"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, July 28, 2008

Khak Ptuih!!! Amik Kau DNA Aku!!!

 TP - tu...yang kaler merah tu aku komen skali ngan soklan aku...

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif ketika dihubungi menyifatkan, laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan perubatan tiada kesan liwat ke atas Saiful berniat jahat bagi memberi gambaran tidak berlakunya perbuatan liwat.

“Laporan ini mempunyai unsur mala fide. Apa juga bentuk laporan sama ada kesan calar ada atau tidak, tiada siapa boleh buat kesimpulan liwat tidak berlaku selagi perkara berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah,” katanya.( abis tu doktor tu apa la pulak fungsi dia??? lenkali kalau demam tak leh jumpa doktor la...kene pi mahkamah la biaq mahkamah putuskan hang demam ke tak...BANGANG nye menteri..! )

Lagi pun jelasnya, prosedur pemeriksaan juga mestilah mengikut prosedur siasatan sekiranya ia melibatkan aduan jenayah.

Menurut Dr Latif, jika benar ada laporan doktor mengenai isu liwat berkenaan disebarkan, Saiful sebagai pesakit boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia.

"Jika benar, doktor berkenaan boleh disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perubatan 1971. Ini kerana katanya, doktor mempunyai sumpah kerahsiaan dengan pesakit," jelasnya lagi.

Tambah beliau, mengikut etika tiada doktor boleh mendedahkan laporan pesakit kecuali laporan berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah dan dibawa ke mahkamah.( abis tu yang dok geger geger siasat ni bukan pasal jenayah ke??? BANGANG nye menteri..! )

Katanya lagi, beliau berkata, jika laporan pesakit segaja didedahkan "itu adalah di luar tabie."

Sebelum ini, laman berita Malaysiakini dalam laporannya hari ini mendakwa telah memperolehi laporan dua muka surat oleh seorang doktor yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan yang menyatakan tidak terdapat kesan liwat seperti yang didakwa.

Laporan hospital Pusrawi itu yang dikatakan telah tersebar luas memetik laporan seorang doktor, Mohd Osman Abdul Hamid yang melakukan pemeriksaan ke atas Saiful yang dikatakan telah pergi ke hospital itu terlebih dahulu sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sebelum ini, Saiful dalam laporan polisnya mendakwa telah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, sumber terdekat dengan rapat dengan Saiful Bukhari mempertikaikan kesahihan dokumen yang dikatakan sebagai laporan perubatan yang menyebut tiada kesan liwat terhadap Saiful.

Kata sumber itu, berdasarkan kertas yang diedarkan itu, itu bukan laporan perubatan sebaliknya hanya berupa catatan.

"Jika ia laporan perubatan, ia mestilah dalam format tertentu yang ditetapkan dan ada prosedur tertentu yang mesti dipenuhi oleh seorang doktor sebelum laporan berkenaan boleh diterima dan dibentangkan di mahkamah," kata sumber itu.( format kejadahnye??? aku banyak kali dah pi jumpa doktor...bini aku dah 3 kali dah beranak gini la laporannya...kejadah format-format??? ko ingat ni surat nak mintak tanah ke??? BANGANG nye menteri..! )

Tambahan

TP -Bila la menteri-menteri LEMBU ni nak mampus??? hidup buat sakit kepala otak rakyat je!!!

khak Ptuih!!! amik kau DNA aku!

2 comments:

kulatlapok said...

salam PERISIK RAKYAT,

Semua rakyat dah tahu, kumpulan HARAM JADAH NI macam mana sekalipun akan cari seribu alasan untuk menjahanamkan DSAI...

Anonymous said...

Macamana mamat ni boleh jadi menteri eek, budak sekolah pun boleh gelak bila pak menteri low class macamni bila buka mulut!!MALUNYA MALAYSIA punya taraf pak menteri macamni!!!