"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 08, 2008

Mari Nyanyi Menjilat...Tahniah Pakatan Rakyat..!

Assalamu'alaikum...

Gamat, gamat & gamat...kecoh seantero Malaysia bila Perhimpunan Sejuta Rakyat dicemari dengan adegan "terlondeh seluar" semasa persembahan kumpulan muzik underground bergelar Carburator Dung semalam...

Sebenarnya apa yang nak dikecohkan? aku tak nak bersekongkol dengan geng-geng Pakatan Rakyat yang nak jadi hero dalam membantai penganjur acara tersebut.dalam hal ni aku nak bawak korang semua & maksud aku SEMUA pembaca pro PR & juga pro BN untuk pandang dari satu sudut lain kejadian tersebut.

Bacalah sampai habis supaya korang semua faham pandangan aku.lepas tu kalau tak puas hati...korang bantai la pulak aku ramai-ramai macam korang bantai pimpinan yang menganjurkan acara tu...insya-Allah aku terima setiap teguran korang semua.


Setinggi-tinggi tahniah buat penganjur


Pertamanya aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah buat para penganjur Perhimpunan Sejuta Rakyat yang pada pandangan aku, walaupun tak menepati sasaran sejuta rakyat tetapi cukup berjaya.semua halangan dapat dilalui dengan amat-amat berhemah.salute dari aku.


Apa yang korang tak nampak?


Masuk pada isi utama yang aku nak sampaikan.setakat mana "sensitif"nya kita semua pada kejadian yang berlaku? Pada aku, tak ramai yang dapat menghayati apa sebenarnya yang tersurat dalam kejadian tersebut.berapa ramai yang menulis sekadar menulis sahaja & berapa ramai yang menulis selepas pemerhatian & penilaian? tak ada...hampir tak ada langsung bagi aku.

Kenapa kebanyakan dari kita sekadar melepas geram & sekadar menghukum? tak nampak ke kita kebaikan yang ada disebalik kejadian tersebut? pada aku...kejadian tersebut adalah satu rahmat buat Pakatan Rakyat.satu rahmat buat PKR,PAS & DAP...kenapa satu rahmat pulak?rasanya aku masih waras lagi bila aku katakan yang kejadian tu adalah satu rahmat.tapi pandangan aku bersebab & aku yakin korang akan setuju dengan pandangan aku...

Kita lihat 2 kejadian selepas 1 "kejadian" yang menjadi insiden.


PAS


Sebaik berlaku kejadian yang amat memalukan, PAS melalui badan amalnya yang berjumlah lebih kurang 700 orang bertindak menarik diri dari terlibat dalam acara tersebut serta-merta dan ini membuktikan bahawa PAS tidak sekadar "menyalak" bila mengingatkan penganjur bahawa pihak PAS akan bertindak jika terjadi sesuatu perkara yang tidak disenangi & bertentangan dengan dasar perjuangan Parti Islam SeMalaysia.

Tahniah buat PAS kerana telah membuktikan pada semua rakyat Malaysia bahawa perjuangan & dasar parti PAS tidak pernah lari & tidak pernah berubah seperti yang diwar-warkan oleh KERAjaan UMNO/BN.


PKR


Selepas mendapat bantahan rasmi & tindakan menarik diri serta-merta dari parti PAS melalui unit amalnya PKR & NGO-NGO yang terlibat ternyata bertindak bijak & rasional dalam menghadapi sebarang masalah hatta dari rakan seperjuangan & pada aku ini adalah 1 sikap & tindakan yang terbaik yang pernah ditunjukkan oleh para pemimpin-pemimpin yang diharapkan oleh sekelian rakyat yang selama ini menyokong perjuangan mereka.


Juga ucapan setinggi-tinggi tahniah dari aku buat para pimpinan yang terlibat secara langsung & tidak langsung dalam insiden ini kerana sentiasa berfikiran positif dalam perjuangan masing-masing.selama aku aktif dalam politik, tak pernah lagi aku tengok pimpinan KERAjaan tanpa segan silu memohon maaf pada audien secara terbuka sebaik terjadi apa-apa insiden yang memalukan...selama ni kita cuma akan dengan kata-kata - pihak kami akan mengkaji insiden tersebut & kita akan mengambil tindakan yang sepatutnya...akan kaji je la...nak mintak maaf???jauh panggang dari api...

Dari 2 insiden spontan diatas, apa yang dapat kita lihat ialah ketelusan,kesepakatan & kesungguhan yang ada dalam Pakatan Rakyat.sesama parti komponen baik PKR,PAS,DAP atau sesiapa sahaja yang berkenaan bebas membuat teguran jika sesama Pakatan membuat kesilapan.PAS bebas menyuarakan ketidak puasan hati kepada rakan dalam pakatan manakala yang ditegur pula mengambil teguran itu sebagai sesuatu yang positif.kenapa nak melatah???

Aku nak tanya korang semua, kalau perkara sebegini berlaku dalam UMNO/BN...ada tak parti komponen yang berani menegur & mengambil tindakan sebagaimana yang PAS lakukan?100% aku yakin tak ada...berani nak tegur & ambil tindakan???awal-awal dah kena ugut dek UMNO,silap-silap dapat surat tunjuk sebab kenapa tak boleh diambil tindakan macam parti SAPP kene tempohari...


Rilex la korang semua...pada aku la...insiden tu memang sepatutnya berlaku & berlaku tepat pada masanya.dari insiden tu masyarakat dapat nilai sendiri betapa dalam Pakatan Rakyat tidak wujud sindrom "yes bos"...ambil yang positif & pandang dari 1 sudut yang kita tak pernah pandang.kita lihat dari situ, walaupun PAS bukan "main" parti dalam Pakatan Rakyat tetapi PAS masih mampu bersuara & hak PAS untuk bersuara tidak dinafikan langsung oleh parti PKR.

PKR
pula walaupun menjadi parti yang memegang majoriti dalam jumlah pegangan kerusi Parlimen masih tidak bongkak dengan majoriti yang ada malahan mengambil positif teguran yang diberi & tanpa menunggu lama terus memohon maaf tanpa perlu menunggu hasil siasatan sepertimana yang diamalkan oleh UMNO/BN.

Ini adalah kelebihan yang ada dalam Pakatan Rakyat & tahniah dari aku kerana masing-masing berjaya mengatasi situasi tersebut dengan amat bijak & rasional tanpa perlu mangambil masa yang lama.rakyat sentiasa menilai anda & anda telah mendapat kredit yang besar disebalik insiden yang berlaku.

Aku gariskan 3 perkara yang wajib kita nilaikan & timbangkan supaya kita lebih jelas lagi dengan hikmah yang berlaku disebalik insiden tersebut...

1 - PAS tetap konsisten dalam dasar & perjuangannya selama ini & ini jelas menafikan tuduhan-tuduhan liar yang mengatakan bahawa PAS telah menukar dasar & perjuangannya dari hantu-hantu pro UMNO/BN.terbukti juga bahawa PAS telah mengotakan janjinya untuk mengambil tindakan jika berlaku perkara-perkara yang bertentangan dengan dasar perjuangan PAS dalam acara tersebut.Tahniah buat PAS.

2 - PKR pula membuktikan bahawa kuasa yang ada pada mereka tidak mengangkat mereka jauh dari rakyat & juga langkah yang diambil oleh mereka dalam insiden tersebut membuktikan bahawa PKR "mendengar suara rakyat" seperti yang dilaung-laungkan oleh mereka selama ini.Juga ucapanb Tahniah buat PKR.


3 - DAP pula dilihat sebagai teman seperjuangan yang bersikap sebagai "rakan seperjuangan" yang boleh digelar sebagai "sahabat seperjuangan" apabila mengambil sikap tidak menyebelahi mana-mana pihak baik PAS ataupun PKR dalam insiden ini & ini menafikan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa DAP tidak menghormati parti PAS & perjuangan Islam PAS.kalau DAP benar bagai yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak, sudah pasti DAP akan mengherdik PAS dengan agenda sosialis nya...Tahniah juga buat DAP.

Aku harapkan selepas ini akan berlaku lagi beberapa insiden-insiden yang akan menguji Pakatan Rakyat & besar harapan aku agar komponen yang ada dalam Pakatan Rakyat menangani setiap insiden yang bakal datang dengan penuh berhemah & penuh sikap terbuka...

Terbukti dalam insiden semalam, Pakatan Rakyat adalah pilihan yang tepat buat aku dan semua penyokong-penyokong Pakatan Rakyat...Tahniah buat kami kerana telah membuat pilihan yang tepat dalam PRU12 tempohari...yang masih berada diatas pagar...bukalah mata & minda korang luas-luas & terimalah kenyataan bahawa Pakatan Rakyat tidak sekadar bermain kata.

No comments: