- “ Adakah Hiudud dan Qisas akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah Malaysia?"
Hakikatnya, isu hudud dan qisas tidak dibincangkan pada peringkat Pakatan Rakyat. Ertinya Pakatan Rakyat belum membuat keputusan lagi berkenaan dengan isu perlaksanaan Hudud dan Qisas di kalangan orang Islam. Begitu juga Pakatan Rakyat belum membuat keputusan terhadap polisi Malaysian Malaysia yang menjadi ideology DAP.
UMNO YANG TOLAK HUDUD BUKAN PR
Setakat ini pemimpin-pemimpin PR tidak pernah menyatakan penolakan mereka terhadap hukum hudud dan Qisas. Dato Seri Anwar sendiri dalam kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu menyatakan beliau tidak menolak hukum syariah Islam.
Tapi, UMNO sendirirdengan jelas MENOLAK hukum syariah Islam. UMNO telah menghalang perlaksanaan hukum syariah Islam sejak merdeka lagi.
Pada waktu yang sama, UMNO juga menghalalkan judi dan arak. Kalau UMNO tuduh PAS jadi hamba DAP, UMNO pula hamba tokeh2 judi dan arak. Buktinya, Najib Tun Razak baru sahaja meluluskan 10 lesen judi baru.
UMNO juga yang membina dua kilang arak di Malaysia, yakni, kilang Carlsberg dan Anchor. UMN O bertanggungjawab menyebarkan arak kepada seluruh Malaysia. Lepas tu, dia nak cabar kita tutup kilang arak yang dia buka. Kita nak tengok dia sendiri tutup kilang-kilang arak tu. Yang jelasnya. Kilang2 arak itu adalah tanggungjawab UMNO bukan Pakatan Rakyat.
UMNO MAHU MEMERANGKAP PR MACAM TAHUN 2004
Cabaran2 UMNO ini adalah untuk memerangkan Pakatan Rakyat seperti sebelum 2004. Di waktu itu, Dr Mahathir mencabar PAS mengadakan Dokumen Negara Islam, dan PAS menyahut cabaran tersebut. Hasilnya, orang bukan Islam bukan sahaja menolak PAS tetapi menolak KeAdilan juga.
Orang Melayu tidak bertambah sokongan mereka kepada PAS menyebabkan PAS hilang Terengganu. Maka, sekali ini, janganlah kita terperangkan sekali lagi dengan usaha UMNO.
Apa hak UMNO nak mempersoalkan prinsip PAS dalam perkara hukum syariah sedangkan UMNO itu anti Hudud dan Qisas. UMNO adlah barua British dan semenjak Merdeka mereka telah menolak hukum syariah Islam di samping menghalalkan benda yang haram (i.e. Loteri UMNO 1951.)
HUDUD DAN QISAS LEPAS UMNO DIJATUHKAN(REFERENDUM??)
Saya ingin mencadangkan supaya satu referendum di adakan dalam menentukan isu samada mahu melaksanakan hukum syariah atau tidak. Tetapi semua ini dilakukan selepas UMNO dijatuhkan.
Cara ini, kuasa-kuasa Barat tidak dapat menyalahkan PAS atau PR sekiranya hukum syariah Islam ini dilaksananakan. Ini kerana referendum akan membuktikan bahawa ianya adalah kehendak rakyat dan bukan setakat kehendak parti politik.
Media-media Barat juga tidak berani mengkritik PAS dan PR selepas itu kerana ianya adalah kemahuan rakyat Malaysia dan bukan kehendak PAS. Mengkritik perlaksanaan hukum tersebut selepas itu bermakna mengkritik kehendak demokratik rakyat Malaysia.
TETAPI, yang paling penting, mestilah UMNO itu dijatuhkan terlebih dahulu.
UMNO HIPOKRIT. MEREKA ADALAH MUSUH HUDUD NOMBOR SATU.
Hakikatnya, musuh kepada hukum syariah di Malaysia adalah UMNO dan bukannya DAP.
UMNO adalah penghalang nombor satu kepada perlaksanaan hukum syariah di Malaysia terutama di Kelantan dan Terengganu dahulu.
Jadi, mereka tiada hak mempersoalkan samada PR akan melaksanakan hukum syariah atau tidak. Mereka itu sendiri memusuhi hukum syariah.
Di dalam Islam, kita dbenarkan melaksanakan Islam secara berperingkat-peringkat. Terutamanya sekiranya ada halangan.
Perlaksanaan hukum syariah di Malaysia dihalang terutamanya oleh UMNO. Maka, di waktu sekarang, haruslah kita buang UMNO dahulu sebelum kita dapat melaksanakan hukum syariah tersebut.
Tulang Besi
