"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, April 06, 2009

THOUSANDS DINE WITH NIZAR: 5 APRIL

-zorro-unmasked

Hasrat Kongres Orang Asli SeMalaysia yang PERTAMA telah punah.

Saya baru terjumpa, surat yang didedahkan oleh pihak tertentu kononnya terdapat salah guna kuasa sebanyak RM30,000 oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Maka saya terjumpa satu penjelasan oleh 'Jason Ling' berkenaan isu itu.

Ngeh bukan sorok-sorok tentang RM30k itu, dia sendiri sudah maklumkan kepada masyarakat orang asli pada pertemuan 31 Januari bersama orang asli.

Kongres yang akan diadakan adalah Kongres Orang Asli satu Malaysia, bukan kongres orang asli Perak sahaja.

Maksudnya ada yang datang daripada negeri lain. Sepatutnya itu peruntukan itu datang daripada kerajaan persekutuan, bukannya kerajaan negeri Perak.

Maka, saya terjemahkan sebahagian daripada penjelasan Jason Ling kerana kalau dibiarkan dalam Bahasa Inggeris, ianya tidak tersebar meluas.

---mula---

  • Tang mana Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dan Dato' Ngeh Korup?
  • Saya terpaksa untuk menjawap tuduhan oleh Hamzah Taha dalam salah satu ceramah di Bukit Gantang. Tuduhan yang juga diterbitkan dalam 'Merdeka Review' kelmarin.
  • Hamzah Taha menuduh bahawa MB Dato' Seri Ir Nizar yang merupakan calon untuk Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang telah mengarahkan pejabat kewangan Negeri untuk menyalurkan RM30,000 kepada Ling Lik Hock, Pegawai Khas Dato' Ngeh untuk Kongres Orang Asli Nasional.
  • Untuk kepentingan masyarakat, dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa pada 27 Disember 2008, Y.A.B. MB negeri sepakat bahawa kerajaan akan membiayai kongres setelah Orang Asli memohon melalui Dato' Ngeh, Senior Eksekutif komite dari Perak Pemerintah.
  • Pada 7hb. Januari, 2009, pertemuan pertama di Kuala Lumpur, di mana pemimpin yang mewakili NGO dan masyarakat Orang Asli dari Kuala Lumpur, Pahang dan Bidor, Ipoh bertemu sebagai persediaan kongres yang akan diadakan pada 1hb. Mac, 2009.
  • Oleh kerana anggota komite terdiri dari pelbagai kelompok masyarakat berasingan dan belum ada akaun bank sesuai dan keperluan kerajaan negeri, peruntukan harus diberikan kepada 'Kakitangan Kerajaan'. Oleh itu Dato' Ngeh memohon pada Pejabat MB pada 9hb. Januari, 2009 untuk terus dibuat kepada Pegawai Khas, Ling Lik Hock.
  • Sementara itu, untuk meneruskan kerja, Ling Lik Hock secara peribadi mendahulukan wang perjalanan yang dituntut oleh pemimpin Orang Asli di Pahang pada 7hb. Januari, 2009. RM10,000 lagi kepada pengerusi, Mr Bah Tony W. Hunt diagihkan ke pelbagai kelompok untuk membiayai deposit pengangkutan (bas dan van) pada 20hb. Januari, 2009.
  • Pada 6hb. Februari, 2009 Barisan Nasional telah merampas kuasa Negeri Perak secara tidak sah dari Pakatan Rakyat. Peruntukan yang telah dipersetujui telah dihentikan dengan jumlah wang yang tidak pernah dikeluarkan. Dengan itu, Hasrat pertama kali bagi Orang Asli orang dari seluruh Malaysia untuk bertemu dan bertukar pendapat sesama Orang Asli berkecai.
  • Persoalan yang timbul adalah, mengapa kerajaan BN begitu kejam menentang perjumpaan bagi kaum-kaum terpinggir sejak bertahun-tahun? Kami telah menghabiskan tenaga dan masa atas persiapan yang sia-sia. Sebelum perjumpaan yang dinyatakan, terdapat juga 3 perjumpaan sebagai perbincangan. Sila lihat pada tarikh-tarikh, betapa efisyennya kerajaan PR dan para ahli jawatan kuasa bekerja.
  • Yang lebih memburukkan lagi, BN yang ketandusan Idea menuduh pemimpin PR terutama YAB Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dan Dato' Ngeh korupsi.
  • Saya ingin bertanya kepada Hamzah Taha supaya menyemak tatacara kerajaan negeri membayar wang sebelum dia menuduh pemimpin yang bersih, takutkan tuhan terutama sekali YAB Dato' Seri Ir Nizar, YB Dato’ Ngeh, dan yang lain sebagai korup.
  • Adakah PR terlalu bersih sehingga seseorang tidak boleh mencampuradukkan seperti air dan minyak dan perlu keluar PR untuk menyertai parti politik lain?

---tamat---

Maka hancurlah hasrat orang asli untuk berkongres seMalaysia buat pertama kalinya dalam sejarah.

Kalau di lihat pada blog Al-Husseyn sahaja, sudah cukup banyak kali orang Asli bertemu Nizar.

Harapan orang Asli pada nizar cukup tinggi. Lihat saja catatan di Al Husseyn, bagaimana mereka datang dari jauh "Nak jumpa dengan Menteri Besar".



Saya sempat bertanya kepada salah seorang daripada mereka, namanya Alang Apok, Tok Batin dari Sungai Sainju Simpang Pulai, Kampung Kepayang.

"Apa hal tujuan datang kemari?" tanya saya kepadanya.

"Nak jumpa dengan Menteri Besar," jawabnya dengan wajah yang nampak jelas ceria.

"Kenapa?" Saya bertanya lagi dengan penuh minat.

"Ada janji nak jumpa dengan dia," jawabnya sambil senyum tanda gembira.

Tentulah gembira kerana ada janji nak bertemu dengan MB Perak. Tapi ramai-ramai ni apa halnya? Persoalan tersebut masih belum mendapat jawapan dari Tok Batin ini. Lalu saya ajukan lagi pertanyaan kepadanya :

"Ada masalah apa?"

"Banyak masalah, perumahan , jalan raya , api... macam-macam..."

Seterusnya, ada perjumpaan pada bulan Mei , dan mereka sangat gembira.

Mereka sangat gembira kerana dapat bersemuka dengan seorang Menteri Besar yang selama ini tidak pernah mereka mimpikan.Cik Tijah kelihatan berdiri disebelah kanan.

Tidak hairan kalau Nizar dapat 100% undi orang asli di BUkit Gantang.

-Hasbullah Pit

Pengundi Atas Pagar - malaysiakini

Hidup PAS...!!!
Hidup Perak...!!!
Hidup Malaysia...!!!
Hidup UMNO...!!!
Hidup Barisan Nasional...!!!
Hidup PKR...!!!

Adeis... macam ni punya orang pun ada ka..?

Sunday, April 05, 2009

Ada Lagi Gambar Best...

Aku nak keluar sat... karang aku update lagi... ada lagi gambar best hari ni... hangpa sabaq...

Tapi dalam banyak-banyak, yang paling best ialah gambar dekat bawah tu...

Mekasih... chow...

Karang wa cilok balik.

Gambar Yang Menggugat UMNO/BN Bukit Gantang (iii) - malaysiakini

Dan inilah dianya "benda" yang apek tu tunjukkan dekat aku... aku tak tau nak kata apa... hangpa pikiaq la sendiri.

Macam mana UMNO/BN nak menang kalau dah orang dalam Pejabat MCA Cawangan sendiri pun (walaupun warga emas) tak segan silu menyatakan sokongan secara terbuka kepada Calon dari Pakatan Rakyat..?

Please everybody... giva a big clap to our special guest today... our otai from MCA Cawangan Trong..!

Sepanjang aku dok di Bukit Gantang... banyak kali dah aku lalu dekat Pejabat MCA Cawangan Trong dan tiap kali aku lalu, memang sunyi-sepi tempat tu dan adakah kejadian hari ni memberi gambaran awal bahawa MCA Cawangan Trong juga menyokong calon dari Pakatan Rakyat?

Gambar Yang Menggugat UMNO/BN Bukit Gantang (ii) - malaysiakini

Sambung dari bahagian (i) tadi... lepas aku snap sekeping, apek ni reverse masuk kedalam. aku ingat dia nak menyuruk sebab tak nak gambaq dia kena rakam, rupanya dia pi ambik satu "benda" dekat dalam, lepas tu dia keluaq balik sambil dok tunjuk "benda" tu dekat aku..!

Apa "benda" yang apek tu ambik dekat dalam dan apa "benda" yang apek tu tunjuk dekat aku??? (aku terpaksa padamkan "benda" yang apek tu tunjuk dekat aku dalam post ni... objek tersebut akan ditayangkan dalam post seterusnya... sabaq...)

Bersambung dalam post seterusnya... tunggu jam 9:30 malam... saspen lagi nih...

Gambar Yang Menggugat UMNO/BN Bukit Gantang (i) - malaysiakini

Gambar dekat bawah ni aku ambik dekat Pejabat MCA Cawangan Trong maa aku dok ronda-ronda petang tadi.

Jam 3:51 kami lalu depan Pejabat MCA ni, ada sorang apek dok melanguk atas kerusi roda dia... dalam hati aku terasa nak snap gambaq apek ni tapi aku tak tau pasai apa.

Bersambung dalam pos seterusnya... tunggu jam 9:00 malam... suspen nih...

Islam DAP Kepala Pak Hang La Lokman..! - malaysiakini

Aku heran sungguh... sejak UMNO/BN perintah Malaysia ni, makin banyak pulak jadiknya agama Islam ni... dulu zaman Mahathir, ada Islam PAS... mai zaman Pak Lah, timbul pulak Islam HadHari, datang Najib, ada pulak Islam DAP.

Benda-benda macam ni la yang dok buat orang bukan Islam hilang respek dekat agama kita agama Islam. depa jadik pening. berapa banyak Islam ada atas dunia ni?

Zaman Mahathir dulu, bila PAS usulkan untuk jalankan sistem perundangan Islam (Hukum Hudud) UMNO cakap itu Hudud PAS, timbul dekat situ Islam PAS. padahal yang Islam bukan PAS, PAS sekadar membawa perjuangan Islam bersandarkan pada Al-Qur'an dan sunnah.

Benda ni sampai sekarang dok jadi mainan puaka-puaka UMNO/BN. bila cakap pasal hudud, depa bantai dengan Islam PAS. nama nak dok semeja bincang biar boleh laksanakan hukum hudud ikut Al-Qur'an dan sunnah memang jauh.

Yang ada cuma barua-barua yang mengaku memperjuangkan Islam tapi menolak untuk laksanakan hukum ikut perundangan Islam... geng-geng ni aku gelarkan geng anak anjing baru beranak. menyalak tapi tak tau pasai apa.

Mai pulak Pak Lah, dok promosi Islam HadHari. lagi jahanam... ada pulak rukun-rukun Islam HadHari. rukun Islam tak reti nak perkenal, dok sebok perkenal rukun Islam HadHari. orang-orang muda yang tak reti Islam langsung jadik celaru kepala hotak.

Masuk sekolah dalam kelas agama Islam cikgu ajaq lain, bila keluar sekolah ada pulak Islam lain. boleh pulak berparti-parti, anak bini pimpinan HadHari pulak dengan tak tutup aurat. rasuah sana-sini, timbul lagi macam-macam masalah melibatkan anak-anak muda.

Ni semua sebab Islam HadHari. promosi macam bagus, pelaksanaan hancus. yang lebih-lebih depa dok promote Konsert Sure Heboh. apa punya bingai.

Ni dalam masa kempen Pilihanraya Kecil Bukit Gantang ada pulak sekor bingai pakai nama Lokman Nor Adam, timbulkan pulak Islam DAP. bangsat-bangsat macam ni la yang dok perosak agama Islam.

Sebabkan PAS bergabung dengan DAP, sebabkan orang-orang cina dah mula paham bacaan dan jugak terjemahan ayat suci Al-Qur'an maka depa sebut sebagai Islam DAP. sungguh aku cakap bangsat-bangsat yang kepala otak dia macam Lokman Nor Adam ni adalah bangsat-bangsat yang merosakkan agama Islam.

Aku tak tau pasai apa bingai sekor ni boleh cakap ada Islam DAP, mungkin jugak bingai ni selama ni banyak sangat dok togak ayaq haram. sebab tu hati jadi gelap.

Mai nak habaq. kalau kata kita sebagai orang Islam sendiri dok halang orang-orang bukan Islam dari mengkaji dan memahami Al-Qur'an, macam mana agaknya depa-depa tu semua nak pahak ajaran Islam? macam mana hangpa nak kembangkan ajaran agama Islam kalau hangpa sendiri dok halang orang bukan Islam dari membaca Al-Qur'an?

Hangpa sebut tang mana dalam Al-Qur'an tu yang habaq bahawa orang bukan Islam tak boleh baca Al-Qur'an dan tak boleh kaji Al-Qur'an?

Mai nak habaq lagi satu... agama Islam tak ajaq kita supaya memusuhi orang-orang bukan Islam. kalau kata hangpa dok buat musuh dengan orang bukan Islam, macam mana agaknya agama Islam nak berkembang?

Cakap macam bagus "UMNO adalah parti yang memperjuangkan agama Islam" tapi dalam masa yang sama, hangpa bangsat-bangsat dalam UMNO lah yang dok meruntuhkan agama Islam di Malaysia.

Oi lembu-lembu UMNO mai nak habaq... Rasulullah dulu berdakwah dengan orang bukan Islam sampai agama Islam tersebar kemerata dunia. Rasulullah dulu tak dak habaq pun kaum itu, kaum ini tak buleh baca Al-Qur'an. ni nak habaq dekat hangpa, ayat Iqra' tu turun dia sebut apa?

Dah la bangsat-bangsat UMNO/BN... hangpa dah jauh sangat dah dari perjuangan Islam. tak dak satu pun perbuatan hangpa yang enguntungkan atau membantu mengembangkan agama Islam. orang bukan Islam tengok cara hidup hangpa pun depa geli.

Ada jugak pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang habaq memperjuangkan Islam ni cara hidup dia jauh lebih teruk dari cina-cina dan india-india yang bukan Islam... hangpa buat malu Islam ada la..!

Ni apa..? ada Islam DAP pulak dah? sape ajaq hangpa? Lokman Nor Adam ni dapat wahyu dari Jibrail ka habaq ada Islam DAP?

Bangang..!

Black Operation@Bukit Gantang (bhg ii) - malaysiakini

Cadangan Bantuan bagi Persediaan Pilihanraya Dun Bukit Gantang.

Bantuan Membaiki Perumahan.

Kumpulan Khas Pemantauan/pelaporan persediaan/aktiviti setiap satu cawangan di dalam Parlimen.


Sebab Perlaksanaan Bantuan Membaiki Rumah perlu di jalankan.

Perlasanaan boleh dilakukan di atas ticket Bank Smpanan Nasional sebagai Agensi Kerajaan yang menjalankan “ Mandated Roles “ sebagai aktiviti Sosial Rakyat yang di salurkan oleh kerajaan melalui Dana Prokhas Sdn Bhd di bawah kementerian kewangan. Arahan Mandated Roles adalah dirujuk.

Aktiviti tersebut telah di jalankan oleh BSN mulai seawal Feb 2008 boleh digunakan secara terus bagi menyalurkan bantuan terhadap komitmen intitusi ini membantu merelisasikan visi kerjaan dengan mensasarkan 30 buah rumah bagi ke 3 Dun sebagai bantuan kepada persediaan pilihan raya.

Perlaksanaan ini perlu mematuhi Garis Panduan yang diberikan oleh Prokhas sdn bhd mengikut compliance yang ditetapkan dengan tanpa gagal, merangkumi semua bangsa, sasaran penerima yang tepat betul, penjanaan ekonomi kepada tukang kampung, perniaga perniaga hardware (kaum cina ), pemantauan hasil dan kualiti yang tinggi termasuk ketelusan perlaksanaan mantap yang memberi kepuasan dan kegembiraan kepada penerima secara tidak lansung membuktikan keperihatinan kerajaan menjalankan program yang bermutu lantaran akan memberi kesan mendalam terhadap sokongan kepada kerajaan yang mampu menperngaruhi keputusan pilihanraya.

Perlaksanaan.

Mumpunyai 15 pasukan tukang kampung untuk perlaksanaan.

Kumpulan Khas Pemantauan/pelaporan persediaan/aktiviti setiap satu cawangan di dalam Parlimen.

Focus kumpulan ini adalah kepada BANTUAN persediaan bilik Gerakan seluruh Parlimen terhadap 5 aspek utama sebagai Finding pelapuran untuk tindakan sokongan.

Pendaftaran Pilihan Raya.

Pendaftaran ini perlu di pastikan mempunyai 4 copy bagi tujuan bantuan dari Cawangan angkat untuk membantu kelicinan memastikan pengundi cawangan.

Polling Agent.

Pengurusan Persediaan Polling agent dengan memastikan petukaran/penggantian orang sewaktu proses pengiraan pembuangan undi sabagai memastikan tiada ketirisan undian

Perayu Undi

Memastikan aktiviti perayu undi di jalankan di setiap Cawangan dengan betul dan menyeluruh bermula dari sekarang sehingga pilihanraya tanpa putus.

Kumpulan 10

Memastikan kumpulan ini menjalankan tanggung jawab seperti yang dikehendaki bagi seluruh kawasan sebagai memastikan jumlah pengundi keluar mengundi di tahap yang maksimum termasuk warga emas.

Kenderaan

Memastikan persediaan kumpulan kenderaan memberi Perkhidmatan yang optimum kepada pengundi pengundi yang di pastikan oleh kumpulan 10 dan perayu undi.

Sehubungan itu bagi cadangan ini ianya memerlukan perbelanjaan bagi menampung kos bahan api dan sebagainya bagi individu individu kumpulan tersebut yang terdiri dari bukan orang orang yang mempunyai Jawatan di dalam Bahagian yang boleh di kenali sebagai kumpulan NGO yang akan memantau dan memberikan pelapuran secara telus terhadap kelemahan kelemahan di setiap Cawangan secara terus sehinggan hari mengundi.

Kekuatan kumpulan mempunyai seramai 30 orang yang telah bersedia.

-PerakExpress.com

Trong Pulak Kecoh - malaysiakini

Semalam kecoh lagi sekali. kaali ni dekat Trong pulak. aaku tak taau sangat apa cerita sebenar tapi dengar cerita sebab berebut kawasan pasang bahan kempen.

Malas nak cakap banyak, cuma nak nasihat. dalam tempoh kempen ni, tak payah nak berebut kawasan la kalau nak pasang bahan kempen. Kalau petugas Barisan Nasional nak pasang dekat mana-mana asalkan tak langgar peraturan, biarkan je.

Kalau petugas Pakatan Rakyat naak pasang bahan kempen pun sama jugak, biarkan je asalkan tak melanggar peraturan kempen pilihanraya.

Banyaknya bahan kempen bukan penentu kemenangan. malam 7hb. April nanti, SPR bukannya kira berapa banyak bahan kempen yang korang pasang, depa kira kertas undi.

Bukit Gantang ni luas, aku rasa banyak lagi tempat boleh pasang. apa nak berebut tempat?


Tak pasal-pasal sayap kanan UMNO/BN kena kerah untuk kawal keadaan. kesian dekat depa. aku dengar budget makan minum depa kali ni ciput sangat. RM27 sorang. semua sekali yang ada dekat Bukit Gantang lebih dari 60,000 orang. hangpa kira berapa semua sekali.

Yang penatnya aku dengar, ada jugak yang terpaksa makan dekat luar dan keluar duit sendiri sebab ada budget untuk depa dah "tiris". jadi tak cukup makan, bila tak cukup makan, tak dapat nak kerja dalam keadaan selesa. hangpa kalau perut lapaq boleh buat kerja ka?


Jadi yang mana ada ni kalau nak buat apa-apa pakai la pertimbangan akai sikit. jangan dok ikut nafsu. kalau 1 Bukit Gantang tutup dengan bahan kempen Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat tapi sampai masa nanti calon bebas yang menang, hangpa nak kata apa?

Yang penting pengundi, bahan kempen tu sekadar buat meriah ja... tambat hati pengundi lebih penting dari dok bergaduh bertekak rebut kawasan pacak bahan kempen.

Hangpa pikiaq la.