
Assalamualaikum...
Belum reda isu "kekalahan" UMNO/BN dalam PRU12 tempohari kini timbul pula isu "perpecahan dalaman UMNO".dengan mantan PM menjadi pendahulu barisan paling terhadapan "Pakatan UMNO Murtad"(PakUtad) situasi politik Malaysia kembali bergelora bagaikan dilanda Taufan Mak Andang.habis segala suku-sakat pro UMNO/BN bingung sebingung bingungnya.
Apa yang nak dibingungkan aku pun tak tau.ikut suke depalah...yang penting bagi aku ialah Pakatan Rakyat beroleh satu lagi peluang selepas PRU12 untuk mengukuhkan lagi kedudukannya didalam arena politik Malaysia.satu lagi peluang yang tidak mungkin datang dilain kali.
Inilah masanya untuk Pakatan Rakyat memancing para ahli dan penyokong UMNO/BN yang kecewa dengan parti dokongan mereka.Pakatan Rakyat "wajib" mengambil peluang ini untuk menyatakan dan menerangkan perjuangan Pakatan Rakyat didalam politik Malaysia.disaat para PakUtad tercari-cari madah perjuangan yang lebih relevan bagi mereka rasanya tidak sukar untuk Pakatan Rakyat memenangi hati para PakUtad sementelah lagi perjuangan Pakatan Rakyat telah berjaya memenangi hati sebahagian dari mereka dalam PRU12 yang lalu.
Yakinlah bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk tujuan itu...kita sedia maklum bahawa para PakUtad adalah para pejuang yang lantang berjuang didalam bekas parti dokongan mereka dan mustahil mereka boleh berdiri tanpa platform.mereka perlukan platform untuk meneruskan perjuangan mereka dan mustahil Pakatan Rakyat tidak relevan bagi mereka.Pakatan Rakyat telah menafikan 2/3 majoriti mereka walaupun dalam PRU yang didominasi oleh kekotoran yang dirancang oleh mereka.dengan adanya para PakUtad didalam Pakatan Rakyat,segala kekotoran yang telah dicipta oleh mereka dulu dapat diatasi kerana mereka yang mencipta kekotoran itu dan mustahil mereka tidak tahu untuk membongkarnya demi memastikan kemenangan dan matlamat mereka tercapai.
PKR,PAS & DAP telah membuktikan keupayaannya selepas PRU12 tempohari.kalau dilihat pada tempoh yang tidak sampai 100 hari,terbukti Pakatan Rakyat memang mampu mentadbir.kemampuan Pakatan Rakyat memang terbukti di 5 negeri yang ditaklukinya.
UMNO/BN pula semakin hari semakin tak tentu arah.1 demi 1 masalah dalaman melanda parti yang telah 62 tahun wujud di Malaysia.sebaik tamat PRU12,gendang & beduk lantang dipalu oleh para ahli & penyokong UMNO/BN mendesak presidennya meletak jawatan,kemudian datang pula ribut pemilihan MB Perlis & Terengganu,penderhakaan pada sultan menjadi "iklan" ditengah kekalutan,belum selesai ribut pemilihan MB,datang pula ribut yang mencabar kedudukan presiden parti UMNO,tsunami mongolia,ribut EGM,ribut babi moden,taufan Balkis,ribut lompat diselangi dengan angin Linggam kerosakan terus datang dengan hadirnya puting beliung Che'Det yang kekuatannya dikhabarkan bisa memporak-perandakan UMNO.apalagi selepas ini?
Aku tak nampak sebarang kemungkinan situasi dalaman UMNO akan reda selepas ini.percayalah...UMNO telah sampai ke penghujung nyawanya.rupanya kubur UMNO digali oleh UMNO sendiri...
Biarkan UMNO...biarkan mereka...Pakatan Rakyat melangkah setapak lagi didalam arena politik Malaysia.dengan serangan yang bertubi-tubi dari segenap arah oleh kerajaan Barisan Nasional,Pakatan Rakyat terus kukuh dan lebih mantap lagi.ternyata Pakatan Rakyat amat relevan sebagai madah perjuangan para rakyat marhain dan juga buat PakUtad.siapa lagi yang berjaya menyatukan rakyat pelbagai kaum didalam satu bumbung?
UMNO - Berjuang untuk bangsa Melayu
MIC - Berjuang untuk bangsa India
MCA - Berjuang untuk bangsa Cina
3 parti mewakili bangsa mengepalai BN - Selamat,Aman,Makmur
PKR - KeADILan untuk semua
DAP - Hak kesamarataan
PAS - Islam untuk semua
3 parti bukan perkauman membentuk Pakatan Rakyat - Ketuanan Rakyat
Siapa lebih relevan & siapa pilihan anda?

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, May 20, 2008
UMNO Ribut - Pakatan Rakyat Melangkah Setapak Lagi.
UMNO - Un Mind National Organisation
Ketenangan tengahari Isnin ini disambut dengan berita yang agak meng"gempar"kan dari Mantan PM TDM.kenapa "agak menggemparkan?".kenapa tidak "gempar?"...memang tak gemparpun bagi aku berita penarikan diri TDM dari menganggotai UMNO.biase je...apa nak digemparkan?apa istimewanya TDM?siapa TDM?mantan PM?iyelah...mantan,bekas,X...tak de yang "siapa-siapa"nya TDM ni bagi aku...ramai lagi mantan-mantan itu-ini di Malaysia ni & bagi aku TDM hanya sebahagian dari mereka...sebahagian dari "mantan".
Tapi bagi UMNO dan sebahagian ahli fanatik/die hard fan/kipas susah mati berita ni bagaikan satu bom jangka yang maha kuat dan lebih kuat dari bom jenis C4 yang meletupkan mayat wanita Mongolia yang tidak dikenali oleh Najib.huru-hara sekalian pencacai UMNO,cukup huru-hara.bahkan blog MYKMU yang kuat menyokong TDM tak dapat diakses beberapa ketika selepas TDM mengumumkan berita tersebut...agaknya depa berkabung kot...lebih mengejutkan lagi,para forumist pro UMNO dalam yahoogroups pun seolah hilang kawalan diri apabila berita tersebut tersebar...boleh dikatakan hampir kesemua mereka bertindak meng"unsubscribe" dari group...pemimpin kesayangan keluar dari parti,pencacai pulak keluar dari groups...2-2 boleh dikatakan "bacul".kononnya hendak menentang musuh,tetapi mereka lari dari medan perang...2-2 punya pemikiran yang kurang cerdik.itulah UMNO dan pengikutnya...
Setelah 62 tahun(betul ke 62 tahun?)UMNO wujud,ternyata mereka masih kurang cerdik...bukan UMNO yang tak cerdik,tetapi ahli-ahli,pemimpin-peminpin & penyokong UMNO yang tak cerdik.memang cukup tak cerdik depa ni...apa nak dihairankan dengan pengunduran TDM dari UMNO?siapa TDM dalam UMNO?Presiden ka?Timb.Presiden ka?apa pangkat TDM dalam UMNO?sekadar ahli biasa.aku ulang balik - sekadar ahli biasa...lagi sekali - SEKADAR AHLI BIASA.ahli biasa pun boleh huru-harakan UMNO ke?sebab tu aku katakan UMNO kurang cerdik...tengok pada respon para pro UMNO macam parti UMNO dah tak wujud dah.cukup porak peranda UMNO dibuat seorang ahli biasa...lemahnya UMNO.
Rata-rata pemimpin UMNO pulak silih berganti berkokok-kokok,bersahut-sahutan meminta diadakan perbincangan antara mantan PM dengan PM...nak bincang apa lagi?kurang akal betul la depa ni.ada pulak yang bersedih...kononnya "kehilangan"...suka hati engkoranglah...
Yang paling tak cerdik sekali dalam UMNO ialah bila tradisi UMNO masih diteruskan sampai ke hari ini...tradisi apa tu?tradisi UMNO yang paling kurang cerdik dan yang membuatkan UMNO semakin lemah ialah bila pendapat dari golongan muda sering dipinggirkan.kalau ada antara pemuda yang agak lantang,cepat-cepat parang diasah setajam-tajamnya untuk memancung karier si pemuda.kalau ada antara orang bawahan yang dilihat punya aura yang kuat sikit dan berbakat besar,akan ditunjukkan jalan keluar dari UMNO.para veteran yang semakin hampir tarikh luputnya diagung-agungkan seperti Malaikat.itulah yang membuat UMNO sebagai Parti Kebangsaan Yang Kurang Cerdik!!!
Lihat pendekatan Pakatan Rakyat.dimana golongan muda?dibarisan hadapan.siapa yang memimpin Pakatan Rakyat?golongan muda kan?ini yang membezakan UMNO dengan Pakatan Rakyat.Ini yang membuat Pakatan Rakyat semakin dekat dengan kejayaan hari demi hari.siapa yang lebih faham akan kehendak rakyat zaman ini?pemuda atau veteran?
Tapi tak mengapalah...UMNO pun dah hampir kekuburan.teruskanlah ber"kurang cerdik" kerana kami sedang melihat UMNO melangkah lesu kekuburan politik.teruskan bertelagah sesama sendiri.hari pemilihan semakin hampir.cantas saja siapa yang dirasakan menggugat anda.wang bukan masalah bagi UMNO.taburlah sebanyak mungkin wang yang ada demi mencapai cita-cita anda.teruskan agenda UMNO anda sementara hayat masih ada.
Sementara itu Pakatan Rakyat sedang mendaki kepuncak kejayaan sambil memerhatikan UMNO perlahan-lahan tenggelam kedasar kuburan yang telah siap digali oleh para rakyat yang telah bangun dan telah keluar dari kepompong yang dicipta oleh UMNO sejak 50 tahun dulu...rakyat telah sedar...UMNO hanyalah sebuah Parti Kebangsaan Yang Kurang Cerdik.
UMNO - Un Mind National Organisation.
Monday, May 19, 2008
Dr.Mahathir Keluar UMNO.
diciplak dari : malaysiakini
| Dr Mahathir keluar Umno |
| May 19, 08 12:12pm |
| Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian. Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dr Mahathir berkata, beliau akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar. Berucap dalam satu forum di Alor Sta pagi ini, Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti. Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain. "Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya. Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003. PM paling lama Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.
Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan. Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa. Dasar Ekonomi Baru Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu. Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri. |
UMNO/BN against Suicide!!!
| Dr Mahathir keluar Umno |
| May 19, 08 12:53pm |
| Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian. Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003. Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia. |
begitulah berita terkini dari malaysiakini tak banyak yang dapat dikomen tetapi apa yang kita sedia faham...tindakan ini semestinya akan membawa perubahan yang bukan kecil impaknya pada UMNO/BN malahan kesannya sudah pasti akan dirasai pada seluruh sistem di Malaysia.
Bakal berpecahkah UMNO untuk kesekian kalinya?kemana agaknya halatuju team Mahathir?Bagaimana dengan Mukhriz si"anak bapak" ?Bagaimana dengan Najib si"ayam tambatan"?Bagaimana dengan geng2 MYKMU?arghhh!!!
Pak Lah...sekali lagi anda diuji.Sebahagian dari Malaysia telah anda berikan pada PR dan kini UMNO pula bakal menerima tempias hasil kerja Pak Lah...
Buatlah sesuatu Pak Lah...nampaknya bukan musuh anda(Pakatan Rakyat)yang menghancurkan karier politik para politikus UMNO/BN,tetapi UMNO/BN lah yang membunuh diri mereka sendiri...mat saleh cakap - Their against suicide!!!
apa lagi selepas ni ye?Makin menarik nampaknya politik Malaysia.
Sunday, May 18, 2008
Che' Det yang ber"Jasa"
kebelakangan ni kalau kita lawat laman web & blog para pro UMNO baru(Che'Det)nampaknya bertungkus lumus mereka mempertahankan pemimpin idola mereka itu...habis segala jasa TDM direview satu persatu...habis semunya menuntut pembalasan yang setimpal dengan jasa2 Che'Det seolah Che'Det tak pernah mendapat penghargaan dari rakyat Malaysia...memang benar..Che'Det seorang yang amat berjasa pada negara Malaysia & rakyat Malaysia...semua agenda ekonominya adalah menyeluruh.terima kasih untuk itu...tetapi,yang benar tetap benar & yang salah tetap salah.tidak ada kesalahan yang dapat dikambus dengan jasa...jasa tetap jasa & kesilapan tetap kesilapan...pada Che'Det saya doakan semoga tabah menghadapi semua ini,dan anda harus terima setiap "laba" dari kesilapan anda.anda sendiri yang bicara tentang "ketelusan" dan akhirnya anda sendiri yang "mencabul" kata-kata anda.
nah...ini baru permulaan...banyak lagi yang bakal datang...tenang Che'Det...benar kata-kata anda "Melayu Mudah Lupa"...melayu lupa pada jasa tetapi melayu tidak akan lupa pada kesilapan.bukan melayu je Che'Det...semua bangsa pun begitu...anda pernah menzalimi dan anda harus terima kezaliman yang datang pada diri & hidup anda kerana kita adalah "Makhluk Allah"
SPR vs Kabinet Pak Lah.
Berita 1 : SPR: Kabinet batalkan dakwat kekal Soon Li Tsin | May 17, 08 3:19pm"Saya belum menyatakan sebelum ini bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami (untuk memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan," kata pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di seminar mengenai pilihanraya umum 2008 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini
Berita 2 : PM: Batal dakwat budi bicara SPR May 18, 08 6:30am
"Memang perkara itu menjadi tajuk yang dibincangkan dalam Kabinet sebab kita ada beberapa maklumat berkaitan perkara ini, antaranya ada pihak-pihak tertentu yang telahpun membeli dakwat ini walaupun mereka tidak ada kuasa untuk membelinya.
"Dan kita mencurigai bahawa dakwat itu akan digunakan dengan cara-cara yang boleh mengelirukan dan menimbulkan keadaan yang boleh menyulitkan, boleh membawa masalah kepada proses pengundian yang berlaku pada hari itu," katanya.
Apekebende nih?Sebenarnya sape yang bertanggungjawab?makin pening kita dibuatnya...sebelum PRU kita ditipu...dah habis PRU pun masih depa nak menipu kita lagi?
Nak tanya balik kat Pak Lah...dari mana Pak Lah dapat info tu?atau sekadar ceritera hikayat Pak Lah sebab takut ditumbangkan dalam PRU?atau Pak Lah dapat masa tengah bertafakur dalam dewan?atau Pak Lah dapat "Ilham" tentang berita ni?atau Pak Lah dapat dalam mimpi Pak Lah?atau Pak Lah pun kene tipu dengan "informer" Pak Lah?
Kalau Pak Lah tertipu oleh "informer" Pak Lah...terbuktilah Pak Lah ni seorang yang lemah.orang yang lemah tak layak jadi PM.macam mana seorang yang lemah nak memimpin sebuah negara?negara tak boleh ditadbir didalam tidur Pak Lah.negara tak boleh ditadbir berpandukan pada "maklumat tak sah"...ini ke PM Malaysia?
Rashid pulak...lagi lagi Rashid,lagi lagi Rashid...sebelum PRU kecoh,lepas PRU pun kecoh lagi dibuat mamat sorang ni.bila baca pada statement ke2-2 belah pihak,dapat disimpulkan bahawa ke2-2 pemegang amanah ni adalah seorang yang tidak amanah dan tidak tahu bidang kuasa dan kerja masing2...2-2 pak turut,2-2 boleh dipergunakan,2-2 kurang otak...
1 perkara yang jadi tandatanya ialah adakah dakwat khas tersebut dah dibeli atau belum?kalau dah dibeli oleh SPR kita mintak SPR pamerkan buat tontonan dan sebagai bukti bahan tersebut ada & wang sebanyak itu telah dibelanjakan seperti yang dirancang...Kalau SPR gagal mempamerkan bahan tersebut maka kita harap pihak BPR tak segan silu untuk memulakan siasatan.siasat kemana perginya duit sebanyak itu.
Rakyat perlu tahu!!!
"Kembalikan Royalti Petroleum Terengganu"
Assalamualaikum & Salam Perpaduan
Tolong berikan sokongan Kepada Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu dalam menuntut dikembalikan Royalti kepada Rakyat Terengganu dengan menandatangani petisyen. Tolong sertakan nama dan ic. Jangan guna Anonymous. Petisyen ini akan dihantar sebagai MEMORANDUM kepada SULTAN Mizan, MPPR, PM, MB Trg & Petronas Trg.
"Kembalikan Royalti Petroleum Terengganu"
http://www.ipetitions.com/petition/royaltipetroleum?e
MAMPAT juga melancarkan Kempen RM 1 = Royalti Minyak. Sumbangan bolehlah di masukkan ke dalam akaun MAMPAT di Bank Islam dengan nombor akaun MAMPAT iaitu 130 170 108 113 47. Mungkin bagi anda apalah ertinya RM 1, tapi bagi kami simbolik RM 1 adalah
i. RM 1 = bilangan orang yang menyokong tuntutan Royalti
ii. RM 1 x 100 000 orang = RM 100 000
Sekiranya anda tak mampu untuk menyumbang RM 1 kepada MAMPAT, anda digalakkan untuk menyumbang RM 10 kepada kami, di mana RM 10 bermakna anda mewakili 10 orang yang menyokong tuntutan ini. Bantulah kami untuk menjayakan kempen ini. Terima kasih
Tolong fowardkan juga kepada kawan-kawan yang lain. Sila kunjungi blog kami di ...
http://mampat.blogspot.com
Saturday, May 17, 2008
Najib,Atlantuya & Kementerian Pertahanan.
Najib tidak Kenal AtlantuyaBeliau tidak pernah mengenali dan tidak pernah bertemu dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh pada Oktober 2006.
"Biarlah pihak mahkamah menjalankan tugasnya untuk menegakkan keadilan.Dalam waktu yang sama,saya berdoa bahawa kebenaran akhirnya akan terserlah"Datuk Seri Najib Tun Razak
Begitulah yang tertera pada muka depan akhbar Sinar Harian - Khamis 15mei,2008 bersamaan 9jamadilawal,1429.Hampir 2 tahun selepas tohmahan demi tohmahan dihambur kepada Najib,baru kini Najib mendapat "ilham" untuk membuat pengakuan dan penafian kepada umum.Namun bagi saya persoalan masih belum terjawab dan tidak ada apa-apa sebenarnya yang dijawab oleh Najib merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.
Bukan isu Najib kenal atau tidak anak gadis Shaariibuu yang sepatutnya dijawab oleh Najib,tetapi sesuatu yang lebih penting lagi.Sesuatu yang menyentuh soal keselamatan negara ini & seluruh rakyat Malaysia.Kalau benar pun Najib ada hubungan dengan anak gadis Shaariibuu rasanya ia tidak menjadi masalah dalam hal keselamatan negara.Lagipun seorang lelaki Islam dibenarkan mempunyai sehingga 4 orang isteri & saya yakin Najib mampu untuk itu.Itu bukan masalahnya.Kalau dah jodoh apa salahnya?Tak jadi masalah...
Masalahnya ialah kebocoran pada sistem pertahanan negara.Persoalan yang masih belum terjawab ialah kebocoran pada sistem pertahanan & apakah langkah yang diambil oleh Najib atau Najib tak perasan kebocoran ini?Setelah hampir 2 tahun Atlantuya mati dibunuh kemudian mayatnya cuba dilupuskan dengan bahan letupan jenis C4 kita lihat tiada langsung tindakan yang diambil oleh kementerian pertahanan samada siasatan atau apa2 kenyataan berhubung bahan letupan tersebut....
Entah..."kebijaksanaan" Najib tidak terserlah langsung didalam menyelesaikan masalah tersebut.Lain yang dipersoalkan,lain yang dijawab...Inilah menteriku...
Sekali lagi menjadi teka-teki...Bagaimana agaknya bahan letupan sekuat C4 boleh terlepas dari simpanan kementerian pertahanan dan tiada siasatan mahupun kenyataan rasmi dari badan berkenaan seolah ianya hanya perkara biasa bagi mereka...tak mustahil satu hari nanti akan ada senjata yang lebih berbahaya diseludup keluar dari kawalan kementerian berkenaan dan membawa lebih musibah tetapi kemungkinan mereka yang bertanggungjawab sekadar tunggu dan lihat...tunggulah sehingga lebih ramai menjadi mangsa ujian dan lihatlah betapa rapuhnya sistem pertahanan negaraku Malaysia...
Tuesday, May 13, 2008
Monday, May 12, 2008
Pimpinan PAS Terengganu mesti pikul tanggungjawab secara jujur
Dilulus terbit pada Sunday, May 11 @ 20:59:50 MYT oleh SongkokPutih
Oleh Ulit_mayang
Pimpinan PAS Terengganu mesti pikul tanggungjawab kekalahan
Posted on Saturday, May 10 @ 16:08:26 MYT by reformis
Oleh Warisan Dungun
Bukan nak salahkan pemimpin PAS Terengganu, bukan, saya tak bermaksud begitu. Lebih2 lagi ramai pemimpin kanan PAS Terengganu adalah juga pemimpin kanan PAS Pusat. Jadi, bukan maksud saya nak rendahkan mereka.
Saya cuma mahukan satu postmortem secara jujur, terbuka dan telus mengenai mengapa PAS Terengganu masih kalah teruk dalam pilihan raya baru-baru ini. Apakah ia kerana kelemahan strategi dan perancangan PAS Negeri sedangkan negeri-negeri lain yang tidak diduga menang sudah membentuk kerajaan. Di mana punca masalah sebenar? Saya rasa ramai lagi orang lain nak tahu kenapa PAS Terengganu gagal bentuk kerajaan baru-baru ini sedangkan inilah masa terbaik untuk kita tebus kekalahan teruk 2004. kalau nak dikatakan orang Melayu tak berubah, mengapa Kelantan boleh menang besar dan Kedah pun dapat tubuh kerajaan?
Saya minta pimpinan PAS Terengganu dapat memikul tanggungjawab ini sebaiknya.
lakukanlah sesuatu bagi menunjukkan anda sekalian bertanggungjawab dengan kekalahan ini..
Sebenarnya tajuk di atas dah ada dalam simpanan , Cuma was – was , kalau – kalau dihantar untuk disiarkan , nanti dituduh cuba menjatuh , mencemar dan berniat jahat terhadap pimpinan PAS negeri secara keseluruhannya.
Menyokong 100% tajuk dan isi kandungannya, rasanya sangat perlu , seluruh pimpinan PAS negeri dirombak , dimana ianya tidak diubah sejak sekian lama , jadi seakan – akan pendekatannya sudah tentu cara lama , pemikiran lama , methodologynya lama , nafasnya lama , dan semua serta segala – galanya lama.
Walhal , kalau diteliti PRU-12 baru – baru ini , semuanya telah berubah , dalam segala – galanya , contoh mudah , internet – web dan blog telah berkuasa , merubah pemikiran hampir semua generasi , khususnya orang – orang muda dan pengundi baru
Sehubungan dengan itu , harus dan perlu ada pendekatan berani seluruh pimpinan , tidak terhad kepada Pesuruhjaya sahaja , tetapi secara total , berundur secara insaf dan berhemah , bukan bermaksud untuk menghina , mengutuk dan memperkecilkan jasa dan peranan selama ini , tetapi lihatlah scenario di negeri – negeri Pakatan Rakyat , Pulau Pinang , Perak , Kedah dan Selangor serta Kelantan , betapa dinamik dan bertenaganya pimpinan di semua peringkat , dari cawangan , bahagian , daerah hingga ke negeri.
Sangatlah wajar dan sudah semestinya amat bersesuaian masa dan ketikanya , satu ‘exercise’ besar – besaran ke atas struktur kepimpinan PAS negeri di semua peringkat , dirombak , disusun dan diadun semula.




.jpg)