"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 21, 2008

Tak Yakin Kerajaan Baru Hapuskan ISA

PETALING JAYA: Ketika pelbagai pihak menggesa agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, pemerhati politik yakin undang-undang berusia hampir lima dekad itu akan tetap kekal diguna pakai sama ada oleh kerajaan semasa atau jika negara diperintah pembangkang satu hari nanti.

Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, biarpun banyak pihak mendesak ISA dimansuhkan, tetapi beliau pasti kerajaan tidak akan menghapuskannya dalam masa terdekat.

"Saya yakin sama ada kerajaan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat yang memerintah negara ini mereka tidak akan memansuhkan ISA," katanya kepada mStar Online hari ini

Jelasnya, walaupun akta tersebut memberi kebaikan tetapi ia telah digunakan untuk kepentingan politik parti pemerintah.

“Perkara seperti ini tidak wajar berlaku. ISA sepatutnya digunakan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman,” katanya.

Beliau juga berpendapat bahawa ISA tidak wajar dihapuskan kerana ia merupakan senjata terakhir yang telah banyak menyelematkan negara daripada ancaman musuh.

“ISA telah banyak memberi manfaat kepada negara ini... jadi kerajaan punya sebab untuk mempertahankannya. Cuma apa yang dikesalkan adalah ia telah dipolitikkan pada hari ini,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, kerajaan berpendapat ISA masih perlu bagi menjamin keamanan dan keselamatan dan kerajaan tidak bercadang menghapuskannya.

Namun pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk melahirkan pendapat berbeza mengenai ISA.

Tegasnya, ISA perlu dihapuskan segera kerana ia memberi kesan kepada keadaan politik semasa.

“ISA perlu dihapuskan segera kerana ia memberi kesan kepada kestabilan politik semasa,” katanya.

Jelasnya, pelbagai pihak menentang penggunaan akta tersebut kerana mereka yang ditahan di bawah akta tersebut berada dalam tahanan tanpa dibicarakan.

“Ramai yang tidak bersetuju kerana akta ini dianggap melanggar hak asasi manusia.

"Sesiapa yang ditangkap perlu dibicarakan dan mahkamah akan menentukan seseorang itu bersalah atau tidak,” katanya.

Sehubungan jelas Azeem, terdapat akta lain yang boleh digunakan bagi menggantikan ISA.

“Kerajaan boleh menggunakan Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Pertubuhan yang dilihat lebih adil untuk digunakan ke atas mereka yang dilihat mengancam keselamatan negara,” katanya.

Tegasnya, ISA wajar digunakan ke atas perkara yang benar-benar mengancam keselamatan negara seperti gerakan subversif dan keganasan yang membawa impak negatif kepada negara.

-mSTAR Online

No comments: