"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 17, 2008

3 Pi Em, 1 Bakal Pi Em & "YA"

Tunku Abdul Rahman - Kemerdekaan MalaYA

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj lahir pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Ayahanda beliau, Sultan Abdul Hamid Halim Shah adalah Sultan Kedah yang ke-24 dan bonda beliau, Cik Menyalara, adalah anak kepada Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah dalam kerajaan Thai ketika pemerintahan Raja Rama V.Semasa kecilnya, putera raja ini suka mencuri keluar daripada kawasan istana. Beliau suka bergaul dengan orang kebanyakan dari semua peringkat masyarakat. Beliau telah mulakan persekolahan di Sekolah Rendah Melayu, kemudian ke English Medium School di Alor Star, dan mengaji Quran di sebelah petang, sebelum dihantar bersama tiga orang kekandanya ke Debsirindir School di Bangkok pada 1913. Pada 1916, beliau pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.selanjutnya di [sini].

Mahathir Mohamad - CyberjaYA, PutrajaYA

Dilahirkan pada 20 Disember 1925, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia sejak 22 tahun yang lepas. Dr Mahathir menerima pendidikan rendah dan menengah di Alor Star sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura pada 1947. Selepas mendapat ijazah perubatan, Dr Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Star, Langkawi dan Perlis Dari 1954 higga 1957. Pada 1957 beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha Clinic di Alor Star.selanjutnya di [sini].

Abdullah Ahmad Badawi - Koridor RaYA

Dilahirkan pada 26 November 1939 dalam sebuah keluarga ternama di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah mendapat pendidikan awal di kampungnya dan kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Penang Methodist Boys' School dan sekolah agama yang telah diasaskan oleh keluarganya. Abdullah seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam pada 1964.selanjutnya di [sini].

Najib Tun Abdul Razak - AtlantuYA

Kah kah kah kah kah... lawak petang jumaat...

No comments: