"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, June 29, 2008

AMK kawal Anwar di Hotel Quality

diciplak dari : malaysiakini

Jun 29, 08 3:04am
Angkatan Muda Keadilan (AMK) sedang mengumpulkan ahli-ahlinya untuk ditugaskan mengawal sekitar Hotel Qualitiy di Shah Alam untuk menghadapi kemungkinan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap dalam tempoh 48 jam ini.

Difahamkan, mereka sedang mengumpulkan kira-kira 1,000 orang ahli AMK dari 22 bahagian PKR, khususnya di Selangor mengawal pintu-pintu masuk utama ke hotel berkenaan.

Anwar berada di hotel tersebut bersama pemimpin-pemimpin utama PKR selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya petang semalam, yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar berkata laporan tersebut adalah rekaan semata-mata.

Sebaliknya beliau berkata ia diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku termasuk mereka bukti dalam kes-kes yang dibuat terhadapnya pada 1998-1999.

Manakala PKR pula berkata polis telah menahan kakitangan Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Menurut parti itu lagi, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Penyokong Anwar juga semakin ramai berkumpul di Hotel Quality Shah Alam.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat

Diciplak dari : malaysiakini

Jun 28, 08 11:53pm

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.

Sidang akhbar itu dijangka diadakan selepas Anwar menemui semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR esok.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

DSAI Menunggu Masa Ditangkap Tuduhan Liwat 2!!!

Assalamu'alaikum...

Aku baru balik dari Hotel Quality Shah Alam.berita terkini yang kami dapat - DSAI bakal ditahan atas tuduhan meliwat pembantunya Saiful Bahri.

Menurut berita yang diterima Saiful Bahri terlebih dahulu telah ditangkap & dipaksa mengaku diliwat oleh DSAI.

Ketika Berita ini ditulis ribuan penyokong2 DSAI sedang memenuhi Hotel Quality Shah Alam untuk memberi sokongan pada DSAI...antara pimpinan PR yang dilihat berada ditengah2 orang ramai ialah Loh Gwo Purn(MP Kelana Jaya) & juga beberapa pimpinan PR termasuk MB Selangor.


penyokong PR memenuhi lobi hotel quality

Diberitakan DSAI sedang mengadakan mesyuarat tergempar ketika ini bersama para pimpinan PR.Nurul Izzah & suami juga dilihat tiba di Hotel Quality dengan diiringi sebuah kereta peronda pada jam 12.40 tengah malam.

Berita lanjut akan menyusul.


para penyokong diminta bersabar & bertenang



Nurul Izzah & suami tiba jam 12.40 tengah malam.


antara yang hadir Loh Gwo Burn(MP Kelana Jaya)

Saturday, June 28, 2008

Pemberitahuan.

Assalamu'alaikum...

Kepada pengunjung2 blog perisikrakyat & perisikrakyat1 makluman untuk anda dari blogmaster Topengperak_Xinwugi.

Hari ni tak banyak update untuk blog ini & tak sempat nak menaip apa-apa artikel buat tatapan pengunjung budiman kerana kesuntukan masa.

Petang Jam 3 saya akan berada bersama anda dalam "peace walk" yang dianjurkan oleh GERAMM & sebelah malam pula akan berada di Stadium Melawati Shah Alam sekali lagi bersama rakyat marhain & teman-teman PerisikRakyat@yahoogroups.com dalam Himpunan Rakyat Anti ISA.

Tamat acara hari ini saya akan update blog ini dengan berita-berita & gambar-gambar acara-acara yang disertai hari ini.

Makluman Peguam Pembela Islam: PENTING DAN MOHON DISEBARKAN

ASSALAMUALAIKUM WRT. WBT,

Tarikh-tarikh penting untuk perhatian:

7 Julai 2008 [9.00 pagi] – kes Tanah Perkuburan Kota Kemuning – Mahkamah Rayuan Putrajaya

Ini adalah permohonan Semakan Kehakiman oleh 187 orang bukan Islam terhadap penggunaan sebidang tanah yang masih belum digazetkan untuk tanah perkuburan Islam. Empat Jenazah Islam telahpun disemadikan di sana. Dan sekiranya permohonan semakan kehakiman tersebut dibenarkan empat jenazah Islam itu terpaksa digali semula. Sekarang perintah injunksi telah dikeluarkan bagi menghalang jenazah Islam lain dikebumikan di sana. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memohon untuk mencelah tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil. MAIS merayu terhadap keputusan tersebut.

9 Julai 2008 [9.00 pagi] – kes penggunaan kalimah 'Allah' - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta – permohonan untuk semakan kehakiman (Judicial Review)

Permohonan Semakan Kehakiman difailkan oleh Titular Roman Catolic Church of Kuala Lumpur untuk mengkaji semula keputusan kerajaan menghalang gereja tersebut untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly. Mereka juga memohon deklarasi mengisytiharkan perkataan ALLAH bukan milik khusus bagi orang Islam. Sekiranya dibenarkan orang Kristian bebas menggunakan perkataan ALLAH bagi tujuan agama mereka.

5 Ogos 2008 [9.00 pagi] – kes kalimah 'Allah' Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta – Writ Saman

Pihak Titular Roman Chatolic Church of Kuala Lumpur telah memfailkan Writ Saman untuk deklarasi mengisytiharkan perkataan ALLAH bukan milik khusus bagi orang Islam.

7 & 8 Ogos 2008 [9.00 pagi] – kes kalimah 'Allah' (Sidang Injil Borneo) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta

Permohonan Semakan Kehakiman difailkan oleh Sidang Injil Borneo kerana merampas bahan-bahan cetakan berbahasa Indonesia yang merujuk beberapa perkataan digunakan untuk merujuk kepada agama Kristian. Mereka juga memohon menggunakan perkataan perkataan ALLAH, BAITULLAH, KAABAH dan SOLAT bagi kegunaan pendidikan agama Kristian. Sekiranya dibenarkan orang Kristian bebas menggunakan perkataan-perkataan tersebut untuk disebarkan di Malaysia.

Seruan:

Kami memohon agar umat Islam, khususnya pendukung-pendukung NGO-NGO Islam yang berkelapangan untuk hadir di Mahkamah berkenaan pada tarikh-tarikh tersebut di atas bagi mengikuti secara langsung perbicaraan kes-kes yang dinyatakan, demi menzahirkan keprihatinan serta memberi sokongan moral kepada perjuangan ini serta kepada pihak-pihak yang terlibat. Kes-kes tersebut merangkumi pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam dan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan. Sebarang pertanyaan/ pengesahan kehadiran boleh berhubung dengan Hj. Zainul Rijal Abu Bakar (0192351555) atau Azril Mohd Amin (0123037110).

Sekian,

Peguam Pembela Islam [PPI]
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam [PEMBELA]

www.myislamnetwork.net

Hari Ni Sape Turun?

Assalamu'alaikum...

Acara rasmi untuk hari ini :

3.00ptg - "peace walk" anjuran GERAMM.
tempat pertemuan -
Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo. Semua peserta digalakkan memakai baju berwarna merah.

rujuk [ sini ] untuk maklumat lanjut.

8.30mlm - Himpunan Rakyat Anti ISA
tempat - Stadium Melawati Shah Alam.

rujuk [ sini ] untuk maklumat lanjut.

kalau ada sesape yang turut serta boleh la calling2 no 013-973 9721.

jumpa disana!!!

Berjuang,berjuang,berjuang & terus berjuang!!!

Israel behind PDRM’s information management and security system

Diciplak dari : malaysiatoday

Izhak David Nakar served in the Israel Air Force and developed the intelligence system for the Israeli Defense Force. Ido Schechter is a captain in the Israeli Air Force. They are both behind PDRM’s computerisation program.

THE CORRIDORS OF POWER

Malaysia Today

The Royal Malaysian Police (PDRM) is in the process of computerising its operations so that it is better-equipped to solve and reduce serious crimes such as Bloggers slandering the Deputy Prime Minister’s wife and whatnot. The computerisation program entails various phases as the two-page chart below shows.

Three companies have been short-listed to undertake this work -- Master Plan Consulting Sdn Bhd, System Protocol Information Sdn Bhd and D. G. Kom Sdn Bhd. But these three companies were given different phases of these contracts on condition that they all sub-contract the work to Asiasoft (M) Sdn Bhd.

Who are the people behind Asiasoft and how come they wield immense power in the police force? And what is the Israeli link? Let us examine the facts.

Master Plan Consulting Sdn Bhd (357303-V)

The company is owned by Raja Azlina Binti Raja Abdul Jalil (3 million shares) and Ahmad Firdaus Bin Abdul Halim (2 million shares). They are both Directors of the company. The company has RM26 million in assets and RM6.6 million in liabilities with a paid up capital of RM5 million.

System Protocol Information Sdn Bhd (603787-M)

The company is owned by Aswadi Anuar Bin Shamsudin (350,000 shares) and Mohd Supardi Bin Abdul Majid (150,000 shares). The Directors are Aswadi and Raziah Binti Sidek who share the same residential address and therefore could be husband and wife. The company has about RM2.3 million in assets and RM1.8 million in liabilities with a paid up capital of RM500,000.

D. G. Kom Sdn Bhd (87537-V)

The company is owned by Saki Almahdaly Holdings Sdn Bhd (6,075,000 shares), WYN Resources Sdn Bhd (1,215,000 shares), PFB & Anak-anak Holdings Sdn Bhd (405,000 shares) and Prodaya Sdn Bhd (405,000 shares). The Directors are Syed Abd Kadir Bin Ibrahim, Dato’ Mohammad Radzi Bin Salleh and Nor Azman Bin Abdul Karim. The company’s assets are RM26 million against liabilities of RM19 million with paid up capital of RM7.6 million.

Asiasoft (M) Sdn Bhd (150529-H)

The company is owned by Bees System Sdn Bhd (350,000 shares) and Asiasoft (Singapore) Pte Ltd (15,000 shares). The Directors are Toh Kian Hong (Singapore citizen), Lim Tze Kuang and Lim See Hui. The assets of the company are RM4 million against liabilities of RM1.8 million with a paid up capital of RM500,000.

Bees System Sdn Bhd (422358-V)

The company is owned by Lim See Hui (12,500 shares) and Lim Tze Kuang, Lim Mee Yoke, Lim Moi Lan, Lim Mooi Kim and Lim Mee Chin (who own RM2,500 shares each). The Directors are Lim Mooi Kim, Lim Mee Yoke, Lim See Hui, Lim Mee Chin and Seow Bee Ching @ Chee Bee Ching. The company’s assets are RM7.7 million against liabilities of RM4.8 million with a paid up capital of RM25,000.

Asiasoft (Singapore) Pte Ltd

Toh Kian Hong, the Singaporean Director of Asiasoft (M) Sdn Bhd, is also a Director of Asiasoft (S) Pte Ltd. The other Directors are Izhak David Nakar (Israeli), Ido Schechter (Israeli) and Shoshani Eliahou Moshe (Israeli with Singapore PR). The company is wholly-owned by Asiasoft Global Pte Ltd.

Asiasoft Global Pte Ltd

The Directors of the company are Toh Kian Hong (Singapore citizen), Izhak David Nakar (Israeli) and Ido Schechter (Israeli). The shareholders are Toh and Top Image System Limited (Israel).

Top Image Systems Limited

You can read about the company in the following link: http://www.topimagesystems.com/

Izhak David Nakar (Israeli passport number 10902695)

Izhak David Nakar founded Top Image Systems Limited and served as Chairman of the Board and CEO from inception until May 2001. In 2005, he was re-elected as the Chairman of the Board and in this position is responsible for TIS’s strategic M&A activity.

Mr. Nakar served in the Israel Air Force from 1970 to 1987, where he led various large-scale highly technical development projects, including leading a development team that worked in cooperation with the U.S. Air Force. He received his B.Sc. in Computer Science from Bar Ilan University in 1982, and an MBA from Tel-Aviv University in 1984. Mr. Nakar is a recipient of the “Israel Defense Award,” bestowed annually by the President of Israel, for the development of high-tech systems in the field of intelligence for the Israeli Defense Force. He also received the “Man of the Year Award” in Business and Management (‘95-’96) in recognition of his business accomplishments and contributions to the growth and development of Israeli high-tech companies.

In 1998, Mr. Nakar founded NIR4YOU Capital, a privately held investment company specializing in early stage investments in high–tech companies. NIR4YOU Capital has 14 companies on its portfolio including: ForesCout, e-mobilis, TopGuard, Matearis, Video Codes, SundaySky, Secur DI, MomSense, etc. Three of the 14 companies were sold to large enterprises, including SAP and Microsoft. In 2004 Mr. Nakar was elected as a Board member of the Israel-Japan chamber of Commerce.

(http://www.topimagesystems.com/IntPage.asp?Par=1&id=9 )

Ido Schechter (Israeli passport number 56626252)

Dr. Schechter has been with Top Image Systems Limited for 9 years and is serving as the Company's CEO since January 2002. Prior to that, Dr. Ido Schechter was the Company's Vice President of Sales and Marketing from August 1996. From January 1995 until August 1996, Mr. Schechter served as General Manager of Super Image, an affiliate of the Company; which operates a form processing service bureau.

From August 1993 to December 1994, Mr. Schechter oversaw the start-up of automatic form processing services at Israel Credit Cards, Ltd. From 1991 to 1993, Mr. Schechter was a research scientist at the Horticultural Research Institute of Ontario, Canada. Mr. Schechter is the recipient of eight Honors and Scholarships, has published or presented more than twenty-five articles and is a Captain in the Israeli Air Force. Mr. Schechter received his Ph.D. and M.Sc. in Plant Physiology from the University of Guelph in Ontario, Canada and his B.Sc. from the Hebrew University in Israel.

(http://www.topimagesystems.com/IntPage.asp?Par=1&id=9 )

Dari Kuda Trojan Kepada Lembu Pawah.

aAssalamu 'alaikum

Menurut Mohd Yahya Mat Sahri, beliau mempunyai bukti yang menunjukkan tiada wang yang masuk kedalam akaun PKR yang disumbangkan oleh syarikat swasta dinegeri itu seperti yang didakwa bekas ketua AMK, Ezam kuda trojan sebelum ini.

Diminta mengulas dakwaan kuda trojan berkenaan wang derma sambutan 100 hari kerajaan PR Yahya menambah - kita hanya menggunakan kepala surat Parti KeADILan Rakyat & bukannya kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor seperti yang didakwa oleh Ezam.namun katanya, tiada satupun syarikat swasta yang memasukkan wang kedalam akaun berkenaan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ulasan dari kuda trojan pula begini - Ezam berkata, dokumen berupa surat Pejabat Menteri Besar Selangor kepada syarikat swasta berkenaan akan dikumpulkan untuk diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah ( BPR ) dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.tambahnya lagi - "menggunakan kepala surat kerajaan negeri meminta derma untuk parti & individu adalah jenayah & mempunyai asas jelas menjalankan proses siasatan & dakwaan.

Tapi kenyataan kuda trojan jelas bertentangan dengan penjelasan Yahya.yang jelasnya ialah Yahya menafikan yang dia menggunakan kepala surat kerajaan negeri untuk tujuan tersebut & dia mempunyai bukti manakala tujuan kutipan derma tersebut yang jelas & terbukti ialah bukan untuk parti & individu sebaliknya untuk kerajaan negeri!

Semua kita sedia maklum & kita tau acara yang dimaksudkan ialah "sambutan 100 hari KERAJAAN PAKATAN RAKYAT di Selangor" & bukannya "sambutan 100 hari PKR atau DAP atau PAS di Selangor"!!!itu kenyataan & bukti yang jelas.

Kuda trojan ni tak pandai menilai ke atau dah ketandusan isu atau dah "desperate" sangat nak menonjolkan kejaguhannya dalam UMNO?dah tu pulak dakwaan yang kuda ni buat tak disokong dengan bukti-bukti & fakta...yang ada hanya penggunaan perkataan "akan"."akan dikumpulkan" maknanya "0".masih belum ada apa-apa dipihak kuda manakala dipihak Yahya pula menjelaskan bahwa "beliau mempunyai bukti".

Sah Yahya "1" - kuda "0" ataupun lebih jelas lagi PKR "1" - UMNO "0" nak jelas lagi?Pakatan Rakyat "1" - BN "0".awal-awal lagi kuda trojan dah jadi "LEMBU PAWAH"...mulai hari ni,x de dah panggilan kuda trojan...yang ada hanya lembu pawah...aku ulang lagi sekali "LEMBU PAWAH"...kalau diikutkan ada lagi yang lebih sesuai...tu...jenis yang suka menyalak tu...menyalak demi sesuap nasi...kalau tuan dia ada lagi la kuat menyalak...tapi tak pe...kita pakai istilah "lembu pawah" dulu sebab nampak sangat tak cerdik.

Rupanya sesape yaang masuk dalam gerombolan parti raba-raba ni semuanya "kurang pandai" nak gunakan akal.benda yang senang macam tu pun depa tak leh nak fikir.mungkin tak sempat nak fikir jugak sebab setiap masa 24-7 nak kena cover parti sendiri yang makin karam...mana la sempat nak fikir kan?terpaksa la belasah je apa yang lalu depan mata...betul tak betul belakang kira.itu kerja utusan meloya.berita hairan & yang sewaktu dengannya.TV3suku pun boleh tambah perasa kalau kurang perasa.mana yang terlebih perasa tu depa boleh ejas kasi kurang perasa supaya penyakit tak merebak.

Tunggu la lepas ni lembu pawah tu nak bagi alasan apa pulak kalau kita tanya pasal isu ni.tapi tak yah tunggu pun tak pe...yang pastinya dakwaan lembu pawah ni "akan" dikumpulkan & disatukan bersama-sama lain-lain dokumen salah laku & mungkin sebelum hujung tahun ni akan cukup sedozen koleksi kotak-kotak lembu pawah...

Rupanya lembu pawah ni hobi dia - mengumpul kotak...

*mungkin kotak-kotak ni boleh ditukar dengan rumput grade tinggi bila lembu pawah dah kehabisan stok rumput nanti...entahlah.

Friday, June 27, 2008

Deal dengan Umno: Ezam minta jadi Menteri? -Bhg 2

diciplak dari : Cerita dan Kisah Ezam

bahagian ke-2


Oleh Lokman Nor Adam

Kelana Jaya

Ketika ini, saya mencelah: "Kau tak takut ke orang maki kita kalau masuk Umno?" Jawab Ezam: "Orang akan faham Man (Lokman) yang kita sanggup korbankan diri kita demi kebebasan Anwar. Kita deal-lah hari ini Boss bebas, dalam tempoh 24 jam kita akan isytihar masuk Umno."Menurut beliau lagi: "Kita tubuh parti ini untuk membebaskan Anwar, kalau parti ini mati sekalipun takpa asalkan Anwar bebas".

Idea Ezam ini telah kami persetujui dan ketika itu kami telah menyatakan ikrar kami untuk bersama beliau. Di peringkat awal Hamdan dan Zahid telah diarahkan untuk memulakan perbincangan dengan satu dua pemimpin Umno.

Saya juga telah diarah untuk membina semula hubungan dengan rakan lama saya yang dekat dengan Pak Lah dan juga merupakan junior Ezam semasa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Menjelang bulan Ramadhan lalu, perbincangan menjadi semakin serius kerana kami mengharapkan agar kali ini Anwar dapat kembali berhariraya bersama keluarganya.Inilah yang membawa kepada pertemuan Ezam dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Pertemuan ini telah berlangsung di kediaman rasmi Tan Sri Mohamad Taib, di Kelana Jaya. Ketika itu, Ezam telahpun berpindah ke Seksyen 7, Shah Alam. Ezam telah menceritakan kepada kami bertiga apa yang berlaku di antara beliau dan Mat Taib.

Mesyuarat empat sekawan ini pasti akan diadakan selepas setiap pertemuan penting. Lokasi biasa yang kami pilih ialah di Ravi’s Corner, Sunway. Menurut Ezam, Mat Taib berjanji akan membawa hasrat kami untuk menyertai Umno kepada Pak Lah. Namun, dari apa yang Ezam dapat lihat, isu pembebasan Anwar ini sukar untuk Mat Taib bangkitkan kepada Pak Lah.

Menurut Ezam, Mat Taib hanya mengulang tentang pentingnya kami kembali bersama Umno tanpa syarat demi menyatukan semula orang Melayu. Kegagalan dalam pertemuan yang pertama ini telah membawa kepada pertemuan kedua, iaitu dengan Datuk Dr Khir Toyo, Menteri Besar Selangor.

Saya masih ingat bahawa pada hari pertemuan diadakan, Ezam menganjurkan majlis berbuka puasa di rumahnya. Saya sendiri telah menghantar Ezam di hadapan Sekolah Menengah Seksyen 7 dan kemudiannya beliau telah menaiki kereta Haji Azmir, naib ketua Umno Bahagian Shah Alam untuk ke rumah Khir Toyo.

Pertemuan beliau kali ini lebih lama, iaitu sejam setengah, berbanding dengan pertemuan dengan Mat Taib selama setengah jam sahaja.

Letak jawatan

Menurut Ezam, pertemuan dengan Khir jauh lebih baik dan Khir turut menyatakan komitmen beliau untuk membawa perkara ini ke pengetahuan Pak Lah.

Selepas Hari Raya Aidilfitri, Ezam telah memanggil kami bertiga dan menzahirkan keputusan mengejut beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Keadilan. Saya telah bertanya kepada beliau, kenapa terburu-buru nak letak jawatan dulu sedangkan syarat kita belum dipenuhi. Beliau menjawab: "Aku rasa kalau aku tak letak jawatan untuk tunjukkan kepada Pak Lah yang aku ikhlas untuk bersama dia, sampai bilapun dia takkan jumpa aku." Ketika itu saya telah menerangkan kepada beliau: "Zam, kalau kau tinggalkan Keadilan dan masuk Umno, BN akan dapat "double bonus." Tapi bila kau tinggalkan Keadilan, itupun dah memberikan bonus percuma kepada mereka. Tunggulah syarat kita diterima dahulu."

Hamdan dan Zahid juga tidak bersetuju dengan keputusan Ezam ketika itu. Namun kami semua tahu bahawa apabila Ezam sudah membuat keputusan, tidak guna untuk kami membazir masa cuba meyakinkan beliau. Hasrat Ezam untuk meletakkan jawatan dan bertemu Pak Lah dalam keadaan beliau bukan lagi ketua Pemuda Keadilan ini, telah Ezam sampaikan kepada Pak Lah melalui teman lama saya yang juga merupakan junior Ezam di UIA tadi.

Pertemuan ini berlaku di Coffee House, Hotel Sunway Resort sekitar Hari Raya keenam atau tujuh. Pada hari ini jugalah, Ezam menyerahkan suratnya untuk Pak Lah di mana beliau telah menyatakan hasratnya untuk menyokong kepimpinan Pak Lah demi perpaduan Melayu. Sejak Ezam mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan, beliau telah mula mengadakan beberapa pertemuan dengan teman-teman terdekat. Namun, tidak semua yang beliau beritahu tentang hasrat sebenarnya ingin meletakkan jawatan, adalah untuk menyertai Umno.

Rata-rata yang beliau temui, hanya dimaklumkan tentang hasratnya untuk meletak jawatan dan menumpukan perhatian kepada badan bukan kerajaan (NGO). Namun ada di antara Exco yang rapat, seperti Azwan Din, Dato Sanusi Osman dan satu-dua orang yang lain, telah dimaklumkan tentang usaha membebaskan Anwar melalui Umno. Pada ketika ini juga, satu surat telah dihantar kepada Datuk Seri Anwar melalui Datin Seri Wan Azizah Ismail, bagi menjelaskan hasrat Ezam untuk meninggalkan Keadilan dan menumpukan perhatian kepada NGO.

Saya masih ingat bagaimana Ezam menceritakan keadaan Datin Seri Wan Azizah yang menangis teresak-esak apabila Ezam menyatakan hasratnya itu.Namun keadaan mula berubah apabila Ezam menerima maklum balas daripada Datuk Seri Anwar. Jawapan yang Ezam terima daripada Datuk Seri Anwar berhubung hasratnya untuk meninggalkan Keadilan sememangnya cukup keras, "if Ezam wants to leave the party, that means he wants to kill the party and betray me, and I will fight him" (terjemahan: Kalau Ezam mahu meninggalkan parti, itu bermakna dia mahu membunuh parti ini dan mengkhianati saya, dan saya akan menentangnya).

.....bersambung ke bahagian ke-3.....

SURAT TERBUKA UNTUK DATUK Dr. HASSAN ALI

Kepada
YB Datuk Dr. Hassan Ali

PENGERUSI J/KUASA TETAP HAL EHWAL ISLAM,ADAT MELAYU,
INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR,TINGKAT 2, BANGUNAN SSAAS,40503 SHAH ALAM eMail : HASANALI@SELANGOR.GOV.MY

YB Datuk Dr ;

SURAT TERBUKA BUAT YB. DATUK DR. HASSAN ALI.

Salam buat YB Datuk Dr. diharap dalam lindungan Allah di pelihara semangat juang yang tinggi.

Sejak kebelakangan ini ada banyak desas desus yang kedengaran berkaitan nama YB Datuk Dr Hassan Ali yang agak kurang enak didengari. Cerita ini mungkin timbul ekoran ketidaksenangan teman – teman BN terhadap sokongan rakyat terhadap kejayaan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan jayanya dan kegusaran mereka jika Kerajaan Pakatan Rakyat benar – benar berjaya dibentuk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan pimpinan yang PAKATAN yang lain.

Persoalan ini seolah terawang awang dikalangan penyokong PAKATAN dan rakyat Selangor dan ia amat bahaya jika dibiarkan dan mungkin menjadikannya fitnah yang tidak baik pada sosok YB Datuk Dr. dan masa depan PAKATAN juga. Mungkin YB Datuk Dr. tidak punya ruang dan alasan untuk menjawab khabar angin. Saya rasa kehadiran surat terbuka ini memberikan YB Datuk Dr. ruang untuk menjawab antara khabar angin yang bertiup itu.

Soalan pertama benarkah selepas keputusan 8 Mac 2008 diumumkan YB Datuk Dr. Hassan Ali bersungguh – sungguh untuk menempatkan diri sebagai MB Selangor ? Kesungguhan ini sehinggakan YB Datuk Dr. turut mengadakan pertemuan dengan pemuka Umno untuk membincangkan jawatan MB juga beberapa kali naik turun Istana dalam cubaan mempengaruhi DYMM Sultan Selangor ?

Ramai yang mengatakan YB Datuk Dr. Hassan Ali terlibat untuk menghantar maklumat beberapa perkara yang YB Datuk Dr. tidak puas hati kepada Ezam Md Nor. Jika tidak secara langsung ia dihantar secara tidak langsung tetapi dalam pengetahuan YB Datuk Dr. Malah selepas berita ini muncul dan beberapa pimpinan bertanya kepada YB Datuk Dr. dan oleh kerana rasa tertekan sekali lagi secara langsung atau tidak langsung tetapi dalam pengetahuan YB Datuk Dr. memaklumkan kepada Ezam betapa YB Datuk Dr. tertekan dan kononnya ini boleh dijadikan bukti bahawa PAKATAN berpecah kerana kononnya tidak percaya kepada YB Datuk Dr. Benarkah ?

Ada yang mengatakan bahawa YB Datuk Dr. tidak bersama dengan Kerajaan Selangor dalam cubaan menyelesaikan isu air. YB Datuk Dr. sering mengatakan bahawa YB Datuk Dr. tidak mengetahui apa-apa tentang air Selangor dan diketepikan dalam hal menyelesaikan pemberian air percuma. Malah YB Datuk Dr. turut memaklumkan kepada beberapa pimpinan PAS bahawa betapa kerajaan negeri mengenepikan dan tidak menghormati PAS dalam banyak keputusan. Namun mengikut maklumat yang diperolehi, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), anak syarikat Kerajaan Negeri yang memainkan peranan penting menyelamatkan maruah PAKATAN dalam isu air telah sekurang kurangnya dua kali mengadakan pembentangan mengenai isu air ini kepada exco Kerajaan Negeri Selangor, malah berdasarkan maklumat kami ada perkara yang YB Datuk Dr. bangkitkan jelas kelihatan memihak kepada Puncak Niaga (Tan Sri Rozali Ismail).
Malah dalam isu air ini juga dilaporkan ada pertemuan YB Datuk Dr. adakan dengan Tan Sri Rozali Ismail atau pihaknya tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri. Benarkah ?

Tidakkah YB Datuk Dr. tahu betapa Tan Sri Rozali ini ialah agen kapitalis Bn, yang mengaut keuntungan dari dasar penswastaan yang menzalimi rakyat. Dia merupakan kawan rapat malah ada yang mengatakan dia ialah proksi Senator Muhammad Muhd Taib. Dia juga ialah penipu besar yang telah memperdayakan peneroka Sungai Buaya yang sehingga kini kes tanah penduduk Sungai Buaya terbiar tanpa penyelesaian.?

Harap YB Datuk Dr. dapat menjelaskan beberapa perkara yang dinyatakan diatas. Saya amat mengharapkan bahawa khabar – khabar angin ini merupakan khabar palsu dan tidak punya asas. Namun saya menulis surat ini memohon penjelasan apabila setelah saya sendiri siasat terdapat sedikit keraguan untuk menafikan kesemuanya terus.


Kemungkinan penafian sumpah atas nama Allah dan kenyataan YB Datuk Dr. bahawa YB Datuk Dr. juga berikrar untuk terus bersama dengan aspirasi PAKATAN dalam merialisasikan kerajaan PAKATAN yang benar mampu berkhidmat untuk rakyat Selangor dan mungkin PAKATAN peringkat pusat jika perancangan pengambil alihan diizinNya.

Akhirnya janganlah YB Datuk menganggap saya menyerang peribadi tetapi ini ialah cetusan kegusaran saya yang setiap hari dihentam persoalan dari kawan – kawan yang selama ini saya kempen habis habisan. Selepas ini saya juga ingin meminta penjelasan daripada YB Teresa Kok kerana timbul desas desus bahawa beliau ada ‘mendesak’ sebuah syarikat kenalannya untuk mendapat hak membekalkan meter air kepada rakyat Selangor jika siasatan lanjut saya mendapati ada keraguan untuk menafikan sepenuhnya khabar angin itu.

Sekian dan salam perjuangan.

salinan kepada blog-blog pemimpin PAKATAN RAKYAT

(Daripada : Shahrul Haziq Abd Rahman Shah Alam, Selangor)