"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 08, 2008

Kisah Khairy Jamaluddin Part - 4

Khairy Jamaluddin memang pintar mencipta pelbagai halangan terhadap para pencabar yang berani bersuara secara terbuka mengekang kemaraannya.

Akan tetapi bagaimana caranya beliau melumpuhkan golongan muda yang pernah diasuh oleh Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau muncul lagi?
Sememangnya ada beberapa pemimpin pelapis yang telah menerima didikan dan asuhan daripada Paklah.

Mereka ini semuanya adalah laksana kuda hitam yang berkemungkinan besar mencabar Khairy Jamaluddin dalam beberapa tahun yang akan datang.

Salah seorang yang sudah pun mengisytiharkan niat ini secara peribadi dalam kumpulan UMNO ialah Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Perlis, Datok Zahidi Zainol Abidin, 41

Satu ketika dahulu terjadi peristiwa bagaimana Hishamuddin Hussein bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Zahidi telah muncul sebagai salah seorang pencabar Hishamuddin – walaupun dia tahu betapa Hishamuddin adalah anak lelaki kepada seorang bekas Perdana Menteri sedangkan beliau tidak diketahui sangat oleh umum.

Bekas juruterbang Tentera Udara DiRaja Malaysia yang memiliki ijazah daripada UiTM telah mencabar Hishamuddin dengan kesedaran bahawa dia akan kalah, setelah mengambil kira Hishamuddin memang popular dan disokong kuat oleh TKT Mahathir.

Dia tetap meneruskan cabarannya. Kenapa?


Zahidi merupakan salah seorang insan UMNO yang aneh.

Adalah sukar untuk menganggap beliau sebagai seorang insan yang berprinsip walaupun ada nilai yang baik dalam sifatnya.

Beliau ini mempunyai satu keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap keupayaan diri, dan terlalu gemar berbangga mengatakan yang dia adalah calon 'underdog" (yang serba kekurangan).

Zahidi berpendapat bahawa tidak semestinya UMNO dipimpin oleh zuriat keluarga politik yang tersohor sahaja seperti Hishamuddin Hussein Onn.

Dia memang yakin terhadap menongkah arus pemikiran bangsawan.


Itulah sebabnya Zahidi sanggup mencabar Hishamuddin.

Walaupun kalah teruk, dia masih mampu mencari keselesaan 'tilam' lama kerana dia sudah lama merupakan pengikut setia dan loyalis kepada Abdullah Badawi sejak zaman Tim B lagi.

Abdullah telah lama bergantung kepada sokongan Zahidi semasa beliau merewang dahulu dan pernah menganggap Zahidi sebagai seorang anak angkatnya.

Ketika Khairy muncul dalam gelanggang dan skrin radar Abdullah, Zahidi naik angin.


Dia terasa betapa Abdullah sedang diheret memasuki satu taman larangan oleh seorang lulusan Oxford yang petah berkata-kata.

Zahidi mahukan Abdullah lebih bersemangat ke arah nasionalisme Melayu dan tidak mudah diperkotak-katik ke arah politik era baru oleh Khairy.

Zahidi telah mencuba sebaik mungkin agar Abdullah meneruskan perjuangan lama yang lurus walaupun sempit.

Sudah tentu dia tidak menyaingi mainan Khairy dan rakan-rakannya.

Betapa dicuba, dia tidak mampu menguis budak hingusan itu, begitu juga halnya dengan Khairy yang tidak berjaya menguis Zahidi daripada perhatian Abdullah.

Abdullah terpaksa mengimbangi jalinan yang bukan mudah dengan mereka berdua.

Khairy masih merupakan penasihat yang terunggul kepada Abdullah tetapi Abdullah masih juga bergantung harap kepada Zahidi untuk memberikannya pendapat alternatif walaupun dalam banyak hal pendapat itu tidaklah penting sangat kalau dibandingkan sumbangan seorang anak menantu.

Untuk mengubat hati Zahidi yang terguris, Abdullah bercadang melantik Zahidi menjadi Menteri Besar Perlis semasa pilihan raya umum dahulu seandainya Shahidan Kassim gagal menumpulkan kemaraan PAS.

Zahidi telah merasa hampa apabila Shahidan berjaya melenyapkan gelombang hijau PAS dengan bantuan keluarga istana Perlis, lantas menjamin pengekalan beliau di puncak kuasa UMNO Perlis.

Namun, Zahidi dinaikkan pangkat menjadi Exco Kanan dalam Dewan Undangan Negeri Perlis.


Sejak itu Khairy telah mengumumkan secara terbuka niat mahu mencabar Khairy, tentunya dengan niat memberikan satu dua pengajaran kepada golongan bangsawan.

Itu sebabnya Khairy telah melantik seorang 'ulat politik' di kalangan kumpulan Zahidi.

Ulat politik ini bernama Ben ataupun Rozabil Abdul Rahman yang merupakan salah seorang penyokong terkuat Khairy.

Malahan, sejak 1999 dia sudah menjadi pemegang saham dalam sebuah syarikat milik ibu Khairy yang berpangkalan di Pulau Pinang dan Kedah yang membekalkan keperluan sekolah-sekolah di rantau itu.

Ben mempunyai satu cita-cita besar untuk berpencak di arena politik kebangsaan tetapi Khairy telah meminta beliau buktikan kemampuan menghenyak Zahidi dulu di Perlis.


Ben bukan berasal daripada Perlis.

Bapa beliau, Abdul Rahman Kader adalah bekas pemimpin kesatuan sekerja yang merupakan seorang Anwaris dan pernah menjadi Pengerusi Parti Keadilan Rakyat di peringkat nasional dan juga di Pulau Pinang.

Daripada tahun 1999 hingga 2004, Pak Rahman merupakan wakil PKR di Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Pak Rahman berasal daripada Perak sedangkan Ben sudah lama menetap di Kuala Lumpur.

Akan tetapi banyak perkara boleh terjadi dalam cara Khairy mencanai jaringan politik beliau.

Secara tiba-tiba Ben sudah menjadi anak Perlis dan mengembangkan sayapnya atas kemahuan Khairy.

Salah satu tugas beliau ialah menentukan agar Zahidi akan terjerumus ke kancah keaiban yang akan mencemar kerjaya politiknya.


Semasa pilihan raya umum yang lalu, Ben telah merencana sesuatu bagi pihak Khairy.

Beliau telah merancang untuk bertemu Zahidi dengan alasan mahu mendapatkan bantuan dan sokongan beliau untuk menang pemilihan Ketua UMNO Bahagian Kangar.

Ben telah menjanjikan wang kempen yang lumayan kepada Zahidi untuk memudahkan rencana ini.

Zahidi bersetuju dengan mudah sambil menerima RM300,000 sebagai bayaran pendahuluan pertama.


Memang niat Ben tidak baik kerana tujuan sebenarnya ialah mahukan bukti bahawa Zahidi bergelumang dengan politik wang dan dapat dirujukkan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO.

Inilah yang terjadi seterusnya.

Zahidi telah mendapati beliau menjadi sasaran siasatan oleh Jawatankuasa yang diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddeen.

Beberapa helai surat yang menuduh beliau membayar wang sogokan telah dikemukakan kepada Tengku dan beberapa rakaman perbualan telefon dalam pita rakaman di mana Zahidi telah meminta Ben mempercepatkan bayaran wang itu ke dalam akaun bank beliau telah pun diserahkan kepada ahli-ahli jawatankuasa.


Zahidi telah didapati bersalah dan diberikan amaran.

Umum telah diberitahu betapa kesilapan beliau ialah menghalang orang tertentu daripada terpilih menjadi ahli perwakilan dengan cara memfitnah mereka.

Namun, secara berahsia Tengku Rithauddeen telah memberi amaran kepada Zahidi jangan buat kacau seandainya beliau tidak mahu diumumkan kesalahan yang lain termasuk memberi sogokan sebanyak seribu Ringgit setiap satu kepada ahli-ahli dalam Bahagian Kangar.

Semasa siasatan itu Zahidi telah diberi amaran agar tidak memberitahu pihak media apakah yang dikatakan oleh jawatankuasa kepada beliau.


Zahidi telah diberitahu betapa beliau bernasib baik disebabkan beliau adalah anak emas Paklah.

Akan tetapi kalau beliau masih terus berdegil menyanggah kepimpinan bangsawan, Jawatankuasa Disiplin akan mencari jalan lain untuk menyembelihnya.


Tidak ada sesiapa yang terfikir bahawa Zahidi sanggup berdiam diri.

Tidak syak lagi betapa beliau sudah sedar betapa pertaruhan mencabar Khairy bukannya satu pertaruhan yang bersih dan mudah seperti mana beliau mencabar Hishamuddin Hussein satu ketika dahulu.


Ada seorang lagi loyalis Paklah seperti Zahidi juga yang bukan daripada golongan bangsawan.

Namanya ialah Reezal Marican Naina Merican berketurunan India Muslim daripada Pulau Pinang.

Selama tiga tahun sebelum Khairy muncul di kediaman di Jalan Bellamy, beliau telah berkhidmat dengan Paklah dan berjaya menonjolkan ketokohannya.


Reezal Merican (yang kerap dipanggil Ustaz Merican) adalah lulusan UIA yang amat gemar dengan kemewahan berpolitik dan gadis serta pelakon wanita yang cantik-cantik.

Beliau tidak dapat menerima keadaan betapa kesetiaannya selama berkhidmat dengan Paklah boleh dirungkai oleh kemunculan Khairy.

Semasa Abdullah naik mengungguli jawatan pertama, Reezal fikir itulah masanya untuk beliau menikmati kejayaan itu.

Dia beranggapan peranannya yang menyinar di UIA sambil menyakat hati kawan-kawan pelajar yang amat setia kepada Anwar Ibrahim, sudah pasti akan dihargai.

Abdullah memang sedar akan kesetiaan beliau dalam mengukuhkan imejnya. Reezal telah mengharapkan bahawa Abdullah akan menghadiahkan beliau dengan satu jawatan yang tinggi dalam kerajaan.


Akan tetapi bila tiba masanya Reezal telah menerima satu surat lantikan untuk bertugas di Kementerian pimpinan Shahrizat Abdul Jalil menjaga beberapa isu perpaduan negara.

Khairy telah menyekat kenaikan pangkat Reezal dengan menyediakan satu memorandum mengandungi nama orang yang patut dinaikkan pangkat sebagai penasihat kepada Paklah dan nama Rezal tidak dimasukkan dalam senarai itu.


Reezal bersabar lagi.

Dia cuba menonjolkan diri sebagai calon yang lebih penting dalam kerajaan baru Paklah dengan menunjukkan betapa beliau mempunyai hubungan baik dengan masyarakat pelajar universiti.

Dia berjaya dilantik sebagai ketua alumni UIA dan tentunya memiliki satu pangkalan sokongan daripada golongan pelajar.

Mungkin kerana inilah Paklah mengalah dan pada November 2003 melantik Reezal menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Pertama.

Jawatan itu tidaklah sehebat jawatan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, tetapi apabila dua jawatan itu dipegang oleh orang yang sama, Reezal tidak dapat mengeluh sangat.


Khairy tidak dapat menerima perubahan ini secara selamba.

Dia telah mengemukakan satu lagi memo rasmi kepada Paklah menyatakan bahawa lulusan UIA itu tidak layak dengan jawatan itu kerana tidak ada nilai tinggi dalam usaha Paklah mewujudkan satu pentadbiran yang dibarisi satu pasukan professional yang muda dan pintar belaka.

Khairy juga menuduh Reezal terbabit dengan beberapa artis muda dan pembaca berita yang muda-muda belaka.

Surat yang diletak di meja Paklah telah diambil dulu oleh Ketua Setiausaha Peribadi Paklah, Dato' Thajudeen Abdul Wahab yang membuat satu salinan dan menyerahkannya kepada Reezal.

Setelah membacanya, Reezal bersumpah mahu bertindak balas dan menyingkirkan Khairy daripada kumpulan yang rapat dengan Paklah.


Sumpah seranah itu dibuat semasa hati panas.

Akhirnya Reezal sedar diri dan berpendirian adalah lebih baik kalau beliau dilihat menyokong Khairy setidak-tidaknya buat masa ini.

Dia berundur setapak ke belakang dan membiarkan Khairy bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO dan beliau hanya bertanding sebagai ahli Exco biasa sahaja.


Sedangkan beliau mempunyai hubungan yang lebih lama dengan para perwakilan pergerakan itu.

Pada waktu yang sama Reezal cuba memperkasakan tenaga dan ketumbukannya.

Khairy banyak mendapat sokongan daripada lulusan luar negara dan orang bukan-Melayu serta fraksi Melayu liberal dalam UMNO.


Reezal Merican lebih popular dengan golongan 30-an daripada universiti tempatan.


Satu pertembungan secara berdepan hampir tercetus kalaulah tidak disebabkan kepintaran Khairy mengelaknya.


Apakah kemampuan Khairy untuk menumpulkan pengaruh Ustaz Reezal? Sebagai lulusan Oxford, Khairy cuba menilai keadaan daripada sudut hierarki.

Kalaulah diandaikan Khairy yang berkelulusan Oxford itu laksana beruk yang tertenggek di dahan yang paling tinggi, tentu sekali Reezal adalah si beruk yang bergayut di dahan bawah.

Untuk menghumban si beruk di bawah itu Khairy memerlukan beruk yang lebih rendah darjatnya tetapi lebih agresif, dan lebih rela menjadi pengikut dan tidak untuk memimpin.

Khairy berjaya mengesan beruk jenis ini yang bernama Datuk Abdul Azeez Rahim.


Abdul Azees mempunyai banyak persamaan dengan perwatakan Reezal.

Sebagai seorang mamak dia juga mempunyai citarasa yang menyerupai citarasa Reezal Merican dan mereka berdua pernah berkahwin sebanyak dua kali.

Yang lebih penting lagi, Abdul Azeez adalah seorang peniaga yang naik atas daya usaha sendiri dan sudah tentu mampu menumpulkan sebarang usaha Reezal untuk mempengaruhi ahli politik muda yang lulus di universiti tempatan.

Khairy telah mencadangkan agar dicipta satu sayap baru bernama UMNO Putera dan melantik Abdul Azeez sebagai peneraju utama untuk menjangkau pengaruh di universiti tempatan dan pusat pengajian tinggi.


Khairy sedar betapa beliau amat kekurangan sokongan masyarakat ini dan amat memerlukannya.

Abdul Azeez diberikan peranan mencari pengaruh ini sambil melumpuhkan pengaruh Reezal.


Sekali gus Reezal menjadi kucing jantan yang sudah dikasi, dikelilingi Putera UMO yang mudah disogok dan diberikan apa juga yang mereka mahu.

Seandainya satu hari nanti Reezal cuba menggoncang takhta Khairy dia akan berdepan dengan satu kumpulan anggota Putera UMNO yang bersedia melibas beliau ke tepi.

Khairy tidak perlu gusar lagi dilihat sebagai lulusan Oxford yang ketandusan sokongan daripada golongan kelas menengah bawahan.

Itu tugas Abdul Azeez menentukan segala-galanya beres belaka.


Masa akan terus berlalu tetapi Khairy tidak mampu membiarkan dirinya menangani masalah ancaman yang mungkin muncul daripada Pemuda UMNO semata-mata.

Masih ada bahaya yang lebih besar dan mengancamnya untuk menjadi seorang Perdana Menteri ketika berusia 40 tahun.

Ada lagi ikan yang lebih penting untuk digoreng dan ikan itu bernama Najib...

No comments: