"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 23, 2009

UMNO Perak Bergaduh..! Lanyak Jangan Tak Lanyak..!

Satu sumber berita telah melaporkan UMNO Grik telah mengambil satu tindakan protes terhadap UMNO negeri Perak dengan menggantungkan bendera UMNO setengah tiang tanda berkabung dan lebih tepatnya ialah tindakan boikot dan tidak puas hati terhadap Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Kadir.

Menurut sumber itu lagi, Umno Perak kini telah terbahagi kepada dua iaitu antara UMNO kumpulan Dr. Zambry dan UMNO kumpulan Datuk Seri Tajol Rosli yang dilaporkan bergolak dan berpecah.

Sumber - Cendawan MALAYA.

Maka aku pun menjelajah keblog nada rakyat.

Lapor nada rakyat pula...

Umno Perak Berpecah?

Tindakan UMNO Grik yang berkabung dengan menggantung bendera setengah tiang menandakan satu tindakan boikot dan tidak puas hati terhadap Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Kadir.

Menurut sumber, UMNO Perak kini telah terbahagi kepada dua iaitu antara UMNO kumpulan Dr. Zambry dan UMNO kumpulan Datuk Seri Tajol Rosli. Dikhabarkan, terdapat rasa tidak puas hati terhadap pimpinan Dr. Zambry kerana barisan EXCO KERAjaan Negeri yang dipilih mengetepikan orang-orang Tajol.

Sumber juga memberi tahu bahawa bekas ADUN BN iaitu Datuk Mokhtaruddin dan Datuk Saidin telah pun memasuki PAS. Terdapat juga bekas-bekas ketua cawangan UMNO yang lari meninggalkan UMNO dan memasuki PAS.

Sumber yang merupakan anak jati Perak (Grik) memberitahu bahawa kemungkinan besar DUN Perak akan dibubarkan dalam masa terdekat memandangkan perpecahan dalaman UMNO Perak dan tekanan berterusan daripada Pakatan Rakyat.

Komen aku - Kah kah kah kah kah...!!! UMNgOk dengan Gila Kuasa mana la boleh dipisahkan..? dah dok dalam KERAjaan HALAM pun masih bergaduh..! gila, gila, gila..!

gaduh, gaduh, gaduh..!

Kita nyanyi dulu geng..!

Bersatu kita bersatu...
Dengan setia berganding bahu...
Tipu terus menipu...
Kita tipu melayu...

Bersama kita bersama...
Menjunjung hasrat semua...
Berjasa pada kroni...
Anak isteri dan bini...

Lambang kita yang rebah dipandang keji dan haprak...
Bersatu bersedia khianat cogankatanya...

UMNgOk terus lara rompak rakyat Malaysia..!

10 comments:

faridshah said...

kah..kah..kah

syok la lagu nie, dah lama dah tak dengaq !

kalau main kat siaran2 radio Malaysia, mesti gempak kan..?!

kah..kah..kah

1Malaysia kena lebong
1Malaysia kena tipu

Pena Usang said...

Pecah jangan tak pecah, tu la namanya "Tepuk air didalam dulang... last2 kena muka sendiri"

Anonymous said...

Golek jangan tak golek
Golek lembut Daud Kilau
Kopek jangan tak kopek
Kopek hingga BN sasau

yobsedihpilu said...

mereka berlakon aje tu! habisler harta rakyat perak kena samun geng umnongok! kesian rakyat perak.

Anonymous said...

Balasan dari Tuhan kepada orang yang jahat jahat..

Anonymous said...

aku harap negara kita tak terus diranapkan oleh umno ngok dengan sikap salah guna kuasa diaorang. Kesian anak2 generasi akan datang, kalau negara runtuh sebab rasuah dan salah guna kuasa, satu hari rakyat Malaysia akan jadi cam indon atau bangla.... rakyat lelaki kita terpaksa jadi buruh kasar kat negara luar dan yg pompuan pulak dah kena jadi maid.

Tinta Hitam said...

Mereka start bergaduh bila RM dah kurang.Bila tambah RM hilang gaduh.Punca bergaduh tu bukan atas prinsip tapi fulus punya pasal..

Lantak dema lah...

CUPING MERAH said...

dah puas bergaduh dengaN puak PR dia bergaduh sama sendiri lak..

memang umngok mengganggu gugat keselamatan negara jee..

aman malaysia ni klau umngok dah tk de.

Anonymous said...

Orang Umno grik tak gaduh pun , PaRia-Paria lak yg sebok , nampak macam belakang rumah Nik Aziz aje , depe gantong separuh tiang , kot separuh penyokong PaRia nakkan perpaduan

armzeli said...

cuba try calunkan dalam Muzik-Muzik....mesti dok dlm ranking punya..//