"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 06, 2010

Kerajaan Pusat Perlu Hormati Proses Undang-Undang - Husam Musa

Saya merujuk kepada kenyataan YB Datuk Dr. Awang Adek dalam Sinar Harian hari ini, 5 September 2010.

Pembahagian wang ihsan dari perolehan wang petroleum dari perairan Kelantan dari mula lagi tidak mengikut mana-mana peruntukan undang-undang. Ia adalah satu langkah politik murahan untuk menghalang pembayaran wang royalti yang terhak kepada negeri Kelantan seperti kehendak Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian penyerahan hak petroleum Negeri Kelantan kepada Petronas 1975.

Pembayaran wang ihsan membelakangkan kehendak perjanjian dan peruntukan undang-undang berkaitan. Kerajaan Pusat tidak berhak mengikut undang-undang membahagikan bahagian pembayaran royalti untuk Negeri Kelantan mengikut saluran dan kehendak mereka seperti yang dilakukan sekarang. Haram hukumnya berihsan dengan wang orang lain.

Amalan seperti itu boleh menimbulkan berbagai salah guna kuasa dan penyelewengan seperti berikut;

a. Melalui amalan pembahagian wang ihsan, tidak ada siapa boleh mengesahkan berapakah jumlah sebenar wang yang patut dibayar. Adakah jumlahnya sebegitu kecil sedangkan pengeluaran petroleum yang melibatkan perairan Kelantan adalah amat besar. Jumlahnya bukan jutaan seperti yang diagihkan atas nama wang ihsan tetapi ribuan juta setiap tahun.

Melalui pembayaran wang royalti, Kerajaan Negeri boleh menuntut angka pengeluaran sebenar dan jumlah yang terhak untuk rakyat Kelantan yang sudah tentu jauh lebih besar dari apa yang diagihkan sekarang. Kerajaan Negeri berhak mengodit dan mengetahui jumlahnya sebenar.

Rakyat Kelantan tidak harus tertipu dengan jumlah sebenar yang layak dan terhak untuk mereka melalui amalan 'wang ihsan'.

b. Mengapa selama ini wang ihsan tidak diagihkan? Hanya selepas Kerajaan Negeri menyuarakan tuntutan ini, Kerajaan Pusat memulakan pengagihan ini.

Di mana wang yang diterima sebelum ini dibelanjakan? Siapa yang mendapat faedah darinya?

Kenapa Datuk Dr. Awang Adek tidak mengambil inisiatif membahagikannya sebelum kami menuntut? Adakah ini bukan politik? Adakah ini telus?

Jika Kerajaan Negeri tidak menuntut, maka wang minyak itu lesap entah ke mana sampai hari ini? Nasib baik kita menuntut, tumpah juga kuah walaupun dicebuk dari khazanah kita sendiri.

c. Siapa yang menentukan penerima adalah layak dan tanpa prejudis politik?

Jika Kerajaan Pusat ikhlas, mereka boleh menyalurkan wang itu kepada Perbendaharaan Negeri seperti kehendak undang-undang dan jika Kerajaan Pusat bermatlamatkan untuk menyampaikan kepada mana-mana golongan, ia sudah tentu boleh dirundingkan dengan Kerajaan Negeri. Itu cara orang ikhlas.

Kembali kita pada tajuk asal iaitu sama ada Kerajaan Pusat perlu menangguhkan pembahagian wang ihsan itu sehingga tuntutan Kerajaan Negeri ditentukan oleh Mahkamah atau tidak, saya berpendapat itulah cara yang bersopan dan menghormati proses Mahkamah.

Wang yang diagihkan, seperti kata PM di Parlimen, adalah dari kawasan pengeluaran petroleum Blok PM 301. Ia ikut terlibat dalam tuntutan saman oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Jika Kerajaan Negeri menang, bermakna Kerajaan Pusat perlu menggantikan semula wang itu.

Jika Kerajaan Pusat begitu baik hati dan ingin terus membantu rakyat, gunalah wang lain dahulu sementara kes ini selesai. Gunalah sedikit sebanyak kedudukan di Kementerian Kewangan untuk jumlah sekecil itu.

Akhirnya, jika Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa memfailkan permohonan tahanan sementara terhadap aktiviti itu, ia hanya bermakna Kerajaan Negeri mengambil langkah menyempurnakan proses Mahkamah bagi mempastikan kedudukan sebenar isu ini dapat ditentukan.

Insya Allah, jika Kerajaan Negeri berjaya dalam tuntutan ini, Kerajaan Negeri boleh meneruskan pembahagian wang ihsan tersebut dan mungkin jumlahnya adalah jauh lebih besar dari langkah bidan terjun dan tempias yang dilakukan sekarang.

Sama kita doakan kejayaan tuntutan ini supaya hak yang terhak dengan jumlah yang begitu besar akhirnya dapat dinikmati secara sah dan halal oleh semua rakyat Kelantan, lambat atau bangat.

Sekian , terima kasih
Husam Musa

Biar rakyat menilai (sinar harian 5 sept 2010)

KOTA BHARU- Kerajaan Pusat tetap meneruskan pemberian wang ihsan kepada rakyat di Kelantan selagi mahkamah belum membuat sebarang keputusan, kata Menteri Kewangan II, Senator Dr Awang Adek Hussein.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan berhak membawa kes bagi menangguhkan pembayaran wang ihsan itu ke mahkamah .

“Itu hak di:a, sementara itu kita teruskan jalankan pembahagian wang ihsan sehingga ada keputusan mahkamah dibuat, sebarang keputusan kita akan hormatinya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan zakat di Parlimen Pengkalan Chepa, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Kerajaan Negeri mahu memfailkan satu lagi tuntutan untuk menghentikan penyaluran wang ihsan oleh Kerajaan Pusat sehingga kes saman terhadap Petronas selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata, tindakan tersebut perlu kerana kes tersebut mempunyai kaitan dengan saman yang dibuat terhadap Petronas, sebelum ini.

Awang Adek yang juga Pengerusi Jawatankuasa Wang Ihsan berkata, rakyat boleh menilai Kerajaan Negeri yang sanggup mengambil tindakan undang-undang walaupun wang berkenaan tidak digunakan untuk kepentingan kerajaan sebaliknya diserahkan kepada rakyat.

“Selama ini rakyat gembira, kalau Kerajaan Negeri cuba mengambil balik atau menghalang pemberian ini, rakyat boleh menilai atau Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan politik, terserah kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Adek berkata, Pas juga menggunakan isu hudud untuk kepentingan politik sedangkan pemimpin mereka mengakui bahawa hukuman itu tidak dapat dilaksanakan, malah ditentang oleh rakan sendiri.

“Bila berhadapan dengan rakyat, Pas menjanjikan hudud, tetapi bila bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat(PKR), mereka akui tidak dapat melaksanakan hukuman itu, mereka hanya bersandiwara dan (Exco Kerajaan Negeri) Datuk Mohd Amar telah menjelaskan perkara itu dengan realitinya,” katanya.

21 comments:

Maisara said...

Setelah beruk2 UMNO ini MEROMPAK hasil mahsul negeri Kelantan.....setelah perompak2 UMNO ini MENYONGLAP hak2 Kerajaan Negeri KElantan.....setelah pembelot2 beruk Umno ini MENGKHIANATI perjanjian yg dimetrai.....setelah barua UMNO ini kenyang MELAHAP hak2 Kerajaan Negeri Kelantan.....MAKA KUNUN....demi untuk MENUNJUK2 yg barua UMNO ini baik hati....pemurah.....pembela rakyat...maka...hasil mahsul yg telah dirompak akan ditabur sedikit kepada rakyat Kelantan.

Begitulah perangai muka tak malu beruk2 UMNO ini.

Semoga dibulan puasa ini, seluruh rakyat Kelantan berdoa supaya di LAKNATI perbuatan beruk2 barua UMNO ini.

Anonymous said...

asal takde duit je, teringat duit royalti..asal takde duit je, teringat wang royalti..

agaknye hasil balak dah abih kot? hahaha...

kelantan bukan da byk duit ke, siap boleh cetak wang sendiri..pekenamanye, dinar emas? cetak byk2 lagi, byr staff kelantan dgn duit tipu tu...kah kah kah..

tp still takde duit lagi nak cetak duit dinar tu..so teringat wang royalti..duit, duit, dimana ko duit..

baru buat 3 buah masjid tuh..hehe..lenkali buat tokong cina tu besar lagi, moga2 dapat "hujan" duit..duit raya RM500 sudah kasik belum..oooo..sblm nak kasi, teringat pasal takde duit..

teringat lagi kat wang royalti..

kesian pak janggut NAjis dan musang musa ..hahahahahahahaa...

bodoh la kot TP..

Sape nak tengok barang baeekk punya? said...

moga2 rakyat kelantan dpt haknya kembali..

Anonymous said...

anon 8.33, tak kira la ade duit ke takde duit, tu dh kira tanggung jwb krajaan pusat byr royalti, dh t'mktub dlm perjanjian.. faham x?

Anonymous said...

bro kenapa sia ANON September 6, 2010 8:33 AM tu meroyan bro?

lim guan eng said...

lu olang semua boloo...kalau kasi DAP pelintah ini malaysia gelenti setel semua masalah...

nak luit???

DAP bole kasi ma...

BOLOOOO punya melayu....

Anonymous said...

anom 8:33,

Aku nak kita pakat2 doakan agar PRU 13 nanti PR ke putrajaya tp tggllah 1 negeri kat UMNO/BN,amiklah Trengganu ke lps tu PR buatlah mcm yg BN buat - royalti tarik balik, byran perkapita lewat2kan. Bukannya apa nk tengok bolehkah UMNO/BN yg kata cerdik tu mentadbir dgn pendapatan negeri yg tak seberapa mcm apa yg Kelantan hadapi skrg ni.

Anom 8:33 tak faham apa maksud federalism, inilah perangai org2 UMNO yg terlampau lama dh memerintah bila dh kalah mulalah meroyan tak tentu arah. Dia tak nampak apa dh jadi dgn balak kat Pahang, Trgganu, Perak dll negeri bawah UMNO/BN. Anom 8:33 sedar tak ada negeri bawah UMNO/BN minta duit dgn pusat utk buat bayar gaji k'tgnnya!!!!! Kelantan dh 20 thn alhamdulillah xde lg k'tgn yg komplen lewat dpt gaji.

Itu yg menyamar LGE 11:37 pon 2 x 5, weii!! lu ingat itu MCA sama Gelakan ala baik ka? Lg teruk wooo!!

joehan said...

hahahaha...ade lg blog anjing kurap ni..mmg sesuai utk anjing2 dap..worf2..pegi blk..tuan korng panggil blk tu...oi topeng berak..ttp je la blog ni..xde org dh bc pon..aku ni pon sj singgh tgk anjing2 dap beraksi dlm ni..hahahaha..

maisara said...

Anon 12:19,

Tak payah tunggu PRU-13, sekarang ni pun beruk2 UMNo dah meroyan. Hari ni pergi sana sini tabur janji nak bagi juta-juta. Esok beruk2 UMNO ni pergi tempat lain pulak janji dan tabur juta2....

Rupanya hampeh aja.....cakap mulut ja lebih.

Last2 kepala dah pening nak tunai janji...sapu duit Petronas.


Itu la kerja beruk2 UMNO.

Kalau macam hang cakap tu iaitu tinggal kat depa 1 negeri aja dan buat macam mana depa buak kat PR, aku rasa, pemimpin beruk UMNO ni ada yang panjat pokok bersyarah sorang2.....he...he..he

Anonymous said...

Tahniah buat joehan
yang pandai menyalak macam anjing
salak lah anda sebelum anda di salakan...

Anonymous said...

joehan..

Pandai nko menyalak ye.

Standard tu je la PENCACAI umNGOK, menyalak tunggu tuan baling tulang.

Kesian, kesian, kesian.

-madir-

joehan said...

wahhh..anjing2 belaan dap menyalak lg kuat la plak..hahaha...aik..tuan dap korng kn dh pnggl blk td..xblk2 lg..selain isu petrons ni isu ape lg ko ade topeng berak..hahaha..ttp jela blog ko yg xlaku ni.

Maisara said...

Barisan pengubal perjanjian asal antara Petronas dan Kerajaan2 negeri akan memberikan keterangan sebagai saksi utama Kerajaan Negeri Kelantan di mahkamah.

Kita nak tengok apakah Petronas yg bertaraf antarabangsa ini akan menipu dan menidakkan barisan pengubal perjanjian asal itu atau tidak.

Amat lah malu di mata dunia sekiranya Petronas masih mengikut telunjuk beruk2 UMNO dalam menangani isu yang telah termetrai sekian lama.

Dunia akan memandang Petronas sebagai suatu badan yang tidak boleh dipercayai meskipun perjanjian telah termetrai.

Ohhhhhhh...malunya aku. Sebuah syarikat O&G negara melakukan penipuan terang benderang di dalam sebuah negara yang merdeka.

matkambing said...

umno-bn-apco dah kantoi! najib pun umno johor tak mahu dengar cakapnya, ini pulak umno negeri lain. lepas puas melahap harta negara semua pepemimpin umno-bn akan lari ke luar negeri, cayelah!

Anonymous said...

hahahahaa, bodoh punye fuckatan..20 tahun memerintah kelantan takdak hasil..harap mintak sedekah duit royalti..hahahahahaa

federalisme? kalu ko paham, pesal kelantan sibuk mintak "sedekah"? kah kah kah..da org tak bagi, usaha la cara lain..takkan asik nak mengemis aje..

PRU 13, fuckatan da bungkuih la wei..aku lagi tak sabar bila la nak PRU 13 ni..mase tu blog ni pon da bungkuih, buat perabih beras je dek diupah husam musa, pun takdak hasil!

doa nicky ajis tak lut ka? aku dgr power sgt nicky ajih tu? hahahaha

anjing DAP la ko PAS..

PAS takde maruah, penjilat tegar DAP..malu la weih! standard korg letak kat mana? buat malu aje..org yg berkopiah, berserban mudah2 je kena perhambat dek DAP kafir..

bodoh punye PAS!

Anonymous said...

1.Pas ni nak laksanakan hukum hudud ketidak ni!!
2.Dulu bukan main beria-ia!tampai stikers laksanakan hudud dimerata tempat!
3.Last sekali nik aziz kata tak perlu tergesa-gesa la pulak!!
4.Sama jugakla no dengan dinar emas kelantan tu!
5.Kalau tak IKHLAS nak laksanakan Islam!!susahlah nak menang!!!sokongan puak melayu dan islam semakin susut noo!yang bertambah mungkin puak kapiaq harbi jeee!!!
6.Tupun sebab depa boleh tarik idung puak pas ni!!!kalau tidak,jangan haraplah depa nak sokong pas!!

Anonymous said...

kepala bapak ko la husam. kena hormat undang2 konon. abis masa buat dinar emas tu ko ada hormat undang2 ke? kan monetary system bawah seliaan bank negara? yg mandai2 buat monetary system sendiri tu apahal? ko ingat kelantan tu besar sgt ke smp taraf negara? wali selipar bila ty pun x tau nak jwb cuma boleh ckp 'kita dah bincang dgn pakar xde masalah...'. kafirkan org nombor satu tp sendiri x tau nak perintah x tau apa2 pasal isu kat negeri sendiri. perisik rakyat ni pulak agen anjing terulung pas hampas. manakala betina nama maisara pulak pelacur jalanan
sekian

jentayu

maisara said...

Bila Kerajaan Terengganu dah gubal dan nak laksanakan undang2 Hudud di sana...maka...cepat2 barua2 UMNO yang menghalangnya. Mereka juga lah yang memburuk2kan hukuman itu dijalankan. Mereka jugalah yang menakut2kan orang bukan islam pada hukum hudu itu kalau dilaksanakan.

Bila Kelantan nak laksanakan penggunaan dinar mas, maka barua Umno lah yang menentangnya. Sedangkiankan mereka dahulunya pernah menggalakkan penggunaan dinar mas sehingga beberapa simposium besar di buat di malaysia utk memperkenalkan dinar mas ini.

Lihatlah...perangai manusia bertopengkan islam.

Tapi....bila dibuka topeng....rupanya BERUK2 UMNO yg menentangni.

Lihatlah...jahat ke tak jahat beruk2 ini.

Lihat....busuk ke tak busuk perut/hati beruk2 ini.

Lihat...islam ke tak islam ke beruk2 ni. (orang bukan islampun kini tak menentang...alih2 beruk2 ini yang terkehadapan menentangnya)

Anonymous said...

joehan said...
wahhh..anjing2 belaan dap menyalak lg kuat la plak..hahaha...aik..tuan dap korng kn dh pnggl blk td..xblk2 lg..selain isu petrons ni isu ape lg ko ade topeng berak..hahaha..ttp jela blog ko yg xlaku ni.

..........ehhh mana ada dia orang dok nyalak
yang start nyalaknya kau joehan
kau ni joehan@johan menyalak ke
anjuran umnoapco@tv3 ke?
kalau ada pertandingan menyalak seluruh dunia di israel,mesti kau wakil umoapco@tv3...bole naik beca terbang yang dalam tv3 tu pi israel...
atuk joehan suka makan buah salak
dan dok kat salak selatan...sebab tu joehan suka menyalak.

Blog Kesihatan klik sini said...

Kelantan ada hak dapat. kenapa mesti dinafikan?

Anonymous said...

alhamdulillah...ni ler sifat-sifat terpuji penyokong pembangkang iaitu PKR,DAP,PAS..korang semua ni memang pengecut tau tak...bila kena push mula ler menCARUT,menCACI,meMAKI HAMUN,menCELA dan semua sifat-sifat terkeji yang ada pada SYAITAN dapat dilihat keluar dari mulut dan peribadi anda semua terutama awak wahai MAISARA..sungguh kecewa mak bapak yang melahirkan awak jika dia melihat bahasa dan perangai anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari.,Kalau tak silap saya nama MAISARA ni bermaksud Ketenangan, nyaman, kemakmuran, kekayaan...tapi saya lihat sifat-sifat yang disebut itu tidak ada pada anda yang bernickname MAISARA dalam blog ini...
ni ler contoh manusia yang dalam hati nye penuh dengan sijil PHD&sewaktu dengannya...kalau taik-taik warga BN&UMNO ni busuk-busuk belaka,abis tu taik warga-warga PKR,DAP,PAS ni wangi-wangi ke??taik-taik anda semua terutama awak MAISARA, dpt menjamin tempat ke syurga ke bila anda semua dah berpidah ke BATU 2???cuba jawap sikit sebab saya tengok awak ni tak abis-abis cerita pasal BONTOT..aritu cerita pasal KENTOT,skang ni cerita pasal TAIK plak...lepas ni tak tau plak topik ape yang awak nak pusing supaya dapat elak dari menjawap soalan...
saya tau yg pemimpin tertinggi PKR suka benda-benda belakang tu,jgn ler awak juga turut sama menjadi pengikut songsang seperti itu...
semoga ALLAH melindungi dan memberi hidayah kepada anda semua wahai umat-umat ISLAM sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan menjelang ini dari terus sesat dan mengikut ajaran serta telunjuk SYAITAN NIRRAJIM....AMINNNNNN.....