"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 08, 2008

AWAS...!!! 2 orang Lagi Bakal Hilang...

Assalamu'alaikum...

5hb.Julai jam 5 petang R Kumaresan 27thn melaporkan kehilangan bapa saudaranya Balasubramaniam beserta isteri & 3 orang anak-anaknya.menurut Kumaresan, Bala tidak dapat dihubungi seharian & kehilangannya secara tiba-tiba menjadi misteri.*rujuk [ LPKB ]

7hb.Julai pula R Kumaresan mendedahkan bahawa segala isi-isi dalam [ akuan bersumpah Bala ] telah diberitahu kepadanya sejak 6 bulan lepas.*rujuk [ BTASMA ]

Adoh...satu lagi pendedahan yang mengelirukan & menambah lagi spekulasi dalam politik Malaysia.mana 1 yang betul?kalau mengikut pada kenyataan terakhir Bala sebelum kehilangannya, akuan sumpah tersebut dibuat setelah dipaksa melakukannya manakala mengikut kenyataan R Kumaresan pula isi-isi akuan tersebut telah dibuat sekian lama tanpa paksaan mana-mana pihak...pening...

Setakat ni yang mana 1 kenyataan yang betul belum dapat disahkan oleh sesiapapun termasuk pihak polis & menurut 1 kenyataan dari pihak polis,mereka akan menyiasat kesahihan ke 2-2 akuan tersebut tapi penyiasatan nampaknya terbantut kerana kehilangan Bala...

Bala hilang?macam mana Bala boleh hilang?aku rasa kehilangan Bala mesti ada kaitan dengan akuan bersumpah yang dia buat.maksud aku akuan bersumpah yang mula-mula sekali Bala buat.aku yakin mesti ada kena mengena dengan akuan bersumpah tu.entah-entah ada pihak yang ugut Bala...sape tau kan?

Mana tak nya...masa Bala buat PC pendedahan akuan bersumpah dia yang pertama aku tengok muka dia ceria je...tiap soalan dari wartawan Bala jawab sendiri dengan penuh keyakinan.pakaian Bala hari tu pun smart & nampak sangat-sangat terurus & sesuai dengan kerjaya Bala sebagai seorang PI.

The next day bila Bala buat pengumuman dia tarik balik akuan bersumpah yang pertama & sub akuan bersumpah yang kedua,aku tengok Bala macam kena "bala"...cukup tak terurus,sugul,selekeh,kotor,lembab & jawab soalan wartawan pun semuanya bukan dia yang jawab.semuanya peguam baru Bala yang jawab...what has happened???

Lepas semua tu Bala hilang...anak sedare Bala pun tak tau & tak dapat nak kesan mana Bala pergi.yang paling risaunya dengan anak-anak & bini sekali hilang terus tak dapat dihubungi.sape yang tak risau?tapi Pak Lah cakap, negara Malaysia selamat.selamat macam mana kalau makin ramai rakyat dari yang kecik sampai besar asyik hilang je?bukan saja rakyat Malaysia yang hilang...yang datang berurusan pun hilang jugak...tau-tau kene bom...selamatnya Malaysia..!

Kemungkinan besar lepas ni anak sedare Bala pulak akan hilang sebab dia dah buat kenyataan bahawa Bala dah jelaskan pada dia tentang isi akuan bersumpah tu & satu salinan lagi Bala dah serahkan sebelum ni pada adik Kumar, Segar...jadi lepas ni korang jangan terkejut kalau Kumar dipanggil untuk bagi keterangan dibalai polis lepas tu Kumar pun hilang...2-3 hari lepas tu Segar pulak kena panggil pergi balai bagi keterangan pas tu Segar pun hilang...mampuih la...

Malaysia ni aku rasa dah jadi macam segitiga bermuda pulak dah...kalau hilang je,peratusan untuk jumpa memang dibawah 1%...pendek kata kalau hilang tu tak payah buat report hilang da...lagi bagus pergi buat report mati terus.lepas buat report mati boleh buat talkin...tak payah nak buang masa.

Buat apa nak buang masa nak report pas tu nak susah-susah cari?korang sape?korang kene ingat...polis Malaysia adalah antara polis terbaik didunia...kalau dah yang terbaik didunia pun tak boleh nak setel, nak cari balik orang hilang & nak selesaikan 1-1 kes, apalagi korang yang entah apa kelayakan korang tu???jangan buang masa...kalau hilang...buat talkin terus...hati pun tak sakit!

Tak tau la aku apa nak jadi dengan negara Malaysia ni...macam-macam benda bodoh berlaku.yang kita bagi amanah & tanggungjawab serah balik tugas tu pada kita.bila kita report,depa siasat kita pulak...aduan kita tu depa tak pi siasat pulak...ni dah sampai tahap dunia mengalahkan hutan dah.apa-apa report "akan" disiasat..."akan" je la...siasat laporan belum tentu yang confirmnya tukang lapor mesti kene siat-siat...

Benda ni macam dah jadi normal dah kat Malaysia...dah la...aku dah muak dah dengan semua ni...kebanyakan yang berlaku macam kita dah boleh baca dah...skrip dah ada depan mata...aku dah muak...

Harap-harap lepas ni kita dapat jumpa Bala yang masih bernyawa, bukan serpihan tubuh badan Bala...

No comments: