"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 17, 2008

Tempoh Jaminan Sheikh Kickdefella Dilanjutkan Sebulan Lagi

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Polis hari ini melanjutkan tempoh jaminan ke atas penulis blog Sheikh Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Aziz sehingga 21 Nov depan bagi membolehkan siasatan ke atasnya disiapkan.

Syed Azidi, 38, yang berkemeja putih tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Perdana Jalan Datuk Onn di sini pada kira-kira pukul 10 pagi dengan ditemani seorang rakannya.

Katanya, beliau dipanggil untuk melaporkan diri ke jabatan itu disebabkan tempoh jaminannya tamat hari ini dan berikutan itu polis melanjutkan tempoh jaminannya selama sebulan lagi.

"Tempoh jaminan saya dilanjutkan dengan jaminan polis kerana saya difahamkan siasatan kes saya belum lagi selesai," katanya kepada pemberita di luar perkarangan pejabat itu selepas melaporkan diri.

Beliau kesal dengan kelewatan siasatan kes tersebut dan mendakwa lanjutan jaminan itu hanya akan mengongkong kebebasannya.

"Saya bersedia didakwa di mahkamah kerana saya boleh membuktikan kebenaran dan membersihkan semula nama saya. Menang atau kalah itu bukan perkara utama kerana saya percaya pada sistem keadilan dan hukuman," katanya.

Syed Azidi berkata beliau berasa pelik kerana tempoh siasatan mengambil masa yang lama dan mengapa sepanjang beliau ditahan tiada sebarang kenyataan diambil ke atas dirinya sebaliknya hanya kenyataan berhubung latar belakang dirinya yang diambil.

"Polis sepatutnya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan siasatan kerana semua bukti adalah melalui hasil tulisan saya yang dipaparkan dalam laman blog dan segala bahan yang diperlukan seperti komputer riba dan cakera padat telah saya serahkan.

"Saya juga tertanya-tanya berapa ramai individu di luar sana yang terhasut akan kenyataan saya," katanya.

Pada 17 Sept lalu, penulis blog itu ditahan pada pukul 5.05 petang oleh tiga anggota polis yang berpakaian preman.

Beliau dipercayai ditahan ekoran cadangan di dalam blognya agar Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik semasa menyambut ulangtahun kemerdekaan negara.

Beliau sebelum itu melaporkan diri kepada pegawai penyiasat kes tersebut ASP Annuar Amri Abd Muluf sebelum keluar kira-kira 40 minit kemudian.

No comments: