"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 13, 2009

Wak Raden : Berita 'happy' pagi ini..! Wakakaka..

..kita blogger miskin. Tak ada peruntukan. Komputer rosak repair sendiri. Kalau dah tak boleh repair. sepuk celah katil. Pinjam kat kawan. Yeah .. masih ada kawan yang kesian. Dapat komputer bodoh tahun 1996 dulu. Kalau kereta model tahun tu, Finance dah tak mau bagi loan.
"Sorry Encik loan encik tak lulus, Encik kena beli kereta baru.", kata pegawai pinjaman. Hello adik .. kalau aku ada duit memang aku nak beli keta baru. Tapi kalau tak der duit, camana? Nko nak aku jual bontot ke? ", aku bagi tau budak keje bank tu.
Tapi komputer ni tak payah bayar loan. Kawan bagi pinjam, Peduli taik dengan kemodenan. Yang penting, di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. Dimana ada komputer, di situ aku tekan. Bila blogger dok berkumpul ramai ramai, buat perjumpaan, kita tengok sedih. Amboi Bloggernetwork@Malaysia ... syok nye korang !!!

Tak per ... aku blogger solo. Bloggeralone@home.

Laptop pun tak der. Nak gi cybercafe, kena cari yang boleh hisap rokok. Kalau "No Smoking Zone" tu sekejap je. Setakat masukkan komen. Lebih dari itu, kepala jadi bengggg.... !!!

Baru nak kuar kan rokok ... "Bang tolong jangan hisap rokok. Kami pening." Eleh ... budak kecik ni, aku sekeh kang. Dia belasah duit mak bapak main cyber ingat bapak korang tak pening ke? Cheettt !!!

Bila pilihanraya tiba, rasa gian mula datang. Nak baca je, kadang kadang jari tergerak gerak. Bila tengok tv, kepala putar, jari menekan nekan. Bini tanya, "Dah gian ke?"

Phang !!! Hentak meja, hentak kaki .. "Bodoh bodoh bodoh !!!" Marah betul aku dengan TV3 ni. Diorang ingat kita ni robot, bodoh dan tak tau nak guna otak. Cerita bodek bodek ni tak main la. Semua nya sama macam zaman dulu.

Anak pulak tanya, "Abah dah tak gi internet lagi ke? Bil internet tak payah bayar bulan ni bah"

Aisshhhh budak kecik ni, nak kena sekeh agaknya. Aku dulu masa kecik tak berani pandang muka bapak, tapi budak sekarang siap perli lagi. Abah kau ni pendam rasa, gian tak karuan. Tapi marah tak boleh nak di simpan. Kalau simpan lama lama, lintar pintas kat urat kepala, boleh jadi gila.

Tangan dah semakin gatal,

"Mah !! Tolong buatkan abang kopi", aku jerit.

Jari di letakkan di atas keyboard, mata mencari cari huruf 'R' dan seterusnya ....

"Mari kita mulakan sekali lagi !!!"

Hello kawan kawan. Radenjowo kembali...wakakaka..[klik] seterusnya !

-al-banjaro online 2009

Klon TKO??? - malaysiakini

Susulan Klon TKO... pihak bloggers network telah mengambil tindakan pantas dengan memaklumkan kewujudan web haram klon TKO kepada pihak admin freehostia untuk tindakan susulan dan hasilnya web haram klon TKO telah dilenyapkan dari maya.

---------- Forwarded message ----------
From: support@freehostia.com <support@freehostia.com>
Date: Tue, Jan 13, 2009 at 10:06 AM
Subject: Re: Contact form: CLONE WEBSITE
To: asrol.affandi@gmail.com

Hello,

Thank you very much for the information that you have provided. I will
terminate this site and corresponding hosting account right away.

Best Regards,
Peter
Support@Freehostia.com
http://www.freehostia.com

asrol.affandi@gmail.com wrote:
>
> Name: asrol
> Email: asrol.affandi@gmail.com
> IP: 118.100.1.173
>
> Â http://tranungkite.freehostia.com/ is a clone website.this website abused your TOC.this web is a phisher web
>
> please take down this website a.s.p
>
> the original site is http://www.tranungkite.net/v8/
> thank you.
>
Asrol Affandi

Jom Cerita Pasal Proton - malaysiakini

Yang aku tayang dekat bawah ni ialah komen-komen yang berfakta dan yang sepatutnya korang terutama sahabat-sahabat BPN ambik tau. tengok pada komen korang, aku dapat sahkan yang hangpa semua (geng-geng BPN) masih cetek pengetahuan berkenaan industri automotif di Malaysia.

Anonymous said...

Assalammualaikum

Bukan nak belah mana2... Cuma nak memberi penjelasan. Proton sebenarnya tak pernah keluarkan enjin sendiri dengan erti kata sebenarnya.

Enjin CamPro yang di war-warkan adalah sebenarnya merupakan enjin Mitsubishi Lancer yang di beri sedikit nafas baru oleh Lotus. CamPro adalah abrv. utk "Cam Profiling" dimana sepatutnya mempunyai ciri-ciri Variable Valve Timing.

Tetapi apa yang terjadi Proton tidak dapat/tidak sempat (tak pasti yang mana lebih tepat) untuk mengubahsuai enjin Mitsubishi Lancer lama tu kepada enjin yang menmuyai ciri Cam Profiling yang sebenar tu.

Hasilnya, batch awal Gen2 yang menggunakan enjin CamPro tersebut suffer from underpower. Sedikit lagi adjustment dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut dan batch kedua Gen2 ini kemudiannya di pasang pada Proton Waja.

Btw,.. sya bekerja di bahagian teknikal Proton.

January 12, 2009 8:00 PM

TP: Tambahan - Berkenaan dengan CamPro, kalau tak silap aku versi yang dilengkapi dengan Variable Valve Timming dah ada dipasaran dan dinamakan CamPro CPS seperti yang digunakan oleh pihak PDRM (unit siasatan jenayah). untuk pengetahuan korang jugak, individu yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan R&D bagi Cam tersebut ialah Charlie@MatSpeed. betulkan aku kalau silap.

Anonymous said...

proton perdana...adalah kereta proton rebadge engineered yg diambil dari mitsubishi Eterna generasi ke-7.

proton perdana menggunakan enjin dari mitsubishi drpd awal diperkenalkan proton perdana (1995)sehinggalah sekarang.

enjin2 dari mitsubishi utk perdana....2.0 L 4G6314 (1995-2000)...dan 2.0 L 6A12 V6 (1999-hingga kini)

selepas proton "kicked out" mitsubishi (habis contract)...sekitar tahun 90an....maka mitsubishi tidak lagi menyumbangkan "quality control" kpd proton....maka bermulalah era kemerosotan kualiti produk2 kerata proton.

kalau proton tiada...penyokong2 PAS yg hidup susah dah boleh drive honda jazz, toyota vios, honda city, toyota altis...tak perlu bawak2 moto....tak percaya???...then tanye kerajaan (ameno) kenapa still tak mahu kuatkuasakan AFTA secara "jujur, ikhlas & menyeluruh"???....foreign cars takkan kene taxes yg melampau dlm AFTA...tidak seperti yg dilakukan skang demi survival proton....harga kereta akan murah...harga kereta proton pun akan jauh lebih murah berbanding skang sbb proton perlu compete dlm penjualan kereta....so ketika nie point paling penting dlm membeli sesebuah kenderaan hanyalah soal KUALITIiiii.

kalau kualiti baik pasti akan ada yg membeli....kalau kualiti hampeh cam skang...hhmmmm...faham2 sendirilah ye.

pekerja2 proton???...kalau proton tiada (demi populariti che det sebagai orang politik, maka dimanjakan proton)....pekerja2 proton skang sudah pasti sedang bekerja dgn honda, toyota, merc, BMW....malangnnya.... kerajaan thailand merampas peluang yg ada dari malaysia....seperti mana thailand merampas sektor pertanian, begitulah jugak mereka dgn bijak merampas dari malaysia sektor automotive & urusniaga export kenderaan.

January 12, 2009 10:39 PM

TP: tambahan - enjin code 6A12 (V6) ada dalam beberapa model iaitu 1.6 (cyber mirage), 2.0(Galant), 2.0MIVEC (Lancer & MIVEC), 2.0 Twin Turbo ( Eterna), 2.4 (Galant) dan jugak 3.0 Twin Turbo (GTO). betulkan aku kalau silap.

Kesimpulannya apa yang korang bangga-banggakan selama ni bukanlah kereta tempatan, sebaliknya kereta jepun. bila aku kondem Proton, bukan sebab aku kondem buatan Malaysia sebab pada hakikatnya Malaysia masih belum ada apa yang nak dibanggakan dalam bidang automotif.

Proton Saga asalnya ialah Mitsubishi mirage. jurutera Proton masa tu cuma ambik model asal, ubah lampu depan, dashboard, bumber depan & belakang, sikit interior dalaman lepas tu letak lambang proton. enjin pulak masa tu cuma pakai (4G13 & 4G15) 8valve, lepas tu cyclone (cyclone ada lagi 8 valve kecik extra), lepas tu baru keluar model 12valve.

Mula dari proton saga, proton modified sikit jadik proton night, iswara dan seterusnya. kalau dekat jepun masa tu dah kuar versi injection tapi malaysia masih gunakan teknologi carburator sebagai nadi sampai model terakhir iswara kereta kebal. punyala jauh ketinggalan.

Proton wira pulak ambik dari model Mitsubishi lancer. kalau model asal lancer mula dari enjin 4G13, 4G15, 4G91, 4g92, 4G93 & jugak 4G93T (GSR).

Apa lagi?... proton tiara pulak diambik dari model Citreon. kalau model asal citreon depa ada versi turbo.

Proton Perdana? dah cerita dekat atas... kalau tak paham jugak, memang hangpa bukan takat bangang... tapi tahap keras hati... kalau tak percaya, aku cabr Proton bawak keluarkan Blue Print yang mengesahkan bahawa semua dekat atas tu keluaran asli proton dan bukannya "copy, modified & paste" dari Mitsubishi.

Kenyataan yang korang kena terima ialah, proton tak pernah keluarkan jentera sendiri. setakat hari ni, yang proton ada cuma rangka iaitu waja, juara, gen2 dan jugak neo.... yang lain semua bantai produk jepun lepaih tu lekat lambang Proton.

Sape yang dok pertahankan Perdana V6 sebenarnya tak patriotik... awat hangpa dok pertahankan sangat kereta jepun tu? berapa jepun tu bayaq dekat hangpa yang dok jadik balaci depa?

Lagi satu nak tanya hangpa... kalau hangpa pegi kedai sparepart, mintak sparepart original, awat kedai selalu bagi yang ada cop "Mitsubishi"???

Mitsubishi tu anak syarikat proton ka?

Monday, January 12, 2009

Anti-Fairus blog steps up pressure

January 10 - A blog which has been relentlessly slamming Penang Deputy Chief Minister I Mohammad Fairus Khairuddin, is now threatening to post an upside down picture of
MCPX
de facto
Pakatan Rakyat leader Anwar Ibrahim
on its site.

The blog wants Anwar to sack Mohammad Fairus from the state Pakatan government for perceived incompetence. It has already displayed photographs of Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, his deputy Najib Abdul Razak and Mohammad Fairus upside down.

mohammad fairus penang deputy cm deny resign 160708 01In a recent meeting with state party leaders and elected representatives in Penanti on the mainland, Anwar issued a firm warning to the operators of the blog, saying harsh action will be taken against them if they are found to be PKR members, as has been widely claimed.

It is learnt that Anwar is deadly serious in efforts to halt the character assassination campaign being vigorously carried out by Mohammad Fairus’ detractors.

Mohammad Fairus, who is Penanti assemblyperson, was also ordered by Anwar to be more open to criticism and improve on his work.

Early last month, a controversy erupted when Mohammad Fairus was wrongfully accused of threatening to ‘behead’ several state PKR youth leaders, who were planning to hand over a memorandum to him.

The memorandum contained several points demanding that Mohammad Fairus and two other PKR executive councillors in the Pakatan state government - Bukit Tambun assemblyperson Law Choo Kiang and Batu Maung representative Abdul Malik Kassim - improve their work.

The anti-Fairus blog, however, claimed that the deputy chief minister declined to meet the youth leaders and threatened to ‘behead’ them for demanding that he step down gracefully, an allegation denied by both Mohammad Fairus and the then state PKR acting youth leader, Bukit Tengah assemblyperson Ong Chin Wen.

Trial And Error

Newly appointed state PKR youth chief and Balik Pulau Member of Parliament Yusmaidi Yusoff is, however, more philosophical about the situation, pointing out that "Fairus is a victim of a try and error process, and his detractors are trying to capitalise on it".

Referring to several shortcomings of the Penanti assemblyperson during the early days of the new Pakatan state government, Yusmaidi pointed out that they were caused largely by inexperience, incompetence and mistakes.

yusmaidi yusoff"PKR leaders and members should realise that Mohammad Fairus is a symbol of PKR’s youthful leadership in the Pakatan state government. We should help him, not criticise him," Yusmaidi told Malaysiakini.

On the anti-Fairus blog, Yusmaidi suggested that the blogger not resort to writing lies and half-truths to air his grievances as a PKR member.

By attacking Mohammad Fairus openly, he said the blogger was painting a bad image of PKR.

"But blogging has now become part of the country’s democratic process and we all have to live with it," he said.

Yusmaidi is also hoping to use his youth movement to empower and strengthen Mohammad Fairus’ position and credibility.

"The state youth movement will assist Fairus in all ways and means for him to succeed. His success is imperative for the party’s growth in Penang," he said.

With Anwar threatening to wield the axe on the anti-Fairus blog and Yusmadi backing the embattled deputy chief minister, the blog’s threat to hang Anwar’s portrait upside down may just backfire.

Pondan Perang Cyber..! Meh Jawab Soklan Ni... - malaysiakini

Lagi 1 post khas untuk PPC (Pondan Perang Cyber). dalam entri ni pun aku tak nak ulas panjang-panjang... cuma aku ada 1 soklan... soklan dekat bawah sekali... PPC & geng-geng BPN tolong jawab ye? esok baru aku ulas panjang lebar... kih kih kih kih...






Soklannya ialah - apakah kaitan ke 6-6 gambar kereta diatas??? PPC ngan geng-geng BPN kalau tak leh jawab, SAH bangang..!

Sunday, January 11, 2009

Toyota Camry Untuk PPC - malaysiakini

Post ni khas untuk Panglima Perang Cyber... rasanya tak yah tulis bebanyak... letak gambar je dah cukup... keh keh keh keh keh keh...


Jadi.... mintak tolong jawab lah ye???

Oit... aku dengar Pak Lah pi KT naik V6, Mat Said sambut pakai Merc... betoi ka??? sapa Pi Em oi? Mat Said Ka Pak Lah ???

kah kah kah kah kah kah...!!

Polis janganlah jadi BANGANG - malaysiakini

Dari blog notoumno.

Tindakan Polis melarang sekumpulan rakyat memasang lilin di Dataran Merdeka malam tadi membuatkan aku rasa geli dan loya dan kadang kadang nak termuntah. Geli .. uwekkkk .... khaaiiittt...Ptui !!!

Kalau hendak di bandingkan dengan kegagalan pihak polis menyelesaikan banyak laporan yang dibuat, membuat kita tertanya, kenapa ujud jenis polis sebegini di negara kita? Adakah kerana jaga ketenteraman awam atau saje nak syok syok atau Barisan Nasional yang suruh tubuh?

Kalau di lihat pula pada sikap polis kebelakangan ini. Mungkin warna biru tu sesuai benar untuk di letakkan lambang dacing kat belakang uniform atau kat dahi masing masing untuk di perjelaskan tujuan di ujudkan polis kat negara kita.

Berapa ramai kumpulan yang memohon permit untuk berhimpunan menentang Israel di dunia ni? Mungkin kerana di kalangan mereka yang berhimpun adalah dari kumpulan JERIT, maka apa yang diorang buat semuanya tak betul? Weyyy ... guna la akal sikit bro. Itu lah menyebabkan polis ni di benci rakyat sendiri. Bertindak tak guna akal, tapi guna kuasa dan kepala lutut.

Israel serang Palestine pun tak tunggu permit Bro ... !!!

Kenapa tak di Pantau saje ... Kalau kalau mengganggu, baru lah di leraikan. Ni dok serbu semacam je. Tak ke bangang namanya tu?

Nak bertindak tu, biar lah gunakan akal. Jangan gunakan lutut. Mari aku ambil petikan ayat Quran untuk di baca oleh polis polis yang tunggu gaji dan arahan untuk hidup.

AMARAN !!! Baca ayat di bawah dengan mata dan akal, jangan guna kuasa dan cota.
''Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia,mereka mempunyai hati,tetapi tidak dipergunakan untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunakanya untuk melihat(tanda-tanda kekuasaan Allah),dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar(ayat-ayat Allah).Mereka itu sebagai binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai''(Al-A'raf,ayat 179).

2-2 Bengong..!

Individu yang tidak berpuas hati dengan undang-undang Malaysia boleh berhijrah menjadi warga negara lain, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau menegaskan, jika individu terbabit merasakan undang-undang yang diguna pakai di negara ini tidak sesuai, mereka bebas membuat pilihan untuk menjadi warga negara lain yang disukainya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam mengenai seruan seorang pemimpin pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Wayth Moorthy kepada kerajaan India agar mengenakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia.

Erm... Syed Hamid sudah bikin negara Malaysia ni macam negara Mak Bapak dia, Moorthy pulak bikin macam dia tu somebody dekat India... 2-2 bengong... buduh & bangang...

Saturday, January 10, 2009

HUDUD: KALAU TIDAK, DIAM SAJALAH! - malaysiakini

Artikel aku sebelum ni dekat [sini] tak terjawab dek hantu-hantu dan jugak pencacai-pencacai UMNO/BN, hari ni dalam isu yang sama jugak, aku nak hangpa semua baca artikel yang aku kutip dari blog nobisha ,harap yang berkenaan tolong baca dan pahamkan dalam-dalam...

Kalau tak, DIAM SAJALAH...!!!

Saya tertarik dengan polemik isu hudud. Malaysiakini melaporkan Pengerusi DAP Karpal Singh tidak berpuas hati dengan kenyataan Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai isu itu (lihat laporan Malaysiakini bertaju, "Hudud: Kenyataan Anwar Mengelirukan, kata Karpal"). Kenyataan Karpal Singh dalam Malaysiakini itu adalah konsisten dengan pendirian DAP selama ini. Itu tidak menghairankan.

Hukum hudud wajib. Hukum Islam wajib. Oleh kerana hukum itu wajib, maka ahli politik Muslim mengambil pendekatan yang berhati-hati mengenainya. Apa yang saya dengar ialah mereka berkata ia mengambil masa untuk dilaksanakan. Berapa lama? Elok kita hadapkan soalan itu kepada mereka.

Kita ada dua pilihan. Satu, kita boleh bercakap mengenai sesuatu yang tak boleh dilaksanakan sekarang (atas apa sebab sekali pun). Kemudian, kita berpolemik soal itu. Berminggu-minggu kita bercakap soal hudud yang tak boleh dilaksanakan. Orang yang bertanya pun tak boleh laksanakan. Orang yang menjawab pun tak boleh laksanakan.

Ini tak ubah seperti seorang yang telanjang ketawa kepada seorang lain yang juga telanjang. Sama-sama telanjang. Sama-sama ketawa. Akhir sekali, orang luar nampak kebodohan kedua-dua orang yang sama-sama telanjang dan sama-sama ketawa.

Baik kita bercakap sesuatu yang boleh dilaksanakan. Sekarang. Bukan 30 tahun dari sekarang. Bukan 50 tahun dari sekarang. Apa yang boleh kita buat sekarang. Itu lebih afdhal.

Saya nak lihat semua Muslim di Malaysia melaksanakan cara hidup Islam. Islam ialah cara hidup. Banyak perkara yang boleh kita laksanakan tanpa perlu berpolemik. Banyak cara hidup Islam yang boleh dilaksanakan tanpa perlu pindaan perlembagaan.

Nak solat, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak menutup aurat, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak membaca Quran, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak tolak rasuah, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak berpolitik cara Islam (tak berbohong, jujur, ikhlas, amanah dll.) tak perlu pindaan perlembagaan. Nak sembahyang jemaah di masjid, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak buat kebajikan, tak perlu pindaan perlembagaan. Nak berniaga tanpa riba, tak perlu pindaan perlembagaan. Adakah kita dah buat semua tu?

Kita gemar bercakap satu perkara yang susah, sehingga melupakan perkara mudah yang boleh kita lakukan sekarang. Inilah penyakit umat Islam hari ini. Suka berbalah. Penyakit inilah yang membuatkan kita lemah.

Hudud menjadi isu kerana ia boleh jadi senjata ampuh untuk menyerang lawan. Kita boleh gunakan hudud untuk gertak lawan, "Kamu nak buat hudud atau tidak?" Itu sebabnya. Usah berbohong dan berdolak-dalih. Hudud menjadi modal politik.

Saya nak sarankan kepada orang yang ghairah sangat menggunakan hudud untuk menyerang orang lain, lihatlah diri sendiri dulu. Cermin-cerminkan diri. Adakah akhlak kita dah bagus? Adakah kita sudah jalani cara hidup Islam? Isteri bagaimana? Anak kamu bagaimana? Keluarga kamu bagaimana? Masyarakat kamu bagaimana?

Kalau dah jalani cara hidup Islam dalam kehidupan diri dan keluarga kamu, jom kita laksanakan hudud. Sekarang.

Kalau tidak, diam sajalah!

Gambar Sekitar Perhimpunan Anti Zionis (US Embassy) - malaysiakini















Add Image