"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, October 06, 2008

Abdullah akan pertahan jawatan

KUALA LUMPUR 6 OKTOBER (SK) - Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Mac 2009 nanti.

Menurut sumber, pada 5/10/09 ( hari semalam)Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan beberapa ulama di Putrajaya bagi mendapatkan pandangan berhubung tindakan yang sepatutnya di ambil beliau menjelang 9 oktober ini.

Pertemuan yang di adakan pada kira-kira jam 3.50 petang di Pejabat Abdullah selama satu jam itu menggesa supaya Abdullah mempertahankan jawatan beliau sebagai Presiden Umno melalui pemilihan dalam perhimpunan Agong Umno, Mac tahun depan.

Pengumuman yang di jangka akan di umumkan Abdullah pada bila-bila masa sebelum 9 Oktober ini akan mengejudkan banyak pihak terutamanya timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Najib Razak.

Keputusan ini sekali gus akan meletakkan Najib berada dalam keadaan serba salah setelah beberapa pemimpin Umno seperti Naib Presidennya, Mohd Ali Rustam dan Ahmad Zahid Hamidi serta Ketua Umno Bahagian Pulai, Nur Jazlan Mohammad telah mengistiharkan akan bertanding merebut jawatan nombor dua dalam parti.

Sebelum ini keputusan beberapa calon bertanding merebut kerusi Timbalan Presiden dibuat ekoran petanda bahawa Abdullah akan melepaskan jawatannya sebagai Presiden menjelang Mac tahun depan.

Ekoran itu, Abdullah dianggap tidak akan mengambil bahagian dalam merebut jawatan tertinggi parti pada Mac nanti.

-Suara KeADILan

TP - Baguih la tu Pak Lah... lagi lama Pak Lah dok atas tu, lagi cepat BN terkuborrr... BRAVO Pak Lah... Lingkup UMNO/BN..!

Way To Putrajaya..!

5 comments:

~PakKaramu~ said...

Pak Lah tak perlu letak jawatan !

lawan tetap lawan !

abdrahim kassim said...

Perisik Rakyat,

Kalau Pak Lah bukan ulamak, dia hanya anak ulamak. Kalau dia pusing-pusing cakap pun orang boleh terima.

Haji Hadi ulamak. Pimpinan ulamak PAS. Kalau dia cakap pusing-pusing orang boleh terima tak?

Mr Joker said...

abdrahim kassim - kalau ulamak sendiri cakap berbelit lagila orang tak nak terima. ulamak kalau berbelit orang pakat-pakat melopong "hullamaaaakkk..!"

Anonymous said...

Woi TP, mana ruangan chat ko? Kenapa buang? Tak boleh terima kutukan ke atau tak boleh terima kenyataan? Poodahhh punya pejuang..kekkekeeee.Rupanya penakut jugak ko ni yer! Hanya berani dibelakang jer yer...kekekekekekee

Mr Joker said...

teresa - lenkali sebelum bukak blog baca dulu bismillahirrahmannirrahim... baghu la pandangan tu luas...

aku bukan bacul macam pejuang-pejuang pondan yang tak boleh terima teguran...

Khak Ptuih..!