"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, April 05, 2009

Barisan Nasional Gabungan Haram..! - malaysiakini

Kami, Concern Youth Movement (CYM) @ Pergerakan Belia Prihatin, ingin mengulas terhadap kenyataan seorang perwakilan Pemuda UMNO, Nur Saidi Nayan, di perhimpunan Agong UMNO semalam, bertarikh 27 Mac 2009, yang menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama "Pakatan Rakyat" kerana mendakwa ia satu pertubuhan haram.

Berikut adalah kenyataan Nur Saidi Nayan:

1. "Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan? Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang?" kata wakil Pemuda UMNO, Nur Saidi Nayan.
2. Tambahnya, gabungan tiga pembangkang itu tidak pernah ditubuhkan secara rasmi.
3. "Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu?
4. "Saya cadangkan, kita hari ini haramkan semua pihak menggunakan perkataan Pakatan Rakyat kerana ia merupakan sebuah pertubuhan yang haram.”
5. Berbeza dengan UMNO yang dilahirkan dalam istana, katanya lagi, gabungan pembangkang "parti serpihan (yang lahir) bersama dendam, khianat dan demonstrasi jalanan."

Berikut adalah pengulasan kami mewakili belia – belia di Malaysia:

Berdasarkan kepada kenyataan Nur Saidi Nayan, kami mencadangkan dia supaya mengharamkan dahulu penggunaan “Barisan Nasional”. Mengikut peredaran masa, perkataan Barisan Nasional digunakan terlebih dahulu. Semenjak tahun 1973, iaitu selama 36 tahun, perkataan Barisan Nasional digunakan secara meluas. Sebelum itu, Barisan Nasional dikenali sebagai Parti Perikatan. Kesemua 13 komponen Barisan Nasional termasuk UMNO, MIC dan MCA adalah parti yang diluluskan secara sah dari segi undang – undang dan mempunyai perlembagaan sendiri.

Maka persoalan yang timbul ialah:

1. Bilakah Barisan Nasional diluluskan? Bilakah Barisan Nasional menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang – undang? Buktikan bahawa Barisan Nasional mempunyai rekod di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang dikenali sebagai Registrar of Society.

2. Gabungan 13 komponen Barisan Nasional tidak pernah ditubuhkan secara rasmi dan Barisan Nasional juga tidak mempunyai perlembagaan sendiri?

3. Mengapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta – mengunakan perkataan Barisan Nasional yang tidak diwujudkan secara sah dan mengikut perundangan di Malaysia?

4. Adakah ini bermaksud, Barisan Nasional juga merupakan pertubuhan yang haram dan penggunaan perkataan Barisan Nasional wajib diharamkan?

5. Bukankah penubuhan Barisan Nasional juga merupakan serpihan – serpihan 13 komponen walaupun hanya UMNO yang dilahirkan di Istana?

Tambanan pula, kami ingin memperingatkan Pemuda UMNO khususnya, Nur Saidi Nayan bahawa dalam pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat telah bertanding dengan namanya sendiri yang sah iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Democratic Action Party (DAP).

Manakala, Barisan Nasional, sebaliknya dalam pilihanraya 2008 dan sebelumnya, telah bertanding atas nama Barisan Nasional yang tidak ditubuhkan secara sah mengikut perundangan. Yang ditubuhkan secara rasmi ialah UMNO, MIC, MCA dan komponen – komponen lain dan bukannya Barisan Nasional.

Bukankah UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional perlu bertanding dengan menggunakan nama pertubuhan mereka yang sah? Bukankah mereka perlu bertanding mengunakan logo masing – masing? Mengapa mereka menggunakan perkataan Barisan Nasional dan logo Barisan Nasional yang tidak sah di sisi undang – undang?

Agak menarik juga jika dikaji dari segi undang – undang bahawa terdapat ‘tribal issue’ yang boleh dihadapkan ke makhamah. Ini adalah kerana UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional bertanding atas nama pertubuhan yang tidak sah. Adakah ini bermaksud Barisan Nasional sedang mentadbir negara kita melalui perlantikan dan pemilihan yang tidak sah?

Kami, menyeru Pemuda UMNO membuat kajian terlebih dahulu sebelum membahaskan sesuatu perkara. Ini menunjukkan identiti dan pendirian yang bercanggah dengan sejarah dan persefahaman di Malaysia. Sebagai tonggak yang akan menerajui kepimpinan pada masa kelak, Pemuda UMNO di nasihati supaya jangan beremosi tetapi sebaliknya meggunakan pendekatan yang rasional dan bernas semasa membahaskan sesuatu perkara.

Sekian.

Yang Benar,

Manivanan Gowin

-Concern Youth Movement

Black Operation@Bukit Gantang (Bhg i) - malaysiakini

Ini bukan projek Bloggers Network@Bukit Gantang... tetapi projek yang dirancang oleh UMNO untuk merampas kembali Bukit Gantang dari tangan Pas. Operasi ini dilakukan dengan penuh kerahsiaan... sehinggakan kepimpinan UMNO Bukit Gantang sendiri tidak mengetahui tentang kewujudan projek ini. Semuanya di lakukan oleh sekumpulan komando bebas yang mendapat arahan terus dari Najib Tun Razak.

Projek Black Operation dilakukan dengan penuh kerahsiaan... atau pun disebut "covert operations" dan operasi ini dilakukan didalam kategori deniable iaitu untuk menidakan kemenangan dan sokongan terhadap Pakatan Rakyat semasa Pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Untuk tujuan ini tumpuan hanya dilakukan kepada operasi berikut :

Black Propaganda :

Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah palsu yang bertujuan untuk memalukan Pakatan Rakyat.

Poster poster dan risalah yang akan di pasang di tempat tempat yang strategic dan di lakukan seolah olah dari PR.

Grey propaganda :

Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah yang tidak mempunyai identiti penganjur bertujuan untuk meneutralkan penyokong hard core.

"making enemies believe falsehoods using straw argument to make someone believe "A", one releases as grey propaganda "B", the opposite of "A". In phase two, "B" is discredited using some strawman. The enemy will then assume "A" to be true".

WhitePropaganda :

Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah benar dari BN untuk menangkis tohmahan dan serangan dari PR.

Perlaksanaan akan dilakukan oleh Black Operator secara covert dan tidak boleh didokumentasikan Bagi projek ini, sejumlah Lima Puluh Ribu ringgit (RM50,000) diperlukan.

Bagi membantu menjayakan projek ini, sejumlah Bloggers diperlukan untuk membuat propaganda-propaganda dan sejumlah 30,000 ringgit (RM30,000) telah diperuntukan.

-PerakExpress.com

15 Penderhakaan UMNO - malaysiakini

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.

6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?

7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?

-KedahLanie..!!

Saturday, April 04, 2009

HOT..! 62 Cawangan PPP Kedah Bubar..! - malaysiakini

Terkini - Nadarajan Naib Presiden PPP yang juga Pengerusi Perhubungan PPP Kedah keluar parti dan menyertai PKR bersama lebih 6 ribu ahli PPP..!

Mereka juga membubarkan 5 Bahagian PPP iaitu Kulim, Alor Setar, Kuala Kedah, Pokok Sena Baling. lebih 62 cawangan mereka juga di bubarkan..!

Tahniah Pakatan Rakyat Kedah..!

Status Title "Ir" Pada Nizar - malaysiakini

Assalamualaikum Bro...

Setelah saya selidik kebenarannya, Ir pada title DSN memang benar. Di dalam IEM directory wujud nama beliau pada keahlian #14616. Mohammad Nizar bin Jamaluddin (14616), B.SC.(ASTON IN BIRIMINGHAM) 0012 M 1982 MIEM, P.ENG 004 4/24/1993.

Lihat pada P.ENG yang bermaksud Professional Engineer. Kata terma P.ENG digunapakai di Bangladesh dan Kanada. Setelah semakan dibuat di Wiki: In Canada, regulation and registration are accomplished through a self governing body, that is given the power to register and discipline engineers as well as regulate the field of engineering in their province, such as "Professional Engineers Ontario". Many of these associations are also responsible for regulating other related professions.The process for registration is generally as follows:
  1. Graduate with a degree from an accredited program in engineering or applied science,
  2. Complete an Engineering Intern. Training program under the direction of a P.Eng. (This is a minimum four-year program)
  3. Review of work experience by the Association,
  4. Pass a professional practice exam (essentially an engineering ethics and law exam).
Rujukan :-

1. http://www.iem.org.my/external/IEM2008/OEM/IEM%20Directory%20CDROM/Members/Directory-Members%20pg86-268.pdf (muka surat 185).

2. Wiki - http://en.wikipedia.org/wiki/Professional_Engineer.

Sijil pro beliau bukan diberikan oleh Board of Engineers, Malaysia. Mungkin sijil pro luar negara. Ini mungkin disebabkan oleh projek² yang disertainya dibuat di luar negara serta sijil itu pula diiktiraf di Malaysia, wallahualam. Minta tolong dedahkan maklumat ini, terima kasih sue ellen!

-al-banjari online 2009

...Reaksi Spontan Dato' Seri Ir Nizar - malaysiakini

Malam tadi kira-kira jam 9.30 malam berlaku satu kemalangan kecil yang membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di Simpang, Taiping ketika rombongan calon menuju ke beberapa tempat ceramah di Bukit Gantang.

Sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang terus melarikan diri tanpa memberi pertolongan. Kejadian itu berlaku di hadapan kereta calon. Hj Nizar meminta pemandunya menghentikan kereta dan terus meluru keluar untuk memberi pertolongan. Hj Nizar telah menahan sebuah kereta polis dan memohon kerjasama pihak polis untuk mengawal lalulintas dan meminta pertolongan polis supaya menghantar mangsa tersebut ke hospital.

Kemudian Hj Nizar beredar ke beberapa tempat program yang telah dijadualkan.

TPU - Sat lagi ada la mamak itam bunyik-bunyik dekat belakang tirai "ala... setakat nak tolong orang excident saya pun boleh..."

-Dari Blog Adun

Pelancaran Banner Rakyat Pilihanraya Kecil P-059 - malaysiakini

Kemaskini 2:59 - Lepas aku publish artikel ni ramai pulak geng-geng dari jauh yang baru sampai Bukit Gantang dok call, sms tanya pasai kedai ni. aku pulak lupa nak bagitau semalam. kedai ni beroperasi dari lepas Maghrib sampai pagi. kalau hangpa sampai awal, kena pi kedai lain dulu. mintak maaf sebab tak bagitau semalam. mekasih...

Semalam lebih kurang jam 8:30 malam bertempat di Restoran Zamri (bukan Zambry gelap) berlangsung majlis kecil-kecilan Pelancaran Banner Rakyat untuk Pilihanraya Kecil P-059 oleh Dato' Seri Ir Nizar calon PAS bagi Pilihanraya Kecil P-059.

Banner berukuran 12x4 kaki yang mengambil gambar panorama ketika hari penamaan calon (29hb. Mac, 2009) ini adalah hasil dari sumbangan berbagai pihak. gambar panorama hari penamaan calon adalah sumbangan ibnibrahim, rekaan Dugong Darat dan sumbangan adalah dari pihak yang tidak mahu dikenali.

Pihak kami hanya menerima panggilan dari pihak pencetak mengatakan bahawa bayaran kepada pihak pencetak telah dibuat dan kami hanya perlu menghantar design banner untuk dicetak. terima kasih kepada semua dan oleh kerana itu kami namakan banner ini sebagai "Banner Rakyat".

Banner Rakyat telah dilancarkan dengan rasminya oleh Dato' Seri Ir Nizar dengan menandatangani salah satu dari Banner Rakyat. korang boleh tengok Banner Rakyat yang ditandatangani oleh Dato' Seri Ir Nizar yang telah digantung di Markas Induk Pilihanraya Kecil P-059 di Air Kuning.

Banner Rakyat yang telah siap dibikin kesemuanya dalam 4 bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa cina dan bahasa tamil dan ianya digantung ditempat-tempat strategi mengikut kawasan dan kesesuaian.

Sat ni kalau hangpa nampak ada yang pi perosak Banner Rakyat tu, hangpa pakat-pakat katok je tukang dajai tu... hahaha... itukan Banner Rakyat... sama-sama la kita jaga.

Ni lagi satu nak tolong promosi kedai makan tempat kami buat pelancaran Banner Rakyat semalam. kot-kot kalau hangpa mai sini (Bukit Gantang), hangpa try singgah kedai Zamri (bukan Zambry Haram). kalau nak rasa nasik kanji arab, ni la tempatnya.

Lain-lain makanan semua ada, kue tiow kerang dia pun baguih, kue tiow udang dia pun baguih. nak makan western food pun ada.

Tapi bab minum ni nak cerita sikit... kalau hangpa singgah sini, jangan dok gatai-gatai nak order minuman brand Nestle. depa boikot habis-habisan. nescafe tak dak, milo tak dak, horlicks tak dak, sebut je yang dalam list boikot Israel tu semua tak dak. ini betul-betul punya boikot, bukan main-main..!

Oit... lupa nak sebut... lokasi Restoran ni dekat Batu 6... kampun apa aku tak berapa tau, tapi kalau hangpa tanya sapa-sapa orang sini, memang depa kenai sangat kedai ni.

Ok chiow..!

RM, RM, RM, RM, RM Untuk Petugas UMNO/BN - malaysiakini

Kalau aku habaq depa kerja pasai duit, hangpa orang-orang UMNO/BN marah, kata kami tipu, kata kami reka, kata kami fitnah. ni nak tunjuk "fitnah" kami betoi ka tak betoi... Hangpa tengok attachment dekat bawah ni. bukak mata tu luas-luas, kalau tak nampak jugak, hangpa boleh cuci mata hangpa dengan ayaq ludah aku (ambik dekat bawah artikel ni).

klik attachment tu kalau nak tengok yang besaq.

A. Ahli UMNO seisi rumah RM1,000
B. Penyokong UMNO seisi rumah RM500
C. Pemuda / Wanita / Puteri RM100 setiap hari
D. Minyak kereta RM100 setiap hari
C. Minyak Motosikal RM50 setiap hari

Masyuuuuuuuuukkk...!!!

Khak Ptuih...!!!

Pendedahan Eksklusif: UMNO Tipu Melayu..! - malaysiakini

Dalam diam-diam, bro Mat Saman Kati pi masuk gua jumpa dengan Pak Nawi... hangpa nak tau apa info Pak Nawi bagi..?

Hangpa klik dekat [sini].

UMNO Buat Gila: Kecoh Di Simpang - malaysiakini

Jam 2:00 pagi tadi aku dapat call dari geng bagitau dekat Simpang tengah kecoh. petugas UMNO/BN buat gila babi. aku siap barang aku dengan Dugong Darat, gerak ke kawasan kejadian. aku sampai sana jam 2:10. ada la dekat-dekat 100 orang dah dok berkumpul dekat sana.

Polis ada la dalam 50 orang. aku ingat apahal... rupanya ada petugas UMNO/BN buat gila babi. depa pi tampal lambang BN dekat backdrop Pakatan Rakyat.

Ni kalau aku cakap UMNO/BN memang parti gila kang ada pulak yang marah-marah. tapi nak buat macam mana, dah depa memang gila. benda tak de la teruk sangat, ni kerja budak-budak nakal belum akil-baligh. agaknya sabun dekat rumah depa dah habis tu yang dia mai gila dia tu. entah-entah anak murid Taiping Mali, sapa tau..?

Ni hangpa tengok dekat gambaq atas ni, apa punya akai... hat dok gila pi tepek lambang Dacin dekat atas bulan tu apahal? meghoyan tak leh tengok bulan ka?

Yang ni pulak kes tak dak modal tapi nak kempen... nak beli plywood ngan kayu buat tampal poster tak dak budget, pasai budget kemungkinan besar dah masuk dalam poket ketua-ketua cawangan. last skali pi tampal poster BN atas poster Pakatan Rakyat. memang bingai...

Agaknya sebelum depa buat kerja, depa perangat badan dengan ganja dulu kot. tak pun dah bantai todi dah sebelum buat kerja... mana kita tau kan? kalau tak, tak kan la suka-suka ja datang idea bangang macam ni?

Dekat poster yang ni pun sama jugak, depa pi tampal lambang dacin atas lambang PAS. betul punya bodo...

Yang ni pulak dekat seberang jalan sebeah Expo Rakyat... pun sama jugak, orang gila UMNO/BN pi tampal lambang dacin dekat atas lambang PAS.

Ni gambar dari jauh... polis ada, penyokong Pakatan Rakyat pun ada. tempat ni kalau hangpa datanng tengok, memang cukup meriah dengan poster-poster, banner-banner dan macam-macam bahan kempen termasuk bahan kempen parti gila UMNO/BN.

Last skali lebih kurang jam 2:40, tibalah sayap kanan UMNO/BN cuba nak mengawal keadaan yang memang dah terkawal... orang ramai datang bukan nak perang pun, depa datang nak tengok ja hasil kerja parti gila babi UMNO/BN. tak pasal-pasal sayap kanan UMNO/BN kena bangun pakai baju perang standby.

Hangpa nak perang ngan sapa? sapa nak perang subuh-subuh ni? balik bunuh setan lagi baguih oi..!