"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, May 13, 2009

Jahil - malaysiakini

Aku tak tau dekat mana kejadian ni berlaku tapi yang pasti orang yang tinggal janin ni memang Haram Jadah.

Laaaaaaaaassst skali... - malaysiakini

Bila aku pikir-pikir balik apa yang berlaku dekat Perak ni, aku teringat sembang-sembang aku dengan abang aku satu masa dulu (lebih kurang 5 tahun dulu)...

Cerita berkisar pada hal dalaman tempat kerja.

Pendekkan cerita, kata abang aku dalam apa-apa masalah, dalam apa-apa hal pun... yang pastinya laaaaaaaaassst skali...

"Orang jahat jugak yang menang..!"

Kah kah kah kah kah kah kah kah ... !!!

Ada betul jugak kata abang aku ni kan? sebab orang baik terlalu baik untuk buat apa-apa kerja dengan cara jahat, tapi orang jahat cukup-cukup jahat untuk buat apa-apa hal tak kira yang baik atau jahat.

Janji orang jahat menang...

Dunia je la...

RON97 Naik RM0.20 Mulai 1hb. September - malaysiakini

  • Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.
  • Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.
  • Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan.
Pandai betul KERAjaan "Diamkan" berita macam ni dengan "Membisingkan" isu krisis perlembagaan Perak...

Baca Dan Fahamkan - malaysiakini

Peguam PAS

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah "quo warranto" dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Seri Nizar ( bukannya DS Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato' Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Zambry adalah Menteri Besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

Tuesday, May 12, 2009

1Malaysia : Rakyat Di Dungukan, Kuasa Diutamakan - malaysiakini

Wajah-wajah mereka-mereka yang DIDUNGUKAN oleh mereka-mereka yang MENGUTAMAKAN KUASA.

DS Ir Nizar Kekal MB Perak Yang Sah - malaysiakini

A

Stay of execution atau penangguhan pelaksanaan perintah/penghakiman mahkamah bukannya satu keadaan dimana pemohon mendapat perintah mengenepikan perintah yang dibuat oleh mahkamah yang pertama mengeluarkan perintah/penghakiman itu.

Ini bermakna, penangguhan pelaksaan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah rayuan berpihak kepada Zambry bukannya bermakna Zambry boleh berbuat apa-apa fungsi sebagai menteri besar perak. beliau cuma boleh duduk saja menunggu kes rayuannya didengar oleh mahkamah rayuan kelak. beliau tidak boleh menjalankan tugas sebagai MB Perak malah tidak berhak langsung menduduki pejabat MB Perak yang telah dikosongkan semula oleh YAB DS Nizar.

Kesan perintah penangguhan itu terhadap MB yang sah hanyalah setakat beliau tidak boleh menjalankan tugasnya melalui kuasanya sebagai MB selama mana perintah penangguhan itu berkuatkuasa.

Soalan pokok siapa MB Perak yang sah sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah tinggi semalam kekal tidak berubah. jadi, YAB DS Nizar ialah MB Perak yang sah dan kekal sebagai MB di negeri Perak sekarang.

Melihat kepada keadaan ini, saya berpendapat, walaupun YAB DS Nizar tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai MB (dek kerana perintah stay itu), tetapi DYMM Sultan boleh pada bila-bila masa dan dengan serta merta meminta dan mendapatkan khidmat YAB DS Nizar.

Jadi, persoalan besar sekarang, dari mana Zambry ini mendapat kuasa untuk menjalankan kuasanya sebagai MB sebagaimana yang beliau sebarkan dimedia sekarang..?

Suhakam Turut Desak DUN Perak Dibubarkan - malaysiakini

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut mendesak DUN Perak dibubarkan agar hak rakyat dinegeri tersebut dikembalikan untuk memilih pemimpin mereka.

Menurut pengerusi Suhakam, Abu Talib Othman, artikel 21, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, mengatakan bahawa rakyat harus menjadi teras kepada pembentukan sesebuah kerajaan.(Article 21 of the Universal Declaration of Human Rights 1948 provides that the will of the people shall be the basis of the authority of the government)

Selain daripada itu, Suhakam turut mengutuk insiden yang berlaku pada sidang DUN 7 Mei 2009 dimana polis dan pekerja kerajaan telah bertindak tidak neutral apabila bertindak menyebelahi Zambry Kadir dan BN.

Menurut Abu Talib, polis dan pekerja kerajaan haruslah bertindak neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Dibawah adalah kenyataan penuh Suhakam :

PRESS STATEMENT.

THE PERAK INCIDENT.

The Perak incident was raised and discussed at SUHAKAM monthly meeting on 11th May 2009.

It appears to us that during the incident that occurred in the Perak State Legislative Assembly on 7th May 2009, the police and the civil service acted in concert with the government that has assumed power in controversial circumstances, showing complete disregard for human rights. Governments may change but those who serve in the police and administration must remain loyal to the wider interest and respect human rights rather than the narrow interest of individuals who form the government of the day.

When the elected members of the Assembly met and challenged each other in the august House, the police were busily engaged in “maintaining public order”. Outside, passive demonstrators dressed in black to mourn the violation of their rights to assemble peacefully, were particularly provoked and manhandled. The Dewan proceeded even while the court was still to decide on the following Monday, four days later, who was the legitimate Menteri Besar. The pre-emptive proceedings, the motion to sack the legitimate Speaker and his removal from the House and the action of the police force have caused much concern to the people at large. It somewhat makes us wonder whether service to the people is subordinate to service to political interests. The decision of the Court declaring Dato’ Seri Mohammed Nizar Jamaluddin as the rightful Menteri Besar of Perak has further complicated matters.

Malaysia is a democratic country based on human rights and the rule of law. The political disturbances in Perak and what transpired in the Dewan on 7th May would no doubt pose a dark shadow over our efforts to promote democracy and human rights in Malaysia.

Article 21 of the Universal Declaration of Human Rights 1948 provides that the will of the people shall be the basis of the authority of the government. Judging from the events following the appointment of Datuk Seri Zambry Abdul Kadir as Menteri Besar, the incident in the Perak Assembly sitting on 7th May and the decision of the Court declaring Dato’ Seri Mohammed Nizar as the rightful Menteri Besar, it is very unlikely that the Perak issue will be resolved unless power is given back to the people. Courts action will not necessarily resolve the political situation in Perak. As Dewan Negara President Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanchik said, “the political situation in Perak has reached a stage that required the people to choose again.”

Perhaps the time has come for the people of Perak to be given the opportunity to exercise their right to choose again the Government of their choice, which is a basic human right. Only a stable government will be able to ensure the right to peace and development.

Two of the greatest gifts endowed by God to His creatures are the sense of sight and hearing. Without these there is no learning and progress. It is very encouraging that the Government under the leadership of YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak is prepared to listen to dissenting views. Hopefully the Government will also tolerate and appreciate peaceful public demonstration against unpopular policies and actions.

Human rights transcend race, status and political ranks. No person has more rights than the next one. Muslims are aware of this fundamental rights as espoused by Prophet Muhammad in his last sermon –

…All mankind is from Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a white has no superiority over black nor a black has any superiority over white except by piety and good action……

This, perhaps, will be a good basis for “1 Malaysia”.

- end -

“HUMAN RIGHTS FOR ALL”

TAN SRI ABU TALIB OTHMAN

Chairman

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

12 May 2009


-Blog Amin Iskandar @ Black

Krisis Politik Perak Makin Rumit... - malaysiakini

tok iskandar

Kredibiliti institusi kehakiman diragui rakyat terutamanya penyokong Pakatan Rakyat kerana Ketua Hakim Negara,Tan Sri Tun Zaki Azmi adalah bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib UMNO.

Ada penyokong Pakatan Rakyat yang dah menjangkakan Zambry akan diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan mahkamah tinggi semalam, hujah mereka adalah untuk membuktikan institusi kehakiman bebas, adil dan telus. Sedikit-sebanyak ketegangan berhubung krisis politik di Perak reda sekejap.

Apa pula selepas ini. Nizar dan barisan EXCOnya hanya dapat berfungsi selama 7 jam sahaja. Jika Nizar masih lagi Menteri Besar Perak yang sah tapi gagal dalam usahanya untuk mohon restu membubarkan Dun Perak, beliau akan berdepan dengan undi tak percaya di Dun Perak. Eloklah peguam Pakatan Rakyat bawak kes berkaitan status Speaker DUN S.Sivakumar ke mahkamah kerana ada kemungkinan Ganesan akan menjadi Speaker DUN ketika sidang Dun Perak bersidang kelak.

Lawan tetap lawan. Kita semua tahu UMNO cukup penakut nak berdepan dengan pilihanraya. PRK Penantipun UMNO tak nak bertanding apatah lagi Pilihanraya seluruh Negeri Perak.

Eloklah sesi penerangan untuk seluruh rakyat Malaysia diadakan agar semua tahu tembelang 1Malaysia yang berani merosakkan sistem demokrasi hanya untuk berkuasa.

MB, ADUN & EXCO PR Diarah Keluar Dari SUK - malaysiakini

Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar para ADUN dan juga EXCO-EXCO Pakatan Rakyat telah menerima arahan supaya meninggalkan Bangunan Kerajaan Negeri Perak setelah Mahkamah Rayuan menerima permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Jalan Duta petang semalam.

KUDETA mengganas lagi...!!!

Gambar Sekitar Mahkamah Tinggi Jalan Duta - malaysiakini

Gambar yang bawah sekali ni ialah gambar SS yang sempat aku snap masa dia tengah menyorok melarikan diri dari wartawan. mamat ni mencicit lari bila nampak wartawan dok tunggu depan SUK... dia ingat dunia ni luas sangaat ke? esok lusa, ada la yang terserempak ngan tikus ni nanti...

Terima kasih kepada barisan peguam-peguam hebat yang mewakili Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak yang SAH) yang bertungkus-lumus dan bersusah payah menabur bakti tanaga dan wang ringgit didalam menegakkan keadilan. aku difahamkan bahawa barisan peguam-peguam yang mewakili Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin tidak mengenakan sebarang bayaran kepada DSIN dalam kes ini.

Jasa anda tidak akan seluruh pendokong Keadilan lupakan. Ur The Man..!