"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 25, 2009

Merry Christmas!

ANGELS ARE ADMIRING BABY JESUS

DEB Gagal Sebab UMNO, Bukan Sebab Orang Cina

Faktor utama kegagalan DEB diterangkan sendiri oleh Dr Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty DK dalam salah satu kenyataan beliau :
  • “The NEP, it must be iterated, was not concerned with making all the bumiputeras earn equally, or share equally, the wealth distributed amongst them. …The intention of the NEP was to create in the bumiputera community the same division of labour and rewards as was found in the non-bumiputera communities, particularly the Chinese. … The equitableness was not to be between individuals, but between communities” (Mahathir Mohamad, 1998, The Way Forward, London: Weidenfeld & Nicolson.pp. 33-34).
Terjemahan :
  • DEB, dan ini mesti ditekankan, tidak pernah mengambil kesah untuk memastikan kesemua Bumiputera mendapat pendapatan yang setara antara sesame Bumiputera ataupun kekayaan yang dibahagikan dengan adil di kalangan mereka.
  • Tujuan sebenar DEB adalah untuk mencipta “division of labor and rewards” seperti mana yang terdapat dalam bangsa-bangsa bukan Bumiputra di Malaysia terutamanya berbanding dengan kaum Cina.
  • Kesaksamaan dari segi pembahagian kekayaan di kalangan orang Melayu bukan jadi tujuan utama DEB tapi, lebih kepada kesaksamaan pembahagian kekayan antara kaum..
Secara mudahnya, Dr Mahathir mengaku dengan ikhlas bahawa DEB bukan program untuk me ngkayakan Melayu tetapi untuk mengkayakan ELIT MELAYU.

Itulah sebabnya selepas 30 tahun, DEB telah menemui kegagalan yang amat nyata. Segala wang kerajaan yang sepatutnya dibelanjakan untuk menaikkan taraf ekonomi serta pegangan ekuiti orang Melayu hanya berlegar di kalangan UMNOPUTRA dan elit Melayu semata-mata.

Sepatutnya UMNO dihukum atas kegagalan DEB bukannya diberikan lagi kuasa pemerintahan di atas kegagalan mereka. Tapi, nak buat macamana, orang Melayu ni pemaaf tak bertempat.

PENGALAMAN BERBORAK DENGAN DRIVER TEKSI PULAU PINANG

Beberapa bulan yang lepas saya menghadziri perkahwinan adik saya di Pulau Pinang. Dari bandara, saya mengambil teksi ke hotel tempat rombongan lelaki menginap.

Dalam perjalanan saya berborak dengan driver teksi yang kebetulan anak jati Pulau Pinang. Saya bertanyakan berkenaan program tender terbuka untuk kontrak-kontrak kelas F di Pulau Pinang. Kesemua kontrak untuk Kelas F adalah untuk Bumiputra dan di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, arahan dikeluarkan untuk semua tender Kelas F dilakukan secara tender terbuka.

Terkejut saya apabila driver teksi itu memberitahu bahawa semenjak polisi baru ini, kawan-kawan driver teksi beliau pertama kali dalam sejarah mendapat kontrak Kelas F dari kerajaan negeri Pulau Pinang. Beliau tambah lagi, bahawa kalau dulu, kontrak-kontrak ini akan disapu bersih oleh kroni-kroni UMNO (atau lebih dikenali sebagai kontraktor2 OKU).

Tapi, sekarang ini orang seperti beliau berpeluang untuk mendapat pendapat lebih sekitar RM3k-4k sebulan dengan kontrak-kontrak Kelas F yang terbuka kepada umum.

Bagi saya, inilah dia DEB sebenar dan kita melihat DEB sedang berjalan dengan baik di bawah DAP. Jelas kepada kita, selagi UMNO memerintah, DEB akan terus gagal kerana DEB pada kita tidak serupa dengan DEB yang difahami UMNO

DEFINASI DEB YANG KITA FAHAM BERLAINAN DENGAN DEFINASI DEB YANG DIFAHAMI UMNO

Bagi UMNO, DEB bererti program mengkayakan UMNO Putra dan elit Melayu. Orang kebanyakan di kalangan Melayu sebenarnya tidak berapa layak untuk mendapat DEB.
Bagi orang Melayu biasa, DEB dianggap sebagai program membantu orang Melayu. Namun, tujuan asal dan murni itu sudah tidak wujud lagi. DEB sudah menjadi alat UMNO untuk mengkayakan kepimpinan dan elit-elit mereka.

Kenapa? Kerana DEB adalah sebenarnya hasil dari Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2 yang telah diadakan pada tahun 1968. Di dalam Kongress tersebut telah dihadiri oleh melayu dari UMNO, PAS, PSRM, NGO, Akademik, kumpulan agama, kumpulan sekular Melayu dan melayu yang tidak berparti.

DEB bukan projek, dan bukan program yang berasal dari UMNO. UMNO tidak membuahkan idea-idea dan program-program yang terkandung dalam DEB. DEB berasal dari Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2 yang diwakili oleh semua orang Melayu.

Dan, sekiranya tidak berlaku penolakan kepada UMNO pada tahun 1969, nescaya UMNO tidak akan mengimplementasi program DEB pun. Sebelum 1969, UMNO telah pun selesa dengan keadaan mereka yang meneruskan dasar ekonomi penjajah.

UMNO melaksanakan DEB demi survival politik mereka sahaja dan bukan bertujuan untuk menyelamatkan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia.

Sebab itu kita lihat banyak program2 DEB telah dihapuskan UMNO i.e. biasiswa, Bank Bumiputra dsbnya. Yang tinggal hanyalah program pemilikan ekutiti dan projek kerajaan yang mana program-program ini akan diratah oleh UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu meninggalkan ramai orang Melayu kesusahan.

UMNO PARTI FEUDAL BUKAN PARTI MELAYU

Jadi tak heranlah DEB gagal. Ia bukan program UMNO. Ia adalah program yang dipaksa ke atas UMNO semata-mata.

Kerana UMNO terpaksa melaksanakan DEB, maka DEB diubah kepada program mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu selaras dengan ideologi feudal UMNO.

Sememangnya UMNO tidak kesah untuk memastikan kekayaan di kalangan orang Melayu dibahagikan dengan setara. Oleh kerana UMNO parti Feudal, maka tujuan asal DEB telah di “feudal” kan.

BAGI UMNO, KORUPSI ITULAH DEB

DEB adalah program yang mulia dan berasal dari pemikiran orang Melayu secara keseluruhan tidak kita fahaman politik dan keturunan.

Ia ikhlas bertujuan membantu orang Melayu untuk menjadi bangsa yang dihormati di tanah sendiri. Maka nya, perlaksanaan DEB mesti dilakukan dengan amanah dan cermat kerana kita harus ingat, bangsa lain juga berkorban untuk DEB ini.

Malangnya, DEB dilaksanakan oleh parti yang berfahaman feudal seperti UMNO yang menganggap tuan-tuan dalam masyarakat Melayu adalah seperti raja dan rakyat jelata Melayu keseluruhannya adalah hamba mereka.

Maka, jadilah program-program DEB dijadikan alat kepada mereka untuk menjadi kaya dan terlampau kaya. Majoriti orang Melayu hanya mendapat sisa-sisa yang dilontar oleh puak2 elit melayu ini.

Oleh sebab itu, walaupun sudah lebih 40 tahun DEB berjalan, majoriti Melayu di Malaysia akan keluar negara sekiranya diberi peluang. Perkara yang biasanya berlaku pada orang Cina dan India, sekarang ini menular kepada orang-orang Melayu.

UMNO masih seperti dulu. Menunggang DEB untuk mengkayakan kroni dan elit UMNO. Mereka berjaya meng “hijack” DEB dan memberikan DEB imej yang sangat buruk dan jijik.
Sedangkan DEB adalah program yang mulia lagi terpuji.

Demi untuk membersihkan nama DEB, maka orang Melayu WAAJIBBB menghumban UMNO dalam Laut CIna Selatan.

Tulang Besi

Thursday, December 24, 2009

Cuti 4-5 Hari...

Aku cuti blogging 4-5 hari sebab laptop aku kena santau dek geng-geng UMNgOk/Beer eNd & saki-baki geng-geng Yuniti Gomen... Sementara tu, Aduka UnTaruna, Alfa200, Tulang Besi, pengliporlari, Hasbullah Pit, Kudin Mansor, Sakaratul Maut & BANGSA MALAYSIA akan update website ni dari masa ke semasa......... Mekasey..!

Katak: Jangan Panggil Saya Katak..!

:BANGSA MALAYSIA

UMNO Ditubuhkan Bukan Untuk Membangun Ekonomi Orang Melayu

Saya ada membaca sebuah artikel yang kemungkinan ditulis untuk sebuah jurnal yang membincangkan hal ehwal ekonomi orang Melayu di Malaysia. Saya rasa artikel ini amat jitu dan tepat di dalam menerangkan kenapa orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam ekonomi Malaysia walaupun DEB telah berjalan lebih 30 tahun.

Saya nukil :
  • After independence in 1957, while the Malaysian Constitution did stress that the socio-economic development of the Malay was to be promoted, active government intervention in the economy to help the Malay was not implemented immediately.
  • The ruling Alliance government continued the laissez-faire economic policy of the colonial government. The laissez-faire approach nevertheless resulted in rapid economic growth. Real GDP growth rate was 4.1% in 1956-1960 period, 5.0% in the 1961-1965 period and 5.4% in the 1966-70 (Bank Negara 1994, p.4). However, despite the rapid growth, the trickle down process did not appear to work as expected.
  • Towards the end of 1960s, about half the population was living under poverty as indicated in the incidence of poverty (see Table III.1).
Ini bererti selama 12 tahun selepas Merdeka, UMNO telah tidak membuat apa-apa usaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Tiada usaha serius membantu orang Melayu dengan meningkatkan taraf pendidikan mereka, taraf ekonomi mereka, taraf kebolehan mereka, latihan kepada orang Melayu dan sebagainya.

Selepas merdeka UMNO telah meneruskan dasar ekonomi peninggalan penjajah, yakni “laissez-faire” yang secara otomatik telah meminggirkan orang Melayu itu sendiri. Itu adalah sebab utama orang Melayu hidup miskin dan melarat sebelum 1969. Bukan sebab orang Cina.

Dalam keadaan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu sentiasa berkembang dan tidak mengalami apa-apa kemelesetan sepanjang 12 tahun pemerintahan Perikatan/UMNO pada masa itu.

UMNO kekal sebagai parti “feudal” selepas Merdeka. Jadi, mereka tak nampak keperluan untuk membangunkan orang Melayu. Lebih-lebih lagi

Melayu Jadi Miskin dan Melarat Sebelum 1969 Bukan Sebab Orang Cina tapi Sebab Kelemahan UMNO yang Ketara

Orang Cina sebelum 1969 ada yang kaya dan ramai yang miskin dan melarat. Sampai ke tahap ada di antara mereka yang menyerahkan anak-anak mereka untuk menjadi anak angkat kepada orang Melayu. Kita dah lupa ke? Dalam keluarga saya sendiri ada anak-anak angkat dari keluarga Cina yang diserahkan kepada keluarga saya untuk dibela.

Malahan, rupa-rupanya kejayaan orang Cina dalam ekonomi Malaysia pada masa itu bukan kerana orang Cina ada konspirasi untuk menindas serta menjatuhkan orang Melayu. Orang Cina lebih maju dalam ekonomi kerana mereka rata-rata terlibat dalam sektor ekonomi yang moden dan berproduktiviti tinggi :
  • “The professional, technical, sales and managerial jobs were predominantly held by the Chinese, while about three-quarter of the Malays were agricultural workers mostly involved in small, subsistence farming and fishing activities (Klitgaard and Katz, 1983: p. 335). Thus, not only were the Malays found to be poor, but also they were primarily associated with agriculture, a low productivity sector. On the other hand, the non-Malays were associated with mining, manufacturing and construction, a high productivity sector.”
Jelas sepanjang 12 tahun pemerintahan UMNO itu, tiada usaha yang serius dari UMNO untuk membangunkan orang Melayu. Orang Melayu menunggu janji-janji UMNO seperti menunggu buah tak jatuh.

Macamana nak berharap pada UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu berlagak lebih British dari British. Mereka tak perlu fikirkan pasal orang Melayu kerana mentality feudal mengajar mereka bahawa majoriti orang Melayu sepatutnya tunduk kepada tuan-tuan feudal mereka, yakni pemimpin-pemimpin UMNO.

Maka, apabila kemarahan orang Melayu memuncak, majoriti Melayu telah menolak UMNO dalam pilihanraya 1969. UMNO hilang 2/3 kerusi Parlimen dan hilang beberapa negeri. Dato’ Harun Idris sendiri berada dalam keadaan kritikal

Peristiwa 13 Mei 1969 dicipta bagi menyelamatkan kerajaan UMNO. Majlis Gerakan Negara ditubuhkan dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Razak, menjadi ketua MAGERAN. Tunku Abdul Rahman telah dipinggirkan dan tak lama dari itu Tunku letak jawatan.

Kesan Kekalahan 1969 Kepada UMNO

Kesan utama kekalahan mereka 1969 adalah UMNO mula menyedari orang Melayu boleh berfikir dan sudah mula keluar dari kepompong feudal. Maka, mereka terpaksa mengambil langkah drastik untuk mengekalkan pemerintahan mereka dan mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap mereka.

Maka, langkah utama yang mereka ambil untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap mereka adalah menubuhkan kerajaan bersama dengan PAS. PAS adalah alat utama UMNO di dalam mengembalikan keyakinan orang Melayu kepada UMNO.

Dan, kemasukan PAS juga adalah berdasarkan janji-janji Tun Razak untuk melaksanakan program-program yang membantu menaikkan taraf socio-ekonomi orang Melayu. Maka, masuklah PAS dalam kelambu UMNO.

Cumanya, lepas 3 tahun, apabila UMNO sudah 100% yakin tahap sokongan terhadap mereka telah kembali, maka diciptalah situasi yang telah menyebabkan PAS ditendang.

Membangun Ekonomi Orang Melayu Bukan Agenda UMNO

Ertinya, UMNO tidak pernah menjadikan agenda membangun orang Melayu sebagai agenda utama mereka. Tindakan mereka memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru adalah atas dasar mahu mengekalkan kuasa mereka semata-mata dan bukannya niat mereka hendak membantu ekonomi orang Melayu sangat.

Tujuan UMNO adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan ekonomi kaum elit orang Melayu (yang lebih dikenali sebagai UMNOPUTRA).

Ini kerana sepanjang 1957 sehingga 1970, keadaan ekonomi majoriti orang Melayu semakin melarat. Namun, kalangan yang kaya dalam kelompok Melayu telah menjadi semakin kaya dan semakin kaya. Sila lihat carta di bawah :
Sehingga ke saat ini, jurang antara yang kaya dan miskin di kalangan orang Melayu SEMAKIN MENINGGI walaupun ada program DEB.

Ini bererti, walaupun UMNO memperkenalkan DEB, ia cuma wayang sahaja. UMNO masih mengekalkan polisi utama mereka, yakni mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu.

Tidak dinafikan DEB banyak membantu orang Melayu, tetapi kenapa pada hari ini ramai orang Melayu yang mengeluh? Malahan, ramai yang sanggup meninggalkan tanahair untuk bekerja di luar. Mengapa?

Jawapannya adalah kerana DEB telah ditukar untuk menjadi sebuah program untuk mengkayakan UMNOPUTRA. UMNOPUTRA ini ada berbagai bentuk, tapi bentuk yang biasa kita jumpa adalah kontraktor2 Orang Kuat UMNO (OKU). Dan ada lagi jeghaung2 di atas mereka yang mengaut kekayaan negara atas nama DEB dan membiarkan orang Melayu yang tidak berkemampuan hidup susah dan melarat.

Maka, dari kontraktor2 OKU ini dapatlah kita hasil seperti ini :
dan ini :
Boleh baca di sini.

Mereka yang tak layak terima kontrak dan projek tapi diberikan juga sebab koneksi mereka dengan UMNO. Semua kerana mahu mengkayakan UMNOPUTRA atau ELIT-ELIT MELAYU.

Kegagalan UMNO Yang Sepatutnya Telah Membunuh UMNO

UMNO ni sepatutnya dah mati lama dah. Selepas 1969 sepatutnya UMNO sudah kita kuburkan. Mereka adalah parti nasionalis sekular yang bertujuan untuk menjaga kepentingan tuan-tuan feudal Melayu serta meneruskan polisi serta program ekonomi penjajah British.

Tapi, PAS telah datang menyelamatkan UMNO dan memberi nafas baru kepada UMNO selepas 1969. Sedih saya.

Marilah kita orang Melayu keluar dari kepompong ekonomi UMNO. Selagi orang Melayu duduk bawah UMNO selagi itu orang Melayu akan hidup untuk mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu tajaan UMNO.

Nama kata nak bangunkan orang Melayu menjadi bangsa yang berdaya saing, moden, berwawasan jauh hanya boleh dilakukan kiranya orang Melayu menghumban UMNO ke Laut Cina Selatan. Selagi kita duduk bawah UMNO, selagi itu kita hamba UMNOPUTRA.

Saya berharap Dr Mahathir membaca artikel saya ini dan memberi sokongan beliau kepada artikel saya.

Tulang Besi

p/s - Kepada yang berminat untuk membaca artikel jurnal karangan AH Roslan ini, bolehlah muat turun artikel tersebut dengan klik di sini.

p/s - saya tak percaya orang Melayu malas. Pada yang tidak pernah bersawah dan bertani jangan mudah-mudah tuduh orang Melayu malas. Cubalah bersawah dulu baru tahu malas tak malas.

ps saya masih tidak lupa raut wajah N. Gobalakrishnan bila saya bagitau pendapatan per kapita orang India di Malaysia lebih tinggi dari orang Melayu. Oleh sebab itu, beliau kena belanja saya teh tarik.

Tulang Besi

Wednesday, December 23, 2009

Kemaskini: Hassan Ali Kena Bakar..?

Oleh : AdukaTaruna

5 panel jawatankuasa displin khas ada dalam dompet gua. Jangan memekakan telinga, membutakan mata, membisukan mulut, menyingkap karpet. Jangan sampai seluruh blogger turut membakar gambar Tuan Ibrahim Tuan Man.

Penentunya 9 malam ini. Keputusan JK Disiplin terhadap Hasan Ali bakal diambil atau bakal disapu di bawah ketiak Hadi n geng Terengganu?
Original post - AdukaTaruna

Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan...

Aku baru lepas jumpa Aduka UnTaruna lepas tu kami sembang-sembang beberapa hal berkenaan politik dalaman PAS dan jugak kami sentuh sikit hal berkaitan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan yang akan diadakan malam ni jam 9 malam.

Ada mesej khas dari Aduka UnTaruna dan jugak aku untuk Mesyuarat malam ni. Tunggu posting seterusnya dari Aduka UnTaruna. Aku tak dapat nak publish sendiri sebab laptop aku ada masalah.

Tungguuu...!!! Sure Heboh..!

Hahaha...!!!

Blog Telah Berjaya MengGagalkan Rancangan Menyatukan UMNO Dengan PAS

Dalam kehangatan Konvensyen Blogger PAS yang masih dirasai sampai hari ini, saya terpanggil untuk membuat sedikit komen berkaitan dengan jasa blogger kepada perjuangan Islam dan perjuangan menentang kezaliman dan korupsi di Malaysia.

13 Mei DAN KERAJAAN CAMPURAN UMNO-PAS

UMNO sudah kalah selepas 2008. Mereka sudah tersungkur. Dan seperti tahun 1969, mereka kembali melutut kepada PAS untuk menyelamatkan mereka.

Peristiwa 13 Mei adalah peristiwa yang menyayat hati. Pembunuhan ke atas orang-orang Cina adalah kezaliman yang besar. Ini kerana keadaaan ekonomi orang Melayu pada masa itu terhimpit bukan kerana bangsa Cina. Ia adalah kerana kelemahan UMNO.

Di waktu peristiwa 13 Mei 1969, Malaysia mengalami peningkatan ekonomi yang amat baik. Ia kerana harga komoditi Getah dan Bijih Timah amat tinggi pada waktu itu. Ia menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang amat besar di Malaysia.

MALANGNYA, segala kekayaan di Malaysia pada masa itu masih berada dalam tangan penjajah Inggeris. Orang-orang Cina tampak seperti lebih kaya hanya kerena orang-orang Cina biasanya duduk di kawasan-kawasan bandar. Dan orang-orang Cina adalah bangsa yang kuat bekerja dan kuat berusaha.

Namun, kekayaan negara tidak dapat digunakan untuk membantu orang Melayu yang miskin dan melarat pada masa itu. Kerana kekayaan negara kita pada masa itu telah diangkut balik ke England oleh penjajah Inggeris.

Ini adalah rahsia yang UMNO tidak pernah beritahu kepada orang-orang Melayu pada masa itu. Selama selepas Merdeka, UMNO telah menjadi penjaga kepada kepentingan Inggeris di Malaysia serta memastikan penjajah Inggeris tidak dihalang dari merompak harta kekayaan negara kita ini.

Keputusan pilihanraya 1969 amat mengecewakan UMNO. UMNO hilang dua negeri (Selangor dan Perak) serta hampir hilang 2/3 di Parlimen. PAS boleh menang di Parlimen Parit melalui calonnya, Haji Hashim Gera (bapa kepada Setiausaha PKR sekarang ini, Dato Salehuddin Hashim). Biasanya, apabila berlaku undi protes dari orang Melayu, maka kerusi Parlimen Parit akan jatuh pada PAS. Itulah indicator saya.

UMNO menyedari orang-orang Melayu marah dengan mereka dan sanggup mengundi protes terhadap UMNO dalam pilihanraya 1969. Maka, peristiwa 13 Mei telah diciptakan (mengikut Tunku Abdul Rahman sendiri) bagi menyelamatkan pemerintahan UMNO di Malaysia. Yang menjadi mangsa adalah dari bangsa Cina yang tidak berdosa.

Hakikatnya orang Melayu melarat pada masa itu atas kelemahan UMNO yang menjadi agen British dan barua syarikat-syarikat British yang telah mengaut kekayaan negara ini. Tapi, dengan peristiwa 13 Mei 1969 pemerintahan UMNO berjaya diselamatkan.

Namun, untuk mengembalikan keyakinan orang MElayu pada UMNO, itu adalah satu tugas yang lebih rumit. Maka, pada suatu hari datanglah Arwah Tun Razak dengan helikopternya melawat Dato Asri di Kota Baru Kelantan.

Dan tidak berapa bulan selepas itu, tertubuhlah kerajaan campuran UMNO-PAS di Kelantan dan seterusnya tertubuhlah Barisan Nasional. Iya, PAS adalah ahli pertama menganggotai Barisan Nasional.

Maka, setelah PAS menyelamatkan imej UMNO di kalangan orang Melayu, 3 tahun selepas penubuhan Barisan Nasional, situasi telah dicipta supaya PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional. Setelah madu habis dihisap, sepah pula dibuang. Itulah dia nasib PAS.

Alasan utama pembuangan PAS dari Barisan Nasional adalah apabila sebuah cawangan UMNO di Johor telah mengambil keputusan untuk membubarkan cawangan tersebut dan menukar cawangan tersebut kepada cawangan PAS. Arwah Dato’ Asri berhujjah bahawa kalau tidak diizinkan ia berlaku, penduduk kampung tersebut mahu menubuhkan cawangan DAP.

Itu sahaja.

PAS, setelah ditendang, menjadi seperti melukut di tepi gantang. Orang Melayu kekal dengan UMNO dan Barisan Nasional selepas PAS ditendang. Program-program yang diperjuangkan PAS, biasiswa dsbnya, digunakan oleh UMNO untuk mengekalkan kekuasaan UMNO.

Dengan kata lain, PAS telah berjasa besar menyelamatkan UMNO dari pupus. Hayat UMNO bersambung sampai hari ini di atas pengorbanan besar PAS selepas 1969.

BLOGGER MEMAINKAN PERANAN BESAR

Yang mula mendedahkan perbincangan dalam gelap antara pimpinan2 PAS pro UMNO dengan pimpinan-pimpinan UMNO adalah blogger, bukan akhbar.

Ahli-ahli PAS mendapat tahu perselingkuhan ini melalui para blogger. Hasilnya, berlaku penolakan yang besar di kalangan ahli dan pimpinan-pimpinan peringkat pertengahan. Ia mengagalkan usaha pimpinan2 PAS yang pro-UMNO ini membawa PAS bersatu dengan UMNO.

Kalaulah pada 1969 dahulu ada blog, saya yakin PAS tidak akan masuk Barisan Nasional. Segala usaha perbincangan dan perselingkuhan berlaku dalam gelap.

Kata Ustaz Amaluddin Darus:
  • Amaluddin Darus telah membuat komentar tentang perjalanan PAS di zaman Kerajaan Campuran-kemudian Barisan Nasional dan selepasnya, antara lain beliau mencatat pada m/s 37-40:
  • Malangnya, perjuangan PAS bertambah merosot, dan setelah melalui suasana selepas pilihanraya 1969 yang diikuti dengan pengisytiharan darurat dan lahirnya Majlis Gerakan Negara, bermulalah pinang-meminang di antara UMNO dan PAS bagi maksud akan mengadakan kerajaan campuran.
  • Justera kerana istiadat pinang meminang ini dijalankan secara bisik-bisik di dalam dan di luar negeri, maka sekalipun saya pada masa itu (1972?) berkedudukan sebagai ahli Jawatankuasa Agung PAS, Namun secara resmi baru diberitahu yaitu apabila segala syarat dan rukunnya telah dibincangkan untuk mengahwinkan PAS dengan Perikatan, dengan berselindung di sebalik kata-kata perpaduan dan persefahaman di antara Melayu dengan Melayu, yaitu antara PAS dengan UMNO.
  • Semuanya telah dirundingkan. Dato Mohd.Asri telah tetap menjadi Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan. Jawatankuasa Agung PAS dipanggil bersidang di rumah Dato Asri, di Petaling Jaya.
Di waktu itu kalau sudah ada blog, nescaya perbincangan secara rahsia seperti ini dapat didedahkan awal dan percubaaan untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan dapat dihalang.

Seterusnya PAS akan berjaya mengekalkan sokongan orang Melayu kepada PAS dan menggantikan UMNO sebagai parti yang mewakili orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Ini kerana sejurus selepas PRU 2008, perbincangan dalam gelap telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang pro UMNO. Sama seperti selepas PRU 1969. Dan, takdir tuhan, perbicangan tersebut mula didedahkan oleh Al Fadhil Bakar Haq@ Penarik Beca.

Blog2 yang mulanya menjadi pendokong PAS, sedikit demi sedikit mengubah arah dan akhirnya majoriti blog bergabung menentang usaha berkhalwat dalam gelap antara pimpinan2 PAS pro UMNO ini dengan UMNO sendiri.

Pihak pimpinan2 PAS pro UMNO terpaksa mengubah helah. Pada mulanya, mereka sebut, MUZAKARAH, lepas tu KERAJAANG PERPADUANG dsbnya. Alasan demi alasan tapi intinya tetap sama, yakni mahu bekerjasama dengan UMNO.

Untuk menutup malu, puak2 pro UMNO dalam PAS membuat beberapa tuduhan liar :
  1. Bloggers menyebar fitnah. Walaupun benda yang bloggers sebut tu benar dan fakta, tapi ia tetap fitnah.
  2. Bloggers memecah belahkan parti kerana bercakap benar???
  3. Bloggers tidak hormat Presiden. Kalau tak hormat baik keluar parti (macam parti ni bapak dia punya).
  4. Bloggers takda akhlak jemaah.
  5. Bloggers tak wala’.
Semua ni tuduhan-tuduhan orang yang lemah akal fikiran kerana mereka tak belajar sejarah. Mereka tak suka orang nak menyedarkan mereka dari ditipu. Mereka suka ditipu dan diperdaya orang. Bila ada yang mahu menyedarkan mereka, mereka marah pada orang yang cuba menyedarkan mereka.

Sekarang ni tumpuan kemarahan pimpinan2 PAS adalah kepada blogger2. Sama seperti kepimpinan2 UMNO sebelum 2008, pimpinan2 PAS ini pula sedang memusuhi serta cuba menjatuhkan imej blogger.

Saya memuji kerajaan Negeri Kelantan kerana mereka tidak mahu mengikut angin PAS Pusat. Kerajaan Kelantan dan PAS Kelantan menjadikan blog sebagai sumber muhasabah yang utama.

Saya baru dapat maklumat (tunggu kesahihan maklumat ini kelak) bahawa isu peniaga Baazar Tok Guru telah dibawa ke dalam mesyuarat exco oleh Tok Guru sendiri. Dan mesyuarat EXCO mengambil keputusan untuk menolak keputusan yang dibuat oleh PMBK dan kembali kepada tawaran asal yang dibuat Tok Guru dahulu.

Dan semua masalaah2 yang dinaikan dalam blog berkaitan Kelantan sekarang ini dibincangkan dalam mesyuarat Exco (mana yang ada asas la, kalau dari blog UMNO buat apa nak bincang, fitnah aje).

Kalau begini trend Kerajaan Negeri Kelantan, alamat lagi 50 tahun pun UMNO akan menonggeng kat Kelantan. Kerajaan Negeri yang dengar cakap blogger adalah kerajaan negeri yang sensitif dengan perasaan rakyat jelatannya.

Kalau tak dapat selesai masaalah pun takpa, sekurangnya kerajaan negeri boleh bersimpati dengan nasib rakyat yang menderita. Itu pun dah cukup. Masaalah tidak akan dipendam tetapi akan cuba diselesaikan hasil dari tindakan para blogger.

Sedih di PAS Pusat, blog cuba di kaitkan dengan fitnah. Kertas Kerja kedua Konvensyen Blogger pun pasal fitnah dan blog.

Padahal blog yang kuat sebar fitnah akan tersisih dengan sendiri. Masyarakat blog ni masyarakat yang membaca dan berfikir. Susah nak tipu diorang.

Sepatutnya PAS Pusat dan Presiden PAS kena ikut jejak langkah Tok Guru. Saya jamin populariti PResiden akan melonjak naik selepas itu.

Tulang Besi

(Updated) 2 jet fighter engine worth RM100 million missing: King and the Rakyat are betrayed

National security is under threat! Put the air force personnel and officials that involved in the thefts under Internal Security Act (ISA). Is our government daring to do this? The government should not cover-up the case of the missing RM100 million jet fighter engine and other parts of jet belonging to the Royal Malaysian Air Force (RMAF). Read here- Selain enjin pesawat, peralatan lain turut lesap

The fighter jet engine sold to a South American company according to a report released. I scared anything could be happen to us, our country might be sold out by the Force or the government. The disappearance of a F-5E fighter jet engine owned by the Royal Malaysian Air Force (RMAF) shows that the country's defence system is extremely weak.
Just imagine what will happen to the country if our military tools sold out by the air force officers and personnel, can we face the opponent during war? Our security is not guaranteed at all! Royal Military Air Force (RMAF) betraying the country and the people. Be careful, its not impossible if our country sold out by the government.

If there is no stern action taken immediately, the government itself should be taken stern action by the people in the next general election. In order to protect the supremacy of our king, the people should punish the government for betraying King and peoples believe.

Is it the result of Biro Tata Negara (BTN)?
Shame of Malaysia, I think this is the first incident in the world of selling the military jet engine to other nation by its own military officials. The world is laughing at us! Corrupted leaders who claim this is an ‘Islamic nation’ but failed to protect the nation under the Islamic laws, where is the ‘Malay supremacy’ when the king is betrayed!

:BANGSA MALAYSIA

Tuesday, December 22, 2009

Baru Tok Guru Doa, Allah Mula Tunjuk di Kuala Berang

Sejak dari mula Program Wang Ehsan, telah PAS dan ramai pihak ingatkan, pemberian Wang Ehsan ini tidak ada pemantauan.

Sekiranya royalti, maka perbelanjaan setiap sen wang royalti akan dipantau di Dewan Undangan Negeri dan setiap sen yang dibelanjakan terdedah kepada penyiasatan dari pihak Audit. Ini kerana wang royalty dibayar kepada kerajaan Negeri.

Dan setiap perbelanjaan kerajaan negeri direkodkan. Malahan, sebelum berbelanja, kerajaan Negeri wajib membentangkan Belanjawan bagi memberitahu umum apa yang dirancang oleh kerajaan negeri untuk dibelanjakan.

Setiap perbelanjaan direkod dan di audit. Setiap perbelanjaan dan perancangan perbelanjaan (belanjawan) dibahaskan secara terbuka pada setiap persidangan Dewan Undangan Negeri.

Ada pula proses audit bagi mencari ke mana setiap sen yang telah dibelanjakan. Tak cukup dengan audit, ada pula PAC ( Public Affairs Committee) yang kalau di Selangor dipanggil SELCAT. PAC atau SELCAT pula mengadakan prosiding mereka secara terbuka dan umum boleh mendengar prosiding-prosiding ini berjalan (tidak seperti ada sorang di Selangor tu yang mahukan SELCAT diadakan di belakang tabir).

Dalam prosiding SELCAT, kita dapat jumpa macam-macam perkara. Salah satu yang paling popular adalah bagaimana Khir Toyo membelanjakan RM1.3 juta untuk pergi Disneyland. Kita juga jumpa bagaimana UMNO menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka.

Saya mendapat maklumat ahli-ahli biasa UMNO di Selangor menyokong penuh prosiding SELCAT dan mereka tak nampak perjalanan SELCAT yang terbuka ini sebagai isu. Hanya “orang itu” sahaja yang mengatakan ianya satu isu. Rakyat Selangor secara keseluruhannya mengalu-alukan proisiding terbuka SELCAT ini.

Malangnya, yang berkuasa menentukan perbelanjaan Wang Ehsan adalah UMNO Negeri dan UMNO Bahagian. Maka, siapakah yang hendak memantau perbelanjaan wang ini? Hasilnya kita lihat sendiri :
  • RM300 million Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium - part of the roof collapsed in June.
  • RM18 million Aquatic Centre in Batu Burok - closed in July due to leaks in the canvas roof and rusting steel supports.
  • RM123 million Sultan Mahmud airport terminal - defects found on the roof in July.
  • Masjid Kampung Batu Putih in Kemaman - the roof collapsed in October.
  • Besut Islamic Centre - roof tiles were dislodged in recent weeks.
Ini kes-kes kerosakan yang besar-besar. Bagaimana pula kes-kes yang kecil-kecil yang tidak mendapat tumpuan media? Sudah tentu disenyapkan dan tidak diketahui umum.

Inikah dia program yang hendak diperkenalkan oleh Najib Tun Razak di Kelantan? Yakni, program mengkayakan kontraktor “Orang Kuat UMNO” (OKU). Yang akan membina bangunan-bangunan dengan kualiti yang rendah sebab nak buat untung atas angin.

Hasilnya, bila ditiup angin, bangunan pun runtuh. Untung pun atas angin, runtuh pun sebab angin. Itulah UMNO.

Amat benarlah tindakan Tok Guru Nik Aziz mendoakan “pecah perut” mereka yang menzalimi rakyat Kelantan, menzalimi rakyat Malaysia dengan memperkenalkan program yang hanya bertujuan untuk mengkayakan “Kontraktor OKU”.

Dan wang siapa yang bakal digunakan untuk mengkayakan kontraktor2 OKU ni? Bukan duit Najib, bukan duit Rosmah, bukan duit Muhyiddin, bukan duit Zahid Hamidi. Tetapi ianya adalah duit rakyat.

Duit rakyat untuk program mengkayakan kontraktor2 OKU. Hahahaha itulah dia UMNO. Parti yang menghalalkan korupsi. Last-last dapatlah bahana bangunan runtuh sana, stadium runtuh sini.

Tok Guru mahu menghalang Wang Rakyat dibelanjakan sewenang-wenang nya oleh UMNO dan kuncu-kuncu mereka. Maka., kita rakyat Malaysia pun mesti berdoa yang sama dalam isu royalti Kelantan ini. Biar mereka yang bertanggungjawab atas kezaliman ini Allah pecah kan perut mereka.

Baik mereka pecah perut, dari rakyat biasa mati atau cedera atau cacat sebab bangunan runtuh.

Baru je Tok Guru berdoa beberapa minggu lepas, Allah SWT sudah mula mengkabulkan doa Tok Guru.

TAKBEEERRRRR!!!!!!!

Tulang Besi

p/s - orang2 bukan Islam pun mesti berdoa seperti doa Tok Guru ini apabila mereka ke rumah-rumah ibadat mereka. Ini isu yang berkaitan dengan semua orang tidak kira ugama dan bangsa.

http://www.malaysiakini.com/news/120378
'Kontraktor OKU' punca binaan runtuh: NGO
Salhan K Ahmad
Dis 22, 09
1:07pm


kemaskini 4.58pm Kebanyakan projek berkualiti rendah di Terengganu, sehingga menyebabkan strukturnya runtuh, didakwa dimajukan oleh "kontraktor OKU (orang kuat Umno)", syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri.

Projek tersebut termasuklah pembinaan terminal pengangkutan awam bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang yang terjejas apabila sebahagian bumbungnya runtuh semalam.

"Kita panggil kontraktor ini kontraktor OKU atau Orang Kuat Umno," kata presiden Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Mohamad Fauzi Abu Samah.

"Kontraktor ini rapat dengan (orang) politik, itulah yang menjadi masalah bila dibuat bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan politik," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas insiden struktur bangunan runtuh yang kerap terjadi di negeri itu tahun ini selepas bumbung stadium, yang baru disiapkan dengan harga RM300 juta, ranap awal Jun lepas.

Selain itu, bumbung sebuah masjid di Kemaman yang dilaporkan berharga RM2.1 juta runtuh awal Oktober lalu.

Pusat Akuatik di Batu Burok yang bernilai RM19 juta pula mengalami kebocoran kolam sehingga ia terpaksa ditutup Julai lalu.

Mohamad Fauzi menambah, kontraktor-kontraktor terlibat perlu bertanggungjawab sekiranya mereka didapati gagal mematuhi prosedur sehingga menyebabkan runtuhan struktur berkenaan.

"Apa lagi bila ini melibatkan soal keselamatan. Siasatan perlu dibuat sekiranya kontraktor tidak mematuhi garis panduan keselamatan," katanya.

"Kita diberitahu kontraktor ini dapat kelulusan segera dan tidak ada pemantauan dibuat semasa pembinaan oleh pihak berkuasa."

MAMPAT merancang membawa isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), seawal-awalnya minggu depan, selain sedang mengumpulkan maklumat mengenai kesemua projek BN yang berkualiti rendah dan menghadapi masalah di negeri tersebut.

Laporan tersebut dijangka turut memuatkan butiran mengenai projek 20 unit gerai di Batu Enam dekat Kuala Terengganu bernilai RM1.52 juta yang siap dibina Ogos lepas di atas rizab jalan seperti diwartakan dalam draf pembangunan kawasan berkenaan.

"Sekarang (struktur itu) sudah hendak diruntuhkan kerana jalan tersebut ingin diperluaskan (pada 2012). Jadi kenapa gerai ini perlu dibina (pada asalnya)?" katanya.

"Adakah ini projek untuk menghabiskan peruntukan semata-mata? Kalau kita tengok bahagian konkrit bangunan itu, (kebanyakannya) hanya pasir dan kawasan letak kereta pun tidak ada."

'Umno-linked contractors to blame'
Hazlan Zakaria & Salhan K Ahmad
Dec 22, 09
5:11pm


Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) has blamed Umno-linked contractors for shoddy work on several new buildings in the state that have come to grief.

"We call these contractors OKU or Orang Kuat Umno (Umno supporters) " said its president Mohamad Fauzi Abdullah in a phone interview.

He was asked to comment on the collapse of the roof of the RM4.2 million bus terminal in Kuala Berang yesterday. Media reports today said the collapse of the 150m long skylight could be due to shoddy workmanship.

Mampat, a NGO fighting for the rights of the people of the state, has taken on the task of monitoring botched building projects.

Mohamad Fauzi claimed that the Umno-linked contractors enjoy a cosy relationship with politicians.

"They do not do their work diligently for the good of the people, but only for political gain. The low quality of most projects in the state is due to these contractors," he said, without naming them.

He also pointed to the fact that most of the projects are being awarded and implemented under the 'wang ehsan' (compassionate fund) programme, under the auspices of the Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP or Federal Development Department).

Concerns had been raised previously that use of the JPP to channel federal development funds to the state would lead to corruption and the feeding of political cronies with government projects.
Recent structural failures.

Work on the Kuala Berang bus terminal falls under the jurisdiction of the Hulu Terengganu district council.

The website states that its departments of building control and civil engineering are entrusted with monitoring the progress of building projects, as well as to approve and monitor the quality of materials and construction work.

When contacted today, personnel from each department were not available for comment. A staff member said those in charge are out in the field.

Recent problems with other new buildings in the state:
  • RM300 million Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium - part of the roof collapsed in June.
  • RM18 million Aquatic Centre in Batu Burok - closed in July due to leaks in the canvas roof and rusting steel supports.
  • RM123 million Sultan Mahmud airport terminal - defects found on the roof in July.
  • Masjid Kampung Batu Putih in Kemaman - the roof collapsed in October.
  • Besut Islamic Centre - roof tiles were dislodged in recent weeks
The first three buildings were about a year old when they were affected.