Sebaik berita blogger Aduka Taruna menyerah diri di IPPD Kota Bharu (media perdana lapor "ditahan" dan ada jugak yang lapor "dicekup"...tunggu je lah tindakan undang-undang...) maka gegerlah puak-puak sebelah sana (penyokong UMNO) kununnya AT cuba lari ke Siam untuk sembunyikan diri.
Sebabkan aku dengan geng-geng blogger yang mengiringi AT menyerah diri di IPPD Kota Bharu sibuk menguruskan hal-hal berkaitan AT di sini, maka masiing-masing tak berapa sempat nak jelaskan secara detail apa yang berlaku sebenarnya sehingga ada yang berfikir AT cuba lari ke Siam untuk bersembunyi.
Memang jadi persoalan bilamana anak jati Negeri Sembilan tidak menyerah diri di Negeri Sembilan dalam hal ni... kenapa di Kelantan..?
Jadi dalam entri ni aku cuba perjelas sebaik-baiknya supaya yang mana tak berapa jelas sebab-sebab AT menyerah diri di IPPD Kota Bharu yang jauh dari rumahnya di Negeri Sembilan.
Ni kira sambungan dari entri aku yang lepas la (rujuk
sini).
Hal ni sebenarnya berada dalam perbincangan kami (geng-geng blogger di Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor & Negeri Sembilan) dimana pada pendapat kami, dalam keadaan begini, ada baiknya AT menghantar isterinya untuk berada bersama keluarga isterinya sendiri (dalam masa kesulitan) kerana mengikut pendapat otai-otai blogger, itu yang terbaik bagi isteri AT.
Alasannya ialah, orang perempuan ni kalau dalam keadaan macam ni penuh dengan emosi & perlukan orang-orang yang rapat dengannya untuk berkongsi rasa (gitulah kalau ikut cakap otai-otai, aku mana la paham sangat benda-benda gini... hahaha...). kata otai-otai,
- "orang perempuan kot mana-manapun dia susah nak mengadu dekat keluarga belah mentua dia, dia simpan sorang je, sat lagi terus murung lang lagi susah beb... kalau dengan anak beranak sendiri lain... laju je dia luah..."
Tu kata otai-otai la...
Jadi keputusannya ialah, AT wajib hantar isteri dia pada keluarga dia sebelum dia serah diri dan isteri AT pulak tanah tumpah darahnya ialah - Kelantan.
Jadi kami mintak AT balik ke Kelantan segera untuk selesaikan masalah dia secepat mungkin. tak timbul isu nak lari menyorok ke Siam. itu sebab sebenar kenapa AT menyerah diri di Kelantan. geng... AT nak datang Kelantan pun tak de duit beb, kami kumpul sorang sikit dan bankin dekat dia untuk belanja makan, minum dan isi minyak. datang dengan sehelai sepinggang, duit tak de nak lari ke Siam..?
Tamat bab kenapa AT serah diri di Kelantan. sambung balik dari semalam...
Rumah Mentua Aduka Digeledah Tanpa Waran..?Hampir jam 8:00 malam, siasatan awal oleh Insp Ramdzan (Peg. Penyiasat Jenayah Multimedia) keatas AT selesai. kami dimaklumkan bahawa AT disiasat dibawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
Selesai siasatan, aku dengan Tok Ggawo hantar wife AT balik rumah dia dan kami terus jumpa mak mertua AT dan terangkan hal sebenar yang berlaku pada AT, keputusan yang dibuat selepas perbincangan dan tindakan undang-undang yang bakal AT hadapi akibat dari kesilapan dia.
Selesai 2 bab. malam ni boleh rileks dah. esok sambung balik. pagi esok AT akan dibawak ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Dalam perjalanan balik ke rumah, dapat sms dari wife AT -
- Polis baru je datang rumah kejap tadi dengan AT, diorang datang dekat 10 orang, geledah rumah, kereta lepas tu ambik gambar luar rumah, dalam rumah, kereta bla bla bla...
Aku pun call balik dan tanya wife AT, polis datang rumah, geledah ada bawak waran tak..? wife AT cakap tak de waran... dia cakap ini prosedur biasa je. alamak... kalau prosedur biasa, mesti nak kena ada waran, kalau tak, mana boleh geledah beb.
Aku tanya lagi, siapa-siapa pegawai polis yang datang tadi..? wife AT cakap ada ramai, dekat 10 orang. yang dekat IPPD tadi semua ada. lepas tu aku tanya, Pegawai Waran ada datang sekali tak..? wife AT cakap ada... o... ok... jadi dalam hal ni tak de masalah la bagi aku sebab waran tak diperlukan kalau Pegawai Waran dah ada. lesen besar dah tu.
Tak sampai 20 minit lepas tu, aku dapat sms dari adik AT di Negeri Sembilan pulak -
- Polis baru je datang geledah rumah kejap tadi, laptop dengan monitor kena rampas, lepas tu ada ramai orang call/sms bla bla bla dok marah-marah dan ugut macam-macam...
Uit... laju betul diorang pergi Negeri Sembilan... hahaha... tak sampai 15 minit lepas rumah AT di Negeri Sembilan kena geledah, masuk lagi sms dari wife AT -
- Polis datang lagi sekali... diorang ambik no I/C saya. diorang cakap ada masalah sebab banyak mesej masuk dalam HP AT yang diorang rampas.
Pulak dah..? apa hal la pulak... lebih kurang jam 11:30 malam, aku dapat call dari sorang member blogger dari KL maklumkan ada orang dah publish semua maklumat AT dan keluarga dia dalam forum MyKMU. ok... aku paham dah kenapa polis cakap ada masalah tadi dan jugak sebab-sebab panggilan dan sms yang melimpah ruah dipihak keluarga AT di Negeri Sembilan.
Jadi aku call adik AT di Negeri Sembilan dan mintak dia buat Laporan Polis, keselamatan keluarga terancam akibat dari penyebaran maklumat AT dalam MyKMU tadi. member-member lain, print screan forum MyKMU. ade la yang kena nanti tu.
Dah tengah malam, siang hari dah penat, jadi tidor je lah...
Selasa jam 9:30 pagi -Gerak ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu. blogger Mountdweller dan menunggu dekat sana dari jam 8:30 pagi tadi. pagi ni polis akan dapatkan Perintah Tahanan Reman untuk jalankan siasatan terhadap AT. mahkamah tetapkan AT ditahan reman sehingga 29hb. Januari, 2009. ok la tu... dari Mahkamah Tinggi gerak ke IPPD Kota Bharu untuk isi berang "harta rampasan" (hahaha... bahasa pasar tu geng...).
Hari ni tak banyak sangat nak cerita, AT dok lepak je dalam Pejabat Jenayah Komersial. aku PinkTurtle, Mountdweller dok pi mai, pi mai sana sini layan sembang dengan polis-polis yang ada dekat IPPD... dapat la hilang boring dan tambah kenalan. hahaha... "berkawan biar seribu" geng...
Sementara tu pulak, polis dok urus penghantaran AT ke Bukit Aman.
Lebih kurang jam 3:30 petang, urusan untuk deliver AT (panggil OKT pun boleh geng... sempat gak aku bergambar dengan AT dalam uniform lokap kaler purple dan bergari beb... sejarah tuuu...!!! hahaha...) ke Bukit Aman selesai dan 3 orang Pegawai Polis ditugaskan untuk menghantar AT ke Bukit Aman. salam-salam selesai... maka...

AT dan 3 pegawai yang ditugaskan untuk hantar AT ke Bukit Aman bergerak dari IPPD Kota Bharu menuju ke Bukit Aman dengan menaiki kereta polis (JSJ) kaler silver lebih kurang jam 3:45 petang, 26hb. Januari, 2010...
Handover dekat geng-geng blogger di KL/Selangor la pulak geng untuk update...
p/s dari Aduka Taruna - Gua ucap terima kasih banyak-banyak pada geng-geng blogger - Penarik Beca, Mountdweller, Tok Ggawo, Tulang Besi, Evelyn, Zainurfaqar, Edyes, Ali Bagan Utama, PRBlogger, Xenan, Al Bakistani, PinkTurtle, Asrol Kelate Kito, Isa ISA, Baginda Reformasi, Andrew, Jimadie, Cuping Merah, Che'gu Bard, Haji Annuar, Pengliporlari dan lain-lain (ramai daaa... tak ingat aku aih semua yang AT sebut...) yang banyak bagi bantuan, nasihat yang baik sambil maki-maki sebab gua celupar dan ambik berat pasal gua sepanjang gua "kena langgar"... hahaha...Projek "Langgar Hadi" tetap on macam yang dijadualkan..!TPU - Gilo kau AT..!