Usul tergempar untuk membahaskan isu penyerahan dua blok pengeluaran minyak luar pantai kepada Brunei.
Saya telah memohon kepada Yang Di Pertua Dewan Negara untuk membenarkan saya mengusulkan satu kes berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan di bawah Peraturan Mesyuarat 17 (1).
Usul yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai penyerahan dua blok pengeluaran minyak luar pantai kepada Brunei, oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebelum pesaraan beliau.
Penjelasan yang telah diberikan oleh Tun Abdullah dan Petronas adalah tidak memuaskan, oleh yang sedemikian Kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hendaklah memberi penjelasan mengenai penyerahan tersebut. Saya cadangkan penjelasan ini dibuat dalam bentuk kertas putih. Isu ini adalah mustahak untuk dibahaskan kerana melibatkan bukan sahaja soal pendapatan Negara, tetapi juga soal kedaulatan Negara.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mendedahkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion) malah didedahkan juga bahawa kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M – (kini dikenali sebagai CA1, dan CA2) tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia. Kawasan tersebut mengeluarkan 500,000 tong minyak bernilaiUSD12.4 Juta sehari.
Perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan tersebut tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia. Penyerahan 'Blok L' dan Blok M', dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.
Perkara tersebut melibatkan kepentingan negara dan kedaulatan negara, dan harus dibahaskan dengan segera. Penjelasan terhadap isu ini amat penting dan perlu disegerakan kerana melibatkan soal kedaulatan Negara dan mungkin juga melibatkan soal keselamatan Negara.”
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Lorrr...idup lagi sesumpah tua ni...tetiba je memunculkan diri kah kah kah...masa hulu selangor mana pegi...elok laa tu jadi jaguhan kat dewan negara boleh la bertemu batang idung dengan ezam...
1.Nak habaq kat hangpa!dulu ada sebuah pulau dekat kuala perlis!nama dia pulau brasmana!dulu pakat-pakat boleh pi berkelah kat pulau tu!sebab setengah hak perlis!setengah hak siam!last sekali!la ni semua dah jadi hak siam!!
2.Begitu juga dengan kebun buah kat kat ayaq,batu pahat perlis!dulu hak milik orang perlis!last sekali la ni dah jadi hak siam!
3.Risik punya risik rupanya!!depa tukaq dengan siam!!depa ambil tanah siam kat Kelantan!depa bagi tanah perlis kat siam!!
3.Hangpa nak komen apa puak kelantan oii!!
Camne pulak kata pertukaran ngan Limbang...Limbang tu Brunei x pernah mintak pun sebab mmg Malaysia punya..skg ni kita tak pasal2 bagi 2 blok kat Brunei free2 saja....
Kelantan mempunyai kanun tanah negeri tersendiri, bukan tertakluk kpd kanun tanah negara. Sbb tu rakyat negeri lain tiada hak utk membeli sebarang tanah milik rakyat kelantan, kecuali tanah rezab kerajaan dlm bentuk harta pajakan.
Aku rasa perisik kau tu orang siam kut .. takpon org yg jual tanah kat org siam .. sbb dinegeri kayangan nun tidak wujud kanun tanah tersendiri.. mudah kan ..
Post a Comment