian? nak sorok cerita kembar dengan yahudi ler tu! umno dah kantoi nak melawan hujah pembangkang di parlimen. apa nak sorok, orang kampong ramai dah tahu! kalau anwar digantung menghadiri sidang parlimen , lagi ramai orang kampong tahu!

Anonymous said...

alo anti-dajjal: anti-firaun ada video dia kongkek dgn bini dia.sbb tu dia surh engkau tanya anwar dia ingat nak kongsi dgn anwar stail dia kongkek bini dia.

Anonymous said...

bungkus lagi..

Anonymous said...

pecat nasa tu...selesa pas laksana kerja...cuba cakap apa yg nasa buat sepanjang jawat jawatan tu.. depan lain tunjuk dalam lain niat..peeegi dah temberang lebih..

Anonymous said...

Copy/Paste : luahan hati dari seorang penyokong tegar PAS. Sila baca dan contohilah keinsafan beliau....
-----------------------------

Assalamualaikum…
Memang betul seperti yang disangka..
Dulunya saya penyokong tegar PAS walaupun bukan ahli PAS
Dengan diselangi ayat suci Al-Quran saya begitu terpegun….
Dengan keterampilan pemimpin-pemimpin PAS yang kelihatan seperti ulamak saya begitu terpegun…
Dengan ceramah-ceramah yang ingin membela rakyat saya begitu terpegun….
Hujah-hujah memburukkan kepimpinan Negara membuatkan saya begitu terpegun……
Dengan janji-janji syurga jika kita membantu semua aktiviti PAS saya begitu terpegun terpegun…
Dengan ketentuanNya saya diletakkan sebagai pemimpin persatuan walupun persatuan kecil sebuah desa…
Berbagai aktiviti perlu dilakukan yang semuanya memerlukan bantuan…..
Pelbagai surat permohonan saya jaja….. rupanya hanya peruntukkan-peruntukkan dari kerajaan yang diperolihi… saya redho kerana PAS memang parti yang “Daif” dan tanggungjawab kerajaan menyediakan peruntukkan.
Saya terpaksa menjadi ahli UMNO kerana sering berurusan dengan pemimpin UMNO.
Dengan ketentuanNya juga saya mewakili anak muda tempatan saya untuk menjadi suara akar umbi
Di sana barulah saya benar-benar dapat menilai bahawa sebahagian besar Ayat-ayat suci yang dibacakan ketika ceramah hanya “wayang politik”
Keterampilan dengan janggut sejemput merupakan toping hanya “wayang politik”…
Ceramah-ceramah PAS sebahagian besar isu rupanya gula-gula hanya “wayang politik”…
Keburukkan-keburukkan pemimpin yang disebut sebahagian besarnya hanyalah fitnah-fitnah yang merupakan “wayang politik”
Janji-janji “Ulamak PAS” rupanya hanyalah “wayang politik”
Kerana apa…..
Sebahagian besar ucapan yang keluar dari mulut pemimpin PAS hanyalah pembohongan belaka….
Alhamdulilah… dengan ketentuanNya saya tidak terus disesatkan oleh PAS…
MULAI SEKARANG…”PAS”… KU TANAMKAN TEKAD UNTUK MENYERANGMU KERANA KAU TELAH MENIPU AKU DAN BANGSAKU……………

saya said...

Saya sambung lagi mengenail Roslan SMS diserang bertubi-tubi dan akhirnya dia ter"lucut" daripada jawatan Setiausaha Akhbar Presiden PAS. Sampai hari ini jawatan ini masih kosong. Ada orang kata dulunya nak letak Zainulfaqar di situ. Tapi politik sekarang dah berubah, setelah Zainulfaqar ditengking oleh Tok Guru Abdul Hadi dalam telefon kes Kalimah Allah. Apa taknya budak belajar sejarah nak ajar Presiden pasal kalimah Allah. (Mesti Zainulfaqar hairan bagaimana saya ada maklumat ini. Dr Shamsuri ke aku ini??? Anak usrah dr Kayu ke? Paling-paling busuk mesti Ustaz Kholil)

Oleh kerana jawatan dah terlepas, peribahasa Melayu ada menyebut, alang-alang menyerluk perkasam.. Itu jadi biul tak tentu pasal, serang Presiden, Serang Setiausaha Politik Presiden dan Serang Timbalannya sekali!

Saya berhujah lagi, kenapa saya kata mereka sengaja menyerang Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan beberapa orang kepimpinan PAS yang akan dijatuhkan dalam pemilihan Muktamar Agung akan datang. Saya berhujah juga bahawa pimpinan ini diintip setiap gerak geri mereka untuk mencari kesalahan bagi dijadikan isu untuk "blogger celaka" menambah tokok kebencian.

Ok. Masih ingat Pengundian Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember lalu? Wartawan dan Blogger Celaka Zainulfaqar ada tak menyoal atau bertanya MP PAS yang tak hadir tanpa sebab dalam pengundian tersebut? Kenapa ada diskrimimasi dalam hal ini? Tidak lain kerana memang mereka adalah agen pengatur kepimpinan PAS untuk Muktamar Agung akan datang supaya mudah harta, jawatan, pangkat dan kedudukan di dalam negeri-negeri yang perintah akan berada di tangan mereka.

Saya masih belum bersedia mendedahkan bagaimana dalam pemilihan lalu wang diberikan kepada perwakilan. Tidak hairan suatu masa nanti PAS akan jadi macam UMNO. Kononnya tentang UG tapi hati perut macam UMNO!!

UG adalah senjata menyerang kepimpinan. Saya cabar mana-mana ahli PAS (jangan takut saya dikatakan oleh TB boleh akses database PAS) untuk menyatakan di dalam mesyuarat mana (sebut cawangan sudah cukup) bahawa ada disebut UG dan di bincangkan!!

Sekali lagi saya cabar Tulang Besi (selaur dalam), Zainulfaqar dan Greenboc (Kalau tak jawab juga tulisan ini lebih baik engkau tak payah menulislah buat dosa aje. Kerja dan cari rezeki untuk anak dan isteri lebih mulia!!) untuk membuktikan di mana-mana cawangan atau kawasan yang ada bincang pasal UG. Satu cukuplah!! Sahut cabaran buktikan dengan fakta!!

Sakit kepala dengar cerita pasal UG macam cerita hantu. TV pun main cerita hantu, rating TV naik. Tapi tanya daripada pengarah sampai tukang cuci sampai selepas shooting pun tak pernah lihat hantu sebenar!! Blogger celaka pun macam tu juga, tulis pasal UG, label orang itu orang ini UG, habok tarak!! rating juga kira!!