"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 28, 2009

Hassan Ali Tersingkir Dari Jawatan EXCO Selangor..?

Entah betul, entah tak betul, aku tak dapat nak sahkan lagi... tapi 1 mesyuarat khas Kerajaan Pakatan Rakuat Selangor telah diadakan petang tadi dan antara yang diperbincangkan ialah kedudukan Dr.Hasan Ali dalam EXCO Selangor.

Maklumat awal mengatakan bahawa beliau (Dr.Hasan Ali) telah disingkirkan dari jawatan EXCO yang didudukinya semenjak Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan di Selangor.

Walaubagaimanapun, kita masih menunggu keputusan akhir mesyuarat khas PAS malam ini. mungkin juga keputusan akhir mesyuarat PAS malam ini yang akan menentukan kedudukan beliau dalam jawatan EXCO Selangor..?

Entah... korang ingat aku tau semua benda ke...???

Al-Banjari WAJIB Release Rakaman Pertemuan..!

Beberapa detik kebelakangan ini, isu UG kembali hangat diperkatakan dan ada juga sesetengah pihak mengaitkan isu UG sebagai punca PAS kehilangan sokongan masyarakat bukan melayu dalam PRK Bagan Pinang.

Antaranya juga ada yang mengaitkan kenyataan-kenyataan dan tindakan-tindakan mereka-mereka yang pro kepada UG di Selangor sebagai punca penolakan pengundi bukan melayu di Bagan Pinang... maka isu ini kembali dimainkan dan mereka-mereka yang dilihat sebagai pro UG kembali menjadi "punching bag" didalam kebanyakan blog-blog dan website-website pro Pakatan Rakyat termasuk website aku ni ha...hahaha...

Terkini dan ternow pula, telah didedahkan 1 pertemuan "rahsia" antara pimpinan PAS Selangor yang dikatakan pro UG dengan beberapa orang blogger pro UMNO dan pro UG... antaranya yang dijemput ialah Al-Banjari... ceh...

Tapi atas beberapa sebab, maka Al-Banjari tidak dapat menghadiri pertemuan tersebut tetapi berjaya juga Al-Banjari menghantar seorang "stringer" ke majlis tersebut...

Maka timbul lagi persoalan kenapa geng-geng pro UG ini hanya menjemput beberapa blogger pro UMNO dan tidak pula orang-orang ini membuat jemputan terbuka kepada mana-mana blogger yang berminat... aku naik heran... padahal setahu aku majlis tersebut dibuat sebagai inisiatif geng-geng yang "dituduh' sebagai pro UG bagi mempertahankan serangan-serangan dan fitnah dari media UMNO/Beer eNd dalam isu tersebut.

Gila..!

Selepas berakhirnya pertemuan tersebut, Al-Banjari telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai rakaman ucapan atau apa yang layak dipanggil sebagai sembang-sembang santai antara Pimpinan PAS yang hadir dengan blogger-blogger yang hadir... BOM...!!!

BOM...!!!???

Ya... untuk lebih lanjut aku telah menalipon Al-Banjari untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat yang lebih jelas berkenaan rakaman dan juga apa yang dikatakan oleh geng-geng pro UG dalam pertemuan tersebut.

Maka berkatalah Al-Banjari (aku ringkaskan perbualan aku dengan Al-Banjari) - rakaman tersebut akan dilepaskan selepas mesyuarat penting malam ini.

Terus aku naik angin...

Pada aku (mengikut apa yang aku faham dalam komunikasi dengan Al-Banjari), rakaman tersebut sekiranya didedahkan akan memberi impak yang besar kepada mereka-mereka yang selama ini "dituduh" sebagai pro UG dan juga akan menjadi satu point yang besar untuk dijadikan rujukan dalam membuat apa-apa keputusan dalam mesyuarat PAS malam ini.

Jadi, semalam melalui perbualan dengan Al-Banjari, aku dah mintak supaya dia melepaskan rakaman tersebut dalam blognya sebelum mesyuarat diadakan malam ini dan ini penting untuk perwakilan yang hadir membuat keputusan.

Aku tak nak disebabkan ada maklumat penting yang tidak sampai kemesyuarat malam ini, perwakilan akhirnnya telah membuat keputusan yang salah dan merugikan PAS dan Pakatan Rakyat.

Last call - Al-Banjari, aku harap rakaman tersebut dapat direleasekan SEGERA (tanpa editing) supaya semua pihak dapat menilai mereka-mereka yang dikatakan sebagai pro UG dan ini juga penting bagi mereka-mereka yang akan membuat keputusan malam ini dan sebarang perbuatan menyembunyikan maklumat penting, adalah SALAH disisi perjuangan (ini undang-undang baru..!).

Aku tak nak ada yang tepuk dahi sebab salah buat keputusan malam ni. bila dah tepuk dahi (alamak...kalau ana tau macam ni, x de la ana ambik keputusan macam tu tadi... masya-Allah...) maknanya "Nasik Dah Jadi Bubur"... "

Kalau nasik dah jadi bubur, Al-Banjari akan dipersalahkan oleh aku sebab dia menyembunyikan maklumat penting (dia cakap penting dan ada impak besar kalau direleasekan). sebarang kerosakan dalam parti PAS dan Pakatan Rakyat juga gua akan letak atas kepala Al-Banjari. hahaha...!!!

Jadi... release it..! (sebelum mesyuarat PAS malam ni)

Bagi pihak aku pula, setiap keputusan Mesyuarat PAS malam ini akan diterima (bukan sebab wala'... aku bukan ahli PAS, sekadar menyokong perjuangan rakyat).

Aku dalam proses mengatur 1 pertemuan dengan Pimpinan-pimpinan PAS pro UG dengan blogger-blogger Pakatan Rakyat termasuk Barisan Rakyat Blogger. tujuannya..?

Akan diterangkan kemudian... yang pasti - Demi Masa Depan Pakatan Rakyat.

Tunggu Al-Banjari...

Tuesday, October 27, 2009

Minta Nik Abduh Tunjuk Siapa Yang Berbohong

Ustaz Nik Abduh, EXCO pemuda PAS Pusat telah dipetik Malaysiakini mengeluarkan kenyataan yang bertajuk 'Ahli PAS hanya berani berbohong'”.

Di dalam kenyataan tersebut beliau dipetik berkata:
  • ““Exco Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata sesetengah ahli PAS cukup berani berbohong dan memfitnah melalui blog.
  • "Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata-kata manusia dan peristiwanya.
  • "Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar," tulis anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat dalam blog peribadinya hari ini.
  • "Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia."
Saya hendak bertanya, bukankah mulanya orang mempersoalkan kewibawaan Tok Guru adalah dari artikel yang beliau tulis sendiri. Artikel yang beliau tulis sewaktu ayahanda beliau berada di Mekah jelas merendahkan kewibawaan ayanhandanya sendiri kerana beliau sendiri ayahandanya mudah diperkotak katikan.
Tok guru Nik Aziz terpaksa menjawab tuduhan2 tidak berasas yang menjatuhkan maruah beliau sebagai MB yang berjaya mengalahkan 3 Perdana Menteri. Adakah patut Tok Guru digambarkan oleh anaknya macam lembu kena cucuk hidung. Bapanya seperti boneka, tidak mampu untuk membuat penilaian dan perkiraaan sendiri. Lupakah Nik Abduh, ayahandanya telah mengalahkan 3 Perdana Menteri sekaligus pernah berlawan dengan Paduka Sultan Kelantan sendiri?

Ertinya kempen fitnah terhadap ayahandanya adalah dimulakan oleh Nik Abduh sendiri. Saya tak faham apa jenis anak yang sanggup memalukan orang tua sendiri. Anak Abdullah Ubai sendiri meminta kebenaran dari Rasul SAW untuk membunuh ayahnya yang munafiqeen kerana beliau tidak mahu berdendam dengan orang2 yang akan membunuh ayahnya.

Orang lain, bagaimana teruk bapa, akan cuba melindungi keaiban bapanya. Tapi, Nik Abduh pergi sebar cerita bohong kononnya ada pihak ketiga dan bapanya seperti lembu cucuk hidung.

Tok Guru sendiri menafikan tuduhan ini yang sebenarnya tuduhan ini berasal dari artikel yang ditulis oleh Nik Abduh sendiri. (“Saya Sudah Tua Untuk Didalangi”)

Sekarang ni, bila timbul isu hangat sebegini, dia cabar pula minta orang jangan sebar fitnah. Nik Abduh sendiri tidak pernah menamakan orang-orang yang beliau tuduh menghasut bapanya itu.

Ertinya, jangan berani menuduh orang kerana yang jelasnya tuduhan itu akan kembali kepada dirinya sendiri. Nik Abduh sendiri tidak dapat membuktikan dakwaan beliau kononnya ayahandanya telah termakan hasut. Malahan, tuduhan ini telah dinafikan oleh Tok Guru secara terbuka.

Ada pulak mamat sekor dari PAS Terengganu nama Saiful Bahri Mamat pun nak tumpang sekaki keluar kenyataan yang sama (PAS Terengganu Dakwa Ada Pihak Ketiga).

Jangan sampai saya dedah pasal Nik Abduh pulak sebab saya hormat bapanya dan saya rapat dengan pakciknya, Ustaz Nik Radzi. Nasihat saya pada Nik Abduh, berhenti pandang rendah pada bapa sendiri. Berhenti jadi alat orang lain. Cuba belajar dari pengalaman ayahanda yang telah berjaya mengalahkan 3 orang Perdana Menteri. Bukan itu satu perkara yang mudah, tapi ayahanda Nik Abduh berjaya melakukannya.

Tulang Besi


Nota: Kalaulah Mahfuz panggil saya dan Mahfuz hentam mana-mana pimpinan PAS Pusat, itu tak pa sebab saya ahli PAS, blogger PAS dan Mahfuz adalah pimpinan PAS. Itu cuma hal dalam rumah tangga PAS. Ia tidak kemana. Saya tahu simpan rahsia.

Tapi, bila panggil blogger yang doa tok guru mati cepat (Mahaguru59), maki Tok Guru macam takda maruah (Akramsyah), fitnah Husam Musa (MSO) dan beberapa blogger UMNO lain yang mulut lancang dan kuat amalkan dosa Qazaf, lepas tu maki Husam Musa, tuduh ada pengaruh Anwar dalam PAS, buat fitnah kepad PAS dan kepimpinan PAS yang lain, maka itu adalah satu pengkhianatan kepada parti.

Bertemu Blogger2 UMNO & Pro UMNO Untuk Memfitnah Sesama Pimpinan PAS..?

Sesungguhnya saya mendapat laporan telah berlaku perjumpaan anjuran Roslan SMS dan Ustaz Mat Zain di KUIS tempohari untuk membincangkan bagaimana hendak menangani masalah2 blogger yang ramai dan majoriti “hostile” pada kepimpinan PAS Selangor.

Tidak sangka2 saya satu perjumpaan telah dianjurkan dengan beberapa orang blogger UMNO (dan PAS ada jugak) yang mana blogger2 ini jelas menampakkan kebencian mereka kepada Tok Guru Nik Aziz kita. Namun, mereka dijemput dalam satu pertemuan ramah mesra dengan kepimpinan PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Dato Hasan Ali.

Misalnya, dijemput dalam majlis itu, si Mahaguru59. Saya menulis satu artikel khas mendedahkan bagaimana dia pernah mendoakan Tok Guru Nik Aziz mati cepat. Juga dalam jemputan adalah Akasyah Sanusi Junid yang merupakan anak kepada Sanusi Junid, musuh tradisi PAS Pusat dan juga kawan saya satu sekolah agama dulu. Beliau juga tidak kurang nista dan fitnah beliau ke atas Tuan Guru Nik Aziz yang kita cintai itu.

Ada juga Mohammad Sayuti Omar/MSO/Tinta Merah yang juga saya telah jelaskan aktiviti beliau memfitnah Dato Husam Musa sehingga imej Kerajaan Kelantan terjejas sedikit akibat laporan BPR yang dilakukan oleh Norzula Mat Diah. Norzula telah membuat beberapa laporan BPR berdasarkan kepada artikel2 yang diterbitkan oleh MSO hasil dari rasa marah MSO kepada Husam kerana tidak mahu membantu rakan bisnes beliau yang UMNO dalam isu pembelian kambing Jamnapuri.

Ada juga Azizi Abdullah yang juga terkenal pro kepada Fraksi UMNO. Dan lain-lain lagi. Ada juga seekor blogger yang menggunakan nama “Blog GOMO” yang memanggil Tok Guru kita dengan nama Nik Ajis.

Selain dari itu, dijemput juga seorang Blogger nama Al Brangi yang memang bai'ah kepada kepimpinan PAS Terengganu. Kalau baca laporan beliau amat berlawanan dengan laporan blog dari Al-Banjari yang juga telah dijemput.

Tup tup dia pegi jemput juga Al Banjari, tu yang meletup isu ini sampai ke puncak. Dari pembacaan saya pertemuan tersebut adalah untuk membina satu pasukan blogger yang mampu mempertahankan kepimpinan PAS Selangor dan juga Fraksi UMNO di dalam usaha mereka membawa PAS kepada UMNO.

Perkataan2 Yang Tidak Enak Yang Diungkapkan Di Hadapan Blogger UMNO


Oleh kerana Al-Banjari mempunyai imej yang hanya berkata benar dan mempunyai rekod bersih berkata benar, maka di bawah di bawa beberapa ungkapan yang telah diungkap oleh Ustaz Nasa dan Hasan Ali di hadapan blogger2 UMNO yang dilaporkan di blog beliau :

Dilaporkan dalam blog Al-Banjari bahawa telah berlaku satu pertemuan antara Blogger dengan Dato Hasan dan ustaz Nasauddin Mat Isa di kediaman Dato Hasan di Pinggir Taman Tun Dr Ismail.

Laporan beliau adalah :
  1. Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah dibincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.
  2. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Diketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.
  3. Husam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.
Sumber - http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/bongkar-artikel-gomo-yang-dipertikaikan.html

Al-Banjari memberi respon kepada laporan dari seorang blogger UMNO yang turut dijemput. Dan beliau mengesahkan ungkapan2 di atas telah datang dari kepimpinan PAS yang hadzir. Al Banjari kata dia ada recording lagi berkaitan dengan perjumpaan tersebut bagi menentang laporan2 liar dari sumber2 UMNO.

Walau bagaimanapun, ungkapan2 di atas DISAHKAN oleh Al Banjari.

Bolehkah Mengeluarkan Fitnah Pada Sesama Pimpinan?

Kalau benar apa yang disahkan oleh Al Banjari, maka ia bererti:
  1. Isu kerajaan Perpaduan masih lagi berlegar dan masih kuat dalam mind Fraksi UMNO.
  2. Fitnah “Husam agen Anwar” masih lagi disebarkan oleh mereka2 yang pro kepada UMNO.
  3. Kata2 seperti “wala’” kepada pimpinan hanya kata2 kosong dari mereka kerana jelas mereka sendiri menaja fitnah ke atas Husam Musa.
  4. Mereka mahu menyembunyikan hasrat membawa PAS kepada UMNO dengan menaikkan isu “pengaruh Anwar”. Padahal, tiada siapa yang menjadikan Anwar sebagai rujukan dalam isu ni.
  5. Mereka lupa bahawa Arwah Ustaz Fadzil sendiri mahu melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Alternatif menang.
  6. Mereka kata juga mereka sokong SELCAT pada waktu yang sama mereka suruh SELCAT dirombak. DAn tiada bukti pun pegawai2 kerajaan dilayan tidak baik?
Blogger UMNO dijemput untuk membantu mereka membersihkan PAS dari pengaruh blogger yang anti kepada usaha membawa PAS kepada UMNO. Itulah motif sebenar perjumpaan dengan Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali.

Kemungkaran ini wajib dilawan dan dihentikan oleh semua ahli PAS. WAJIB.

Tulang Besi

Monday, October 26, 2009

"Saya Sudah Tua Untuk Didalangi" - Tok Guru Nik Aziz

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini menafikan percubaan mereka-mereka yang cuba untuk menyebarkan fitnah kononnya ada pihak ketiga yang menghasut Tok Guru. Antara kenyataan-kenyataan yang boleh dibaca adalah dari PAS Terengganu (PAS Terengganu Dakwa Ada Pihak Ketiga)ataupun dari Utusan Malaysia (Kumpulan liberal gunakan Nik Aziz?). Ini semua kerja fitnah yang dilakukan oleh UMNO dan Fraksi UMNO dalam PAS.

Saya sudah tua untuk didalangi — Nik Aziz
Oleh - Mohd Zuharman

KOTA BHARU, Okt 25 — “Saya dah tua tak perlu jadi didalangi orang dah. Seperti yang saya katakan saya hanya hendak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila bila. Masalah letak jawatan tu… Selagi umur saya ada, banyak lagi perkara yang belum berakhir.”

Inilah penegasan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beberapa kenyataan kononnya bukan Nik Aziz yang membuat kenyataan agar diadakan satu mesyuarat khas untuk menukar kepimpinan partinya.

Nik Aziz menafikan tuduhan kononnya dia telah didalangi pihak tertentu dalam membuat kenyataan atau cadangan tersebut dan tindakannya itu adalah sebagai tindakan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan.

Antara yang membuat kenyataan seolah-olah Nik Aziz hanya membuat kenyataan berdasarkan pandangan orang lain adalah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir yang tidak percaya kenyataan itu datang dari Nik Aziz sendiri.

Harun berkata, beliau tidak percaya Nik Abdul Aziz yang menulis di dalam blog berhubung muktamar khas itu.

“Setakat ini saya masih tak percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz buat keputusan seperti itu,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di Dewan Banat Maahad Darul Quran, Rusila, petang ini.

Katanya, walaupun perkara itu terdapat di dalam blog tok guru, namun siapa sebenarnya yang menulis tidak diketahui.

“Saya tak percaya tok guru kata. Saya rasa bukan tok guru (tulis). Saya kenal tok guru,” ujarnya.

Baginya, dengan kecanggihan yang ada sekarang, sesiapa sahaja boleh menulis dan memasukkannya ke dalam blog Menteri Besar Kelantan itu.

Kenyataan kedua-duanya membayangkan seolah-olah Nik Aziz dipergunakan oleh sesetengah pihak yang rapat dengan beliau untuk membuat kenyataan sebegitu. Yang menjadi sasaran adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dianggap sangat rapat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

Ketika ditanya media mengenainya, Nik Aziz menegas, beliau sudah tua dan tidak perlu jadi dalang orang.

Beliau memberitahu, apa yang diluahkan tidak ubah sebagai melontarkan buah pikiran demi menjaga keluhuran parti kerana parti PAS adalah sebuah parti yang dihormati oleh seluruh masyarakat.

Dan umumpun sudah maklum bahawa PAS sebelum ini memang bertindak dalam membuat sesuatu keputusan ialah secara kolektif iaitu malaui Majlis Syura yang juga berfungsi sebagai tempat membuat dasar.

“Jadi kalau ada orang yang tidak setujupun tidak mengapa, saya tidak kecewa. Saya Cuma beri idea bila timbul sesuatu yang memaksa saya buat begitu,” katanya yang juga sedikitpun tidak merasa kesal terhadap penolakan PAS Selangor mengenai cadangan itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian masjid baru, masjid Nuraini di Pasir Hor, dekat sini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen.

Semasa menjawab soalan media kemungkinan menarik balik cadangan itu atau mungkin ada pendekatan lain dalam usaha menjernihkan keadaan Nik Aziz yang juga Menteri Besar tetap bertegas tidak ada sebab untuknya menarik balik kenyataan itu kerana baginya ia adalah realiti di dalam PAS, dan juga tidak ada pendekatan lain perlu dilakukan kerana ia adalah hanya satu teguran, bukan satu perbalahan.

Dalam pada itu Nik Aziz yakin perkara yang berbangkit itu adalah bukan satu gambaran konflik dalaman membawa kepada perpecahan PAS.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berharap perkara tersebut tidak dimanipulasikan oleh semua pihak termasuk ahli PAS sendiri sebelum kenyataan rasmi parti dikeluarkan.

Selari dengan kenyataan Nik Aziz, beliau juga menafikan wujudnya perpecahan di dalam parti.

“Saya rasa tidak ada isu dalaman parti” jelasnya ringkas sambil memaklumkan akan membawa amanah Nik Aziz berhubung perkara berkenaan kepada parti samaada presiden ataupun pucuk pimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat ini.

Tulang Besi

Benarkah Tindakan Disiplin Telah Diambil ke Atas Hasan Ali?

Puak2 Fraksi UMNO dalam usaha mereka menjatuhkan imej Tok Guru Nik Aziz menyebarkan cerita kononnya pihak Presiden dan pimpinan PAS Pusat telah pun memberi amaran kepada Hasan Ali.

Mereka mahu memberi gambaran kononnya tindakan telah diambil oleh Presiden dan kepimpinan PAS Pusat berkenaan dengan Hasan Ali dan segala tindakan beliau yang jelas melanggar keputusan Muktamar. Keputusan Muktamar yang saya rujuk adalah keputusan muktamar yang mewajibkan PAS memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Semua orang tahu apa yang Hasan Ali telah lakukan dan apa yang beliau telah lakukan merugikan serta mensabotaj Pakatan Rakyat.

Saya sudah dedahkan banyak kali dalam blog ini tapi sebagai contoh, sila rujuk artikel saya yang bertajuk “Kronologi Peristiwa Hasan Ali Menentang SELCAT”.

Segala pernyataan kononnya Hasan Ali telah diambil tindakan disiplin dinafikan sendiri oleh Naib Presiden PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam blog beliau.

Dinukilkan :
Tuan Ibrahim memberi kepastian sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh kepimpinan PAS Pusat ataupun oleh AJK PAS Pusat berkaitan dengan masalah disiplin yang dilakukan oleh Dato Hasan Ali.

Saya sendiri telah merujuk kepada ramai AJK PAS Pusat dan mereka sendiri menafikan ada apa-apa tindakan yang telah diambil ke atas Hasan Ali hatta amaran sekalipun tidak pernah dikeluarkan ke atas Hasan Ali di atas segala tindak-tanduk beliau yang jelas berlawanan dengan keputusan Muktamar di Shah Alam dan Ipoh.

AJK Disiplin hanya akan mengambil tindakan memanggil Hasan Ali sekiranya ada surat rasmi dihantar kepada mereka samada dari AJK PAS Pusat, Presiden atau sesiapa sahaja yang berotoriti dalam PAS.

Nasihat saya pada para pendokong Fraksi UMNO, berhentilah menyebarkan cerita-cerita dongeng demi menyelamatkan Fraksi kamu yang semakin dibenci dan ditolak ahli-ahli PAS
Berhentilah berlindung di sebalik “title” ulama kamu hanya kerana kamu lulus Mesir ataupun Indonesia. Hakikatnya, kamu bukan Ulama dan kamu tak sepatutnya dipanggil ulama atas akhlak kamu yang buruk dan perangai kamu yang suka menyebarkan fitnah dan cerita dongeng.

Tulang Besi

Mesyuarat Jawatankuasa Khas PAS Rabu Ini

PAS memanggil satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu ini bagi membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya berkata, mesyuarat itu akan diadakan jam 8.30 malam Rabu ini.

Surat jemputan untuk mesyuarat ini akan dikeluarkan segera oleh beliau.

Mustafa berkata, beliau mendapat arahan dari Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar memanggil mesyuarat khas itu.

Mesyuarat ini, katanya, akan membuat keputusan apa akan dibuat selepas ini.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS juga akan mengadakan mesyuaratnya segera. Ia akan diadakan lebih awal iaitu malam ini di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat ini juga dipercayai ada kaitan dengan tulisan Tuan Guru Nik Aziz dalam blognya.

Sumber - HarakahDaily.Net

Menjelaskan Beberapa Fitnah ke Atas Kepimpinan PAS yang Sudah Bertahun-Tahun Berlegar

Saya sendiri telah mendengar fitnah ini selama beberapa lama. Semenjak saya duduk dalam kepimpinan kampus lagi. Yakni telah wujud satu usaha untuk mencipta sebuah jemaah dalam jemaah. Dan jemaah tersebut dikaitkan dengan kumpulan yang dipanggil sebagai IRC/JIM.

Saya sendiri antara mereka-mereka yang kuat menentang IRC/JIM/MISG sewaktu di kampus dahulu dan saya tetap berpegang dengan pendapat bahawa di kampus2 seharusnya semua jemaah Islam duduk di bawah payung PAS dan bukannya berlawan sesama sendiri.

Fitnah yang selama ini saya dengar menamakan beberapa nama yang mereka kaitkan sebagai “jemaah dalam jemaah” dan mereka-mereka ini dikatakan sebagai pemimpin JIM dalam PAS. Suka saya menggunakan peluang saya ini untuk memberi beberapa fakta yang bakal menguraikan fitnah ini :

Nama-nama yang dikaitkan mencipta “jemaah dalam jemaah” adalah:
  • Khalid Samad – Nama ini adalah nama yang paling kelakar dan paling tidak logic antara nama-nama yang sering diungkap dan diperkatakan. Ini kerana Khalid Samad adalah penggerak “Suara Al Islam” sewaktu di UK dahulu dan Suara Al Islam adalah musuh ketat JIM/IRC. Sebaik beliau kembali ke Malaysia, beliau masuk PAS dan bertanding pilihanraya di Kuala Kerai.
Ceramah Politik PAS yang pertama saya dengar adalah ceramah yang diberikan oleh Khalid Samad sewaktu Markaz Tarbiyyah masih belum siap. Khalid Samad juga pernah ditangkap ISA kerana aktiviti beliau dalam PAS.

Di Selangor, yang kerap menyebarkan cerita Khalid Samad ni JIM/IRC adalah Ustaz Mat Zain, ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Mustahil Khalid Samad ni IRC/JIM kerana beliau berpewatakan keras dan agresif. Mereka2 yang dilatih dan ditarbiyyah JIM/IRC mempunyai perwatakan halus dan lembut.
  • Dr Hatta Ramli – Dr Hatta pun sering dikatakan sebagai pencipt jemaah dalam jemaah dan menjadi penggerak JIM dalam PAS. Saya pernah mendengar ceramah Ustaz Othman Razak, bekas SU Kerja sewaktu zaman Asri. Beliau berkata sewaktu beliau bertanding kerusi Parlimen Setapak pada Piliharaya Umum 1982, beliau tiada jentera dan kesemua anak-anak murid beliau juga tidak mahu berkempen untuk beliau.
Yang berani turun berkempen untuk beliau HANYALAH kumpulan-kumpulan pelajar dari Kampus Medik UKM di Kampung Baru pimpinan Dr Hatta Ramli. Sekali lagi saya sebut, DR HATTA RAMLI. Jadi, bagaimana Dr Hatta Ramli ini JIM kalau beliau sudah berkempen dan aktif dalam PAS semenjak 1982 lagi, di waktu PAS amat lemah dan dipandang hina?
  • Husam Musa – Ini lagi cerita mengarut sebab Husam Musa masuk PAS sejurus selepas deklarasi kepimpinan Ulama diluluskan dalam Muktamar PAS 1982 di Dewan Bahasa Pustaka. Waktu Husam berada dalam kampus UM, IRC/JIM belum wujud lagi di Malaysia
  • Dr Syed Azman – Nama Dr Syed Azman pun dilibatkan sebagai penggerak IRC/JIM dalam PAS. Padahal, Dr Syed Azman adalah penubuh kepada gerakan PAS di USA ( waktu itu namanya MISG-Terra Haute).
  • Dr. Lo Lo Ghazali – Beliau adalah anak kepada bekas pimpinan PAS Perak, Haji Ghazali. Ertinya beliau ini telah PAS sejak kecil lagi. Bagaimana hendak dikatakan beiau ini IRC/JIM?
  • Dr Siti Mariah Mahmud - anak kepada bekas Bendahari PAS Kedah, Hj Mahmud yang tersohor di kalangan ahli2 PAS Kedah. Kalau kita rujuk kepada veteran2 PAS Kedah, semua akan menyatakan Hj Mahmud ini adalah antara yang paling berjasa kepada PAS Kedah.
  • Ustaz Mujahid Yusuf Rawa – Anak Kepada Bekas Presiden PAS Haji Yusuf Rawa. Keluarga saya mengenali Mujahid semenjak beliau kecil lagi dan kami memang tahu beliau ini hijau sekarat-karatnya. Tidak mungkin beliau boleh dijadikan jemaah lain, kerana beliau PAS sejak lahir lagi.
Manakala, terdapat beberapa bekas pimpinan JIM yang menyertai PAS selepas peristiwa Anwar Ibrahim dipecat 1999:
  • Dr Dzul Ahmad - Bekas kepimpinan besar JIM namun beliau telah mengambil keputusan untuk putus hubungan dengan JIM sama sekali dan terus istiqamah dengan PAS
  • Saari Sungip - Dalam satu forum dengan pelajar2 KMUK/MISG di UK, beliau telah menyuruh supaya JIM di UK dibubarkan dan kesemuanya masuk PAS. Beliau kata beliau tidak nampak apa arah tujuan JIM yang boleh menjamin kemenangan Islam (au qama qalla).
Mengapa tidak dipersoalkan background beberapa kepimpina Fraksi UMNO?
  • Nasaruddin Mat Isa - Mengapa sewaktu beliau di Jordan, kepimpinan PAS di sana tidak mengenali beliau?
  • Dr Harun Din- Mengapa beliau hanya aktif sewaktu PAS dalam Barisan Nasional dan apabila PAS ditendang beliau sudah tidak kelihatan lagi? KAlau nak kata takutkan tekanan pemerintah, mengapa Ustaz Ghani abdul Rahman boleh terus istiqamah berjuang walaupun beliau pensyarah di UTM?
  • Mustafa Ali. – Pun hanya kelihatan sewaktu PAS dalam Barisan Nasional. Sewaktu sebelum itu, kita tidak mengenali siapa Mustafa Ali?
Itu adalah beberapa persoalan yang boleh kita persoalkan, kalau mahu dipersoalkan lah.
Hakikatnya, PAS ini adalah seperti kuali yang panas. Kalau ada yang boleh bertahan duduk di atasnya, mengapa mahu meragui keikhlasan mereka. Tak perlu takut JIM atau tidak kerana kalau betul mereka tidak ikhlas mereka tidak akan tahan lama.

Tulang Besi

Mengapa Marah Pada Dr Aziz Bari..?

Dr Aziz Bari telah menulis sebuah artikel bertajuk “Pengajaran dari Bagan Pinang”. Natijah dari artikel Aziz Bari ini telah mengundang beberapa respon yang agak keras terhadap beliau dari beberapa tokoh dalam PAS. Antaranya adalah Roslan SMS, Ustaz Idris Ahmad dan sebuah badan dari Terengganu pimpinan Ustaz Abu Bakar Chik.

Semua respon yang memarahi Aziz Bari itu mempunyai satu hujjah yang sama, yakni, mereka mempersoalkan mengapa apabila PAS menang di semua pilihanraya kecil sebelum ini, yakni Permatang Pasir dan Manek Urai, tidak diminta pimpinan PAS ditukar seperti yang dibuat oleh Dr Aziz dalam artikel ini?

Jawapannya amat mudah, sebelum kedua-dua pilihanraya tersebut, tidak ada isu2 besar ini :
  1. Isu Kuil Seksyen23 dan Demo Kepala Lembu – Juga kepimpinan PAS senyap dan tidak membuat apa-apa kenyataan. Malahan, MIC dan MCA telah menyebarkan cerita bahawa Dato’ Hasan telah menentang pemindahan kuil S19 ke S23 atas dasar, kononnya, ia tidak diperkenankan Paduka Sultan.
  2. Isu ancaman bunuh serta ancaman rogol keatas Khalid Samad dan YB Rodziah dalam “Town Hall Meeting” berkaitan isu pemindahan kuil S23.
  3. ISU SELCAT- Jelas Hasan Ali MENYOKONG pihak pegawai2 kerajaan yang terdiri dari ahli UMNO dan telah melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Dato Hasan secara terang-terangan menyokong pegawai2 ini dan meminta SELCAT supaya dirombak.
  4. Dalam kedua2 isu-Kuil dan SELCAT- Presiden dan Timbalan Presiden PAS senyap sunyi tidak membuat apa-apa kenyataan umum bagi meleraikan kekusutan yang berlaku. Malahan dalam isu SELCAT, Timbalan Presiden PAS secara terang-terang menyokong tindakan Hasan Ali yang jelas khianat kepada Pakatan Rakyat (Rujuk Kronologi Peristiwa Hasan Ali Menentang SELCAT )
Sekaligus, isu2 di atas menafikan sama-sekali hujjah mereka yang tidak bersetuju dengan artikel Dr Aziz Bari, dan menampakkan keperluan berlaku perubahan drastic dalam PAS. Kalau tidak saya melihatkan pengulangan trajedi 2004 ke atas PAS.

Isu-isu yang Telah Mengguris Hati Pengundi Bukan Melayu


Isu-isu di atas adalah isu yang berlaku selepas PRK Permatang Pasir. Isu2 ini telah MENDEDAHKAN kepada rakyat bukan Islam wajah sebenar PAS di bawah kepimpinan Fraksi UMNO. Ia menunjukkan bahawa PAS :
  1. Mempunyai Presiden yang baik hati dan mesra rakyat tapi TIDAK MAMPU memimpin kerana mudah dipengaruhi Geng Terengganu. Boleh tanya sesiapa sahaja dari kalangan pegawai2 kerajaan di Terengganu dan mereka akan mengatakan demikian.
  2. Perjalanan PAS sudah menyeleweng dari janji-janji mereka sewaktu sebelum PRU 2008 dimana PAS menjanjikan “PAS for ALL” dan “Negara Berkebajikan”.
  3. Namun sekarang ini, PAS sudah meninggalkan janji tersebut dan mengambil fahaman “Hidup Melayu” pula.
  4. Tindakan2 melampau Hasan Ali ini merugikan PAS, namun ianya dibiarkan sedemikian rupa tanpa apa-apa pembalasan menunjukkan PAS redha dengan arah tujuan “Hidup Melayu” yang sedang diambil oleh Fraksi UMNO sekarang ini.
Natijahnya… Secara otomatik, PAS sedang ditinggalkan oleh pengundi2 bukan Islam. Petanda-petanda yang jelas :
  1. Kita kalah di peti2 undi Cina dan India di Bagan Pinang.
  2. Kedatangan orang bukan islam ke rumah Terbuka PAS Pusat amat menyedihkan.
  3. Kedatangan orang bukan Islam ke rumah2 terbuka PAS di seluruh negara juga AMAT MENYEDIHKAN.
Kalau tanda2 ini masih tidak difahami atau dinafikan, maka saya tak tahu apa nak kata.

PAS dipimpin Fraksi UMNO

Itu adalah persepsi yang telah lama beredar dan diungkapkan oleh Dr Aziz Bari. Ianya bukan satu khayalan dan ianya berasaskan kepada fakta2 berikut :
  1. Mereka yang duduk dalam kepimpinan PAS tertinggi juga terlibat dalam perbincangan dalam gelap dengan UMNO i.e. Mustafa Ali, Nasaruddin Mat Isa, Harun Taib.
  2. Mereka sanggup MENIPU kepada AJK PAS Pusat tindakan berjumpa dalam gelap sehingga didedahkan oleh Pak Lah sendiri.
  3. Puak yang sama juga menjaja idea “Kerajaan Perpaduan” yang sama sekali berlawanan dengan semangat Pakatan Rakyat yang mahu mengganti Barisan Nasional dan bukan berpadu dengan mereka.
  4. Ustaz Ahmad Awang mendedahkan usaha melibatkan salah seorang kepimpinan tertinggi parti untuk menubuhkan kerjaaan perpaduan PAS-UMNO di Perak.
  5. Kita semua telah tahu usaha menubuhkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS di Selangor.
  6. Mat Said, MB Terengganu, boleh pergi ke rumah PJ Terengganu semata-mata untuk beli kambing? Takkan beli kambing pun nak pegi sendiri. MB Terengganu ni takda kerja lain ke?
  7. Bagaimana sekarang ini kerajaan Mat Said begitu lunak dengan PAS sehingga stadium pun mereka benarkan pakai? Saya masih ingat dahulu PAS nak pakai balairaya pun tidak diizinkan.
Seperti yang diungkapkan oleh Bakaq@Penarik Beca, kalau dah biasa makan tahi, macam mana jauh kita bawa dia dari tahi, tetap mereka akan cari tahi juga.

Atas sebab itulah, Tok Guru Nik Aziz mahu MEMASTIKAN PAS dibersihkan dari elemen2 yang akan menjadikan PAS sebuah parti yang mungkir janji dan tidak amanah.

Tulang Besi

Sunday, October 25, 2009

Tiada EGM, Mesyuarat Khas... Mungkin - Salahuddin Ayub

PAS tidak akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, sebaliknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat bagi membincangkan isu parti.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu Bernama hari ini bahawa isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas.

Salahuddin berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Baharu malam Sabtu.

"EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS. PAS akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri.

"Tidak seorang pun menghubungi saya sejak blog itu memaparkan (mengenai EGM)," katanya.

Dan satu Sidang Media akan diadakan pada pagi esok (26 Okt 09) bertempat di Pejabat Agung PAS di Ibu Negara yang akan diketuai oleh Musatafa Ali di Bilik Masyuarat Utama.