"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 01, 2009

Masjid di RRI Sungai Buloh Betul2 Sebelah Kuil Hindu. Apa Sebab UMNO Selangor Tak Bising?

Masjid RRI Sungai Buloh adalah masjid terdekat bagi saya untuk mengerjakan solat Jumaat ataupun apa2 solat berjemaah. Malahan, saya banyak kali juga bersolat tarawih di Masjid RRI Sungai Buloh. Yang menjadikan masjid (bukan surau) ini unik adalah kedudukan masjid ini yang bersebelahan sebuah kuil hindu.

Sesiapa sahaja yang pernah bersolat di Masjid RRI Sungai Buloh akan pasti melihat keunikan masjid ini kerana ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan sebuah kuil hindu. Dan, yang lebih menarik lagi adalah masjid ini bebas mengumandangkan azan, iqamat dan kuliah agama melalui corong pembesar suara tanpa apa2 halangan dan masalah, sepanjang yang saya tahu.

Sepanjang yang saya tahu juga masjid ini sudah berkedudukan sebegini semenjak bertahun-tahun yang lampau dan selama itu, Selangor berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional/UMNO.

Soalnya sekarang, mengapa UMNO Selangor tidak menjadikan kedudukan masjid tersebut sebagai isu? Mengapa surau Al-Jannah (bukan masjid) yang akan terletak 120m dari tapak kuil baru itu pula dijadikan isu oleh UMNO Selangor dan beberapa NGO Melayu yang pro UMNO?

Memang Dalang Sebenar Kes Ini Adalah UMNO

Kalau betul-betul ikhlas memperjuangkan kedudukan surau dan masjid, maka diminta perjuangkan dahulu masjid RRI Sungai Buloh yang terletak betul-betul bersebelahan dengan sebuah kuil hindu?

Di sini jelas kepada kita, bahawa isu pemindahan kuil ke Seksyen 23 adalah MAINAN UMNO SEMATA-MATA. Kalau mengikut maklumat yang saya dapat, dalang penghasut nombor satu adalah Pengerusi Persatuan Penduduk di situ bernama Cikgu Zainuddin.

Biasanya, pengerusi2 persatuan penduduk adalah UMNO kerana mereka ini menjadi pengerusi sejak dari zaman UMNO memerintah lagi. Tak hairanlah Cikgu Zainuddin ini menjadi hero dalam menghasut penduduk setempat menentang idea pemindahan kuil ini.

Malah, saya mendapat maklumat Cikgu Zainuddin ini juga sedang merebut kedudukan sebagai Pengerusi Surau Al Jannah Seksyen 23 itu. Itulah juga sebabnya Pengerusi Surau Al-Jannah yang ada sekarang turut dimaki dan dipersalahkan.

Bagi saya, UMNO adalah satu wabak penyakit dan kita tidak harus mempercayai mereka dalam apa-apa perkara. MEreka dilatih untuk berbohong dan menipu. Kita tidak boleh mengikut cakap2 mereka kerana mereka kuat menipu.

Maklumat Tidak Tepat dari Blog http://pewarisummah.blogspot.com/

Kalau benar berlaku tindakan gangster dan kurang ajar dari masyarakat Hindu di Seksyen 19, mana buktinya?

Kenapa tiada report polis atau aduan bertulis dari mana-mana pihak berkenaan isu ini? Ertinya maklumat dari blog ini TIDAK TEPAT dan TIADA ASAS SAMA SEKALI.

Tulang Besi

Monday, August 31, 2009

1Malaysia..! 31hb. Ogos, 2009 - Hari KeBANGSATan Negara..!

Terkini dari stesen minyak diseluruh negara - semua pam-pam minyak kecuali pam-pam diesel dilihat sedang bekerja keras mengeluarkan hasil bumi yang telah diproses untuk diisi kedalam tangki-tangki besi mesen-mesen bergerak di seluruh negara.

Para pemandu kelihatan berpanas-panasan dan berpeluh-peluhan didalam kereta masing-masing sambil mengunyah juadah berbuka puasa.

Kelihatannya seperti perayaan susulan sambutan hari kebangsaan negara. lebih tepat lagi, 31hb. Ogos, 2009 perlu juga diingati dan disambut sebagai "Hari KeBANGSATan Negara".

31hb. Ogos, 2009 - 1Malaysia, Rakyat DidaHULUkan, Isi Minyak Diutamakan..!

Artikel Pembaca: UMNO Komited Menjahanamkan Agama Islam

“Kebelakangan ini, usaha-usaha pihak tertentu untuk memurtadkan umat Islam berterusan. Usaha ini dipelopori oleh golongan bukan Islam khususnya Kristian.

Ini tidak pelik kerana seorang penganut Kristian yang komited dengan agamanya tentulah ingin mengembangkan ajaran agama yang dianutinya. Apa yang pelik ialah wujudnya anasir-anasir dalam UMNO dan NGO-NGO yang bersekongkol dengan golongan ini.

Artikel ini membentangkan secara ilmiah 6 kaitan terperinci puak-puak ini agar kita peka dengan masalah murtad yang semakin menjadi-jadi, khususnya sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Apabila ada ahli UMNO yang membicarakan soal murtad, eloklah kita sergahkan hujah-hujah ini didepan mukanya.

1. MENGHALANG HUKUMAN KE ATAS GOLONGAN MURTAD

Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW telah meletakkan garis panduan yang jelas dalam isu murtad. Selepas diberi penerangan dan penjelasan dalam satu tempoh jangka masa, hukuman perlu dikenakan ke atas golongan riddah atau golongan murtad ini. Majoriti ulamak berfatwa hukuman mati boleh dikenakan.

Di Malaysia, UMNO dan Sister in Islam merupakan golongan yang paling kuat menentang syariah Islam. Ini secara langsung menyumbang kepada gejala murtad.

2. KEMPEN MEDIA UMNO UNTUK BURUKKAN ISLAM

Dalam keghairahan UMNO menyerang PAS, UMNO mengambil keputusan menyerang sama syariah Islam yang diperjuangkan PAS. Kesannya, media UMNO selalu memainkan isu-isu yang memburukkan agama Islam khususnya Shariah Islam dengan harapan dapat menjejaskan imej PAS. Ini secara langsung membuatkan golongan muda-mudi yang kurang pegangan agama menjadi benci kepada Islam.

3. UMNO HALANG USAHA DAKWAH

Contoh termudah ialah universiti yang dibawah telunjuk UMNO seperti Uitm di bawah Misai Lebat menghalang apa-apa aktiviti usrah dan perbincangan agama dikalangan pelajar. Pada masa yang sama, pelajar diperlakukan seperti lembu yang dicucuk hidung apabila digunakan oleh UMNO untuk berdomstrasi. Usaha menghalang dakwah ini melemahkan lagi peganagn agama mereka.

Suatu contoh mudah. Sewaktu kelas berhubung faraid, seorang pensyarah Uitm membaca ayat Quran lalu menjelaskan bahawa bahagian anak lelaki dua bahagian dari bahagian anak perempuan (dalam harta pusaka). Pelajar-pelajar perempuan lantas bangun lalu mengatakan ayat ini tidak adil. Inilah contoh kejahilan pelajar Uitm yang jahil agama dek kerana UMNO..

4. UMNO membudayakan maki hamun Ulamak

UMNO membudayakan memaki hamun ulamak. Ulamak merupakan golongan pewaris Nabi yang memperjuangkan syiat Islam. Rata-rata ahli UMNO yang saya kenal amat benci kepada para ulamak kerana padqa mereka, ulamak merupakan golongan politik. Mereka lupa bahawa Rasullullah SAW dan para sahabat Nabi juga merupakan pemimpin negara. Ahli UMNo asyik dengan khayalan mereka hendak memisahkan Islam dari kehidupan dan politik. Ini membuatkan golongan muda menjauhi masjid dan ulamak dan akhrinya mudah murtad.

5. BUNUH/ISA ULAMA'

Contoh ulamak yang terbunuh ialah Ustaz Ibrahim Libya. Ustaz-ustaz yang cuba membantu umat ISlam yang disembelih oleh orang-orang Kristian di Ambon dahulu juga telah di ISA kan oleh UMNO. Mujurlah sebahagian telah dibebaskan.

6. MENGHALANG USAHAWAN ISLAM

Untuk menarik minat orang Islam kepada Kristian, golongan missionary telah mengeluarkan dana yang banyak. Sebahagian besar datang dari usahawan Kristian. Golongan usahawa Islam Melayu pro-PAS pula dihalang dan dilanyak perniagaan mereka oleh UMNO dan akhrinya usahawan Islam kekurangan dana untuk berdakwah. Contoh termudah ialah usaha UMNO menggunakan barua-barua mereka di dalam Biro Tatanegara yang memberi amaran kepada golongan professional tajaan kerajaan untuk tidak memberi sebarang ruang kepada usahawan Melayu pro-PAS agar lingkup bisnes mereka..

Harussani yang dahulunya cukup lantang menentang gejala murtad sudah menyepi sejak berkasih sayang dengan UMNO balik. Entahlah dunia..

PERGI JAHANAM UMNO!!!!

Sumbangan - Anonymous August 31, 2009 5:41 PM

PM Najib: Si Bodoh Yang Sempurna...

Rakyat perlu runtuh tembok pemisah antara kaum: Najib
  • KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan cabaran terbesar rakyat Malaysia hari ini ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada, di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah yang wujud di antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
  • Perdana Menteri berkata, masa yang berlalu menyaksikan jambatan yang dibina oleh pejuang terdahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang cuba menangguk di air keruh.
TPU - Tembok pemisah yang wujud di antara masyarakat pelabagai kaum di negara ini..?

Aik..? Cina gaduh dengan MeLAYU ke..? aik..? India gaduh dengan MeLAYU ke..? aik..? Cina gaduh dengan India ke..? aik..? bila..?

Najib... Najib... you are perfectly Moron..!

Ini la dunia UMNO/BN... dunia Khayalan... orang lain dah lama dah pecahkan tembok tu, sebelum tahun 1998 lagi, UMNO/BN masih tak sedar-sedar... sabab tu la tak berjaya...

Kalau nak peruntuh, kena la peruntuh benda yang ada... kalau benda dah tak de... nak peruntuh macam mana..? Bodoooooooooh...!!!

*Tolong bagi tau aku kat mana kaum-kaum pelbagai ni bergaduh... aku nak gi amik gambar...

Harga Minyak Naik Berkuatkuasa Tengah Malam Ini..?

Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

Saturday, August 29, 2009

Demo Kepala Lembu: Samy Vellu Pun Marah...

1Malaysia dah tahu mengenai Protes pembinaan Kuil di Seksyen 23 Shah Alam yang didakwa dianjurkan oleh Persatuan Penduduk berarak ke perkarangan Bangunan SUK.

Dalam perhimpunan ini EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Dato Dr. Hassan Ali turut terkena tempias dari Demo yang dimanipulasikan oleh Ahli UMNgOk/BN sebagai tidak 1Malaysia...

Lalu Presiden MIC pun melenting la...

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.
"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.

Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.

"Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," tambahnya.

Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.

Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini.

Dari : Malaysiakini

Utusan: Media Penipu Teragung Di Malaysia..!

Sumber - sini

Menatang portal ni je yang lapor 200 orang, tempat lain aku bukak semua lapor hampir 50 orang...

Gila penipu... bulan Ramadhan pun sama, bulan lain pun sama... Utusan - dulu, kini dan selamanya menipu...

Demo Kepala Lembu: Kenyataan BODOH... Khir & Hassan Ali Terlibat..?

  • Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.
  • "Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.
  • Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.
1 - Bukan masalah misteri atau tak misteri, masalahnya, kau ada dekat situ, masalahnya kau salah sorang yang pijak kepala lembu tu... masalahnya sekarang ni masalah dah besar sebab keBODOHan kau... BODOH..!

2 - Lagi 1, kau tak layak jadi Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam... sebab... orang setempat dekat kawasan kau pun kau tak kenal... BODOH..!

3 - "Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan." - pimpinan PAS khususnya Dr Hassan Ali kena ambik tindakan. kalau Hassan Ali tak ambil tindakan, PAS kena siasat penglibatan Dr Hassan Ali disebalik demo ni.

Kita dah banyak dengar ceriat-cerita tak baik pasal pimpinan PAS sorang ni, dan banyak kali juga Hassan Ali buat kerja BODOH. tolong siasat siapa dalang disebalik demo kepala lembu ni.

Adakah gabungan Dr Hassan Ali dan Khir Toyo terlibat..?

UMNO Perguna Pelajar

Dibayar antara RM20-30 setiap seorang. Diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.
Demikian antara penemuan dalam siri kempen Barisan Nasional (BN) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini.

Setelah disiasat rupa-rupanya UMNO mempergunakan murid-murid sekolah yang dipilih daripada beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk tujuan menjadi 'pasukan sorak' bagi Barisan Nasional (BN) di hari pembuangan undi Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu.

Pasukan itu dibentuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican supaya jentera UMNO dan BN nampak ramai sekaligus membuktikan sokongan pemuda terhadap parti itu telah kembali sepertimana yang terjadi di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan.

Murid sekolah yang dikesan itu diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda UMNO Kepala Batas. Mereka ini menaiki motor berkonvoi ke sana ke mari menyesakkan lagi lalu lintas dan bila sampai ke pondok PAS mereka akan melaungkan berbagai slogan provokasi untuk membangkitkan kemarahan jentera Pakatan Rakyat.
Manakala ada yang berbaju biru kehitaman dan tertera perkataan 'Kesatria Pemuda' merupakan sebahagian daripadanya tetapi mereka ini hanya berkumpul di Unit Peti Undi (IUPU) tertentu sahaja contohnya di Kampung Pelet, Bukit Indera Muda dan Kubang Semang bagi menyemarakkan lagi sokongan pada BN dengan melaungkan slogan ciptaan UMNO.

Demo Kepala Lembu: KP UMNO Selayang Terlibat..!

Dekat sebelah ni ialah gambar Ketua Pemuda UMNO Selayang... dia ni salah seorang yang terlibat dalam perhimpunan kepala lembu di Shah Alam...

Ketua Pemuda UMNO Selayang..? dok sebok hal dekat Shah Alam apahal..?

Tengok dalam rakaman video dekat bawah... mamat ni yang pakai baju kaler merah kusam sebelah kiri... (diakhir rakaman)...