Update


Berita 1 - Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak diiringi isterinya Datin Rosmah Mansor mengerjakan umrah bersama ahli keluarga serta rombongan dari Malaysia selepas pertemuan membincangkan hubungan dua hala negara dengan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud. Baginda Raja Abdullah juga merupakan Penjaga Dua Rumah Suci di Makkah.
Berita 2 - Maka bergembiralah para penyokong UMNO/Barisan Nasional diseluruh pelusuk dunia melihat pada "perubahan" yang dilakukan oleh pencipta slogan "1Malaysia"...
Tuduhan penyokong Pakatan Rakyat selama ini yang mempertikaikan betapa "Mukminnya" PM 1Malaysia dan betapa "Muslimahnya" Wanita Pertama 1Malaysia sedikit sebanyak berjaya ditangkis dengan bukti bergambar yang menunjukkan bahawa PM 1Malaysia juga "mampu", "berhajat" dan juga "telah" membawa keluarganya menunaikan apa yang muslimin dan muslimat Islam didunia lakukan.
Walaupun menunaikan Umrah bukanlah satu perkara yang wajib, tetapi tidak semua dari kita baik pro UMNO/Barisan Nasional, pro Pakatan Rakyat atau sesiapa sahaja yang beragama Islam mampu lakukan walaupun ada antara kita "mampu" dari segi kewangan. semuanya terletak pada seketul daging yang bernama "hati".
Tahniah untuk pasangan 1Malaysia.
Disebalik 2 berita diatas...
Pada awalnya aku tak berminat untuk komen apa-apa berkenaan dengan perkara diatas. bagi aku - Alhamdulillah... semoga sepulangnya pasangan 1Malaysia dari menunaikan Umrah, maka aku harap dan berdoa semoga dibukakan pintu hati pasangan tersebut dan keluarganya olah Allah untuk 1 perubahan yang lebih baik dari yang sebelumnya.
Maka aku diam... dalam aku berdiam diri, aku bekerja macam biasa, siang kekedai kopi yang biasa aku lepak dengan kawan-kawan politik pro Pakatan Rakyat dan pro Barisan Nasional sambil sembang-sembang kosong (isunya tentulah politik).
Jadi hari ni agak kecoh sedikit... bukan dari kalangan pro Pakatan Rakyat, tapi dari kalangan pro Barisan Nasional. isunya ialah Najib dan Rosmah ke Mekah... para veteran UMNO agak kecoh setelah melihat gambar yang tertera di akhbar (akhbar mana aku tak tau) yang menunjukkan bahawa pasangan 1Malaysia sedang tawaf mengelilingi kaabah.
Bukan kecoh kerana gembira, tapi kecoh kerana risau... 1hb. Ogos, 2009 ini PM 1Malaysia akan berada di Kota Bharu untuk 1 majlis besar-besaran di Kompleks Sekolah-Sekolah Kelantan. sekitar 7000-8000 manusia telah diatur untuk memenuhi majlis, 10 ekor lembu akan dikorbankan untuk santapan para tetamu.
Itu bukan isunya, isunya ialah macam mana PM 1Malaysia nak explain berkenaan dengan warna pakaian yang dipakai oleh Wanita Pertama 1Malaysia semasa menunaikan Umrah tempohari.
Aku tak reti nak komen apa-apa sebab aku bukan hebat pun dalam hal ni, jadi baik aku diam... bila aku balik, terus aku cari gambar-gambar pasangan 1Malaysia di Mekah tempohari dan rupanya betul... kaler pakaian Wanita Pertama "lain dari yang lain"...
Mintak yang lebih arif komen...
Boleh ke pakai selain dari warna putih..?
Kemaskini 9:35 AM - Akhirnya ada yang sudi memberi penjelasan...
Ihram has left a new comment on your post "Gambar Yang Menggembirakan & Meresahkan UMNO":Bagaimana Warna Kain Ihram?6 May 2009 oleh abidinKategori: KonsultasiSaya pernah pergi umrah, saya banyak melihat orang berpakaian ihram bermacam-macam, ada yang warna hitam juga. Bagaimana ketentuan kain ihram itu?0888 2xxxxJawab:Kain ihram yang paling baik adalah kain ihram yang sederhana, bersih dan berwarna putih. Kalau ada pria yang berkain ihram warna lain tetap sah ihramnya. Pakaian wanita ketika berihram bebas asal menutup semua badan kecuali muka dan telapak tangan, tidak ketat, tidak jarang atau transparan dan kalau warna putih lebih baik.http://www.jurnalhaji.com/2009/05/06/bagaimana-warna-kain-ihram/Kemaskini 12:46 PM (Dari Blog
PakKaramu) -
Salam,Blog Perisik Rakyat tanya pakaian Rosmah Mansur ketika menunaikan Umrah, Al Hamdulillah ! Perisik Rakyat hanya nak tahu itu saja, bagi Pak Karamu warna itu tak jadi soal kepada orang awam asalkan rukunnya ok akan tetapi bagi orang khusus dia ada perkiraan khusus pula, iaitu warna menunjukkan lambang yang bererti di sisi Allah sebagaimana yang Pak Karamu tulis dalam posting yang lepas.Yang perlu di fikirkan ialah mengapa hampir 100 % wanita jika bersolat di luar dari Makkah mereka berpakaian putih (bertelekung) akan tetapi apabila pergi bertawaf, Sa'ie dan sebagainya mereka pakaian yang berwarna ? adakah mereka nak tunjukkan kepada Allah yang warna pakaian mereka itu menunjukkan mereka belum lagi bersih dan ikhlas, yang nyata Allah telah memilih warna hijau untuk ahli syurga (Al-Insan ayat 21).Bagi kaum lelaki boleh di katakan mereka semuanya berpakaian putih (Ihram) ketika mereka menunaikan haji ataupun Umrah warna ini Pak Karamu tidak khilaf sebab pakaian ihram tiada yang berwarna lain selain yang putih, ertinya seolah-olah mereka memakai kain kafan (mengingat mati) Apa yang penting ialah mereka perlu tunjuk kepada Tuhan yang mereka pergi menunaikan ibadat itu dalam keadaan ikhlas sebagaimana ikhlasnya warna yang mereka pakai, walaupun ketika di luar Makkah orang lelaki pula berpakaian berwarna-warna.Ketika peristiwa Israk & Mikraj Rasullullah di pertontonkan oleh Allah para malaikat berpakaian kelabu dan putih, mereka bersolah dan Nabipun bersolat di masjid Baitul Makmur di langi yang ke 7 ataupun di langi yang ke 8 atau di sempadan antara langit 7 dan ke 8, ertinya dalam peristiwa tersebut ada di sentuh tentang Pakaian dan warna, ini tentulah warna memainkan peranan dalam masalah ibadat.Orang Barat suka warna biru dan merah, orang Yahudu suka warna kuning, orang islam suka warna hijau kerana mereka suka warna pilihan Allah buat ahli syurga (Al Insan 21) Orang yang pakai warna hitam sebab mereka merasakan mereka masih kotor atau bersedih kerana banyak dosa, yang warna pink,ungu,coklat tua dan muda ini mungkin warna di atas pagar, dan warna di antara warna-warna itu mungkin mereka yang tak tau apa nak buat, orang mudik kehulu dan hilir ikut saja la.Pak Najib sudah berpakaian putih ! kita tengok ajelah nanti sama ada dia boleh berubah ataupun tidak, kalau berubah dia memang dapat hidayah baru dari Allah dan dia kena ikhlas bekerja sebagai khalifah besar tapi ingattttt ! di kelilingnya ada banyak onak dan duri dari warna-warna yang berbagai-bagai dari kalangan pengikut yang berbagai kehendak dan cita-cita (pepat di luar runcing di dalam)Pak Karamu sebagai rakyat Malaysia dan bekas seorang tentera mengucapkan syukur kepada Menteri Perdana kerana menunaikan umrah bersama isterinya, ini bermakna juga ia sudah berdo'a kepada Tuhan supaya segala dosa terampun dan selepas ini jangan buat kerja yang tak betul yang mengikut hawa bafsu ertinya biarkan nafsu itu di situ tapi Hawanya perlu di fikirkan selalu, kerana hawalah manusia ini terjebak dengan syaitan.Jadi... kes ditutup... tak payah ulas banyak-banyak... melainkan lebih arif... mekasih...