"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 05, 2008

Pelempang Jadi Buah Tangan lah..!

Ni nak habaq...

BPR skarang tengah naik gila... ni bukan gila biase nih, ni dah sampai tahap gila babi.gila babi sebab gila tangkap orang rasuah...

Gila tangkap orang rasuah, gila tuduh orang rasuah, gila siasat orang rasuah, gila perangkap orang rasuah, gila "reka" kes rasuah, gila segila-gilanya...

Aku paham sikit-sikit awat yang depa gila sangat nangkap orang sekarang nih.yang sikit aku paham tu sebab depa kata depa dalam proses nak memperkasakan BPR.

Yang tu aku sokong ratus-ratus peratus ratus..!

Yang aku tak sokong & yang aku nak kutuk pulak, bila bab rasuah belah Parti 5 negeri BPR siasat laju daripada sistem PC paling update.kalau bab rasuah parti 5 negeri, bpr cukup laju... lajunya boleh diibarat macam ni...

Aku taip artikel ni, aku belum tekan enter, artikel dah publish... cukup laju...

Tu sebab diakhirnya tuduhan tu tak berasas & rupa-rupanya BPR dah buang banyak masa sebab percaya dekat laporan parti banyak negeri dari laporan parti 5 negeri.

Ni yang paling dajel skali bila BPR pi bantai siasat YB Zuraida... sebab apa hang tau? sebab YB Zuraida bagi bunga dekat HKL...

Wakhakhakhakhakhakhakhakha..!

Bagi bunga, trus kene cop rasuah... aku cadangkan supaya lepas ni BPR bukak cawangan kat setiap kedai-kedai bunga supaya senang nak pantau pembeli-pembeli bunga ni disamping itu juga ianya amat memudahkan proses siasatan BPR...

Nampak orang beli bunga je hangpa tangkap sebab kemungkinan bunga tu adalah bukti rasuah pihak tertentu...

Lepas ni kalau nak pi tengok orang sakit ka, nak pi jumpa makwe ka hangpa jangan mandai-mandai nak bagi bunga... tak kena gaya kang ada yang kene siasat rasuah makwe sebab nak kan "tut"... mana la tau kan? ni tengah buat gila babi nih... apa pun boleh jadi...

Hangpa kalau nak bagi adiah atau buah tangan, hangpa lempang je terus... baru betul "buah tangan"... paham dak?

5 comments:

Edyes said...

RPK jr,

nak tanya skit la.. kalau bertenet dengan penjual bunga kat Batu Pahat, BPR boleh ambik tindakkan tak?

Bukti?? siap berbentuk VCD lagi...

Anonymous said...

Agaknyo dio buek kek 5 nogoi tu sobab 16 September dan dokek kot.. nak kacau all out macam buek kek P.Pauh

Anonymous said...

Apa dah jadi, apa dah jadi, BPR sekarang sungguh menjadi... apa dah jadi, apa dah jadi, tak da kes, pun boleh jadi... Apa dah jadi... Entah la. Agaknya dah terlalu taksub atau mungkin nak cover line balik lepas gi tangkap dua orang exco Perak. Tapi tak ada kes..

Anonymous said...

Baguih jugak cadangan hang .. bagi jer pelempang.. murah dan cepat..
buat permulaan kita bagi kat Pengarah BPR.. sebagai tanda penghargaan kerana menjalankan tugas yang cekap..

Mr Joker said...

Edyes - kat Batu Pahat x pa... itu dalam kuasa dacing. kalau 5 negeri lain, depa pakai undang2 lain...

x sama...

anonymous - betul... depa buat kacau kat 5 negeri... tapi x pe... dulu depa sibuk dok kacau Kelantan, aleh-aleh terlepas 5 negeri... skarang depa kacau pulak 5 negeri, boleh jadi 1 malaysia depa terlepas...

Bn Bodoh...

Anonymous - BPR Gila Babi... Cinfirm jadi..!

Anonymous - Untuk pengarah BPR kite kene bagi "double cheese lempang"... orang Kelantan panggil - "penamparkapit"