"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 30, 2008

Jangan guna isu perkauman raih sokongan

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Calon Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng diminta berhenti daripada menggunakan taktik lapuk yang berbau perkauman bagi meraih sokongan dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Pemimpin UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat bekas Naib Presiden MCA itu sepatutnya mengetengahkan dasar-dasar baru untuk membantu kaum Cina dan bukan menggunakan isu sama seperti pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Jui Meng takut dengan bayang-bayangnya sendiri dan tiada idea baru sehingga terpaksa mengunakan taktik yang sama digunakan oleh DAP bagi meraih sokongan perwakilan.

''Tidak perlu layan kenyataan macam ini. Pada masa sekarang, isu berbentuk perkauman tidak begitu disukai oleh orang ramai, jadi menggunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai cara untuk meraih sokongan tidak lagi relevan dan ia merupakan satu taktik lapuk.

''Dia sepatutnya memberi idea bagaimana cara mahu membantu masyarakat Cina untuk maju dan membasmi kemiskinan di kalangan kaum tersebut serta bukannya menghentam kaum lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan calon Presiden MCA itu yang mengumumkan manifestonya semalam dengan menggesa pelaksanaan DEB dikaji semula kerana ia kini sudah tidak lagi menjadi keperluan memandangkan orang Melayu telah berjaya.

-Utusan Malaysia Online

TP - Ceh... ngata dulang paku serpih... ngata orang UMNO yang lebih... cait Ali Rustam... sape yang main isu perkauman kalau bukan UMNO? sape yang dok perangat balik isu 13 mei kalau bukan UMNO? sape yang main isu "Melayu" dekat Pulau Pinang kalau bukan UMNO? sape dok kutuk kata orang Cina sekadar "pendatang" di Malaysia kalau bukan UMNO???

Ali Rustam, amik ko nih...

Khak Ptuih..!

1 comment:

Anonymous said...

Salam sedara Topeng Perak,

Nampaknye pak menteri misai kontot ni lupe trim misai dia pagi2...

Dh dtg la akai buduh dia tue...

Kah kah kah