Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh tiga bulan kepada mana-mana pemaju yang berminat untuk menyelesaikan masalah pembangunan terbengkalai di Sungai Buaya, Hulu Selangor.Petang...
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata demikian ketika berdialog dengan kira-kira 100 penduduk Kampung Sungai Buaya.
"Jika pemaju tidak melakukannya, satu langkah adalah supaya kerajaan negeri mengambil alih...dalam tiga bulan kita akan lihat laporannya, jika tidak memuaskan kita akan ambil alih,” katanya.
Janji itu dibuat kira-kira tiga jam sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dijadualkan tiba untuk makan tenga hari dan menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berhampiran.
"Jangan tertipu dengan janji-janji mereka...jika BN beri wang, ambil saja tapi jangan menandatangani sebarang dokumen,” katanya.
Khalid berkata kerajaan negeri akan berbincang dengan ketua kampung bagi menyediakan khidmat peguam bagi membantu penduduk.
Sebelum ini, peneroka dijanjikan RM1.2 juta bagi setiap mereka dengan bayaran dibuat antara tempoh 48 bulan apabila mereka menjual tanah mereka kepada pemaju ketika Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi menteri besar.
Peneroka di kawasan terbabit yang dulunya tanah rancangan Felda menuntut bayaran pampasan tanah yang dijanjikan pemaju yang gagal membangunkan kawasan itu sejak pertengahan 1990-an.
Peneroka sehingga hari ini hanya menerima RM250,000 selepas projek itu terbengkalai atas sebab-sebab tertentu termasuk krisis ekonomi pada 1997.
Seratus bekas peneroka Felda Sungai Buaya, termasuk waris mereka menerima wang pendahuluan RM50,000 bagi pampasan tanah daripada kerajaan Persekutuan, hari ini.Pesanan dari Pakatan Rakyat...
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bayaran pendahuluan itu yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM5 juta akan menamatkan penantian 15 tahun bekas peneroka Sungai Buaya dan waris mereka berhubung isu pampasan tanah tertunggak.
Najib berkata bayaran itu diberi dalam bentuk RM1,000 tunai dan bakinya dalam bentuk bank draf.
Beliau berkata demikian di majlis penyampaian pembayaran tanah Felda kepada bekas peneroka, penyerahan cek pembinaan jalan susur keluar masuk Sungai Buaya dan penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di Hulu Selangor di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya di Hulu Selangor.
Tinggal dua hari lagi tarikh pengundian Ahad ini, PKR mendakwa sudah mencapai sokongan yang disasarkan dari pengundi di gugusan Felda Hulu Selangor.TPU - Pagi, MB Khalid masuk Felda, janji akan selesaikan masalah peneroka Felda Sungai Buaya yang dah berlanjutan selama 15 tahun. sempat jugak Khalid pesan - kalau UMNgOk/Beer eNd bagi duit, ambik...
Pegawai penyelaras biro Felda PKR, Suhaimi Said yang mengetuai misi khas memikat kira-kira 7,000 pengundi - kesemuanya di Hulu Bernam - berkata, pihaknya kini sudah mendapat sokongan tambahan lebih daripada 6 peratus.
"Di sini kita 'underdog'. Kebanyakan mereka masih tegar dengan BN. Tetapi sebelum ini, kita dapat 22 peratus sokongan.
"Kita cuma sasar peningkatan 5 hingga 6 peratus. Ini sudah cukup baik," katanya Ketika ditemui di karnival Felda di Felda Sungai Tengi.
Katanya, dengan tenaga 60 petugas khas dari Pahang, PKR hanya perlu terus bertemu dan berkunjung dari rumah ke rumah bagi mengekalkan sokongan.
"Program-program lain seperti karnival ini cuma sampingan," katanya merujuk kepada karnival anjuran sebuah NGO Felda pro-Pakatan.
Hari ini dan esok, Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) pimpinan ahli jawatankuasa pusat PAS Mazlan Aliman menganjurkan karnival dan himpunan warga Felda di Sungai Tengi - salah satu kubu Pakatan di Hulu Selangor.
Program itu bertujuan menghimpunkan kira-kira 3,000 peneroka dari seluruh negara "bagi menunjukkan kebersamaan peneroka menuntut hak mereka".
Ternyata telahan MB Khalid adalah tepat bilamana Najib hadir menyampaikan wang tunai RM1,000 kepada setiap peneroka sebagai pendahuluan dan bakinya akan dibayar kemudian dalam bentuk Bank Draf. Umpan kecik-kecik dulu... macam biasa la... manisan, manisan, manisan... semut yang suka pada manisan akan mati lebih cepat dari semut yang tak suka manisan.
Kalau betul KERAjaan Pusat berminat untuk selesaikan masalah peneroka Felda, kenapa tak selesaikan lama dulu sebelum Kerajaan Negeri bertukar..? kenapa tak selesaikan lama dulu sebelum peneroka terpaksa menunggu hingga 15 tahun..?
Kalau masalah dah berlanjutan selama 15 tahun gagal diselesaikan oleh UMNgOk/Beer eNd iaitu semenjak era pemerintahannya di Selangor, apa jaminan bahawa UMNgOk/Beer eNd akan selesaikan dalam masa terdekat..?
Aku jamin baki RM49,000 tak kan sampai pada peneroka. aku jamin..!
2 comments:
atuk aku dapat rm50,000. sukanya dia!
anti-firaun..
p/s: terima kasih murujib. atok aku hampir lumpuh menunggu wang pampasan yang dijanjikan sejak 15 tahun lalu. undilah bn.
kemana menghilangnya cybertrooper umno pada masa ini? dah sedar nak kalah prk hulu selangor ke? tahniah pada anti-firaun yang atoknya dapat pampasan kerajaan. kesian, lama atoknya menunggu sampai nak lumpuh satu badan.
lanpong.
Post a Comment