"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, July 02, 2011

Tapak Kereta Sewa Pasir Putih: Perompak Tipu Rakyat Kelantan..!

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kerajaan Pas Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.

Beliau berkata kerajaan pusat akan mencari lokasi baru yang sesuai untuk dijadikan tapak perhentian teksi di dalam bandar Pasir Puteh.

Beliau juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang memutuskan untuk menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun perhentian itu beroperasi.

“Insya-Allah kita akan bantu dirikan pejabat baru,” katanya ketika berucap selepas melakukan tinjauan mesra di sini termasuk bertemu dengan Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh hari ini.

Selain pertemuan dengan Persatuan Kereta Pemandu Sewa, Najib yang dalam lawatan sehari ke Kelantan, turut melawat Pasar Lama Pasir Puteh dan bertemu para peniaga kaum Tionghua di pasar itu dengan meluangkan masa selama setengah jam selepas menghadiri taklimat UMNO Bahagian Pasir Puteh selama 45 minit.

Seramai 2,000 rakyat mengambil kesempatan bertemu dengan Perdana Menteri dalam tinjauan mesra itu yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Perdana Menteri juga kesal kerana kerajaan negeri tidak menghormati perjanjian yang telah dibuat berhubung pemberian tapak perhentian teksi itu.

Beliau berkata seharusnya bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan konsep demokrasi yang sebenar, kerajaan Pas Kelantan harus menghormati pemberian tanah perhentian teksi itu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Katanya perhentian teksi itu telah diberikan kepada persatuan berkenaan sewaktu pemerintahan BN di Kelantan oleh Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Tan Sri Hussein Ahmad.

Beliau berkata sewaktu pemerintahan BN, pemindahan hak milik tidak sempat dibuat kepada persatuan teksi berkenaan kerana kerajaan Pas Kelantan mengambilalih pentadbiran negeri pada tahun 1990 dan tidak mengiktiraf penyerahan hak milik itu.

Ia menyebabkan tanah itu menjadi hak milik kerajaan negeri dan diserahkan kepada PKINK untuk dijual dengan harga RM150,000.
Laporan dekat atas ni gua cilok dari Media Perdana pro-Perompak. dekat sini jelas, tujuan menatang beruk Najib mengadakan lawatan ke Kelantan adalah semata-mata untuk mencari dosa kering. Ni memang biasa bagi Beruk berwajah manusia yang banyak kedarah hasil haram dan banyak "makan luar" termasuk di Port Dickson.

Tanah yang dikatakan telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Kelantan, diserahkan kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk dijual sebenarnya tidak pernah dijual dan ianya masih kekal Hak Milik Perbadanan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Tanah tersebut tidak pernah dijual kepada mana-mana Syarikat Swasta baik Bumiputera, Mamak ataupun ChuKong-ChuKong China atau dengan erti kata lain, Perompak Hasil Minyak dan Gas Negeri Kelantan hari ini telah menipu para pemandu teksi dan kereta sewa di Pasir Putih.

Hasil dari laporan Media Perdana pro-Perompak, 1Malaysia kena tipu dengan menatang beruk ni.

Woi Najib..! Hasil Minyak dan Gas kau dah rompak, hari ni kau datang nak mengelentong Rakyat Negeri Kelantan pulak..? Petang ni Najib akan mengadakan Majlis bersama Najib Facebookers Fanclub di Hotel Rennaisance, Kota Bharu... Gua harap Penipu ni akan belajar sesuatu dari kunjungannya ke Negeri Kelantan.

No comments: