"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, July 18, 2011

Pusat Hiburan: UMNO Patut Malu - TGNA

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...
Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 menyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.
Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.

Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.

Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, “Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).

Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?

Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.

Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
Bertarikh : 18 Julai 2011


8 comments:

Anonymous said...

1.masalah dan isunya sekarang ludah-ludah puak pas dok jatuh kebatang hidung sendiri!!terutama mengenai hukum hakam islam!!itu jee!!
2.itu yang pakat-pakat dok gelak sampai nak pecah peghutt!!!!
3.budak-budak macam hangpa ni!!puak hadi awang bolehlah kelentong!!
4.amanat hadi awang!!!kih!kih!kih!
5.malu oii pada kit siang dal kalpal singh!!

tungkaran hati said...

dah 3 tahun perintah Kedah...ingat lagi dulu pasai rumah babi kat Aloq Staq la ni pasai rumah hiburan pulak...kena sergah sikit dengan DAP dan sekutunya habih semua kecut teloq lepas tu nak salahkan UMNO....partai PAS apa ni..!
kalau hampa kata UMNO tu jahil, hampa tunjukan laa yang PAS itu lebih baik dari UMNO...ini tidak, ada masaalah je cari jalan untuk menyalahkan orang lain...kondem itu..kondem ini..penyeselesaian tak buat pun.
sama juga hal ini kat ceramah dan tazkirah...!

Kembalilah PAS pada perjuangan sebuah negara Islam. penyokong-pengundi PAS mengharapkan yang ini bukannya bersekongkol dengan DAP dan sekutunya yang anti-Islam.

jerseymania said...

korg ni paham ke ape yg tok guru nik aziz ckp tu....bengong tul geng umphorno ni.....

Anonymous said...

hahaha...2 dua mangkuk atas skli tue tak faham la tue...jilat bnyk sngat smpai bodoh nak mampus...

barua2 umngok yg bangan..pusat hiburan walau d benarkan buka, tetap di larang utk umat islam la barua....tetap ada kawalan walau di buka....bukan memenuhi permintaan dap..tp mnghormati kaum lain yang ada....klu da agama mereka membenarkan, nak buat mcm mana, kena hormat la.....tp islam melarang umatnya, jadi dari segi kawalan, tidak membenarkan umat islam masuk, jika ada akan di tarik lesen...sekarang aku nk tanya barua2 umngok nie, kerajaan umno ada wat kawalan macam nie ke yang kauorg duk menyalak mcm anjing nie...melaka lanjutkan lagi tue apa cite barua...

Anonymous said...

1.amanat haji hadi-hadi awang!
2.kapiaq!!kalau bekerjasama dengan puak kapiaq!!
3.negara islam!pas!
4.undang-undang islam!pas!
5.hudud!pas!!
6.kih!kih!kih!boddo kot puak-puak ni dok ludah!!kemudian jatuh kemuka sendiri!!
7.puak kapiaq dap bagi "rasuah" jawatan YB jee kat puak-puak pas ni!!islam entah kemana!!
8.itu je nilai puak-puak pas nii!!

Anonymous said...

Aku setuju betul Aliya Rastamaria beri lesen untuk hiburan All night long. Bila pula nak beri lesen untuk hiburan macam ne ne ne alah pompuan bogel jogek kat tiang atau tiger show.

Ini boleh membangunkan industri pelancungan. Melaka tambah maju. Duit banyak masyuk, dulu Negri Sembilan tempat supply babi sedunia, sekarang tempat hiburan lak luk sedunia. Boleh kita lawan hatyai, pat pong atau soho London...

Satu dunia akan tahu, lebih lagi bersih dan halalan tayiban.

Nak juga pekena anak dara portugis atau melayu melaka yang asli.. macam best je...

Anonymous said...

Undang-undang Kafir laknatullan jugak yang BN agungkan,

Islam larang kafir jadi pemimpin, sejauh manakan tahap keislaman pemimpin-pemimpin umno yang ada sekarang?

ramai umat islam yakni orang melayu di negara kita secara x sedar dah jadi fasik

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu