"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 21, 2008

Raymond Akan Serah Surat Letak Jawatan

KOTA KINABALU 20 Sept. - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, dijangka menyerahkan sendiri surat peletakan semua jawatan dalam Kabinet Negeri kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Isnin depan.

Shu Kiah, Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) yang tidak bersetuju dengan tindakan parti, hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan keputusan keluar dari gabungan Barisan Nasional (BN), berkata, beliau akan menyertai Musa di majlis penyampaian kuih raya dan di situ akan memberikan surat letak jawatan.

"Saya akan serahkan sendiri surat peletakan jawatan. Saya fikir adalah penting saya tidak menulis surat dan meninggalkannya di pejabat beliau. Ini soal budi bahasa dan hormat kepada seseorang. Saya harus jumpa beliau," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

-Utusan Malaysia Online

TP - Ada lagi ke menteri yang "Gentleman" selain dari Zaid Ibrahim & Raymond??? tarak??? biase la... UMNO...

1 comment:

perfectwater75 said...

Salam!

Kalau benar Raymond Tan letak jawatan maka dia jelas menunjukkan keperibadian pemimpin yang tertinggi tetapi kalau sebaliknya berlaku maka sebaliknya juga apa yang sepatutnya dinilaikan kepada beliau....

thx!