
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Sunday, October 11, 2009
62% Keluar Mengundi Setakat Jam 3.30 Petang..
3.30pm Seramai 5,892 atau 65 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 3 petang ini - dua jam sebelum pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ditutup pada jam 5 petang.
Kadar peratusan tersebut dijangka menyukarkan pencapaian sasaran 80 peratus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Atas arahan suruhanjaya itu, polis mengarahkan semua petugas dan penyokong PAS serta BN menanggalkan sebarang simbol - termasuk pada pakaian seperti topi atau jaket.
Penggunaan kipas tangan dan payung yang bersimbolkan parti bertanding juga dilarang.
2.24pm Seramai 5,371 pemilih, atau 59.2 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 2 petang - tiga jam sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.

12.10pm Beberapa penyokong parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dilaporkan ditahan selepas berlaku satu pergaduhan di luar SK Teluk Kemang.
11.20am Sebanyak 35.7 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 11 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.
11am Calon BN, Tan Sri Isa Samad beredar dari Sekolah Bradwell di tengah laungan 'rasuah' oleh pemimpin PAS.
Isa berkata, peluang untuk beliau menang adalah cerah.
Ketika menemui seorang pengundi India, Isa berkata: "Jangan lupa dacing".
10.15am Calon BN, Tan Sri Isa Samad tiba di Ladang Siliau dan berjalan sejauh kira-kira 150 meter dari jalan utama ke pusat pengundian. Penyokong PAS di situ mua melaung menyindirnya berhubung isu politik wang.
10.10am Keadaan pusat pengundian di SK Panglima Adnan riuh rendah dengan penyokong BN dan PAS melaung antara satu sama lain. Kira-kira 5,000 orang berhimpun di situ. Beberapa penyokong Pemuda Umno kelihatan membaling botol air mineral melintasi jalan ke arah tempat penyokong PAS berhimpun.
9.30am Calon PAS, Zulkefly Mohd Omar tiba di SK Panglima Adnan, dengan diiringi ahli-ahli parti itu yang memakai baju dengan logo PAS. Beliau yakin mampu menang dan menggesa pengundi supaya keluar mengundi.
Hujan turun awal pagi tetapi berhenti sejurus selepas jam 8 pagi. Bagaimanapun, hujan renyai turun semula kira-kira 40 minit kemudiannya.
Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.
Pengundi pos telah selesai membuang undi dua hari lalu, manakala pengundi biasa seramai 9,060 orang, akan membuat pilihan mereka hari ini di lapan pusat pengundian yang melibatkan 18 saluran.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan kira-kira 80 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.
Menurutnya, tempoh kempen tamat tengah malam tadi, maka tiada lagi bahan kempen seperti baju dan payung boleh digunakan hari ini.
Pilihan raya DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.
Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Azman Mohammad Noor, pada 4 September lalu. Azman mengekalkan kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.
Polis telah menasihatkan pengundi khususnya supaya mematuhi arahan anggota pasukan itu bagi memastikan kelancaran lalu lintas, yang dijangka sesak berikutan kehadiran pelawat yang berkunjung ke pantai peranginan di situ pada hujung minggu.
Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan MPPD dan keputusannya
dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.
8.51am Sekumpulan Pemuda Umno melaung kepada Pemuda PAS, sesiapa yang mahu arak, pergi ke Selangor.
8.50am Hujan renyai-renyai mulai turun di Teluk Kemang.
8.40am Hujan turun renyai-renyai semula di pusat mengundi SJK (T) ladang siliau.
8.20am Pemuda Kg Bagan Pinang menjerit "Anwar Rasuah" "Take Beer" dan "bapa rasuah". Ia sebagai membalas laungan penyokong PAS yang melaungkan "BN Rasuah". Kedua-dua penyokong melaung "Allahu Akhbar".
Kira-kira 100 penyokong PAS dan BN berkumpul di SJK (T) Ladang Siliau. Polis memantau keadaan. Langit kelihatan cerah, selepas hujan gerimis di sebelah pagi berhenti.
8.05am Penyokong-penyokong PAS berdoa di luar pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ladang Siliau dalam Pekan Siliau.
8.00am Pengundian di Bagan Pinang bermula. Kira-kira 300 penyokong BN dan Pakatan Rakyat berkumpul di sepanjang jalan di pusat mengundi di Kg Bagan Pinang. Hujan yang turun sebentar tadi menyebabkan, ramai penyokong membuka payung masing-masing.
7.25am Polis mulai membuat sekatan di beberapa kawasan.
7.17am Hujan mulai turun seperti hari penamaan calon. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata ramalan cuaca hari ini dijangka hujan disebelah pagi, tidak seperti dua hari sebelum ini yang kelihatan cerah.
Sumber Terkini Klik (Sini)..
Saturday, October 10, 2009
N-31 Bagan Pinang: UMNO/Beer eNd Gagal Jawab Persoalan
Ini ekoran dari pendedahan terbaru PAS, bahawa Isa Abdul Samad sewaktu menjadi Menteri Besar selama 22 tahun telah banyak menggadaikan tanah rizab Melayu, terutamanya dikawasan pinggir pantai Port Dickson.
“Tan Sri Muhyiddin (TPM) tidak perlu menuduh pemimpin kita sebagai pengkhianat Melayu kerana bilik gerakan UMNO Telok Kemang itu sendiri pun sebenarnya di atas tanah rizab Melayu yang telah tergadai akibat kerakusan dan pengkhiantan Isa Samad sewaktu beliau menjadi MB Negeri Sembilan.”
“Siapa kroninya (yang mendapat tanah rizab) itu? Rakyat mahu tahu..!” tegas Salahuddin.
Beliau juga meminta Isa menjawab, mengapa tanah wakaf (berdekatan Politeknik Port Dickson) yang sepatutnya dijadikan tapak perkuburan Islam yang baru, akhirnya dijadikan tapak pembangunan komersial Taman Intan Perdana.
Isa Samad sepatutnya menjawab segala persoalan tersebut jika beliau adalah seorang yang bermaruah, bertanggungjawab dan benar-benar membela dan mempertahankan hak dan kepentingan rakyat seperti yang diwar-warkan.
Tambahnya lagi, sikap berdiam diri Isa Samad bukan sahaja menjadikannya ikon pembangunan palsu, malah "Maskot" atau "Ikon Rasuah"..!.
Implisitnya, beberapa pendedahan itu mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap peribadi kurang baik Isa Samad, hatta tidak mustahil Isa Samad bakal menempa kekalahan di kubu kuat UMNO/Beer eNd sendiri.
N-31 Bagan Pinang: Pesanan terakhir Dari "66300" Kepada Pengundi N-31...
- Renungan : Janganlah kita terpesona dengan mereka yang beramai-ramai datang dari luar kerana semuanya akan meninggalkan kita. tetapi pilihalah orang yang dekat dimata kerana dia akan sentiasa bersama - tamat...
Untuk para pengundi yang bakal mengundi besok... cuma ada 1 (satu) sahaja pesanan bergambar dari aku...
N-31 Bagan Pinang: Senario Terkini - UMNO/Beer eNd Mula Guna Taktik Kotor
Salinan surat palsu tersebut mengatakan bahawa beliau yang mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mengaku bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat bertanggung jawab dan meminta maaf kepada seluruh penduduk Bagan Pinang atas semua kekacauan yang telah ditimbulkan oleh pihak Dewan Pemuda PAS Pusat.
Nasaruddin menegaskan bahawa, beliau dengan sendiri atau melalui mana-mana wakil Dewan Pemuda PAS Pusat, TIDAK PERNAH MENGELUARKAN APA-APA SURAT ATAU KENYATAAN RASMI seperti yang terkandung didalam surat palsu tersebut.
Salahuddin Ayob pula dalam masa yang sama mengatakan bahawa pihak UMNO/Beer eNd pada ketika ini mungkin merasa amat terdesak dengan senario perubahan yang berlaku akhir-akhir ini yang nampaknya menguntungkan pihak Pakatan Rakyat lalu mereka mula menggunakan taktik-taktik kotor untuk survival mereka dengan harapan para pengundi akan memberi simpati seterusnya mengundi UMNO/Beer eNd yang korup.
N-31 Bagan Pinang: Usah Sertai Mana-Mana Perarakan..!
Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, "Kita dapat info mengatakan bahawa ada pihak telah merancang beberapa perarakan berkereta/motor yang akan menggunakan lambang PAS/PKR/DAP (Pakatan Rakyat) dengan niat hendak memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat menjelang hari pengundian esok".
Menurutnya, kumpulan-kumpulan ini akan berarak ke dalam taman-taman perumahan terutamanya di kawasan penduduk Cina dan India, juga di jalan-jalan raya dan kemungkinan besar, kumpulan ini juga akan membuat bising sambil menjerit-jerit perkataan "Re For Ma Si" dan juga bertakbir.
Pada masa ini juga (ketika sidang media sedang diadakan), wakil pihak keselamatan Pakatan Rakyat sedang berada di IPD Port Dickson dan sedang dalam proses membuat laporan kepada pihak PDRM terhadap maklumat ini sebagai tindakan berjaga-jaga.
Sumber juga mengatakan bahawa kumpulan ini telah dibekal dengan pakaian-pakaian berlambang PAS untuk mengelirukan orang ramai.
Dato' Mahfuz dalam sidang media sebentar tadi juga menasihatkan semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak menyertai atau mengadakan apa-apa perarakan kerana pihak PAS tidak pernah menganjurkan mana-mana perarakan baik dengan motor atau kereta.
N-31 Bagan Pinang: Penyokong Pakatan Rakyat & UMNO BN Bergaduh
Kejadian dikatakan berlaku apabila penyokong UMNO/Beer eNd tidak berpuas hati apabila jentera PAS menaikkan beberapa bendera yang dikatakan dikawasan UMNO/BereNd.
Sorak-menyorak mula berlaku antara ke 2-2 belah pihak dan pihak polis turut dikejarkan ketempat kejadian dan berjaya mengawal kejadian dengan hanya meniup wisel mereka...
Pada masa ini, ke 2-2 belah pihak masih belum bersurai dari kawasan kejadian dan pihak polis juga masih meniup-niup wisel mereka agar keadaan terkawal.
N-31 Bagan Pinang: Undi Pos Diragui - PAS Kemuka Laporan Polis
- "Kesalahan-kesalahan tersebut bertentangan dengan Peraturan 14(A) Perjalanan Pilihanraya yang mesti menggunakan daftar pemilih terbaru sebagai naskhah yang sahih," ujarnya pada sidang media harian PAS, di Markaz Induk PAS, Port Dickson hari ini.
Pada masa yang sama ujarnya, pengundi pos juga mengadu tidak mendapat sampul keutamaan terutamanya mereka yang berada dalam peralihan persediaan untuk pencen.
- "Menurut maklumat, kesemua sampul tersebut telah dihantar ke MINDEF padahal pengundi tersebut tinggal di sekitar Bagan Pinang.
- " Apa tujuan sampul tersebut dihantar ke MINDEF?" tegasnya.
- "Agen calon tidak bebas bergerak, tidak boleh mengesahkan identiti pengundi pos, tidak boleh mengesahkan bilangan keseluruhan pengundi pos, tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi pos yang hadir dan tidak hadir, dan tidak boleh mengesahkan pengundi pos yang meragukan," katanya.
Malah Pengarah Jentera Operasi PAS, Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang berkata, terdapat aduan dari pengundi pos mengenai salahguna kuasa Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan yang berkempen di dalam satu majlis jamuan hari raya di Institut Kejuruteraan Tentera Darat.
- "Menteri Besar tersebut menggunakan jawatannya untuk meminta pengundi memilih Isa sebagai wakil rakyat " ujarnya.
- "Zahid Hamidi berkata, kita ada banyak lagi projek untuk tentera, tapi kita kena tengok kertas undi dulu la," jelasnya.
Sumber - Pilihanraya Kecil N-31 DUN Bagan Pinang
Friday, October 09, 2009
Lopeh Bagan Pinang Pakat-Pakat Pi Kota Seputih Pulak...
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yakin selepas pilihan raya kecil Bagan Pinang, pilihan raya kecil akan diadakan di Kedah pula iaitu di Kota Seputeh.- “Insya Allah, selepas Bagan Pinang kita akan ke Kedah pula untuk pilihan raya kecil di sana,” kata Azizan ketika berucap di Taman Sri Rusa, dekat sini.
Azizan memberikan ceramah bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad bin Omar.Seterusnya disini...
