"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, June 20, 2011

Ketua Puteri UMphorNO Jerlun Ditangkap Khalwat

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...


Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Kedah hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki.

Yusmawati Yaacob, 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil, 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

BERSIH 2.0: SPR Ingat Rakyat Malaysia Bodoh..?

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

"Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

BERSIH 2.0: UMphorNO Rekrut Militan..!

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...


Dekat atas ni gua print screen 1 komen dari PenChaChai UMphorNO yang menggunakan nama ala-ala geng Hackers yang ditakuti oleh KERAjaan iaitu "Anonymous"... Biasanya orang kalau nama dia ganas, dalam hati mesti ada taman. teloq simpan dalam pungkoq Sepul.

Gua suka nak jawab sikit soklan bodoh mangkaq ni.

BERSIH 2.0: Kerajaan Jangan "Pasung" Kebebasan Rakyat..!

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...


KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
20 Jun 2011 bersamaan 19 rejab 1432 H
"Kerajaan guna teknik menakutkan rakyat"

Hasrat aspirasi rakyat untuk memastikan proses pelantikan pemimpin negara menerusi lunas demokrasi dan pilihanraya yang adil serta telus sukar diterima oleh sebuah kerajaan yang angkuh. PAS bersama semua parti politik pembangkang serta NGO yang menganggotai koalisi BERSIH, bersiap sedia untuk berhimpun secara aman tanpa senjata untuk menyerahkan memorandum khas kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Kerajaan perlu jelas bahawa himpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini ialah satu himpunan AMAN. Ia diambil daripada ruh demokrasi yang diperuntukkan dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna, perlembagaan yang dijunjung oleh seluruh rakyat Malaysia telah menjamin dan membenarkan hak yang diberikan kepada mereka. Oleh yang demikian, BERSIH tidak melakukan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang.

BERSIH 2.0: Pisang Tak Kan Berbuah 2 Kali..!

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Anwar ketika berucap kepada lebih 2,000 ahli PKR yang menghadiri konvensyen parti itu di Shah Alam hari ini berkata:
"Kita akan minta Penganjur Perhimpunan BERSIH 2.0 untuk membatalkan perhimpunan tersebut sekiranya Najib Razak dapat memberikan jaminan bahawa Pilihanraya Umum akan datang akan dijalankan secara adil dan bersih"
Perkara pertama yang gua nak komen dekat sini ialah tahap pemahaman dan pemikiran Anwar dalam politik Malaysia.

Sunday, June 19, 2011

Rekrut JI: KERAjaan Mesti Jelas Ma'ahad Mana Terlibat..!

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...


KENYATAAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
19 Jun 2011
"Jelaskan Sekolah Maahad manakah terlibat dengan keganasan?"

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak agar kerajaan menjelaskan Sekolah Maahad Swasta manakah yang dikatakan sedang menjalani proses mengkaderkan anggota-anggota Jamaah islamiah (JI) dan siapakah sumber yang dikatakan "risikan anti keganasan", seperti yang disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia itu juga melaporkan, kononnya maahad itu sebagai transit merekrut rakyat tempatan sebelum menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda dan MILF di Selatan Filina selain masih aktif sehingga hari ini menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah. Maahad tersebut juga dikatakan menjadi tempat perlindungan Abu Bakar, Abdullah Sungkar, Mohd. Iqbal Abdul Rahman, Hambali dan 16 anggota kanan kumpulan Darul Islam dari Solo, Jawa Tengah melarikan diri ke Malaysia selepas pemerintahan Presiden Suharto.

Saturday, June 18, 2011

Husam: Pengundi Melayu Terperangkap Dalam Dilema

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa pengundi Melayu supaya mengubah sikap politik mereka seiring dengan perubahan politik dalam negara hari ini.

Beliau mendakwa pengundi Melayu masih "terperangkap dalam dilema" untuk melakukan perubahan yang didakwanya akibat permainanan media arus perdana khususnya berkaitan kedudukan kepemimpinan orang Melayu.

Husam (kiri) berkata apa yang menjadi kebimbangan mereka adalah berhubung "kekurangan penguasaan wakil parlimen dari kalangan orang Melayu" sehingga dikatakan boleh menimbulkan ketidakseimbangan politik.

Friday, June 17, 2011

BERSIH 2.0: Tahanlah Mat Sabu..!

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...


Sebaik saja keputusan Pemilihan Pimpinan Tertinggi PAS dalam Muktamar PAS kali ke-57 diumumkan, keyakinan UMNO/BN untuk mempertahankan Putrajaya semakin goyah. Blogger-blogger PenChaChai UMNO/BN menjadi gila, Pimpinan-Pimpinan UMNO/BN dari pelbagai peringkat turut sama menjadi gila.

Kalau dilihat dikaca TV, wajah setiap Pimpinan UMNO/BN yang diwawancara agak pucat kebiru-biruan dan ada juga yang agak hijau mukanya kerana dilanda sindrom ketakutan.

Hebahan Program: Forum "Transformasi & Cabaran Perubahan Parti Politik"

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor
吉隆坡暨雪兰莪中华大会堂
The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall

Jemputan ke Seminar “Cabaran Transformasi Parti Politik : Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan”

Wednesday, June 15, 2011

Himpunan BERSIH 2.0: Peniaga Bakal Raih Keuntungan Besar

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...


Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Selasa 15 Jun 2011
PENIAGA KUALA LUMPUR UNTUNG BESAR SEMASA HIMPUNAN BERSIH 2

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi. Beliau menyifatkan himpunan ini adalah ancaman kepada ekonomi negara khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.