"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 17, 2008

Hadi: PAS setia bersama Pakatan

Jul 17, 08 2:20pm Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan terus bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil.

Dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, katanya.

"Amat perlu dijelaskan di sini, bahawa isu ini jangan sesekali diseret bagi digunakan Umno demi menutup dan mengalih perhatian rakyat tentang pergolakan yang sedang parah berlaku dalam parti tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dibacakan timbalannya Nasharudin Mat Isa, yang juga ahli parlimen Bachok, dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Turut serta setiausaha agung Datuk Kamarudin Jaffar, bendahari Dr Hatta Ramli, ahli jawatankuasa pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Kamarudin dan Dr Hatta masing-masing ahli parlimen Tumpat dan Kuala Krai.

Menurut laporan Harakahdaily.net, PAS menyifatkan BN gagal menangani isu-isu rakyat seperti isu kenaikan kos sara hidup yang mendadak dan ketidakstabilan ekonomi serta masalah jenayah yang meruncing.

"Kepada seluruh penyokong PAS saya menyeru agar kita terus mempertahankan dasar perjuangan PAS yang suci dan mulia serta memanjatkan doa bermunajat kepada Allah agar keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia," kata Abdul Hadi, juga ahli parlimen Marang.

Abdul Hadi, yang mengalami masalah kesihatan, tidak hadir. Beliau baru-baru ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara.

Kenyataan ini dipercayai mengulas ura-ura rundingan parti itu dengan Umno dan dakwaan keretakan dalam Pakatan - termasuk ulasannya dalam satu wawancara minggu lepas - seperti dilaporkan media.

-malaysiakini

No comments: