"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, June 24, 2012

Pendaratan Hasil Bumi Negeri Kelantan ke Luar Negeri Kelantan.


Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)

Pendaratan Hasil Bumi Negeri Kelantan ke Luar Negeri Kelantan.

Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia 22hb. Jun, 2012 bertajuk: PETRONAS Labur 15.6 Billion.

Pihak ROYALTI ingin menuntut penjelasan daripada PETRONAS berkenaan Laporan Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, bahawa PETRONAS akan melabur USD5.2 Billion (RM15.6 Billion-Utusan, RM16.64 Billion-Berita Harian) bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin) dalam tempoh 5 tahun akan datang yang membabitkan pengeluaran Rizab Gas sekitar 1.7 Trillion kaki padu di kawasan Perairan Negeri Kelantan, iaitu di Blok PM302, Blok PM325 dan PM326B yang membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 300 kilometer dari Pelantar Carigali dalam Perairan Negeri Kelantan ke Kerteh, Terengganu. Mengapa Gas yang dicarigali dalam Perairan Negeri Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh, Terengganu?

Pihak ROYALTI ingin mencadangkan agar pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip saluran dibina bagi didaratkan ke Negeri Kelantan kerana jarak Blok PM301 yang berada dalam Perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh.
Jarak kawasan Carigali yang dinyatakan (PM302, PM325 & PM326B) ke Pantai Senok, Bachok (kawasan yang dirizab untuk Pendaratan Gas oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 1990-an) hanya sekitar 140-160 km sahaja berbanding ke Kerteh sejauh lebih kurang 300 km.

Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan dimana sekiranya Gas didaratkan di Negeri ini (Kelantan) ia dapat membuka peluang pekerjaan yang bukan sedikit bagi Golongan Profesional & juga separa Profesional.

Mengambil kira contoh projek pembangunan Loji Pemprosesan minyak dan gas yang di rancang pembinaannya di Pengerang, Johor, dijangkakan akan membuka peluang pekerjaan kepada hampir 4500 golongan Profesional manakala bagi golongan separa Profsional pula, sekurang-kurangnya 8500 berpeluang untuk berkongsi manfaat hasil dari peluang pekerjaan dalam bidang Minyak dan Gas dan secara tidak langsung ia akan meningkatkan KDNK Negeri Kelantan selari dengan Konsep Federalisme Negara.

Mohd. Hishamuddin bin Ghazali
Setiausaha Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)
23hb. Jun, 2012

3 comments:

Amuraria said...

PENGKHIANATAN PARTI MELAYU TERHADAP MELAYU ! ABU SAJA JAWABNYA !

Anonymous said...

kenapa lah boleh jadi cam ni....

Unknown said...

Salam Tn empunya blog,

Mohon pertukaran link

http:// cikgu-pencen.blogspot.com

Terima kasih