"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, March 09, 2010

Zulkifli Nordin yang saya kenal — Zulkifli Sulong

NOTA EDITOR: Rupanya Tulang Besi tidak berkeseorangan di dalam mengetahui kelentong Zul Nordin sewaktu isu Keracunan Arsenik dahulu. Alhamdulillah.

Berikut adalah tulisan Zul Sulong yang begitu baik dan jitu di dalam mendedahkan siapa si Zul Nordin yang sebenar.

Selamat membaca

Tulang Besi

Zulkifli Nordin yang saya kenal — Zulkifli Sulong

Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.

Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Kes Arsenik Anwar

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

"Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur...." Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum "Warkah Dari Penjara". Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin 'melampau' atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu

Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, "Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau," kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula 'mamat' ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.

Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.

Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.

Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, "Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR."

Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, "kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS."

Biarkan Zul Nordin Sendirian…......

Sebenarnya sepanjang beberapa tahun ini, punya ramai yang datang beritau saya si Zul Nordin ni tidak boleh dipercayai. Malahan, beberapa tahun sebelum Zul Nordin bertanding PRU 2008 pun saya sudah diberi amaran oleh pihak-pihak yang saya kenal sebagai orang yang beradab dan amat menjaga pertuturan mereka. Bahawasanya, Zul Nordin ini tidak boleh dipercayai. Malahan, ada yang memberitahu Zul Nordin adalah agen UMNO dan Special Branch.

Sepanjang masa mendengar khabar-khabar ini saya tidak pernah mempercayainya. Saya menolak terus khabar-khabar ini dan menganggap mereka tersilap atau iri hati kepada Zul Nordin.

Namun, selepas memenangi kerusi Kulim Bandar Baru, Zul Nordin menunjukkan taring beliau yang sebenar. Segala isu “agama” yang beliau perjuangkan rupa-rupanya “front” untuk perjuangan beliau yang sebenar: Memenangkan UMNO.

ARWAH USTAZ FADZIL TAK PERCAYA PADA ZUL NORDIN

Kalau mengikut laporan Bakaq@Penarik Beca, Arwah Ustaz Fadzil TIDAK PERNAH mempercayai Zul Nordin. Malahan, untuk berjumpa dengan Zul Nordin pun Ustaz Fadzil tak mau. Sehingga ke tahap, Ustaz Fadzil akan cari jalan supaya tidak bertemu dengan Zul Nordin selagi beliau boleh.

Nampaknya, Anwar Ibrahim tidak mahu mengambil iktibar dari sahabat karib beliau itu dalam isu Zul Nordin.

ZUL NORDIN TERLIBAT DALAM KONSPIRASI MUZAKARAH/KERAJAANG PERPADUANG

Dari seorang kenalan saya yang rapat memberitahu saya Zul Nordin adalah antara konspirator yang terawal dalam usaha mewujudkan Kerajaan PAS-UMNO sejurus selepas PRU 2008. Beliau terlibat dalam pertemuan-pertemuan rahsia yang melibatkan Roslan SMS, Suwardi Yaakob, Ustaz Nasa dsbnya. Beliau adalah antara perancang utama usaha membawa PAS kepada UMNO.

Dengan kata lain, sikap UMNO Zul Nordin terserlah sewaktu mula-mula lagi kita memang dan sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Saya tak paksa para pembaca untuk mempercayai khabar yang saya bawa. Saya kenal teman saya ini dan keperibadian beliau. Jelas, beliau seorang yang amanah dan tidak pernah berbohong. Dan sumber ini juga terlibat dalam pertemuan-pertemuan rahsia membincangkan strategi membawa PAS kepada UMNO sejurus selepas menangnya PR dalam PRU 2008.

BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABU NYA

Biarkan si Zul Nordin ini kekal hidup sendirian dan sebatang kara. Walaupun saya sendiri lebih setuju kalau KeAdilan hanya sekadar menggantung jawatan Zul Nordin dan tidak memecat beliau, namun rasanya KeAdilan terpaksa mengambil sikap dan tindakan yang tegas dalam isu ini untuk memelihara disiplin parti mereka.

Saya sendiri tidak bersetuju dan menentang keras IFC dan beberapa pendirian Sivarasa Rasiah sebelum ini. Namun, cara terbaik adalah dengan berhujjah dengan Sivarasa Rasiah. Saya sendiri pernah berhujjah dengan Sivarasa Rasiah.

Apa masaalahnya kita berlawan hujjah dgn mereka yang jahil dalam Islam? Sivarasa Rasiah adalah satu-satunya konduit pendakwah Islam kepada puak-puak liberal di Malaysia.

Saya rela berhujjah dengan geng-geng liberal seperti Sivarasah Rasiah hatta dalam sebuah majlis forum yang terbuka di mana sahaja baik dalam bahasa Inggeris mahupun Melayu.

Namun, saya yakin, Zul Nordin ni TIDAK MEMPUNYAI ILMU AGAMA yang cukup untuk berhujjah. Beliau cuma bertindak atas emosi dan bukan ilmu. Ini kerana tujuan beliau bukan memperjuangkan Islam tapi membuat kacau dalam Pakatan Rakyat.

ISU KALIMAH ALLAH MENDEDAHKAN KETAATAN ZUL NORDIN YANG SEBENARNYA

Misalnya dalam isu Kalimah Allah, siapa beliau kalau dibandingkan dengan Sheikh Yusuf Qardhawi? Kenapa beliau terlampau emosi sangat dalam isu yang Islam tidak mengharamkannya?

Jawapannya adalah isu Kalimah Allah ini adalah isu “klimaks” UMNO yang telah dirancang sejak sekian lama. Saya pernah mendedahkan email Mahaguru58 yang menceritakan mesyuarat beliau dengan Zahid Hamidi berkenaan dengan isu “Kalimah Allah” ini semenjak Februari 2008 lagi. Ertinya, isu ini memang sudah dirancang sejak sekian lama dan Zul Nordin adalah antara “aktor” utama isu ini.

Kita lihat waktu mula-mula isu ini meletup, dalam PAS sendiri melihatkan mereka yang terkait dengan konspirasi membawa PAS kepada UMNO yang terlampau kehadapan sangat memperjuangkkannya (kecuali Ustaz Taib Azamuddin). Sehingga Ustaz Harun Din mengeluarkan fatwa kufur kepada mereka yang mempersetujui dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Syukur PAS lebih rela mengikut Islam dari mengikut emosi beberapa NGO Melayu dan Islam yang rela melacurkan diri mereka untuk kepentingan UMNO.

Keadaan sekarang telah berubah. Rakyat Malaysia yang Krisitan lebih mempercayai PAS dari UMNO dari segai mempertahankan hak asasi mereka. Sikap PAS mengikut AL Quran menyebabkan UMNO jatuh dalam perangkap mereka sendiri.

PENUTUP

Anwar Ibrahim WAAJJJIIIIBBBBB menapis dengan lbih ketat siapa yang naik dan siapa yang turun dalam perjuangan PKR. Sebelum ini ramai yang telah memberi amaran kepada DSAI berkenaan dengan Dato Salehuddin Hashim. BEtapa beliau tidak mempunyai akhlak Islami dan kuat mengerjakan benda-benda haram. Beliau juga tidak menjaga ibadah puasa dan solat beliau dan beliau juga bukanlah seorang korporat yang baik.

Tapi, Anwar kononnya merasakan beliau mahu menjaga dan mendidik Salehuddin Hashim dan menukarkan Salehuddin menjadi lebih baik. Anwar kena belajar dari Ustaz Fadzil yang lebih bijak dalam memberi kepercayaan.

Walaupun ada orang yang Ustaz Fadzil dahulu tak menjadi, tapi rata-rata mereka2 yang diberi kepercayaan oleh ustaz Fadzil kekal dan istiqamah. Misalnya adalah Amiruddin Anak Bukit yang skrg ini menjadi Exco Kedah.

Biarkan Zul Nordin ini keseorangan. Biarkan dia kembali ke tempat asal sebenar beliau, yakni kembali ke pangkuan UMNO Bahagian Bukit Bintang bersama-sama Azalina Othman dan Syed Hamid Albar. Tapi, silap besar juga kalau dia balik ke geng asal beliau itu sebab Najib Tun Razak tak percaya pada bekas2 UMNO Bukit Bintang ni.

Tulang Besi

p/s - ikuti kesah Zul Nordin di pecat dari PAS di sini.

Monday, March 08, 2010

UMNO Hina: Jangan Kaitkan Mufti@Mufta Dengan Parti Hina..!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mufti sebagai ejen Umno adalah satu cubaan merendah-rendahkan golongan itu di negara ini.
Kah kah kah kah kah... memang betul cakap Jamil neh... Tok Guru tak patut kaitkan Mufti@Mau Ufti@Mufta@Auta dengan UMNO sebab UMNO ni tarafnya rendah sangat-sangat...

Kah kah kah kah kah... Jamil akhirnya mengaku bahawa UMNO ni adalah Parti yang Hina... Menuduh Mufti@Mau Ufti@Mufta@Auta sebagai ejen UMNO samalah seperti menghina Mufti@Mau Ufti@Mufta@Auta sebab UMNO ni sesuatu yang "Hina"...

Kah kah kah kah kah... Kah kah kah kah kah... seronok jugak gelak macam bro TT...

Kah kah kah kah kah... kah kah kah kah kah kah...

UMNO Hina...

Mahkamah 1Malaysia Memang Pelik...

Aku baru lepas baca berita dekat bawah ni...:
Bunuh Keluarga: Mahkamah Tolak Pengakuan Salah Tertuduh

Penganggur Rasidi Ismail hari membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap tuduhan membunuh empat anggota keluargannya pada 5 Januari lalu tetapi hakim menolak pengakuan itu kerana mahu memberinya peluang melantik peguam.

"Kamu menghadapi empat tuduhan bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Mahkamah perlu berhati-hati untuk menerima pengakuan kamu ini," kata Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
Baca tajuk je pun dah buat aku pening. sungguh-sungguh aku cakap, lepas aku baca tajuk berita ni kemudian baca laporan beritanya, terus aku lepak dekat luar rumah aku layan pening kepala sambil ambik angin. betul-betul buat aku kompiyus.

Macam-macam benda pelik berlaku dalam Mahkamah Negara 1Malaysia. ada kes yang cukup bukti untuk sabitkan OKT dengan pertuduhan, tapi Mahkamah pulak putuskan tertuduh tidak bersalah walaupun pendakwa dah bawak macam-macam bukti yang orang biasa macam kita-kita ni pun tau memang cukup nyata sabit pertuduhan keatas OKTnya.

Ada pulak kes orang kena tuduh didakwa tanpa bahan bukti dan kalau ada bukti pun, bukti yang dibawak tu cuma jadi bahan lawak masyarakat dunia yang cerdik.

Ada jugak kes, cukup bukti, cukup syarat untuk pertuduhan, tapi hilang terus kesnya sebab membabitkan VIP atau VVIP.

Yang masuk Mahkamah, baca pertuduhan lepas tu pakai simpan terus kes bawah karpet tak payah nak cerita la berapa banyak. paling-paling pun dok tunda-tunda-tunda-tunda-tunda... ketua hakim silih berganti, saksi-saksi banyak yang dah mati, last sekali tukang bawak kes ke Mahkamah sekadar boleh maki-maki je.

Mana la tak maki, kes jelas, semua bahan bukti jelas, Mahkamah pulak tak jelas nak selesai ke tak nak kes tu... macam kes mangsa pembunuhan Memali la...

Kes dekat atas ni pulak masuk dalam list "kes-kes" unik bagi aku.

Tertuduh dah mengaku salah dalam Mahkamah, Mahkamah pulak TOLAK PENGAKUAN SALAH TERTUDUH.

Ada apa-apa ke..? kes dekat atas tu kalau tak salah aku yang kena-mengena dengan... ah... malas la nak sebut... buat "berat" posting aku je...

Malaysian First Before Ethnicity....

I CHOOSE MALAYSIAN FIRST BEFORE MY ETHNICITY

Racial sentiments, riots, inequality in power sharing, fanatic personalities, discrimination against minority and I have a long list on showing unity among Malaysian in dilemma. Over the decades, all Malaysians including Malays, Chinese and Indians have shed their blood, tear and sweat to build up this nation. We have sacrifice a lot for the cause of unity, integrity and progress. Why until today there are no successes for these struggles?

Sincerely, I ask this question not to belittle our achievements, but to inspire us to greater effort. I ask not to make us feel dispirited, but to enthuse us to march forward to achieve the unity through BANGSA MALAYSIA concept. Today, when we look back, we can say with dissatisfaction that we are blindly moving forward in the wrong direction. We have been slow in taking some steps, especially when unity is the matter. We have failed to battle against racism especially when position, economic, education, sports and other main fields are the subjects.

Sometimes I lost my hope due to the negative attitude of the people surrounding me including some of my lecturers and course mates. They are thinking that racism needs to be expressed to the minorities as they are having power as the majority. Is it right? Please tell me that are they being professional enough? Such racial actions and words directly weakening my spirit, I hope all this could change in near time.

BANGSA MALAYSIA must be in the heart of every Malaysian citizen regardless of their background, admitting the same identity needed for unity of our nation. We must fritter away our time on minor issues and pointless personal dissimilarities. All political parties and NGO leaders must stop divide people along racial lines and threat every citizen fairly without discrimination or intimidation. Our strength is in our unity, despite our diversity. We can’t deny the fact that unity gave us our Independence that today we are enjoying and the strength of a nation that we can be proud of.

I can smell racism everywhere. Let’s throw away this ‘third class’ mentality. Let’s unite to build our nation for our future generation. Every citizen of Malaysia must feel proud to say - I'm a Malaysian first.

Can we start is from today?

BABI Putrajaya & BABI-BABI-Kataknya...

Tengok dan baca penjelasan dari KERAjaan Pusat dalam Media-Media Perdana penjilat Dubur KERAjaan Pusat:
Hilite Penjelasan dari KERA bernombor 3:
Kemudian baca yang ni pulak:
Selasa Januari 13, 2009
Terengganu bakal nikmati royalti minyak cecah RM3 billion

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat negeri Terengganu bakal menikmati royalti hasil minyak mencecah RM3 bilion setiap tahun sekiranya harga bahan api itu naik di pasaran.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Terengganu perlu menggunakan sebaik mungkin wang royalti berkenaan dan pada masa yang sama bersyukur dengan anugerah yang diberikan itu.

Beliau berkata janji kerajaan pusat untuk memulangkan kembali wang royalti minyak ke pangkuan rakyat Terengganu sudahpun ditunaikan dan itu melambangkan keikhlasan kerajaan pusat.

"Cek wang royalti berjumlah RM408.6 juta saya serah sendiri kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ini melambangkan keikhlasan kita.

"Tahun depan, kalau ada rezeki, harga minyak naik, rezeki rakyat Terengganu akan bertambah. Sekurang-kurangnya RM1.6 bilion hingga RM3 bilion akan jadi milik rakyat Terengganu.

"Cuba bayangkan rezeki banyak ini yang Tuhan berikan pada rakyat Terengganu. Negeri lain di Pantai Timur (iaitu) Kelantan, Pahang tak dapat ini tapi rakyat Terengganu dapat anugerah ini," katanya.

Najib berkata untuk menjamin pendapatan kerajaan negeri Terengganu tidak susut walaupun hasil bahan api itu sudah tiada kelak, kerajaan pada prinsipnya meluluskan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) untuk mengendalikan pelaburan royalti minyak itu dengan dana permulaan RM10 bilion.

Beliau berkata TIA yang merupakan cadangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, bakal diurus oleh para profesional.

Badan itu akan menggunakan pendapatan daripada hasil royalti minyak untuk membuat pelaburan di dalam dan luar negara menerusi pasaran bon bagi menjamin kelangsungan pendapatan negeri pada masa depan, katanya.
Kemudian baca yang ni pulak:
2008-12-13
Royalti Kembali Ke Terengganu
Oleh : Farezul Fadzal

Penantian rakyat Terengganu untuk melihat hasil royalti minyak diserahkan kepada Kerajaan Negeri kini menjadi kenyataan apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyerahkan cek RM408.6 Juta.

Cek berkenaan diterima oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sambil mendapat tepukan daripada 2,000 hadirin yang bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini (13 Disember).
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Exco Kerajaan Negeri;

Menteri kabinet yang hadir menyaksikan detik bersejarah berkenaan antaranya Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Senator Tan Sri Dato’ Muhammad Taib; Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin serta Ketua Menteri Melaka; Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Dato’ Seri Mohd Najib dalam ucapannya berkata dengan adanya majlis ini, harapan agar tidak lagi menjadi tanda tanya serta isu dikalangan rakyat.

Kita tidak mahu rakyat Terengganu timbulkan satu tanda tanya, seolah-olah kita tidak yakin Kerajaan Negeri Terengganu untuk tadbir wang royalti,” katanya pada Majlis Penyerahan Royalti Minyak.

Jelas Dato’ Seri Mohd Najib, selepas ini tidak akan ada majlis penyerahan seperti ini kerana wang royalti berkenaan akan dipindah secara elektronik dari Perbendaharaan kepada Kerajaan Negeri Terengganu tiap-tiap tiga bulan.

“Bila wang berkenaan sudah masuk, maknanya kita sudah menyerahkan bulat-bulat kepada Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Dato’ Seri Mohd Najib berkata beliau mendengar pelbagai perancangan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membangunkan negeri sambil mengharapkan duit tersebut dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya.
Soalan no 3 dekat atas tu:
Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau mana-mana Negeri Di Semenanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil dari Petronas?
KERAjaan jawab:
Negeri Kelantan atau mana-mana Kerajaan Negeri Di Semenanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas yang mengeluarkan hasil di Semenanjung pada masa ini berada di luar Perairan Wilayah Negeri melebihi 3 batu nautika. oleh yang demikian, apa-apa hasil yang diperolehi diluar Perairan Negeri melebihi 3 batu nautika adalah hakmilik KERAjaan PerseKUTUan.
KERAjaan perjelas dalam Penjelasan 1 mukasurat penuh berwarna dalam Media Perdana Penjilat Dubur, mana-mana Kerajaan Negeri Di Semenanjung TAK LAYAK tuntut bayaran tunai hasil Minyak sebab bla bla bla bla bla... tapi Terengganu boleh pulak dapat "Royalti Minyak".

Apahal ni..?

Najib - Kinjir
Awang Adek - Assistant Kinjir
Tok Pa - Pencacai Kinjir
Brahim Ali - Kinjir punya Katak...

Mufti Perak Memberi Konfirmasi Wujud Fraksi UMNO Dalam PAS

"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang".

Walaupun Mufti Perak ni dibuktikan telah berbohong, namun kita tidak dapat nafi ada perkara yang dia kata tu adalah fakta yang tidak dapat dinafi. Misalnya, tidak mungkin Mufti Perak akan berani bercakap dengan Ustaz Ahmad Awang sekiranya beliau tidak mendapat "green light" dari beberapa pimpinan PAS Pusat. Ini kerana Ustaz Ahmad Awang sudah ada rekod yang panjang berbeza pendapat dengan Mufti Perak yang boleh di baca di sini.

Harussani dilaporkan berkata:
"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju", katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
Saya juga merujuk kepada kenyataan Ustaz Ahmad Awang sewaktu Muktamar PAS di Shah Alam tahun lepas:
"Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.

Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?".

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan".
ANALISA KEDUA-DUA KENYATAAN DI ATAS

Sebelum dianalisa kedua-dua kenyataan di atas, kita perlu ingat dua fakta utama:
1.0 - Sewaktu kesemua usaha Harussani ini berlaku, PAS masih lagi berada di dalam Barisan Alternatif bersama Parti Keadilan Nasional (PKR).

2.0 - Keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat selepas MAC 3, 2008 memutuskan menubuhkan kerajaan bersama-sama PKR dan DAP.

3.0 - AJK PAS Pusat tidak pernah memutuskan untuk menubuhkan kerajaan bersama UMNO atau Barisan Nasional.
Analisa saya adalah:

1.0 - Terdapat beberapa kepimpinan PAS Pusat yang secara jelas dan terang melanggar keputusan mesyuarat PAS Pusat tersebut dengan melobi untuk memastikan kerajaan PAS-UMNO di Perak itu berjaya.

2.0 - Tuan Guru Haji Hadi TIDAK MENYOKONG lobi dari Harussani ini kerana di dalam artikel lain, Ustaz Ahmad Awang mendedahkan:
"Hari esoknya Dato’ Nik Aziz hubungi bersetuju hatta kalau PAS tidak menjadi MB, kita akan teruskan bersama PR. Sampai kepada satu tahap DAP negeri juga sanggup keluar dari DAP pusat jika diminta untuk berbuat demikian. Malah dua hari kemudian, presiden parti menghubungi saya, Ustaz perlu pastikan ia diteruskan, jangan pedulikan orang lain".
Kemungkinan Tuan Guru Presiden mahu menjaga hati Harussani dengan berkata demikian.

3.0 - Kewujudan “panggilan misteri” selepas keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dibuat itu MENGESAHKAN wujud “Fraksi UMNO” dalam PAS. Siapa yang membuat panggilan itu, ada dalam kenyataan Harussani di atas.

4.0 - Selepas kegagalan di Perak dan Selangor, maka "Fraksi UMNO" meneruskan usaha mereka seperti:
a. Perjumpaan dalam gelap dengan UMNO.
b. Melabel mereka yang tidak selari dengan mereka sebagai "proksi Anwar".
c. Memfitnah Husam Musa sebelum pemilihan tahun lepas.
d. Menyebar khabar fitnah kononnya Kepimpinan Ulama hendak dihapuskan.
e. Menyebar fitnah terhadap kerajaan PR Selangor i.e. Teresa tidak izin azan di
kawasan beliau, ahli2 Majlis sudah tinggal 30% Melayu, ITZ, isu Arak, isu sedekah lembu, kereta MB dsbnya.
f. Bermula perpecahan dalam PAS.
g.
Melabel kesemua yang menentang perselingkuhan dengan UMNO sebagai tidak wala’ dan tidak menghormati kepimpinan ulama.
h. Menyebar fitnah kononnya Mursyidul Am dipengaruhi oleh pihak ketiga sehingga
menyebabkan Mursyidul Am tidak menyokong agenda "Kerajaang Perpaduang".
i. Agenda Muzakarah dan kemudiannya "Kerajaang Perpaduang" dan sebagainya.

5.0 - Puak Fraksi UMNO dalam PAS adalah “PENGKHIANAT PARTI” tapi mereka dilindungi kerana mereka berjaya memenangi kerusi Timbalan Presiden dalam pemilihan yang lepas. Kalau PAS mengekalkan mereka ini di tampuk kuasa PAS, maka PAS akan hancur dalam masa beberapa tahun yang akan datang ini.

Percayalah

PENUTUP


Perlu kita membersihkan parti dari anasir-anasir UMNO yang dikenali sebagai "Fraksi UMNO" dengan kadar segera kalau kita masih mahu mempertahankan kemurnian serta keluhuran Islam di Malaysia ini.

Harussani Menyokong Pembunuhan Kejam di Memali

Dalam sebuk2 Mufti Perak menjaja pentingnya perpaduan Melayu dan Islam, rupa-rupanya terdedah "kemunafikan" beliau. Beliau ini, seperti kata orang tua-tua, "Telunjuk Lurus Kelingking Berkait" atau "Lidah Bercabang" atau "Mengata Dulang Paku Serpih". dan sebagainya.

Kehulu ke hilir beliau menjaja kononnya PAS tidak sayang pada Islam tidak sayang pada Melayu kerana menolak "lamaran" beliau untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan Melayu di Perak. Alasan yang digunakan pun alasan dangkal dan tidak berpijak di bumi nyata. Harussani dilaporkan berkata:
"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu. Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini".
Ertinya, Harussani mentafsirkan bantu saudara yang zalim itu adalah dengan memberi sokongan politik dan kuasa kepada orang yang zalim. Betul tak?

KENAPA HARUSSANI TAK BELA USTAZ IBRAHIM LIBYA?

Kalau betul Harussani sayang sangat pada orang Islam dan perpaduan Melayu, sila jawab pendedahan yang dibuat oleh Ustaz Ahmad Awang di bawah:
“Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid.

Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.
Betulah Mufti Perak ni Mufti Munafik. Sebuk2 nak wujudkan perpaduan Melayu dan Islam, tapi bila darah ulama yang Melayu dan Islam seperti Ustaz Ibrahim Mahmud ditumpahkan, beliau jadi juara mempertahankan pembunuhan tersebut.

Dosa membunuh nyawa yang tidak berdosa adalah dosa besar dan tidak akan diampunkan sehinggalah ianya diampunkan oleh waris-waris keluarga yang dibunuh. Kalau Haramsani betul-betul ikhlas untuk berjuang Islam dan Melayu, beliau patut memimpin delegasi mufti memohon ampun dan maaf dari waris Memali.

Cakap tak serupa bikin punya mufti. Bukan itu sikap orang munafik?

Eloklah Ustaz Ahmad Awang tolak pelawaan Haramsani. Saya takut nanti PAS Perak akan disambar api neraka kerana cenderung pada orang zalim.

Dengan mulut pembohong Haramsani ini, konfirm PAS akan ditipu di masa hadapan kalau PAS bekerjasama dengan UMNO tempohari.

Kalau Mufti UMNO pun kelingking berkait, inikan pula ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin mereka yang lain.

Tulang Besi

Sunday, March 07, 2010

Tuan Brahim Nak Tambah Semak Dalam PAS

Kata Tuan Ibrahim Tuan Man:
PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka.

"PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli.

"Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," kata Tuan Ibrahim Tuan Man.
TPU - Brahim... kau keluar dari Parti PAS, lepas tu kau buat Parti baru dengan Zul Kulim... pandai-pandai kau la lepas tu... nak letak nama Parti Mat Rempit ke, Parti UG ke, Parti Keluar Masuk ke, Parti Sampah Sarap ke...

Jangan dok tambah semak dalam PAS...!!! semak yang kau tanam dulu pun dah cukup buat Parti PAS serabut je, ni kau nak tambah semak baru..?

Kau ni semak betul la...

Sultan Kelantan Jalani Rawatan Fisioterapi Di Istana

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra mula menjalani rawatan fisioterapi susulan di Istana Mahkota di sini sejak pulang dari Singapura Khamis lalu.
Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkata, ayahandanya akan menjalani rawatan tersebut selama 2 jam pada setiap petang.

“Dengan kemudahan yang disediakan, Baginda Sultan menjalani proses rawatan fisioterapi melalui bimbingan seorang pakar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II.

“Rawatan tersebut akan diteruskan di Istana Mahkota sehingga Baginda Sultan kembali pulih sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rawatan berbentuk latihan fisioterapi itu membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal sebenar dengan tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang.

Sultan Ismail Petra pulang ke Kelantan setelah melalui rawatan selama lebih sembilan bulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Baginda yang mengalami masalah jantung dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 14 Mei tahun lalu dan menerima rawatan susulan di Singapura sejak 24 Mei tahun yang sama.
Tengku Muhammad Fakhry berkata, sejak kembali ke kediaman rasmi, Baginda Sultan semakin gembira dan akan dibawa keluar ke pekarangan istana setiap petang untuk menikmati keindahan kawasan persekitaran.

“Baginda Sultan sudah terlalu lama duduk di hospital sebab itu sejak kembali ke sini, Tuanku suka keluar ke halaman untuk melihat bunga dan burung peliharaan Baginda.

“Setiap hari juga ada Kerabat Diraja datang, begitu juga Pembesar-Pembesar Negeri melawat tuanku,” jelasnya.

*Gambar Ihsan Rizal Tahir