"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 30, 2008

12 rakyat Indonesia mati lemas dekat Pelabuhan Klang

Sebelas rakyat Indonesia mati lemas awal pagi tadi apabila sebuah tongkang yang membawa kira-kira 150 penumpang yang disyaki pendatang tanpa izin, tenggelam berhampiran Pelabuhan Klang, demikian menurut pegawai maritim.

Tongkang itu tenggelam sejurus selepas meninggalkan Pelabuhan Klang menuju ke Sumatera, Indonesia, dengan merentangi Selat Melaka.

Polis berkata, mereka yang dipercayai rakyat Indonesia dalam perjalanan pulang untuk menyambut hari raya Aidilfitri.

"Kami percaya ia membawa lebih muatan. Ia digunakan untuk membawa barangan dan bukannya penumpang. Tetapi ia biasa digunakan untuk membawa pendatang tanpa izin," kata seorang pegawai polis marin, Marzuki Ismail kepada AFP.

Sebelas daripada mangsa adalah wanita, termasuk seorang yang sarat mengandung. Manakala seorang lagi penumpang lelaki.



Keadaan cuaca baik ketika kejadian itu berlaku. Ekoran itu, operasi mencari dan menyelamat yang membabitkan 60 anggota telah dilancarkan.

Marzuki berkata, rakyat Indonesia tersebut dalam perjalanan ke Tanjung Balai yang terletak di utara Sumatera.

"Kita sedang menyiasat kejadian tersebut. Empat kejadian yang serupa pernah berlaku sebelum ini, terutama ketika mereka mahu pulang menyambut hari raya Aidilfitri,"katanya.

Sementara itu, Bernama memetik Ketua Pengarah Jabatan Laut, Semenanjung Malaysia, Datuk Kapt Ahmad Othman sebagai berkata kejadian berlaku pada 7.30 pagi di perairan Tanjung Buas Buas.

Rakyat Indonesia itu dipercayai dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.



Mayat mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah di Klang.

Seramai 17 orang daripada penumpang yang diselamatkan itu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki, dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan.

Seorang penumpang, yang hanya dikenali Nur Najihah, 22, berkata kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan bot itu tiba-tiba tenggelam.

Najihah berkata anaknya Indra Putra Asli, 14 bulan, terlepas daripada pegangannya.

Katanya beliau terus berenang mencari anaknya itu dan berjaya menemuinya yang diselamatkan oleh penumpang lain.



-malaysiakini

No comments: