"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, October 21, 2008

Dua pelajar UPM dedah isu di Parlimen

Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dibuang kolej kediaman menjelang minggu peperiksaan, akan mendedahkan nasib yang mereka alami di bangunan Parlimen esok.

Nur Shafiqa Mohd Ali dan Nor Farhana Farzieana Ali mengesahkan, mereka akan menyertai satu sidang media bersama wakil rakyat Ampang, Zuraida Kamaruddin jam 12.30 tengah hari.

Nur Shafiqa, yang juga exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, memberitahu Malaysiakini hari ini, wakil persatuan itu dijangka turut hadir.

Kedua-duanya mencapai keputusan lebih CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai 15 Oktober, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.

Selain kecemerlangan akademik, Nor Farhana Farzieana juga aktif dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM sesi lepas yang berakhir awal bulan ini.

Mereka yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Dalam surat arahannya, UPM menyatakan kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".

Malaysiakini difahamkan universiti itu dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan petang esok.

Menurut siaran media pejabat Zuraida, yang juga ketua Wanita PKR, dua mahasiswa itu hadir "bagi mendedahkan hal sebenar" yang berlaku terhadap mereka.

"Mereka juga mahu masyarakat sedar dan mengambil perhatian terhadap isu institusi pendidikan tinggi khususnya di bahagian pentadbiran yang secara langsung merupakan akibat utama terhadap kejatuhan kualiti dan taraf institusi pengajian tinggi awam," kenyataan pejabat ahli parlimen Ampang dipetik.

Kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, Malaysiakini difahamkan, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.

Namun, Jumaat dua minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dikunci oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu sekarang menumpang di rumah seorang rakan di Seri Serdang, taman perumahan bersebelahan kampus tersebut.

Monday, October 20, 2008

Kepala Otak Kau La Pak Lah..!

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Pelabur asing dan komuniti penyelesaian pertikaian antarabangsa boleh mendapat jaminan bahawa Malaysia bukan sahaja memiliki prasarana yang sangat baik, tetapi juga undang-undang yang perniagaan mahukan untuk menyelesaikan pertikaian mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah berkata Malaysia faham bahawa pelabur asing memerlukan kepastian undang-undang dan keyakinan dalam sistem penyelesaian pertikaian, dan dengan kerancakan aktiviti ekonomi termasuk usaha sama rentas sempadan, pertikaian pasti akan timbul.

"Rakyat Malaysia berkeupayaan menyelesaikan pertikaian seumpama itu," kata beliau dalam ucap tamanya di Persidangan Penyelesaian Pertikaian Antarabangsa "Membuat Pilihan Yang Betul" anjuran Chartered Institute of Arbitrators (CIArb), cawangan Malaysia di sini, Isnin.

TP - Kepala hotak kau la Pak Lah...undang-undang perniagaan "kunun"... oi berok... rege minyak naik hari tu, habis rege barang-barang keperluan pun naik, rege minyak turun, rege barang-barang keperluan tak turun... mana undang-undang yang meyakinkan penyelesaian pertikaian?

Ungka ni sedar ke tak sedar apa dia merapu ni?

Lu kasi setel dalam negara lu dulu baru lu offer dekat negara luar Ungka oi... malu dekat orang luar nanti bodoh..!

Shamsiah Fakeh meninggal dunia

kemaskini 6:50pm Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya (PKM), menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya Jamaluddin Ibrahim di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sejak bulan lepas, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur jam 5.30 petang.

"Selepas 22 hari berada di hospital, allahyarham sendiri minta pulang ke rumah. Beliau rasa tiba masanya, beliau ingin menghabiskan masa untuk bersama anak-anak dan cucu-cucu," kata Jamaluddin.

Shamsiah dibawa pulang ke rumah anaknya Sabtu lepas dan hanya menghabiskan masa tidur seharian suntuk semalam.

"Pagi tadi, apabila kami kejutkannya, (nyawa) beliau sudah tidak ada. Wajahnya kelihatan tenang," kata anak bongsu itu daripada tiga adik-beradik yang berlainan bapa.

shamsiah fakeh book 191107 memoirTambahnya, lebih seratus sanak-saudara dan teman-teman dekat allahyarham pelbagai kaum termasuk timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan penulis kolum Hishamuddin Rais hadir memberikan penghormatan terakhir.

Suasana hujan sewaktu pengebumian petang ini menambahkan rasa kehilangan tokoh wanita itu yang mengalami sakit-sakit sejak 10 tahun lalu.

Menurut memoirnya (kiri), Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.

Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.

Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.

Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.

Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.

-malaysiakini

UPM Dapat Pembiayaan RM1.3 Juta Daripada Mitsubishi Untuk Tanam Spesis Pokok Hutan

KUALA LUMPUR, 20 Okt -- Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat pembiayaan sebanyak RM1.3 juta daripada Mitsubishi Corporation, Jepun untuk membangunkan model hutan yang ditanam dengan spesis pokok hutan asal dari setiap negeri di Semenanjung Malaysia.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan) Fakulti Perhutanan Prof Madya Dr Mohamad Azani Alias berkata tempoh pembiayaan selama lima tahun itu melibatkan penanaman 400 spesis pokok hutan asal di tanah seluas 27 hektar di kampus induk UPM Serdang dekat sini dan 47.5 hektar di kampus Bintulu Sarawak.

"Konsep penanaman hutan di sini ialah dengan menanam spesis yang jarang ditemui dan spesis endemic iaitu spesis yang cuma terdapat di negeri tertentu sahaja kerana masih banyak endemic di Semenanjung yang belum ditanam semula dalam program pemuliharaan tanah terbiar.

"Sehubungan itu, kita akan mengadakan upacara menanam pokok bagi Program Penyelidikan yang merupakan kerjasama antara UPM dan Mitsubishi di Serdang dan Bintulu masing-masing pada Sabtu dan Ahad ini," katanya.

Dr Mohamad Azani berkata pembiayaan kali kedua membuktikan keyakinan antarabangsa terhadap usaha Malaysia memelihara alam sekitar dan pemuliharaan tanah tersusut nilai.

Sebelum ini, katanya UPM dan Yokohama National University, Jepun telah menjalin kerjasama penanaman dan penyelidikan hutan sejak tahun 1990 dengan dana kali pertama daripada Mitsubishi Corporation berjumlah RM10 juta untuk penyelidikan pemuliharaan kawasan hutan seluas 47.5 hektar di sekitar kampus UPM di Bintulu.

Beliau berkata hasil program itu sebanyak 350,000 anak pokok dari 126 spesis pokok hutan di Sarawak berjaya ditanam.

Bayar Lebih Supaya Senang Nak "Sepelet"

kemaskini 2:53pm Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta, kata Angkatan Muda PKR hari ini.

Dalam laporan polisnya, timbalan AMK Mohd Fariz Musa berkata perbezaan harga lebih sekali ganda itu harus dipertimbangkan untuk siasatan.

"Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar," katanya dalam laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporterPerbezaan harga antara dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya.

"Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?" kata Mohd Fariz.

Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas.

Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

Kementerian Pertahanan bagaimanapun menafikan perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725 melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan sebuah syarikat baru-baru ini.

Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Semalam, kabinet dilaporkan bersetuju Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian itu bagi menggantikan helikopter Nuri.

Katanya, sekalipun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, juga menteri kewangan sewaktu proses awal pengeluaran tender tersebut, berkata perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC.

"Dalam mesyuarat kabinet Jumaat lepas, saya mengusulkan supaya isu pembelian helikopter ini dikemukakan untuk dihalusi oleh PAC dan dikaji dengan mendalam oleh PAC dan PAC boleh membuat kesimpulan," beliau dipetik sebagai berkata.

Fariz, yang membacakan laporan polis itu kepada media, turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi Malaysia berbanding Brazil.

"Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil dan ini juga mempunyai kesan positif dari segi pekerjaan yang akan ditambah," katanya.

"Tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang."

-malaysiakini

Friday, October 17, 2008

Universiti Putra Malaysia

Sabtu 18hb. Oktober, 2008 sampai 22hb. Oktober, 2008, aku tak dapat nak update weblog ni macam biasa sebab... atas sebab-sebab yang munaSabah dan Sarawak, aku akan berada di Universiti Putra Malaysia tempat aku main guli dulu-dulu.

Dulu masa mula-mula aku tinggal kat serdang dulu, Universiti ni depa panggil Universiti Pertanian Malaysia, tak tau macam mana boleh jadi Universiti Putra Malaysia aku tak tau...

Aku buat apa kat sana?

Oleh sebab harga bahan bakar dah tak macam 6 bulan dulu, maka hasil pendapatan bulanan aku amat-amat tidak memuaskan. oleh itu aku pun mula nak meniaga secara kecil-kecilan untuk tampung duit subsidi minyak kepada KERAjaan...

Aku ni jenis manusia yang prihatin pada KERAjaan.aku tau KERAjaan tengah susah, jadik aku tak nak susahkan KERAjaan dengan mintak subsidi yang bukan-bukan walaupun aku tak mampu.

Aku perasan yang tiap kali aku isi minyak, aku jugak memberi subsidi pada KERAjaan (cilaka sungguh KERAjaan nih).

Aku dah merapu ni... sebenarnya aku ambik 1 gerai dekat UPM sempena Pesta Konvokesyen UPM yang ke berapa entah... aku meniaga kat sana. ingat nak jual Sup Gearbox...

Korang kalau nak makan sup Gearbox, korang carik la gerai aku dekat Koperasi UPM.sape-sape yang turun Pesta Konvo UPM & kenal aku, tegur-tegur la oi...

Pasal weblog ni pulak... kalau aku ada masa aku cuba update... ada geng janji nak supply PC, Laptop dan jugak Internet kat sana... kah kah kah kah kah... tak la... sape nak kasik semua tu?

Kat sana ada CC ke? kalau ada best jugak kan?

Aku ingat nak carik student yang kena perambat keluar dari asrama tu la... ingat nak interview depa sikit apa cerita sebenarnya... media perdana ni bukan boleh harap sangat pun kan?

Jadik mintak tolong la pada student-student UPM yang terbaca blog ni, kalau hangpa boleh bawak aku jumpa 2 orang individu berkenaan untuk diambil keterangan depa tanpa ditapis dan diedit ceritanya mengikut apa yang keluar dari mulut depa, tolong-tolong la kontek-kontek aku...

Amende??? no hp aku? hangpa tengok kat atas belah kanan tu ada no hp aku...

Callo..!

Kicked out of hostel, students cry foul

Two University Putra Malaysia (UPM) students claim they were kicked out of their dormitory less than a week before their final examination for being members of the percieved 'anti-establishment' Muslim Students Association (PMI).

Speaking to Malaysiakini today, third-year students Nur Shafiqa Ali and Nor Farhana Farzieana said they suspected that they were given a 24-hour evacuation notice on Oct 14 because the campus polls were drawing closer.

"Similar incidents have happened to other PMI members before but nothing like this has taken place… No one else has received any evacuation notices before," said Shafiqa who is majoring in biology.

Both students are currently lodging outside campus with a friend.

Shafiqa also said she and her roommate Farhana have had problems with their hostel management since the beginning of the semester in July when they were denied a room in the hostel.

Both friends claim that although they excelled in academics and are active in extra-curricular activities, the management had refused accommodation on the grounds of merits.

However, after appealing to the management at the beginning of the semester they were given a room.

But on Oct 10, the door to the room was sealed and there was an application form to live outside campus slotted in the door. There were no notices or official letters.

Four days later, both students were given a final notice to evacuate their rooms.

MP: Hasty Decision

According to Shafiqa, several cars from the university's students affairs department were circling their hostel when they were clearing their stuff while a group of ‘pro-establishment’ students jeered and teased them.

Contacted later, the university's hostel management said they were unaware of the matter and declined to comment further.

Meanwhile, Ampang PKR parliamentarian Zuraida Kamaruddin said the management had acted unwisely as the students were about to sit for their final examinations.

"The university acted too hasty in throwing out the students… they (management) should have taken into account of the fact that the students were due to sit for exams.

"The students should be given a chance and the management should be more tolerant… as the students were both active in academic and extra curricular activities,” she said in a statement.

"We want the hostel management to explain their action and give a chance for the students to deliberate the matter before they are thrown out," she added.

Zahid Pun Takut Kena Cabar ke?

2 hari lepas ada sorang geng UMNO/BN bersungut "kunun" tempoh kempen panjang sangat... hari ni pulak mat Zahid pun bunyik nada yang sama jugak - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau bersetuju dengan pendapat bahawa tempoh empat bulan bagi kempen pemilihan Umno adalah terlalu panjang.

Ada 2 kemungkinan mat Zahid "berbunyik" macam ni...

1 - Takut kena cabar.

2 - Kalau tempoh panjang sangat tapi pencalonan tak cukup... malu la pulak...

Hangpa ingat yang mana sesuai dengan mat Zahid?

Mula-mula Molotov Cocktail, Lepas Tu Bakar Terusss..! Apa Nak Jadik Ni?

Awal-awal dulu pejabat Majlis Peguam jadi mangsa serangan molotov cocktail, tak lama lepas tu rumah Teresa Kok pulak kene baling dengan molotov cocktai, selang berapa hari ada pulak lagi insiden sama... 30 biji kereta terbakar lepas dibaling dengan molotov cocktail...

Hari ni pulak... kereta kepunyaan ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar rosak sebahagiannya, disyaki dibakar awal pagi ini.

Ketika dihubungi hari ini, pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu menuduh lawan politiknya dari MIC yang bertanggungjawab melakukannya.

Pemimpin PSM itu berkata, beliau percaya kumpulan yang sama yang membakar kereta Volkswagen Beetle miliknya itu, turut bertanggungjawab menganggu ahli-ahli parti itu di kawasan tersebut.

Gangguan tersebut, tambahnya, telah berlaku sejak lebih lapan tahun yang lalu.

"Jiran-jiran (saya) ternampak empat pemuda memecah cermin pintu kereta saya, dan membakarnya. Bahagian dalam kereta saya terbakar teruk."

Jeyakumar menjelaskan semuanya bermula tiga hari lalu ketika seorang ahli wanita parti itu berada seorang diri di pejabat parti itu, didatangi sekumpulan lelaki mabuk dalam lingkungan usia 20-an.

"Dia memberitahu saya yang kumpulan tersebut meminta wang dan bila dia enggan memberinya, mereka mengancam untuk memukulnya," kata Jeyakumar.

Apa dah jadi ni? sesuai ke negara ni dikatakan "Selamat. Aman, Makmur"?

Yang aku heran pulak lagi, awat asyik-asyik orang-orang yang tak sehaluan dengan KERAjaan je yang kena? Awat geng-geng UMNO/BN tak pernah pulak kena ugutan-ugutan dan ancaan-ancaman macam ni?

Nak cakap "kebetulan"? tak kan "kebetulan" orang-orang yang tak sehaluan dengan KERAjaan je yang kena?

Kesimpulannya tuduhan yang mengatakan penyokong pembangkang "ganas" sangat-sangat tak tepat sama sekali. hangpa pikiaq la sendiri...

Tempoh Jaminan Sheikh Kickdefella Dilanjutkan Sebulan Lagi

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Polis hari ini melanjutkan tempoh jaminan ke atas penulis blog Sheikh Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Aziz sehingga 21 Nov depan bagi membolehkan siasatan ke atasnya disiapkan.

Syed Azidi, 38, yang berkemeja putih tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Perdana Jalan Datuk Onn di sini pada kira-kira pukul 10 pagi dengan ditemani seorang rakannya.

Katanya, beliau dipanggil untuk melaporkan diri ke jabatan itu disebabkan tempoh jaminannya tamat hari ini dan berikutan itu polis melanjutkan tempoh jaminannya selama sebulan lagi.

"Tempoh jaminan saya dilanjutkan dengan jaminan polis kerana saya difahamkan siasatan kes saya belum lagi selesai," katanya kepada pemberita di luar perkarangan pejabat itu selepas melaporkan diri.

Beliau kesal dengan kelewatan siasatan kes tersebut dan mendakwa lanjutan jaminan itu hanya akan mengongkong kebebasannya.

"Saya bersedia didakwa di mahkamah kerana saya boleh membuktikan kebenaran dan membersihkan semula nama saya. Menang atau kalah itu bukan perkara utama kerana saya percaya pada sistem keadilan dan hukuman," katanya.

Syed Azidi berkata beliau berasa pelik kerana tempoh siasatan mengambil masa yang lama dan mengapa sepanjang beliau ditahan tiada sebarang kenyataan diambil ke atas dirinya sebaliknya hanya kenyataan berhubung latar belakang dirinya yang diambil.

"Polis sepatutnya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan siasatan kerana semua bukti adalah melalui hasil tulisan saya yang dipaparkan dalam laman blog dan segala bahan yang diperlukan seperti komputer riba dan cakera padat telah saya serahkan.

"Saya juga tertanya-tanya berapa ramai individu di luar sana yang terhasut akan kenyataan saya," katanya.

Pada 17 Sept lalu, penulis blog itu ditahan pada pukul 5.05 petang oleh tiga anggota polis yang berpakaian preman.

Beliau dipercayai ditahan ekoran cadangan di dalam blognya agar Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik semasa menyambut ulangtahun kemerdekaan negara.

Beliau sebelum itu melaporkan diri kepada pegawai penyiasat kes tersebut ASP Annuar Amri Abd Muluf sebelum keluar kira-kira 40 minit kemudian.