"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 27, 2008

Hari Terakhir Di Permatang Pauh...

Assalamu'alaikum...

Hari ni aku bangkit lewat, jam 10:30am...lewat sungguh...

Bangun, matcomot tengah mengadap laptop, malaysiabiz-aloha tidur lagi, matsamankati dah siap mandi nak gerak balik Perak, cucumatkilau tengah mandi, aku pun nak mandi jugak...

Lepas mandi, badan segar lepas mandi, turn aku pulak mengadap pc nak update entry baru...ni lah 1st entry aku untuk hari ni.

malaysiabiz-aloha dah bangun, matsamankati nak gerak balik Perak dah, kami bersalam-salaman & sempat bergambar kenangan...ntah bila dapat berkumpul lagi macam ni.

Banyak kenangan di Permatang Pauh sepanjang kempen pilihanraya kecil P-044.berlari kesana-sini, hujan panas semua kami lalui untuk mendapat khabar terbaik dari sini.

Seronok masa menyamar sebagai pro UMNO & menyusup masuk ke markas BN untuk dapatkan isu yang dimainkan secepat mungkin agar segala isu dapat kami tangkis dengan maklumat & fakta yang tepat.

Seronok sebab dapat bergaul sendiri dengan orang-orang yang tak berapa pandai menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah...pengalaman aku berada didalam markas BN paling panas di P-044 iaitu Bangunan UMNO Semambu menemukan aku dengan ahli-ahli penyokong-penyokong UMNO yang taksub dengan parti mereka.

Aku panggil mereka taksub sebab majoriti mereka, bulat-bulat menerima dakyah & tohmah pimpinan atasan mereka walaupun perkara yang diutarakan itu langsung tak lojik.

Nanti ada lapang, aku cerita dekat sini.

Aku nak pi ronda Permatang Pauh, nak bergambar lebih kurang sebagai kenangan tsunami ke-2 selepas PRU12.rakyat dari berbagai negeri berkumpul berganding bahu berkempen untuk memenangi P-044 & semuanya sukses...

Karang aku update lagi...

13 comments:

mangchikla said...

"Lepas mandi, badan segar lepas mandi, turn aku pulak mengadap pc nak update entry baru...ni lah 1st entry aku untuk hari ni." Dan Insya Allah ko dah tunaikan solat subuh walaupun lambat... tidak kalu takut sia sia perjuangan ko. Ampun dan maaf.

EQUILIBRIUM said...

teman harap mike update citer psal taksub ameno tu...hehehe teman nak juga tau taksub tahap gaban ke depa ni

Kyra's Bundle said...

Terima kasih kerana memberi maklumat terkini di Permatang Pauh. Salam reformasi dari saya. Takbir!

Anonymous said...

huhu~ masyuk kalo boleh join korang kat sana... =(

Anonymous said...

Bro,
Memang respek, kita lihat badan sukarelawan dari pelbagai lapisan masyarakat, perfahaman politik, kaum dan agama, berganding bahu menentang kerajaan zalim yang dipandu oleh beberapa ekor Kera Jalanan.

Bagi saya, strategi UMNO dah lama hancur. Mereka terlalu rasa bongkak dan dah reput dari dalam. Kita lihat UMNO ni akan berkecai, bah kata Menantu Sakti

"UMNO ni tiap tiap dekad, dia berkecai. Dah gabung, lepas tu berkecai. Berkecai kerana taksub pada wang dan kuasa. Tapi kita di Pakatan, kita bergabung untuk selama lamanya"

Anonymous said...

cuba tengok ni ... jadi kat parlimen pagi tadi.. lawak sungguh

http://uk.youtube.com/watch?v=hZFGI4B3Amg

-ginger-

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

teruskan kerja mengupdate ini.. best sungguh membaca segala post nko nih..

Laxmana said...

Sunyi seketika…
Desa permai ini yang kelmarinnya bingit
Desa permai ini yang kelmarinnya sempit
Bukan sedikit…
Rencam dan karam dalam sumpah dusta
Rencam dan karam dalam kata nista
Rencam dan karam dalam gegak gempita

Main wayang, main orang, main ”barang”..
Main janji, main ikrar, main uang
Politikus-politikus yang bermain...

Kereta besar, kereta kecil
Orang besar, orang kecil
Impian besar, impian kecil
Semuanya...
Dikit demi dikit…saat ini sudah meninggalkan kami

Tapi jangan lupa
Kami ini ingat, tidak akan lupa…
Wahai Wira yang sudah kami nobat
Wahai Wira yang sudah kami angkat
Yang sudah kami mertabat

Yang juga tentunya sudah kami IKAT dengan Ikrarnya
Bawa harapan baru, bawa Malaysia Baru
Janji hidup sejahtera, aman rakyat jelata
Wira MERDEKA 50 tahun kedua

Bila melangkah masuk
Ke balairong perundangan negara
Derita kami pantas kamu kumandangkan
Sengsara kami lekas-lekas kamu sulam, kamu pintal
Dan bukakan selebar-lebarnya di dalam balairong itu nanti
Agar mereka tahu
duduk kamu semua di situ
adalah kerana kami
yang hanya kamu ziarahi bila perlukan UNDI !

Wira Merdeka
Ingat..kami hantar kamu
Dari Permatang Pauh Ke Parlimen
Untuk seteguhnya mengusung amanat besar ke Putrajaya!
Jangan...
Jangan berpaling lagi..

Buat para Menteri
Buat para YB
BN, Pakatan Rakyat, Tiada Parti
Buat MP Melayu, MP Cina, MP India,
MP Kadazan-Dusun, MP Iban, MP Dayak,
MP Orang Asli Atau Siapa Sahaja
Nah, Ikuti Dia!
Wira Merdeka Permatang Pauh – Parlimen – Putrajaya

Ikuti Dia…
Sudah lama benar kami menunggu
Menanti saat munculnya para Pemberani
Yang nanti dengan penuh tegar dan sedar
Ubah haluan yang menuju karam
Ubah wadah yang semakin suram
Ubah nasib yang semakin kelam

Ikuti Dia!
Wira Merdeka Tak Terdendang
Wira Merdeka Bukan Kepalang

Ikuti Dia!
Ubah Lanskap politik negara ini
Kembalikan serinya
Agar esok lusa
Kita sambut MERDEKA
Dengan jiwa dan cinta menebal buat MALAYSIA!

p/s : ciplak from my sis...
http://aljundiathirah.blogspot.com/

;)

daLyaanoon said...

thanks a lot kat hangpa suma..
matcomot...perisik rakyat...malaysiabiz...cucumatkilau...dll...semoga kerja hangpa akan diberkati ALlah...amin...

best gak kalo dapat join hangpa...

Anonymous said...

Salam Risik
Tuan memang pakar risik dan tempur boleh jadi umno,bn,keadilan,macam le, pas,polis dan macam-macam bagus teruskan usaha anda menjadi perisik
Muga kerja tuan beroleh kebahagiaan.
Dari Wo Jo Wolo

Anonymous said...

hang pa x solat subuh ko....

aloha2 said...

Hehehe...wei perisik...baguih punya kita dok sembang sampai ke subuh noo...awatnya tak bangun lambat...sendiri cari pasal...

Hang punya kepala dh licin mcm Pet...bukan uncle pet...tapi petra...

Jumpa nanti dlm gathering bloggers nyamuk mcm kita nih di kl...wokey...chow

ADI SHAHRIZAN said...

Jgn ikut dia wat 'kerja tu' dah le,..hehehe