"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, June 07, 2008

Pak Lah Bagi Signal Dah......

Assalamu'alaikum...

Dari hari pertama Pak Lah jadi PM Pak Lah dah bagi signal dah tapi korang semua tak mau dengar.korang semua ingat Pak Lah nak bawak perubahan dalam politik Malaysia tapi korang semua silap...memang betul Pak Lah nak bawak perubahan dalam politik Malaysia,tapi bukan melalui parti Barang Naik...korang tak faham...korang memang betul-betul tak faham...

Pak Lah sebenarnya nak bawak perubahan dalam politik Malaysia dengan menumbangkan Barang Naik dari dalam UMNO...betul...korang tak tau & korang semua tak faham...Pak Lah kan cari Al-Ghazali...itulah cara Pak Lah...korang tak tau betapa suci-murninya hati Pak Lah sebenarnya.

Korang semua taksub.taksub sangat-sangat dengan Barang Naik sampai korang ingat Pak Lah tu nak mempertahankan Barang Naik.salah tu...Pak Lah dah bagi signal dari awal lagi tapi sebab korang taksub sangat korang tak nampak & korang tak kan faham...

Apa yang Pak Lah buat selama ni aku nak tanya hangpa?kata-kata Pak Lah yang pertama sekali lepas dinobat jadi PM ialah "bekerja bersama saya!" tapi korang tak tau...depa dah edit dah kata-kata Pak Lah tu...ayat penuhnya macam ni - "bekerjalah bersama saya menghancurkan Barang Naik!"...korang tak tau yang tu...depa dah edit ayat tu...korang taksub sangat...

Ada lagi yang korang tak tau...apa Pak Lah buat selama ni?korang tak tau ke selama ni Pak Lah tak buat apa-apa pun untuk kita sebab Pak Lah nak kita tumbangkan Barang Naik & Pak Lah takl kan menghalang malah Pak Lah tak kan buat apa-apa pun sebab Pak Lah nak korang tumbangkan Barang Naik.tapi korang tak faham...korang taksub sangat...

Sebelum PRU12 apa yang Pak Lah buat?1 Malaysia Pak La tipu kan?tapi kenapa korang sokong lagi Barang Naik?Korang tak tau ke Pak Lah saje je menipu sebab Pak Lah nak korang tumbangkan Barang Naik dalam PRU12...Pak Lah dah bagi signal dah tapi korang saje je buat-buat buta sebab korang taksub sangat dengan Barang Naik...

Korang tengok siapa yang jadi calon Barang Naik dalam PRU12 hari tu?semuanya tak leh nak pakai kan?semuanya calon-calon yang tak de kualiti & kreadibiliti kan?tapi korang tak nampak...Pak lah saje je buat macam tu supaya senang korang tumbangkan Barang Naik dalam PRU12 tapi kerana korang taksub sangat korang pangkah jugak Barang Naik walau calonnya sekadar batang pisang...taksub betul la korang ni...

Korang tak tengok ke muka Pak Lah masa isytihar kemenangan Barang Naik lepas PRU12?teruk sangat muka Pak Lah kan?Pak Lah bukan kecewa sebab kalah kat 5 negeri...Pak Lah kecewa sebab korang tak tumbangkan Barang Naik dalam PRU12 hari tu...kecewa betul Pak Lah...korang tak tau tu...

Sebab tu lepas PRU12 semua bende Pak Lah buat macam sarkis...Pak Lah sebenarnya dah bosan ngan korang...betul...Pak Lah dah bosan betul...korang taksub sangat...skarang Pak Lah terpakse pakai plan lain pulak sebab korang tak faham-faham...Pak Lah bawak Ezam masuk supaya Ezm dapat karamkan terus Barang Naik...Pak Lah saje je tu...pas tu Pak Lah menipu lagi tapi kali ni Pak Lah tak kira dah...Pak Lah tau dah korang semua bangang,bodo & tongong...

Dalam hati Pak Lah cakap "lembu-lembu ni kalau aku suruh mampus agaknya belumba-lumba pakat-pakat gi mampus ni"...Pak Lah tau dah & akhirnya Pak Lah baru sedar...ye...Pak Lah baru sedar rupa-rupanya penyokong Barang Naik ni semuanya lembu-lembu yang otaknya je aje besar tapi akalnya tak de...jadi Pak Lah punya plan skarang dah tukar lagi skali...

Kali ni Pak Lah tak kan buat apa-apa lagi macam dulu jugak...sebab Pak Lah tau dah...Pak Lah tak nak tido dah...Pak Lah ada plan baru dah sekarang...

Pak Lah cakap "alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai kepangkal lengan"...alang-alang lembu-lembu ni sokong aku bagai nak rak,baik aku semelih sekor-sekor biar mampus cepat...bodoh punya penyokong Barang Naik...pas ni satu-satu aku naik kan sebab lembu-lembu yang menyokong Barang Naik ni tak kan dapat pikirnya...maklumlah L E M B U !!!

Bukan 40% Tapi 81.3%!!!

Assalamu'alaikum...

Kali ni aku tak nak cerita dah pasal pemimpin KERAjaan...aku dah muak dah...betul-betul muak & yang sebenarnya bukan setakat muak,tapi lebih dari muak sampai aku malas nak sebut sebab tak tau nak pakai istilah apa dah dengan pemimpin KERAjaan ni.

Kita cerita pasal peningkatan kos sara hidup kita pulak.cerita pasal kita je sebab "depa" dah tak wujud dah dalam kamus hidup kita mulai 5hb.Jun,2008.sebenarnya buka "depa" yang tak wujud,tapi kita yang tak wujud dalam kamus "depa" sebab tu "depa" tak kisah nak buat apa-apa pun.engkorang tanyalah "depa" sendiri kita ni ada ke tak de...

Lepas engkorang baca apa aku taip kat bawah ni engkorang kira la balik peningkatan kos sara hidup engkorang & buatlah sesuatu untuk "survive" sebab kita dah tak de jalan lain dah...tak de sape nak tolong kita dah..."hangpa sapa?" kata "depa"...

Aku buat kira-kira paling simple la supaya senang kita semua faham...ni aku bagi contoh untuk 2 kos je la,engkorang kira la balik ikut hasil pendapatan engkorang...

Mei 2008(untuk pengguna petrol & diesel): kos bahan api rm300 + barang dapur rm300 + keperluan anak(susu & lampin)rm300 + elektrik rm50...jumlah semua rm950

Kira-kira 1(untuk pengguna petrol)
Jun 2008 : kos bahan api rm423(+41%) + barang dapur rm300 + keperluan anak(susu & lampin)rm300 + elektrik rm50...jumlah semua rm1073...(+ rm123 perbelanjaan!)

kira-kira 2(untuk pengguna diesel)
Jun 2008 : kos bahan api rm489.90(+63.3%) + barang dapur rm300 + keperluan anak(susu & lampin)rm300 + elektrik rm50...jumlah semua rm1139.90...(+ rm189.90 perbelanjaan!)

*bulan Jun bertambah perbelanjaan "wajib" sebanyak 41% - 63.3% = rm123 - rm189.90 sebab harga bahan api naik.belum kira harga barangan asas yang belum naik lagi bulan ni.aku andaikan bulan Julai harga barangan keperluan akan melonjak naik...tunggu...kalau naik...kira-kiranya kat bawah ni...

Julai 2008(untuk pengguna petrol) :
kos bahan api rm423 + barang dapur rm489.90(+63.3%) + keperluan anak(susu & lampin)rm489.90(+63.3%) + elektrik rm59(+18%)...jumlah semua rm1461.80...(+ rm388.80 perbelanjaan!)

Julai 2008(untuk pengguna diesel) :
kos bahan api rm489.90 + barang dapur rm489.90(+63.3%) + keperluan anak(susu & lampin)rm489.90(+63.3%) + elektrik rm59(18%)...jumlah semua rm1528.70...(+ rm388.80 perbelanjaan!)

Dari kira-kira mudah diatas kita dapat lihat peningkatan kos sara hidup yang bukan sedikit untuk kita tanggung malahan dalam masa 2 bulan sahaja kita berjaya meningkatkan kos sara hidup kita sebanyak rm511.80 bagi pengguna petrol & rm578.70 bagi pengguna diesel!

Engkorang semua jangan salah faham...yang berjaya kita tingkatkan ialah KOS SARAHIDUP...bukannya PENDAPATAN!!!

Ada kemusykilan dengan kira-kira diatas?biar aku terangkan kenapa aku letakkan kenaikan sebanyak 63.3% pada kenaikan harga barangan dapur & keperluan anak.kita harus positif...majoriti pengusaha & pemborong menggunakan bahan api jenis diesel untuk semua jenis jentera & lojistik kerana kosnya agak "murah" sebelum ini(sekarang tidak lagi!).peningkatan harga bahan api tersebut pula ialah sebanyak 63.3% & sebanyak itu jugalah kos mereka-mereka ini meningkat.kalau berlaku kenaikan harga barangan mustahil ianya tidak sampai 63.3% kerana dah tentu mereka akan rugi.

Kita jangan lupa 1 perkara lagi...mulai julai takrif elektrik akan meningkat sebanyak 18% & kita sedia maklum semua sektor perusahaan menggunakan elektrik maka kemungkinan besar kenaikan harga barangan akan meningkat sebanyak - 63.3% + 18% = 81.3%!!!

Aku bukan pakar ekonomi tapi mengikut pandangan aku yang tak berape terror ni & juga selepas apa yang berlaku 2-3 menjak ni situasinya macam tu la..."depa" cakap tak bubar tapi "depa" bubar..."depa" cakap tak naik tapi "depa" bagi naik jugak..."depa" cakap naik bulan Ogos tapi malam ni jugak "depa" wat naik...

Kalau engkorang cakap aku "penipu" pun aku tak kisah sikit habuk...ala...apa nak aku kisahkan...PM Malaysia sendiri pun menipu,inikan pulak rakyat biasa macam aku..."depa" nak kat apa katalah...

Hah apa lagi???

UBAH CARA HIDUP!!!
*ubah pemimpin*

Awas Demonstrator!!!Polis Nak Mengamuk!!!


Assalamu'alaikum...

Awas para demonstrator!amaran awal telah diberi.tunggu "LOCENG" berbunyi je!!!jangan main-main semua."Menyertai perhimpunan tanpa permit adalah salah dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius ke atas mereka,".itu amaran dari Timbalan ketua polis negara Datuk Ismail Omar dalam kenyataan hari.

Korang semua jangan lupa apa yang jadi di Batu Buruk tempohari.

Korang semua jangan lupa apa yang jadi dimana-mana demonstrasi.

Korang semua jangan lupa apa yang jadi di BMC tempohari!!!

Polis nak mengamuk lagi!!!

Tapi polis pun kena ingat.gaji depa rakyat yang bayar.kami menuntut hak kami.kami jugak menuntut hak kamu sebab kami tahu hangpa Polis semua penakut nak tuntut hak kamu.kamu cuma berani sebab uniform kamu je.kami tau!kalau tak de uniform tu pun kami tau Polis pun akan join kami berdemo menuntut hak masing-masing!!!

Ayuh Polis!!!beri kami permit untuk berhimpun sebab kami nak menuntut hak kami & hak kamu jugak!hangpa polis ingat tak demo BERSIH tahun lepas?BERSIH & teratur kan?demo yang seterusnya akan berjalan dengan lebih BERSIH & tersusun lagi seandainya pihak Polis mengeluarkan permit untuk kami.kami bukan buat salah pun...kami cuma nak mintak KERAjaan turunkan harga minyak balik!!!

Friday, June 06, 2008

PEMBELA RAKYAT!!! MASANYA TELAH TIBA!!!

Assalamu'alaikum...

Ikhlas aku nak tanya para MP BN...siapa antara MP BN yang nak jadi "pembela rakyat"?siapa yang betul-betul nak perjuangkan nasib rakyat yang engkorang wakili yang mengundi engkorang?kalau ada yang ikhlas nak membela rakyat,kalau ada yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat...inilah masa untuk engkorang buktikan pada rakyat.bukan rakyat ditempat engkorang je,tapi seluruh Malaysia.aku ulang SELURUH MALAYSIA!!!

Isytihar keluar BN,terima tawaran PR...LOMPAT PARTI,nafikan majoriti kerusi BN di parlimen,nobatkan DSAI sebagai PM baru supaya seluruh struktur kerajaan dirombak & diselia semula maka SELURUH MALAYSIA akan melihat engkorang sebagai "pembela rakyat" yang benar-benar "membela nasib rakyat".

Tawaran dari PR bukan "tawaran ayam...",ini bukan "win-win situation".ini tawaran yang realistik.BN tak kan dapat menunaikan apa yang rakyat harapkan.BN juga tak kan dapat menunaikan permintaan engkorang...BN terlalu ampuh tika ni...karam...tangki oksijen yang ada tak dapat menampung keperluan semua MP BN...engkorang kena sedar semua tu.

Pimpinan PR pun sama...jangan asyik sibuk dengan "demonstrasi"...kita sudah ada pengalaman 50 tahun dibawah BN & kita kena faham..."demonstrasi" tak bermakna langsung pada BN.gerakkan jentera untuk menarik para MP BN supaya melompat.ini masa yang paling,paling,paling sesuai untuk berbuat demikian.

Rakyat tak kan membantah...percayalah...aku yakin & aku sendiri menyokong tindakan tersebut dilakukan diwaktu yang paling genting ini.saat paling baik macam ni tak kan tiba lagi di lain hari.sedarlah para pimpinan PR.inilah masanya!gerakkan jentera sekarang juga!setiap saat itu amat berharga untuk kita!

Lambat bermakna peluang ini akan terlepas begitu sahaja.kita ada kemampuan,kita ada profesional,kita ada macam-macam kelebihan yang tak ada pada BN.tawarkan yang terbaik untuk para MP BN(duit tak main la).yakinkan para MP BN untuk buat perubahan demi kesejahteraan & negara kita.

PAS,PKR & DAP...bangun,bangun & bangun...inilah masanya.jangan tunggu bulan september sebab bulan ogos minyak akan naik lagi & rakyat semakin terbeban lagi.buktikan sekarang.jangan sampai rakyat "fed-up" pada semua pimpinan.kami tak larat dah dengan semua ni.kami telah mengundi anda & kami faham situasi anda tetapi buatlah sesuatu,berusahalah sesuatu untuk kami para pengundi anda.kami tahu anda mampu!!!

Nak Tau Kenapa Minyak Naik?Nah...Ni Dia Sebabnya!!!


OIL & GAS

Petronas buys 40% stake in Santos LNG project

Reuters
Published: May 30, 2008, 00:04

Perth: Malaysian state oil company Petro-nas will buy a 40 per cent stake in Australian energy firm Santos Ltd's Gladstone liquefied natural gas project for up to $2.51 billion, to bolster its position as Asia's largest LNG producer as competition heats up.

State-owned Petronas' investment in the project, which plans to use coal seam gas as feedstock, follows a $12 billion takeover bid last month by Britain's BG Group Plc for Australia's Origin Energy Ltd, and is considered a vote of confidence for Asia's young coal seam gas industry.

Santos shares, which have surged 51 per cent so far this year, jumped 15 per cent to a record A$21.75 yesterday before settling at A$21.08, up 11.1 per cent.

"As for Santos, on first glance it looks like they've got an excellent deal," said Aiden Bradley, an oil and gas analyst at ABN Amro in Sydney.


Kita tunggu jawapan dari Pak-Pak Menteri Kabinet kita tentang artikel diatas ni!!!

Depa meniaga,kita keluaq modal...untung,depa baham habis!!!Tengok depa nak belit macam mana...depa yang meniaga,kita rakyat yang menanggung!!!barua betoi!!!

Rebet Minyak - Kerajaan(Nak)Tipu Lagi??

Assalamu'alaikum...

Kenyataan Pak Lah - "Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapisiti enjin sehingga 2000cc(kuasa kuda)serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc,bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc,bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan,"katanya

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Apa makna :
kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009???saya tinggalkan satu tanda-tanya disini tanpa mengulasnya kerana saya sendiri pun agak terkeliru dengan kenyataan itu & saya kira ada antara pembaca yang dapat menghuraikannya didalam komen anda nanti untuk kita perhalusi maksudnya disitu.

Berbalik kepada rebet minyak sebanyak RM625 & RM150 untuk kenderaan terpilih.disini saya andaikan bahawa ianya tidak memberi apa-apa makna kepada kita malah beban kita sebagai pengguna sedikit pun tidak berkurang malah pasti akan bertambah lagi selepas ini.kenapa begitu?

Selepas hari ini kita akan dibebankan dengan kenaikan harga barangan yang pastinya tidak dapat dielakkan.paling kurang sebanyak 41% & paling tinggi mungkin mencapai 70%.yang inipun saya kira tak perlulah saya huraikan lagi & saya andaikan anda semua tahu kenapa...lagipun saya bukan menteri UMNO yang berfikir anda semua bodoh,tidak...saya bukan Pak Lah...anda pasti tahu mengira peningkatan sara hidup anda selepas kenaikan harga bahan bakar.pasti makin bertambah walaupun setelah dicampur dengan rebet yang anda dapat...

Kesimpulannya KERAjaan menipu rakyat lagi...

Dikhabarkan juga pada bulan Ogos ini KERAjaan akan menghapuskan terus subsidi & harga minyak pada PAM minyak akan mengikut harga pasaran.kalau harga pasarannya RM5 seliter maka RM5 lah yang akan kita bayar untuk kuantiti seliter...itu hanya "khabar angin".TAPI!!!...jangan kita lupa bahawa didalam senario politik negara Malaysia,segala "khabar angin" adalah benar.macam yang terjadi sebelum PRU12...

Pak Lah Bebal sendiri yang menafikan "khabar angin" pembubaran kabinet & keesokan harinya Pak Lah sendiri yang menafikan "penafiannya" itu.maka "khabar angin" itu menjadi benar sebenar-benarnya!!!

Saya ingin ingatkan anda semua,seandainya "khabar angin" penghapusan subsidi itu benar-benar berlaku pada Ogos ini,kemanakah akan pergi kesemua janji-janji Pak Lah Bebal untuk memberi Rebet Minyak kepada para pemilik kenderaan?

Disini juga saya tinggalkan persoalan itu sebagai tanda-tanya buat anda semua pembaca...KERAjaan nak tipu kita lagikah?

Thursday, June 05, 2008

Najib Atlantuya Tolong Jawab!!!


Assalamu'alaikum...

Hati masih panas membara lagi sejak pengumuman kenaikan bahan bakar semalam...teringat kata-kata sorang Pak Menteri bertaraf TIMBALAN PERDANA MENTERI sebelum PRU12 tempohari.pucuk dicita ulam mendatang.tiba-tiba ada rakan menghantar gambar akhbar dengan tajuk : Najib Nafi Petrol Naik Lepas Pilihanraya!!!

Dalam ramai-ramai menteri UMNO menteri bangang ni lah yang paling tak cerdik sekali kenyataannya."negara akan bankrap kalau harga minyak diturunkan".tu antara kenyataan bebal TPM Malaysia yang juga bakal PM!

Hari ni kita harap Najib TPM dapat menjawab soalan dari kita & sila beri penjelasan atas kenyataannya tempohari!

Rakyat nak tahu apa alasan anda.engkau bakal PM & engkau perlu beri penjelasan atas isu ini!seluruh Malaysia akan berada dibawah kuasa engkau wahai Najib & rakyat perlu penjelasan dari bakal PM Malaysia!

Kalau engkau Najib tak dapat jawab persoalan ni maka engkau memang tak layak untuk menjadi PM Malaysia yang seterusnya!pencacai-pencacai UMNO sila ambil perhatian!inikah jenis manusia yang akan engkorang nobatkan sebagai PM & juga presiden parti taksub engkau?

Bukan aku je yang nak tahu tapi seluruh rakyat Malaysia nak tau & nak dengar penjelasan daripada engkau wahai Najib!!!

Dasar PM,TPM & Menteri-Menteri UMNO penipu!!!

Elok ditukar nama BN - Bohong Negara!!!

Wednesday, June 04, 2008

Mungkinkah Ada Lagi Kejutan Ogos Ini?

Assalamu'alaikum...

Tepat jam 00.00 5hb.Jun,2008 harga petrol & diesel di Malaysia dinaikan sebanyak RM0.78 seliter(41%)bagi petrol menjadikannya RM2.70 seliter dan RM1.00 seliter(63.3%)bagi diesel menjadikannya RM2.58 seliter.satu kenaikan yang tidak dijangkakan dan amat mengejutkan selepas kenyataan Shahrir semalam bahawa harga minyak "mungkin" akan naik Ogos ini.

Daripada kenyataan terawal menteri terbabit kita difahamkan bahawa "kemungkinan" subsidi akan dihapuskan tetapi bukan sekarang...realitinya hari ini kita dikejutkan dengan nilai kenaikan yang semestinya amat membebankan rakyat yaang sedia terbeban dengan berbagai kenaikan harga barangan ketika ini.& untuk hari-hari seterusnya kita bakal dibebani dengan kenaikan harga barangan keperluan pula yang mustahil tidak akan dinaikkan berikutan meningkatnya kos pengeluaran dan penghantaran yang melibatkan bahan bakar utama tersebut.

Bulan Julai ini pula rakyat sudah dijanjikan dengan beban kenaikan takrif elektrik yang pastinya "tidak membebankan" rakyat(mengikut alunan kerajaan).selepas dari tarikh 1hb,Julai,2008 pula mustahil harga barangan tidak akan naik kerana semua kilang pengeluaran sudah tentu akan meningkat kosnya kerana kenaikan kos elektrik...maka akan terbeban lagilah rakyat Malaysia selepas tarikh keramat itu...

Bulan Ogos,2008 pula saya menjangkakan kita akan lebih terbeban lagi kerana faktor "Subsidi Akan Dihapuskan" seperti kenyataan Shahrir dan ini dijangkakan akan dilaksanakan pada bulan Ogos,2008.sesuai dengan kenyataan Shahrir sebelum ini "harga minyak mungkin akan naik pada bulan Ogos"maknanya kenaikan harga sekarang hanya sebagai "permulaan" dan finalnya akan berlaku pada bulan Ogos nanti.

Kita mesti ingat 1 perkara - Shahrir mengeluarkan kenyataan bahawa harga minyak "mungkin" akan naik pada bulan Ogos,hari ini yang mengisytiharkan kenaikan harga minyak bukanlah Shahrir tetapi Pak Lah PM...giliran Shahrir akan tiba pada bulan Ogos ini!satu lagi kejutan akan diberi kepada rakyat Malaysia dari UMNO/BN!!!kita tunggu sehingga tarikh itu...

Inilah "janji Menifesto" kerajaan UMNO/BN...ketika kempen pilihanraya kita masih ingat kata-kata TPM Najib Atlantuya - Harga minyak tidak akan naik selepas pilihanraya!nah...!!!terbukti sekarang PM penipu,TPM penipu & Menteri juga penipu...semuanya dari UMNO.

Tahniah para pengundi BN - Barang Naik

Antara Babi & Minyak.

Assalamu'alaikum...

Sah!!!Sah parti Un Mind Nasional Organisation menipu rakyat Malaysia sekali lagi...Sah sebutir Malaysia kena tipu hidup-hidup buat kesekian kalinya...Sah pak-pak Menteri dari Parti Barang Naik memperbodohkan rakyat-rakyat Malaysia yang mengundi parti Barang Naik masa PRU12 hari tu.Sah kome semua bodoh sebab undi Parti Barang Naik.Sah Parti Barang Naik sinonim dengan namanya Barang Naik.

Sah dalam akhbar semalam Datuk Shahrir cakap harga petrol mungkin naik bulan Ogos.Sah Menteri rambut putih tu menipu hangit!

2-3 hari lagi Sah!!!paling kurang pun 1 bulan Sah harga barangan keperluan juga akan melambung naik sesuai dengan kenaikan harga minyak dan Sah beban hidup kita selama ini akan makin bertambah.isu beras pun belum selesai & kini tak sampai sebulan kita dibebani lagi dengan kenaikan harga minyak yang akan menjanjikan kenaikan bukan saja barangan keperluan tetapi juga semua yang berkaitan.pengangkutan awam jangan kita lupa.pendek kata selepas hari ini,perbelanjaan kita akan meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 40% dari jumlah asal.

Ini bukan khabar angin tapi inilah yang akan berlaku dalam masa terdekat ini.mana mungkin harga minyak naik tetapi harga barangan lain dapat dikekalkan sedangkan kos semuanya meningkat lebih-lebih lagi penghantaran.lojistik...

Apa lagi akal para menteri parti Barang Naik selepas ini.kita tidak menafikan kenaikan harga minyak dunia.itu kita faham,tetapi tidak adakah penyelesaian yang lebih baik untuk mengatasinya?mengikut kenyataan Shahrir sebelum ini,harga minyak dijangka naik pada bulan Ogos...praktikalnya ialah biarkan ianya berlaku pada bulan Ogos seperti yang dijelaskan terdahulu.yang naik tetap akan naik tetapi kerajaan seolah tidak memberi peluang untuk rakyat mengolah semula perbelanjaan harian dengan kenaikan yang begitu mendadak.

Kita ambil yang positif.harga minyak akan naik pada bulan Ogos.jadinya kita sebagai pengguna masih berpeluang untuk menyusun semula perbelanjaan harian kita sebelum kenaikan.rakyat punya masa sekurang-kurangnya 2 bulan untuk menyusun belanja harian sebelum kenaikan harga berlaku.apa yang berlaku sekarang ialah,kerajaan mengambil langkah drastik tanpa memberi peluang kepada rakyat untuk survive...

Perbelanjaan bulan ini sudah diatur dengan kemas oleh kita sebaik mendapat gaji tetapi tiba-tiba kita dikejutkan dengan kenaikan secara drastik.saya percaya ramai rakyat yang belanjanya hanya "cukup-cukup makan" ketika ini terkesima kerana setelah berbelanja mengikut bajet yang telah disusun,kini terpaksa menanggung beban lebihan perbelanjaan berikutan kenaikan secara drastik.ini amat tidak praktikal & boleh dikatakan Amat Zalim.

Kenapa pak pak menteri didalam kerajaan tidak pernah terfikir akan perkara ini?kita seringkali dinasihatkan agar bijak berbelanja tetapi apa yang dapat kita lakukan jika seringkali kita tidak diberi peluang untuk menyusun perbelanjaan kita?tak mustahil ada antara rakyat Malaysia pada bulan ini akan membuka "buku hutang" yang baru & tak mustahil adanya antara mereka yang akan menghadapi masalah rumahtangga berikutan kenaikan sara hidup.

Tetapi kerajaan yang "prihatin" ini tidak akan peduli akan masalah rakyatnya.saya terfikir berbagai perkara...adakah kerajaan Barang Naik "membalas dendam" berikutan kekalahannya di 5 negeri dalam PRU12 tempohari?entahlah...saya hanya pandai perspekulasi tetapi saya tidak tahu membaca apa yang ada didalam kepala otak pak-pak menteri Barang Naik...

Buatlah sesuka hati kamu kerana kamu yang memegang kuasa.

Ada yang pernah menyindir sinis kononnya kerajaan PR menghadiahkan "Kandang Babi Skala Besar" kepada para pengundinya di Selangor.tetapi kita fikir kesannya... - lebih baik mendapat kandang babi yang tak perlu kita bayar tetapi dapat menjamin kehidupan yang lebih berkualiti dari mendapat Hadiah Kenaikan Harga Minyak yang pastinya akan membawa kepada kenaikan lain-lain harga barangan keperluan yang harganya kita bayar dengan wang poket kita sendiri dan juga amat membebankan kita......

Tahniah Para Pengundi Parti Barang Naik.anda bijak membawa "perubahan"...Tahniah.

BREAKING NEWS: Petrol will be RM2.70 a litre at midnight tonight



BREAKING NEWS: Petrol will be RM2.70 a litre at midnight tonight

The new price of petrol is RM2.70 per litre beginning midnight tonight, it was announced a moment ago by Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad.

Diesel will go up by RM1 per litre while the price for ULG 92 per litre went up by 74 sen.

The 78 sen hike or 40 per cent increase for the ULG 97 petrol is still below the antiticpated RM4 per litre price projected earlier and among the cheapest in Asia.