"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 08, 2008

Pelancong Sri Lanka, Meh Datang Malaysia..!

COLOMBO, 7 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha keras menarik untuk kehadiran lebih ramai pelancong dari Sri Lanka dengan mengambil peluang daripada kemudahan laluan udara yang baik serta hubungan baik penduduknya.

Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia bagi India, P.Manoharan berkata 31,000 pelancong Sri Lanka melawat Malaysia sepanjang tahun lepas, dan beliau yakin jumlah itu boleh digandakan pada masa akan datang.

Beliau berkata keyakinannya itu berdasarkan kepada pemerhatian beliau sepanjang berada di sini, di mana beliau mendapati ramai pelancong tempatan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kuala Lumpur.

"Kami perolehi maklum balas yang positif, aliran pelancong dari Sri Lanka ke Malaysia berkembang sebanyak 58.6 peratus dan sehingga Julai lepas 24,000 pelancong Sri Lanka sudah melawat Malaysia.

"Akses ke Malaysia juga amat baik ketika ini dengan 11 penerbangan terus keluar dari Colombo setiap minggu disediakan, jadi soal mengenai akses bukan lagi isu," kata beliau yang mengetuai delegasi 10 anggota lembaga itu ke Colombo kepada Bernama di sini hari ini.

TP - huh huh huh huh...pelancong mesti mau ramai, baru ekonomi negara meningkat...

Dalam ramai-ramai pelancong, mesti ada terselit pendatang haram...bahaya la pulak untuk ekonomi...

Jangan Pelacur pun sama ramai masuk sudahhh... yang tu lagiii bahye...ekonomi tak naik,mende "turrr" pulak yang naik...apa pun tak jadi..!

No comments: