Bagi menyokong lagi artikel saya itu, suka saya membawa beberapa fakta ekonomi yang dapat memberi keterangan berkenaan dengan trend baru di kalangan belia Melayu ini.
Sila rujuk data di bawah. Pekali GINI (atau GINI Coefficient) adalah indicator menunjukkan jurang kekayaan antara yang miskin dan kaya. Dalam carta di bawah, dipecahkan jurang ini mengikut bangsa :

Kalau dilihat, jurang antara kaya dan miskin di kalangan Melayu telah melebar dari tahun 1990 ke 1997. Ertinya, hanya dalam 7 tahun jurang tersebut melebar dari 0.428 ke 0.4495. Pelebaran jurang dalam jumlah 0.022. Ertinya, hanya dalam 7 tahun, jurang tersebut melebar dengan jumlah 0.022.
Kalau mengikut trend ini, maka pada 2004, jurang ini akan mencecah 0.472. Ini bererti jurang antara kaya dan miskin pada 2004 telah sampai ke tahap sebelum DEB dilaksanakan (yakni pada tahun 1970:0.466). Ini juga bererti DEB telah GAGAL SAMA SEKALI di bawah pengawasan UMNO.
Mungkin kerana inilah Kerajaan UMNO/BN sudah berhenti menerbitkan jumlah Pekali GINI mengikut bangsa. Mereka takut kegagalan UMNO akan terserlah lagi.
MELAYU KAYA MAKIN KAYA, MELAYU TAK KAYA MAKIN MEREMPAT
Ini bererti UMNO gagal untuk membangun ekonomi majoriti dari orang Melayu. UMNO hanya kesah mengkayakan mereka yang sudah kaya. Mereka2 ini lebih dikenali sebagai UMNOPUTRA. Mereka adalah elit-elit Melayu yang hanya tahu menghisap kekayaan negara untuk kepentingan mereka dan sanak saudara mereka sahaja. Manakala majoriti orang melayu adalah seperti kerbau kepada mereka.
Jadi, tak hairanlah semakin ramai belia Melayu meninggalkan Malaysia untuk membina hidup baru di negara lain. Saya pernah berjumpa dengan seorang pemuda Melayu sewaktu saya transit di Bahrain. Pemuda itu juga transit di Bahrain kerana pulang bercuti dari kerja beliau.
Saya bertanya beliau bekerja di sebuah hotel sebagai pembasuh pinggan di Dublin, Ireland. Saya bertanya mengapa beliau bekerja di Dublin dalam kerja-kerja “kuli” sebegitu. Beliau kata, gaji yang beliau dapat sebagai kuli di Dublin lebih tinggi dari gaji yang beliau dapat sebagai eksekutif di Malaysia.
Hakikatnya, belia Melayu tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Malaysia walaupun ditawar kerja sebagai kuli di negara-negara Barat. Bagi saya, UMNO semakin gagal untuk memberikan peluang ekonomi kepada belia-belia Melayu walaupun berjalannya DEB.
DEB HANYA ALASAN UMNO UNTUK MENGKAYAKAN ELIT UMNO
Dalam berdegar-degar UMNO mempertahankan DEB, sampai menganjurkan demonstrasi mempertahankan DEB, rupa-rupanya MAJORITI Belia Melayu tidak merasa apa-apa dari DEB.
Biasiswa sudah tiada. Bila keluar universiti sudah berhutang. Bila keluar university, kerja pula tiada. Kalau ada gaji rendah. Kerja teruk. Kalau nak bisnes, kena jadi kroni UMNO. Bila jadi kroni, berapa la sangat boleh buat untung. Semuanya kroni2 UMNO sapu.
Pokoknya, UMNO memang parti bangsat, parti penipu, parti pembohong. Bila orang Melayu marah, dia salahkan Cina, salahkan DAP, salahkan semua orang. Yang dia mentekdaghah duit sampai buncit perut tu tak salah.
Kalau orang Melayu mahu hidup selesa dan menjamin masa depan, mestilah mereka menolak UMNO sepenuhnya dalam pilihanraya depan
Tulang Besi
P/s - Saya petik dari WIKIPEDIA berkenaan dengan mengapa Anwar Ibrahim dipecat :
Anwar dipecat dan difitnah kerana Anwar nak pastikan kekayaan negara dapat dinikmati oleh lebih ramai orang Melayu, tidak hanya UMNOPUTRA.



Saya tak payah sumpah sebab saya ada bukti fizikal. Saya keluar pada 19 hb Disember 2009. Dan saya kembali semula pada 20 Disember 2009. Gambar di atas boleh dijadikan bukti dalam mahkamah dan dalam Akta Keterangan ia dikira sebagai bukti fizikal.

