"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, April 05, 2010

APCO & NASA: Syabas..! Tapi......

Riuh rendah pengikut “Fraksi UMNO”/”Geng Perpaduang” dalam blog saya memberitahu berkenaan dengan laporan Harakahdaily yang terbaru:
“Hampir semua anggota Parlimen PAS akan menyerahkan memorandum mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide kepada Yang Dipertuan Agung jam 12 tengahari ini.

Rombongan yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ini akan menyerahkan memorandum itu jam 12 tengahari kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di pejabatnya.”
Misalnya, seorang pembaca bernama Ibnu Qalil meletakkan dlam ”shoutbox” saya:
IbnuQalil Ust Nasa ketuai MP PAS serah memo APCO kepada Agung
Details
2010-04-05 3:56 AM
Respon pertama saya adalah syabas kepada Timbalan Presiden PAS yang mengambil inisiatif menjuarai salah satu agenda Pakatan Rakyat. Cuma setakat yang saya tahu, inisiatif untuk menghantar memo kepada Agung adalah atas idea dan daya usaha YB Mahfudz Omar sewaktu membahaskan isu APCO ini.

Dan, oleh kerana Presiden dan MP Kuala Terengganu tidak menghadiri sidang Parlimen kerana menghadiri Sidang DUN Terengganu, maka Ustaz Nasa lah MP PAS yang paling tinggi ranking nya dari segi jawatan parti.

Maka secara otomatik, Ustaz Nasa menjadi ketua kepada rombongan MP PAS yang akan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memo bantahan hubungan UMNO-APCO. Laporan Harakahdaily tu pun lebih banyak mengambil kenyataan Mahfudz dari Ustaz Nasa.

Jadi, penyokong-penyokong perpaduang sekelian, saya nasihatkan jangan lah berasa gembira sangat. Benda ni benda terpaksa buat bukan yang Ustaz Nasa nak buat sangat. Kalau Ustaz Nasa semangat sangat dalam isu ni, sudah tentu dia akan terlibat dalam perbahasan dan tidak membuang masa berborak dengan Husni Hanadzlah di kantin Parlimen.

Saya bukan tak tau, puak2 perpaduang dalam PAS sering menyebarkan berita kononnya Husni Hanadzlah mengangkat Presiden PAS setinggi-tingginya. Tapi, kalau betul cerita ni, apasal Husni tak masuk PAS sampai sekarang.

Agenda Perpaduang ni adalah campuran antara kebodohan (naivity) dengan ketamakan (greed). Itu adalah kesimpulan saya.

Tulang Besi
APCO: MP PAS serah memo kepada Agung hari ini

Hampir semua anggota Parlimen PAS akan menyerahkan memorandum mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide kepada Yang Dipertuan Agung jam 12 tengahari ini.

Rombongan yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ini akan menyerahkan memorandum itu jam 12 tengahari kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di pejabatnya.

Memorandum ini bertujuan memohon kepada Yang Dipertuan Agung agar campurtangan berikutan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik perjanjian dengan syarikat itu.

Ini kerana, APCO juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Israel dan dipercayai turuk terlibat dalam merancang 'One Israel' sebelum memberikan khidmat perhubungan awam kepada kerajaan Malaysia.

Dalam sidang Parlimen minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide.

APCO adalah juga syarikat perhubungan awam yang berpengkalan di Amerika dilaporkan turut terlibat memberikan perkhidmatan yang sama kepada Israel.

Beberapa bekas pegawai khidmat rahsia tentera Zionis Israel juga berada dalam lembaga penasihat APCO.

"Kami telah berulang kali memohon agar Perdana Menteri mengkaji balik hubungan ini, namun beliau menolaknya bahkan mempertahankan APCO," kata Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Bagi Mahfuz, hubungan antara kerajaan Malaysia dan APCO ini sangat bahaya kepada kepentingan negara kerana khidmat ini akan mendedahkan maklumat sulit negara kepada syarikat asing yang ada kepentingan dengan Israel.

Ia amat sensitif kepada umat Islam bahkan juga seluruh rakyat negara ini, katanya.

APCO sudah dua kali menafikan perkara ini dan antaranya didedahkan sendiri oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Namun, akhbar Strait Times Singapura mengesahkan wujudnya perjanjian antara APCO dengan Israel ini.

Dalam ucapannya, Anwar mendakwa, APCO diperkenalkan oleh Omar Mustapha Ong iaitu rakan kongsi syarikat Ethos Consulting, kepada Najib. Omar Mustapha pula adalah rakan karib Khairy semenjak Datuk Seri Abdullah masih menjadi Perdana Menteri.

25 comments:

Anonymous said...

i'm the first!..hehe

sedikit info pasal Anwar & APCO..

http://gelagatanwar.wordpress.com/2010/04/05/apco-anwar-tersepit/

sbg renungan..

anti-napoleon

Anonymous said...

aku ingat NASA yang roket tu.. ahahahhaa..alah APCO ni.. WWE ngn ASEAN pun langgan APCO.,.inikan pula NAJIB.. ahabhaha

Anonymous said...

i'm the jubo!..hehe

sedikit info pasal Najib & APCO..

http://gelagatnajib.wordpress.com/2010/04/05/kote-najib-tersepit/

sbg renungan..jubo

anti-napoleon

joehan said...

ni aku tmbah lg..psl nuar berahi n geng2 yahudi die...

http://theunspinners.blogspot.com/2010/04/anwar-ramai-kenalan-dalam-apco.html

kasi PR bungkus..hahaha..

joehan said...

ni aku tmbah lg..psl rosmah berahi n geng2 APCO die...

http://theunspinners.blogspot.com/2010/04/rosmah-pakai-seluar-dalam-apco.html

kasi BN bungkus..hahaha..

Anonymous said...

(Dipetik dari blog anak-sengat) - Selepas Tok Guru Nik Aziz menafikan apa yang didakwa, hari ini Kickdefella mengamuk lagi dengan kenyataan dalam blognya yang semakin melampau dengan menuduh Tok Guru berbohong.

Berkemungkinan Kickdefella merasakan dakwaannya itu menjadi 'angin' jika penafian Tok Guru terhadap 'pembongkaran' jahatnya untuk memburukkan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Sekarang ini, sudah ternyata Kickdefella mempunyai agenda yang rapi untuk menjatuhkan kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Lebih dahsyat lagi, ianya mungkin telah dirancang sejak dahulu lagi.

Apakah agenda Kickdefella dan orang sekelilingnya tidaklah dapat diketahui dengan jelas. Namun, tindakan beliau sejak akhir-akhir ini menampakkan diri beliau yang sebenar selepas tindakan dipecat daripada jawatan dalam PMBK sebelum ini.

Beliau dilihat bertindak memburukkan Tok Guru Nik Aziz dengan mencalarkan imejnya dengan tuduhan rasuah. Perasaan dendamnya terhadap Tok Guru Nik Aziz dan keluarganya telah menyebabkan tindakan Kickdefella jauh lebih melampau.

Tok Guru perlu jumpa exconya dengan segera

Amatlah berbesar hati jika Tok Guru memanggil semua exconya bagi membincangkan masalah yang ditimbulkan oleh Kickdefella ini kerana melibatkan imej dan maruah kerajaan PAS Kelantan.

Dalam masa yang sama, PAS Kelantan perlu bertindak dengan cepat untuk menyiasat, siapakah dalang disebalik tindakan Kickdefella.

Dijangka, Kickdefella bukannya bertindak berseorangan dalam perkara ini kerana beliau telah memiliki dokumen sulit yang hanya dipegang oleh exco-exco kerajaan negeri sahaja. Minta disegerakan penyelesaian masalah ini agar ianya tidak membarah ke akar umbi.

Mana blogger mendakwa bersama Tok Guru Nik Aziz?

Dalam hal ini, kenapa kebanyakan blogger yang selama ini meletakkan banner dalam blognya, "kami bersama Tok Guru Nik Aziz", "blog ini bersama Tok Guru" dan macam-macam lagi sebagai tanda menyokong Tok Guru.

Tetapi sekarang ini ntah ke mana. Dulu konon bersama Tok Guru tapi sekarang diam seribu bahasa. Apakah blogger yang boleh dikategorikan celaka ini hanya bermuka-muka dengan Tok Guru kerana sebelum ini Tok Guru Nik Aziz meminta 'EGM' dalam PAS?

Itulah 'perut busuk' blogger celaka yang hanya bermuka-muka memberi sokongan kepada Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz selama ini. Selama ini mereka hanya 'bersandar' kepada Tok Guru untuk 'membenarkan' tindakan kotornya cuba menjatuhkan pimpinan PAS dengan alasan UG yang sudah ketinggalan zaman (sebab kejahilan mereka).

Keluarlah yang berkaitan

Tok Guru dah kena tuduh, kena pijak dan lanyak oleh Kickdefella. Bila lagi nak tunggu untuk bersuara?Jangan sampai jamaah tertewas dek ketamakan kita. Wahai sang pembela Tok Guru, apa lagi kamu tunggu, ayuhlah. Jangan sekarang dah bacul.

Anonymous said...

kang kong kongn kang
pencacai2 umno sumer
tnjuk kat kau bukti apco xdek kaitan ngan israel
cepat2

DPP Selangor said...

Jangan harap kami bersama Dewan Pemuda Pas Selangor kerana kami akan memboikot pilihanraya kecil Hulu Selangor. Pegi jahanamlah PKR dgn keegooan utk meletakkan calon mereka. Kmi boikot dan pastikan calon PKR akan kalah teruk di P94 Hulu Selangor! Ayuh, kengkawan PAS kita pakat boikot ramai2..ingatlah bahawa tanpa org2 PAS susah PKR dan DAP nak menang!!!!Mereka hanya tahu bg arahan tapi buat kerja harammmmm!!!!

DPP Selangor said...

Aku sebenarnya salah sorang budak PAS yang sebenarnya bengang ngn Pemuda PKR dan orang2 DAP ni..maaf aku kata,aku setuju betul dengan Hassan Ali,korang tunggu je la..tengah tahun ni..PR habis lah majoriti.ADUN2 PAS Selangor dah redy nak masuk BN..memang dah sah PKR jadi harammmmm!!!!!!

joehan said...

aku harap btul ape DPP selangor tu ckp..kalo korang kuar pakatan haram tu aku skong 100%..dh lm pas kne main dek nuar berahi n dap..xgune korng bersekongkol dgn nuar berahi tu..die kaki putar alam.

joehan said...

aku harap btul ape DPP selangor tu ckp..kalo korang kuar pakatan haram tu aku skong 100%..dh lm pas kne main dek nuar berahi n dap..xgune korng bersekongkol dgn nuar berahi tu..die kaki putar alam.kalau korang masuk UMNO..korang akan dapat jadi menteri..ahli exco..jadi kaya raya macam bapak aku yang ketua UMNO selangor ni..buat apa fikir pasal agama2 ni?? belum tentu pun direct masuk syurga..nanti dah muzakarh ngn UMNO,aku nak NIK AJIS jadi PM sokong korang 100% TAKBUR!!!!!!! NAJIBUAKHBAR!!!!!!

Anonymous said...

anon 5.38

Kalu nik ajis dituduh dgn bukti, dan sekirnya nik ajis dipihak yg benar, nik ajis perlu kemukakan bukti balas, jgn lari dari jawab tuduhan..

nik ajis tidak menyatakan penafiannya, tp mengatakan dia "tidak tahu", walaupun nik ajis adalah "tokey balak kelantan"..so, itu bukan sebarangan tuduhan..ia mempunyai asas..PR mmg slalu wat tuduhan2 dan selalu cuba memberikan persepsi negative kepda BN..hukum agama mane yg dia pakai aku tak tau la, ALLAH Jesus kot?

tak kira la siapa dalang atau apekah niat dan agenda sebenar kickdefella, but the fact is that, salahkan kick menegakkan kebenaran, bkankah ini tanggungjawab muslim amal makruf nahi mungkar? bukan ini yg diperjuangkan PAS ke or sekadar retorik politik aje?

aku rase yg lebih naik "angin" or "mengamuk" bukan kick, tp nik ajis, yg skrg da panas bontot..tu sbb kuar ayat "cilako, cilako, cilako'..ko citer ape ni anon?..

pasal mane pegi blogger2 yg bersama nik ajis tu, itu aku takmo comment, ingat, kebenaran akhirnya akan terbukti..ia tidak boleh diselindung..

aku tak sabar tunggu pencacai PR punye artikel pasal nicky ajis dan rasuah balak di kelantan..agaknye tengah mengarang spin citer..makanan aku ni..hehe

anti-firaun

p/s:

Jangkaan comment dari TB pasal isu ini:

"mmg benar, rasuah balak byk berlaku di kelantan kerana ia didalangi puak2 UG yg tamak yg mencontohi sifat2 dan perangai org 2 UMNO..Mereka ini menjalankan kegiatan "rahsia" di belakang nik ajis, itu sbb Nik ajis tak tahu menahu pasal gejala rasuah balak ini..

wakakaakakaa...

Anonymous said...

anon 5.38

maaf ye..aku maksudkan Nik Aziz..aku ni pelat..mak aku cina jual babi,bapak aku plak india makan babi

anti-firaun

p/s:

Jangkaan comment dari GOMO pasal isu ini:

"mmg benar, rasuah byk berlaku dalam UMNO kerana ia didalangi puak2 politik wang yg tamak yg mencontohi sifat2 dan perangai org 2 UMNO..Mereka ini menjalankan kegiatan "rasuah" di belakang pak lah, itu sbb Pak lah tak tahu menahu pasal gejala rasuah ini..

wakakaakakaa... tak..

Anonymous said...

jawabla betul ke apco tu dpt kontrak dgn kerajaan .. umno 2010 ni mcm drama tv je .. pusing2 xde jawapan.. padahal semua orang nampak... nampak semua tapi tak berani mengaku .. yang x nampak kat PR tu nak di dedahkan habis2an.. semua rakyat nampak game BN.. jangan bunuh parti anda..macam TPM bunuh umno di kelantan minggu lepas.. rakyat yg beriman nampak ..

Anonymous said...

kalau kickdafella tuduh nik aziz ko cepat2 nak kan bukti dari nik aziz . sedangkan orang yang tuduh tu yg kena buktikan yang tuduhan dia tu berasas. itu asas dalam agama kita. Macam anwar tuduh apco dgn kerajaan, dia kuarkan bukti2, jadi kerajaanlah kena buktikan itu tidak benar berdasarkan bukti tersebut. be matured la kawan.

Anonymous said...

semakin lama semakin hanyut BN .. ternyata tarian anwar mengasyikkan BN .. mereka menari bersama2 rentak anwar .. semakin lupa tanggungjawab utama untuk membantu rakyat jelata .. tapi ternyata BN tewas dalam pertandingan politik dengan anwar, saikologinya mereka tiada jawapan mungkin kerana tiada asas kebenaran untuk di utarakan,menjadikan mereka sangat defensif ..

matkambing said...

tempoh najib menjadi pm malaysia sudah hampir kepenghujungya, cayelah! rakyat sudah tidak boleh diperbodohkan lagi. sambutan yang diterimanya di hulu selangor adalah sangat hambar. sebab itulah dia menyatakan sokongan sebenar pada bn hanya dilihat pada pilihanraya umum dan bukan pada pilihanraya kecil! tetapi dari beberapa kajiselidik sokongan rakyatnya meningkat! sepatutnya inilah masanya yang paling sesuai untuk dia membubarkan parlimen dan dun.

Anonymous said...

Adakah orang nak percaya dengan temberang Anuar Cifut.Pembohongan Anuar tentang 16 September. Pembohongan Anuar tentang Najib dan Wanita Mongol. Pembohongan Anuar dalam kes Liwat? Otak tak berkembang kalau selelu percaya Anuar Cifut. kali liwat dan kaki tangguh.

Anonymous said...

kes mongol nie yg aku pelik dan nk kaji bebetoi
1. apsal muka dua org polis yg bunuh altantuya tu tak tunjukkan muka diorang

2.ader lojik ker dua org polis yg berpangkat tetiba meroyan b***h org mongolia tanpa apa2 motif yg lojik

3.klau dua org polis nie waras
apesal giler nk b***h pastu letup org yg takdek kaitan dgn dia. klau gila apsal x masuk wad sakit jiwa

Anonymous said...

hahahaha..!! umno terpaksa mempertahankan apco@yahudi di parlimen. Syabas! syabas! MP2 umno. wa caya sama lu...

Anak Lenggong said...

kah kah kah..sekarang si TP dah guna kuasa mendelete komen orang ..kena lak komen tu betul dan tepat sebijik jatuh atas kepala dia..terus delete kah kah kah...penakut jugak blogger upahan sorang ni eks..

joehan said...

rilek la TP/TB (due2 mangkuk)..kan kebebasan bersuara..xyah aa delete2...kalo skt ati..ttp je blog bodo ni..hahaha

AnakLenggong said...

kah kah kah..sekarang si joehan dah guna kuasa menetek komen orang ..kena lak komen tu betul dan tepat sebijik jatuh atas kepala jubo aku..terus terdelete kah kah kah...penakut jugak joehan upahan najib sorang ni eks.. kah kah kah..joehan la tu

joehan said...

rilek la aak lenggong (mangkuk sup babi)..kan kebebasan berjubor..xyah aa terdelete2...kalo skt ati..ttp je blog bodo ni..hahaha dan tak lupa aku ni makin bodo sbb dah tau bodo lagi aku baca..kebebasan membaca la ktkan...

SSRCARE BEAUTY said...

Firman Allah dalam ayat 51 surah al-Maidah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim
Peperangan Mu’tah turut mengajar kita bagaimana ketegasan Rasulullah s.a.w terhadap musuh Islam di mana walau pun seorang utusan Islam yang dibunuh namun nyawanya mesti ditebus sehingga dihantar tentera ke Mu’tah dengan motif dakwah terlebih dahulu sebelum melakukan serangan jika musuh tidak mahu tunduk. Pada hari ini kita begitu marah dan kecewa apabila pemimpin negara begitu bangga dapat berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama seterusnya sanggup bersekongkol degan negara anti Islam dalam menyokong Israel dan dalam masa yang sama menekan negara umat Islam seperti menghentikan eksport petroleum bertapis kepada Iran selaras dengan seruan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mendesak dunia agar menghentikan eksport bahan tersebut ke Iran bagi menghentikan negara itu daripada meneruskan projek nukleurnya. Ini mungkin antara kesan mendengar nasihat APCO pro zionis Yahudi. Kita perlu sedar bahawa setelah setahun Obama bekerja, akhirnya satu pasukan pemikir yang ditubuhkan, pada Mei tahun lalu menghasilkan satu dasar baru untuk AS berdepan dengan negara Islam khasnya dan umat Islam amnya. Pasukan yang diberi nama Global Engagement Directorate (GED) itu ditugaskan melakukan diplomasi bagi tujuan keamanan nasional. Sejak dibentuk, pasukan itu tidak hanya mengubah makna memerangi keganasan, tetapi juga mengatur bagaimana cara AS melakukan perniagaan dan pelaburan di negara Islam. Apa yang penting ialah Islam dan umatnya mesti diperangi habis-habisan tetapi caranya sahaja berbeza agar umat Islam tidak bangkit menentang terhadap penjajahan cara lembut
Jika Rasulullah s.a.w dan banyak pemimpin Islam zaman silam sanggup hantar tentera walau pun seorang umat Islam yang dibunuh atau dihina oleh musuh sebaliknya pada hari ini pemimpin sanggup mengkhianati umat Islam sedunia dengan menjemput pembunuh dan pengganas dunia Tony Blair untuk memijak bumi Malaysia esok 24 April. Ini mungkin kesan nasihat APCO-zionis yahudi yang dibayar RM 77 juta yang menyebabkan pemimpin seperti melupakan jenayah Tony Blair yang bersekongkol dengan Bush dalam pencerobohan terhadap Iraq pada tahun 2003 yang menyaksikan lebih daripada 1 juta orang mati, hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal iaitu 2.7 juta melarat dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah. Sanggupkah kita membiarkan pemimpin bersekongkol dengan pembunuh, penjajah, pengganas atau kita bangkit menentang tindakan bacul ini dengan memastikan mereka kembali bertaubat atau tidak lagi dipilih daripada menjadi pemimpin pada waktu terdekat
http://arenanusantara.blogspot.com/