"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, June 29, 2008

5 Peristiwa Penting Sabtu - Catatan Dari Topeng_Perak

Assalamu'alaikum...

Peristiwa 1.

28 jun catat macam-macam peristiwa penting hari tu.mula dengan acara "peace walk" anjuran AMK & NGO kira-kira jam 3 petang ditempat-tempat yang dijanjikan menuju ke Sogo (Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC).

Penyertaan tak de la sampai ratus-ratus ribu orang pun tapi kalau ikut target 50 orang 1 lokasi tu, dah lebih dari targetnya.

Tapi yang sempat sampai ke garisan penamat cuma 1 group je (PWTC) lain-lain group tak sempat sampai ke garisan penamat tapi matlamat untuk mengedarkan risalah perhimpunan GERAMM 1 juta tetap tercapai.ada juga penangkapan dibuat petang tu.yang tak bestnya si Shah (AMK Batu) pun terangkut sama tak sampai 5 minit lepas sembang dengan aku.

Pada dasarnya perhimpunan (peace walk) berjalan dengan lancar macam yang dirancang, tapi sebaik tiba di Sogo pihak polis bertindak kasar merentap banner yang dibawa para peserta & tindakan peserta yang enggan menyerahkan banner tersebut disudahi dengan tangkapan.

6 orang yang ditahan ditempat kejadian ialah Presiden Ikrar, Mustafa Mansor; Setiausaha AMK Pusat, Zulfiqar Ali Arifin; Setiausaha Ikrar, Muhammad Hidhir Khalid, Setiausaha AMK Batu, Norshahrizal Abd Razak, ahli Anwar Ibrahim Club (AIC) Mohd Herman Muhammad dan ‘Bob’ juga ahli AIC.

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abd Rahman ketika diminta menjelaskan sebab penangkapan dilakukan mengatakan bahawa mereka ditangkap kerana bertindak kasar pada pihak polis.apa yang semua peserta "peace walk" tau ialah pihak polis bertindak kasar merentap banner yang dipegang oleh peserta secara kasar & mereka sekadar mempertahankan banner tersebut dari dirampas polis.

Menurut Zulkarnain adakah peserta ditahan atas sebab menghalang tugas penjawat awam, Zulkarnain menjelaskan bahawa beliau lebih suka menganggap tindakan tersebut sebagai berkasar dengan pihak polis.

Tahniah...Zulkarnain,anda lulus cemerlang Bahasa Malaysia & Sastera dengan score 100% otak lembu.lainkali kalau sesape nak ambik barang korang jangan berani-berani nak pertahankan!paham???

Kalau korang rasa nak ambik apa-apa barang orang lain,korang boleh rentap je,tak yah cakap banyak.kalau orang tu nak pertahankan barang dia,korang boleh buat report kat balai polis,orang tu berkasar dengan korang...untuk para penjenayah polis bagi kredit kat korang.kalau ada mangsa-mangsa yang korang ragut cuba pertahankan barang depa,korang boleh pi report polis,cerita kat polis tu mangsa korang berkasar dengan korang.ada paham???

Dah...aku malas dah cerita hal penguasa lembu ni...

[ klik ] untuk gambar sekitar "peace walk".

Peristiwa 2.

Selesai acara "peace walk" di SOGO Kuala Lumpur aku berkejar ke Taipan USJ pulak.ada perjumpaan dgn ajk ReSpeKs & ahli PerisikRakyat sesi minum teh sambil makan ubi kayu rebuih & cokodok.aku naik komuter dari bank negara,singgah di Petaling ambik sorang ahli perisik.

Pas tu terus gerak dengan tren komuter jugak menghala ke Batu Tiga Shah Alam.dari Batu tiga Shah Alam kami naik teksi pergi ke stadium Melawati untuk pool dengan mod PerisikRakyat.dari stadium Melawati kami terus pergi ke Taipan USJ & jumpa rakan-rakan AJK ReSpeKs & ahli PerisikRakyat dari Nilai & Melaka.

Sampai kat Nailis dah ada dah 2-3 orang AJK ReSpeKs menunggu kami & tak lama lepas tu semua yang janji nak hadir telah berjaya menghadirkan diri untuk sesi tersebut walaupun terhimpit dengan aktiviti masing-masing.menu utama cukup simple - air teh,cokodok & ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis.mantap bro...

Ha...tak lupa juga kempen makan ubi...balik dari demo GERAMM tadi sempat aku beli kerepek ubi atas jejantas.cukup la buat rasa sorang sikit sambil santai-santai.

Sambil-sambil bincang politik,sempat jugak kita pergi pada topik selingan iaitu bantuan untuk anak-anak yatim.macam cakap Tuan Pengerusi ReSpeKs dalam sibuk-sibuk berpolitik,jangan lupa pada yang memerlukan.100% setuju & nak tambah sikit...

Politik bagi kami ialah satu bentuk perjuangan untuk membantu & mengembalikan "HAK" semua lapisan masyarakat tak kira agama & bangsa.asalkan bernyawa "HAK"nya mesti diberi.

Mungkin ada antara ramai-ramai ni tak mampu nak beri bantuan kewangan sebab hidup sendiri pun tersepit,jadi bolehlah kita andaikan perjuangan mereka sebagai bantuan kepada yang memerlukan secara tak langsung.bila perjuangannya diterima & diakui kebenarannya maka disitulah baru kita nampak apa bentuk bantuan yang diberi.kerana sedikit perjuangan maka "HAK" seseorang itu dipulangkan balik pada yang "HAK".

Apapun terima kasih tak terhingga pada yang terlibat menjayakan rancangan ini & pada aku matlamat perjumpaan ni 100% success.

Harapnya kalau boleh diadakan sebulan sekali pertemuan antara yahoogroups bagi mengukuhkan satu komuniti cyber yang lebih bermatlamat.bukan setakat chating & cari bahan-bahan mengarut je.

Aku cukup setuju cadangan dsjkamarul untuk adakan 1 perjumpaan semua yahoogroups Malaysia & adakan satu acara sukan sesama yahoogroups Malaysia bagi mengeratkan hubungan silatulrahim.*ni kang ada yang ambik kesempatan kang*

Wokey...cukup untuk sesi ni,ada 3 peristiwa lagi nak kkabo ni...

[ klik ] untuk gambar sekitar acara santai PerisikRakyat & ReSpeKs.

Peristiwa 3

Selesai mengisi tembolok di Nailis bergegas pulak ke stadium Melawati Shah Alam untuk Perhimpunan Rakyat Anti ISA.

Rasanya agak lewat kami tiba tapi tak kisahlah,asalkan sampai untuk beri sokongan dah kira memadai bagi aku.lagipun banyak acara hari ni...terkejar bro...

Sampai dekat jam 10.30 tapi nasib baik belum sampai session mat sabu lagi.huhuhu...masa sampai tu ada sorang ahli panel tengah bagi ceramah (sorry bro...aku tak kenal sangat sape) so sempat la aku shoot gambar-gambar penonton yang hadir.

Tak ramai sangat la yang hadir mungkin tak sampai 5k kot atau ramai dah balik...tak reti nak cakap la sebab aku sampai lambat,sedap dok pelahap ubi kayu cicah sambal tumis tadi (ubah cara hidup!!!).

Yang pastinya semua kaum datang & boleh katakan hampir 20% kehadiran (masa aku sampai) dimonopoli oleh raka-rakan Hindraf dengan baju orennya (geng zahid af ke?).

Lepas shoot gambar secukupnya untuk bahan aku join geng-geng perisik yang sampai awal sebelum aku tadi & duduk...pergh...ngam-ngam lepas aku set vcam aku kat tripod, sampai giliran menteri dalam negeri PR saudara mat sabu.

Macam biase la kalau abang sabu punya ceramah, semangat mesti atas sikit dari hujung rambut.sempat la jugak rakam ceramah dari mat sabu & aku cuba attachkan untuk tontonan semer...

Habis mat sabu bagi ucapan je mikrofon diserah pada ustaz badrul.sebelum ustaz badrul memulakan bacaan doa sebagai penutup, beliau sempat meminta agar penonton tidak meninggalkan stadium dahulu.kemudian bacaan doa diteruskan...selesai mengaminkan doa, terus sahaj ustaz badrul memaklumkan 1 berita yang mengejutkan para hadirin malam itu.

Ustaz Badrul memaklumkan bahawa Anwar mungkin akan ditahan semula bila-bila masa sahaja dari sekarang & beliau meminta semua hadirin menyertai penyokong-penyokong Anwar yang pada ketika ini sedang berkumpul di Hotel Quality.

Adoih...tak habis lagi KERAjaan binatang ni dengan kerja-kerja sial zionis ni.

tinggalkan dulu yang tu & kita habiskan bab ISA ni dulu...selesai ucapan & doa dari penceramah-penceramah jemputan ramai yang bergegas terus ke Hotel Quality tapi aku sempat lagi pusing-pusing tengok kehadiran kot-kot ada yang menarik untuk di shoot dengan camera ni.

Yup!!!jumpa...tengok betapa bersemangatnya bro dalam gambar sebelah ni.perhatikan elok-elok gambar disebelah kiri ni & tanyakan diri korang yang selalu mengeluh, betapa lemahnya diri korang & betapa bertuahnya diri korang berbanding individu lain atas dunia ni.tapi ada antara kita yang masih tak sedar diri.

Penyakit menzalimi terlalu menebal dalam diri.kita kadang lupa pada kuasa tunggal Allah & kita berlagak seolah semuanya hak kita.renung diri...

[ klik ] untuk gambar sekitar Himpunan Rakyat Anti ISA

Peristiwa 4

Yang ni tak de la besar sangat peristiwanya untuk dikenang-kenang,cuma umur aku je ganjil 33 tahun tepat jam 00.00 29hb.jun.uish...makin dekat dengan senja dah tu...

Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu yang lemah ini untuk meneruskan hari esok dengan lebih bersemangat & semoga diri ini dijauhi dari neraka-Mu ya Allah.

Peristiwa 5


Yang ni kira acara paling last & paling bom sekali untuk hari ni...

Anwar nak kena tangkap?betul ke??atas kesalahan apa???

Penat betul la macam ni...bukan penat dengan apa yang kita pilih ni, bukan penat dengan perjuangan ni...tapi penat nak melayan musuh yang tak de modal lain nak berperang...macam lawan dengan lembu rasanya.

Betul-betul macam lembu la...penah tengok lembu berlaga tak?meh nak bagi tau.lembu kalau berlaga, skil dia sama je...tak kan ubah nya.kalau dah kaki sondol tengkuk tu,lawan la ngan lembu mana pun mesti dia pi sondol tengkuk jugak..

Dah kalah banyak kali pun still pakai modal tu jugak...gila betul la Pak Lah ni...tapi nak cakap Pak Lah gila pun tak boleh jugak.aku tak percaya yang Pak Lah ni gila.yang aku percayanya ialah Pak Lah ni tak de otak...teruk dari lembu.

Tapi yang lebih aku rasa relevan untuk diletakkan dalam konspirasi ni ialah mat Najib & Rosmah & ada 2 sebab kenapa ke 2 orang ni menjadi pilihan utama aku.

Sebab pertama ialah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu surat sumpah RPK & kedua ialah kerana tercabar dengan kreadibiliti Anwar sebagai PM in waiting.

Dekat sini aku tak nak ulas panjang sebab aku belum buat analisa yang menyeluruh lagi & aku tak sempat nak refer kat mana-mana lagi.informer pun agak sibok buat masa ni & rasa-rasanya ramai yang dapat rakan-rakan & sumber maklumat terbaru dari mereka-mereka yang berkampung di perkarangan hotel Quality Shah Alam.

Harap-harap tak de yang sekadar membuang masa berkumpul & berborak kosong kat sana.kita ni asyik sangat diserang setiap masa & kita jangan sesekali lalai.bila dah berkumpul ramai-ramai tu eloklah cuba-cuba kenal kawan-kawan baru kot-kot boleh bertukar-tukar info kan?

Oh ya...sambil-sambil bersembang dengan kawan-kawan baru pagi tadi sempat jugak shoot 2-3 keping gambar pimpinan yang hadir memberi semangat pada DSAI & penyokong-penyokong DSAI.antara yang aku kenal ialah Loh Gwo Burne (mana tak kenalnya...MP tempat aku...nasib baik dia kenal aku kalau tak siap ko!!!)...hehehe...pimpinan AMK ramai jugak yang ada bergelumang dengan penyokong-penyokong & ahli-ahli AMK.

Ustaz Badrul pun ada & sempat menenangkan rata-rata yang hadir dengan muka & mata yang merah (kalau Pak Lah tak pun Najib ada semalam sure lumat 2-2 eko tu kene tarah dek budak-budak ni!).pujian buat raka-rakan dari Hindraf & kelab penyokong PAS yang turut serta bersama hadir.

Lagi pemimpin PAS yang hadir ialah YB Zul,Chegu Bard PKR pun ada & Saifuddin pun ada jugak bersama-sama penyokong PAS yang turut menghadirkan diri semalam eh...pagi tadi...

Dari sini kita dapat simpulkan bahawa Pakatan Rakyat bukan satu pakatan yang rapuh sebagaimana yang sering diwar-warkan oleh lembu-lembu BN Had Hari.aku yakin 270% lembu-lembu BN takkan sudi nak bersama-sama dok atas lantai dengan penyokong-penyokong BN macam yang pimpinan PR & penyokongnya buat pagi tadi...

BN memang parti lembu,pemimpin-pemimpin BN memang lembu & penyokong-penyokong BN pun sama...lembu sokong lembu...baguih...jadila depa menglembu.

[ klik ] untuk gambar sekitar Hotel Quality.

No comments: