2. Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang boleh menerima perbuatan seorang manusia boleh membunuh orang lain kerana nyawa seorang manusia itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun hatta dirinya sendiri. Justeru, Islam melarang membunuh diri kerana nyawa bukan milik manusia. Perbuatan sekejam ini berpunca daripada tidak wujudnya rasa malu dan aib di hati pembunuh. Sedangkan perasaan malu dan aib inilah yang merupakan jentera keselamatan yang boleh mengawal diri manusia daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudharat samada kepada diri atau orang lain. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu kehendaki” – hadis riwayat Imam Bukhari.
3. Selain itu, saya menggesa kepada pihak pimpinan negara untuk sentiasa menghebahkan peringatan agar rakyat bertaqwa dan gerun kepada Allah SWT. Perlu diingatkan sentiasa agar rakyat merasa gerun dengan azab kubur dan siksa api neraka. Tanpa peringatan-peringatan seperti ini, tidak ada penghalang yang boleh mendinding manusia dari melakukan jenayah. Hasilnya, kita mendengar kes-kes pembunuhan kejam berlaku sepanjang masa tanpa mengira bangsa dan agama.
4. Sayang sekali apabila tugas memperingatkan manusia agar bertaqwa kepada Allah SWT ini hanya diserahkan kepada imam dan lebai sahaja. Seolah-olah persoalan iman dan taqwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid. Inilah benih yang dituai oleh sekular sekian lama dan kini menampakkan hasilnya. Masyarakat diulit dengan demokrasi yang tidak pernah menyebut persoalan iman di dalam sukatan pengajiannya. Apabila iman tidak diperkenalkan, lahirlah generasi kepimpinan yang langsung tidak pernah tertarik untuk mengajak rakyat untuk beriman. Natijahnya, terbentuklah suasana yang kita saksikan pada hari ini.
5. Jauh berbeza dengan Rasulullah SAW sebagai Perdana Menteri pertama negara Islam Madinah. Baginda mengulang sebut peringatan agar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT di dalam setiap ucapannya kepada rakyat. Iman selaku kembar siam kepada Islam itulah penghalang yang paling teguh daripada melakukan jenayah. Pemimpin negara ini adalah orang Islam, justeru individu yang sangat perlu dicontohi ketika memimpin ialah Rasulullah SAW.
6. Saya yakin, jika inilah yang dititikberatkan oleh kepimpinan negara, insya-allah akan berputik rasa gerun dan takut kepada Allah SWT di hati rakyat. Bukan gerun dan takut kepada undang-undang yang dibuat oleh manusia sahaja. Keberkatan dan pencegahan yang datangnya daripada Allah SWT inilah yang akan menjamin kesejahteraan manusia tidak mengira agama apa yang dianuti.
Salam takziah dari saya.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
6 Syawwal 1431H / 15 September 2010
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
8 comments:
tazkirah ringkas oleh tuan guru yang sungguh bermakna bagi semua pemimpin!
utk anon September 15, 2010 2:19 PM. ko ni sbenarnya x paham...pr bukan sokong kugan pasal dia punya jenayah tp cara polis handle kes tu x betul..x KPN sendiri dh kuar statement yang polis dikwal oleh satu lagi tngan ghaib dan kita pun x tahu tangan sape...ni maksud dia polis x mampu nak tegakkan keadilan dan menjaga undang2 dgn baik dan ini mesti ditentang...aku cuma nak tanya ko la kalu satu ari kluarga ko kena tangkap pasal jenayah pastu temu ajal dlm lokap bila ko tengok mayat mcm ada yg x kena...apa ko akan buat...pastinya ko jumpe menteri umno mintak diaorang tolong ko cari sbb knape mayat tu jd mcm tu...betul x??. tp family kugan ni bukan org bn jd dia mintak tolong org pr...so kat mana salahnya...xpayahla nak tiupkan api perkauman sbb melayu pun bukan bagus na...siap bunuh diri dgn assistan dia lagi...bagi aku apa yg TGNA ckp ni adalah satu statement yg baik sbb walau mcmana pun kita tp bila dah x takut Allah SWT org yg kaya pun akan bunuh diri dan membunuh...
setuju betul tu..
puak amno yang bergelar Melayu ini susah nak tegur @ walaupun baik utk umat.
Kita islam kenalah ingat mati selalu dan sentiasa lawati kubur dan ziarah orang mati.. Inilah didik hati kita biar lembut dan takut akan seksa akhirat. Kita ada akal terbaik yg Allah bagi..gunakanlah sebaik2nya.
pemimpin negara tidak bertaqwa, bagaimana hendakkan rakyat bertaqwa, bapak borek anak rintek..
pemimpin negara macam ketam nak ajar anaknya berjalan betul
jenayah meningkat lagi era pemerintahan BN, tumbangkan BN PRU13
siapa bunuh orang memali...lagi ramai yang mati...
Salam semua,
Dekat sini ruangan ini saja antara melayu/Islam bercakaran bincang topik (JENAYAH) bangsa/agama lain. Tiba2 dikaitkan pulak dgn politik. Sedarlah sikit wahai kawan2 ada kaum lain dok gelak bila nampak kita bercakaran sesama mengupas topik Jenayah dgn kedangkalan ilmu tentang JENAYAH. Jadi disini saya sarankan lebih baik kita tinggalkan fahaman politik masing2 bersama kita bersatu bersama menjaga Agama/bangsa/negara kita tetap milik Bangsa kita selamanya. Ini saja perjuangan kita utk tinggalan pada anak/cucu/cicit kita nanti. Jgn biarkan mereka melukut ditepi gantang di negara sendiri. Jadilah seorg yg disanjung bila kita sudah tiada. Sekarang ini sudah jelas kita bak kata pepatah "Kera dihutan disusukan anak dlm buaian mati kelaparan". Jgn lupa dinegara kita ada kaum seperti Israel. Apabila mereka dpt tanah atau kuasa MELAYU akan jadi seperti di SINGAPURA. Fikir2kanlah wahai saudara2 ku...
Jadi berhati2 lah dgn kelicikkan manis mulut mereka...
Sekian Wassalam
Post a Comment