"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, June 17, 2011

Hebahan Program: Forum "Transformasi & Cabaran Perubahan Parti Politik"

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor
吉隆坡暨雪兰莪中华大会堂
The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall

Jemputan ke Seminar “Cabaran Transformasi Parti Politik : Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan”

Pasukan liberal dalam PAS telah menang dalam pemilihan parti baru-baru ini, memperlihatkan permulaan transformasi parti ini. Jika kita mengimbas kembali selepas berlakunya 308 politik tsunami, rakyat lebih cenderung ke arah “transfomasi” dan “perubahan”. Ini memcerminkan realiti politik di Malaysia di mana semua pihak, tidak kira parti pemerintah mahupun parti pembangkang, ingin membina masyarakat sejahtera yang berbilang budaya, etnik dan agama.

Senior Pemimpin UMNO Tengku Razaleigh pernah menyeru Barisan Nasional berubah daripada parti perkauman kepada parti pelbagai kaum supaya keputusan atau perlaksanaan dasar yang dibuat adalah melampaui batasan kaum. Transformasi MCA tidak mungkin berjaya sekiranya UMNO masih meneruskan struktur parti politik perkauman dan haluan sehalanya.

Cabaran yang akan dihadapi oleh parti politik yang ingin berubah atau bertransformasi:
  1. Apakah erti sebenarnya transformasi ini, dan akhirnya berpaling ke haluan yang mana?
  2. Adakah parti mempunyai kemampuan untuk berubah atau bagaimana boleh mengurangkan perselisihan sekiranya berubah?
  3. Kunci atau cara penyelesaian yang sesuai bagi transformasi.
  4. Perbandingan antara parti:
  • UMNO – bagaimana membuang politik perkauman?
  • PAS - Bagaimana melepaskan diri dari belenggu konservasi?
Tarikh: 2011.06.17, Jumaat, pukul 8 malam
Tajuk: Cabaran Transformasi Parti Politik : Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan
Tempat: KL & Selangor Chinese Assembly Hall
Penganjur: Civil Rights Committee, KLSCAH

Panelis:
  1. Husam Musa - Naib-Presiden PAS
  2. Lee Ban Chen - Pengkritik politik, Kolumnis
  3. Wong Chin Huat - Penyelidik Politik, Naib-Presiden CRC-KLSCAH
Moderator: Ng Yap Hwa - Ahli Komiti CRC-KLSCAH

Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu

Masuk percuma, semua dijemput hadir. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat KLSCAH +603227 46645

Yang benar,
Liau Kok Fah
Civil Rights Committee, KLSCAH


No comments: